Back to home page

Masa, Asid & Untuk Kita Renungkan

28 November 2006 • 9 Komen Cetak Chenta!

Masa

jam masa

Sidi Ahmad al-Zarruq adalah seorang ulama sufi yang hidup di Morocco, dan meninggal dunia pada tahun 1492. Semoga Allah merahmati ruhnya.

Asid

Percayalah. Hidupmu akan jadi lebih bahagia jika anda melayari internet dengan menggunakan Firefox atau Opera atau Safari. Buang Internet Explorer (IE) jauh-jauh. Hanya gunakan IE untuk Windows Update sahaja. Sebabnya panjang, tapi sebab paling utama kenapa saya bawa isu ini adalah kerana IE tidak memaparkan layout blog ini (dan banyak lagi website lain) dengan sempurna. IE gagal segagal-gagalnya dalam Acid2. Itu belum lagi masuk bab security.

Saya kira, apabila Microsoft melancarkan Internet Explorer 7 (IE7) yang menggantikan IE6, masalah ini akan selesai. Tetapi rupa-rupanya masalah itu masih tak diperbetulkan. Shame on you Micro$oft! Sebelum ada sesiapa yang pening, maka saya tunjukkan sahaja 3 snapshot yang saya ambil bagi blog ini:

1 - Opera 9.02 (pass Acid2 - see result)


2 - Firefox 2.0 (almost pass Acid2 - see result)


3 - Internet Explorer 7 (completely fail Acid2 -see result)


Cuba lihat bagi IE7. Layout blog ini jadi tak betul. Saya dapati, apa yang buat paparan blog ini jadi sedemikian adalah kerana entri Syukur & Mari Beli Buku. Tetapi bagi Opera dan Firefox, segalanya nampak OK. Dan ini menjadi sebab mengapa sesetengah paparan website jadi tunggang-langgang apabila dipaparkan oleh web browser yang anda gunakan.

Kesimpulannya, gunakan Firefox atau Opera yang hampir menepati piawaian standard W3C. Kalau isi bagus, tetapi layout tunggang-langgang, tak guna juga. Dan sekali lagi saya katakan, hidupmu akan lebih bahagia jika tidak menggunakan IE, lebih-lebih lagi bagi pengguna dial-up.

Bertukar kepada Firefox sekarang!

Uji sama ada browser anda pass atau fail Acid2 di sini.

Untuk Kita Renungkan

oleh Ebiet G Ade

Dedikasi buat semua makhluk manusia dan juga kepada mangsa tragedi tsunami Acheh (ada gambar mayat. Tak berani jangan tengok) yang sudah hampir 2 tahun berlalu. Semoga kita sedar hakikat hidup sebagai manusia yang sangat lemah ini.
Kita mesti telanjang
Dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat
Singkirkan debu yang masih melekat

Anugerah dan bencana
Adalah kehendak-Nya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya
Adalah Dia di atas segalanya

Anak menjerit-jerit asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah

Memang bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan
Masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista

Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang kita perbuat
Ke manakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepada-Nya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari hanya runduk sujud pada-Nya.

9 Komen Tambah Komen↴

Tawel, dalam screenshot tu aku ternampak kau pasang lagu M. Nasir. hehehe...

Tanpa Nama

Kantoi le pulak..tajam sungguh matamu!

Tawel-sempai, aku guna opera 9.02. haha, rasa cam maju pulak. tapi aku guna opera tuh bukan sebab acid2 nih. haha, tak tau pulak menatang benda acid2 tuh. aku guna opera sebab beliau dapat display page wap, bukan web sahaja. yang tulaa seronoknya.

lagipun kat rumah aku nih guna dial-up, nak loading page web tu bukan main lama lagi. siap boleh tanak nasi lagi, lepas tu tengok, takleh bukak lagi.wakaka. apo nak jadilaa..

Tawel, aku dah try gune opera ngan firefox, tapi kalau gune firefox kat blog malakian ada sesetengah font arabic tak keluar, die keluar macam kotak-kotak. Kenape agaknya. Tapi gune opera ok je. Ade idea mcm mane nak settle problem ni. Tq.

Tanpa Nama

Aku guna Firefox kat Malakian ok aje pula. Begitu juga dengan Opera. Sori le Malakian, aku juga tidak tahu kenapa boleh jadi camtu. Adeh.. Mungkin kau kena restart komputer dulu kot. Kadang-kadang, font Arab, dan juga Asian fonts yang lain memang jadi bengong sedikit.

Iye ke tawel,wa pu chi tau, wa sindri puntarak tau apsal jadi gitu. Aku dah bape hari gune firefox ngan opera, tapi cam gitu jugak. Ade prob kat posting 'Pembacaan Ayat KursiDan Wirid-Wirid Lain Selepas Solat'ngan 'Kelebihan Berzikir'. Ke kene download arabic font yg lain, tambah arabic font?

Tanpa Nama

Aku tengok cantik aje keluar font Arab dalam entri tu. Apo masalah browser kau ni ek. Hmm..cuba kau klik

Menu > Tools > Options...

Pilih options Content, dan tengok section Fonts & Colours, dan klik button Advanced.

Dan akan keluar lah menu ini: KLIK.

Pada bahagian Fonts for:, ada tak Arabic? Dan pada Default Character Encoding, apa kata kau set menjadi Unicode UTF-8.

Satu lagi Malakian, kau tau tak yang ada extensions IE Tab for Firefox? Dengan kata lain, kau boleh buka tukar browser IE dalam Firefox dengan mudah. Hehe..cuba klik sini.
https://addons.mozilla.org/firefox/1419/

Tq tawel, dah ok dah. Aku dah tukar arabic font untuk Proportional--> Serif, Serif-->Arial Unicode MS, Sans-Serif-->Arial. Dan aku dah install add-ons tu. Wassalam.

Tanpa Nama

Adeh tawel, sorry tersalah eja name aku. Semoga cepat sembuh dari demam.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.