Back to home page

Syukur & Mari Beli Buku

02 November 2006 • 15 Komen Cetak Chenta!


Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada istana atau rumah setinggan, maka itu semua adalah ujian dari Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya!

Membeli dan Membelah Buku

Saya jenis manusia yang beli buku setahun sekali (tapi tak tentu juga). Sekarang sudah tiba masanya untuk saya membeli buku bagi tahun 2007. Kali ini saya memilih WAO Books [lawat]. Dan ini 6 buah buku yang sangat saya kepingin untuk miliki:


1) The Lives of Man oleh Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad [lihat]

Keterangan:
Mengisahkan tentang lima fasa perjalanan hidup manusia dari alam roh, alam dunia, alam kubur, alam Kebangkitan, dan alam Akhirat (sama ada Syurga atau Neraka). Pembaca dapat mendalami perkara-perkara yang akan berlaku sesudah kita mati, siapakah Munkar dan Nakir, bagaimana rupa Syurga dan Neraka, dan pelbagai lagi.

Harga: 4.95 Pound
Amazon rating:
based on 1 review. [read]




2) Sufi Sage of Arabia oleh Mostafa al-Badawi [lihat]

Keterangan:
Antara biografi terbaik yang menceritakan kisah hidup Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (wafat 1720). Beliau yang dilahirkan di Hadhramaut, iaitu sebuah kawasan di Yaman, adalah seorang ahlul bait Rasulullah sallahu alayhi wassalam. Beliau dikenali sebagai tokoh tajdid abad ke-12 Islam. Buku ini ditulis oleh Mostafa al-Badawi yang merupakan anak murid Habib Ahmad Mashur al-Haddad, yang datang dari darah-daging keturunan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad sendiri.

Harga: 12.99 Pound
Amazon rating: unrated [read]




3) Al-Ghazali's Path to Sufism oleh Imam al-Ghazali [lihat]

Keterangan:
Buku ini pula menceritakan perjalanan Imam al-Ghazali (1058-1111) dalam mencari hakikat 'ilmu ikhlas'. Isi buku ini sebenarnya dicedok dari terjemahan al-Munqidh min al-Dalal oleh Imam al-Ghazali. Di dalam kitab tersebut, Imam al-Ghazali bersyarah bagaimana beliau mengalami krisis spiritual sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai salah seorang guru terkemuka di Akademi Nizamiyyah, Baghdad.

Harga: 9.99 Pound
Amazon rating: unrated [read]




4) Fiqh al-Imam oleh Abdur-rahman ibn Yusuf [lihat]

Keterangan:
Kitab ini menghuraikan dalil-dalil dalam mazhab Hanafi tentang sifat solat Nabi yang selalu dipersoalkan oleh sesetengah golongan (semestinya Wahhabi). Selain itu, ia turut mengupas isu taklid dalam mazhab. Beberapa dekad mutakhir ini, ada golongan (semestinya Wahhabi) yang menyerang konsep taklid. Ada yang hingga mensyirikkan mereka yang bermazhab. Buku ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh golongan tersebut.

Harga: 6.99 Pound
Amazon rating: based on 1 review. [read]




5) The Differences of the Imams oleh Muhammad Zakariyya Kandhlawi [lihat]

Keterangan:
Jika keempat-empat Imam dari 4 mazhab muktabar mengeluarkan hukum dari sumber yang sama, iaitu Al-Quran dan Sunnah, maka mengapa pula sesetengah hukum itu boleh berbeza? Bagaimana dua hadith sahih kelihatan saling bertentangan? Pada situasi bagaimanakah khilaf itu dibenarkan? Dan apa yang Rasullullah maksudkan dalam hadithnya "Perbezaan di antara umatku adalah satu rahmat?" Jika persoalan ini menghantui anda, maka kitab ini ubatnya.

Harga: 3.75 Pound
Amazon rating: based on 1 review. [read]



6) Evolution Theory and Islam oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller [lihat]

Keterangan:
Buku setebal 14 halaman ini adalah jawapan kepada satu surat yang diutuskan oleh Suleman Ali, seorang ahli biologi Muslim yang bertanyakan hukum umat Islam yang mempercayai Teori Evolusi Darwin.

Harga: 1.00 Pound
Amazon rating: Unrated [read]






Cuma satu sahaja masalah saya. Bila saya kira-kira semula, jumlah harga bagi 6 buah buku ini ialah 39.67 Pound atau dalam 60 euro. Ini tak termasuk harga shipping. Dan buku no 1, 3 dan 5 sold-out. Shipping cost bagi buku no 2, 4, dan 6 adalah dalam 6.46 Pound. Jadi shipping cost bagi semua buku saya anggarkan dalam 12 Pound.

Oleh itu saya memohon jasa baik sesiapa yang tinggal di UK (sebab free shipping to UK only) yang akan datang ke Dublin dalam tahun 2006 atau awal tahun 2007, untuk meminjamkan alamat UK. Saya beli pakai kad kredit saya, tetapi shipping ke alamat UK. Bila mahu datang ke Dublin, bawa kesemua buku-buku itu. Kalau sudi membantu saya, silalah tinggalkan komen atau hubungi saya melalui e-mel. Harap-harap ada yang mahu menolong.

PS: 12 pound boleh makan tiga kali kebab kat Kebabish tu..hehe.

15 Komen Tambah Komen↴

Huhu, sebab aku sudah ada banyak buku dari genre yang lain. Baca buku kat website tak syok la bangku. Baca kartun takpe la, tapi kalau baca yang berat2 ni, aku tak boleh sangat nak menatap komputer lama-lama. Lagi pun buku evolusi tu cuma 1 pound aje. Sama harga macam 1 tin Coke.

uish...aku pun nak!!!sian aku... arab aku tak paham... english aku lemah... jepun aku tungganglanggang... bm aku hentam kromo... indon aku keliru...huhu... bahasa sgt menghadkan aku tuk menelaah buku...

Nuh Ha Mim Keller selalu menarik kaedah penulisannya. I have read Fiqh al-Imam dan the Difference of the Imams. Menarik jugak.

Fiqh al-Imam tu kena baca dengan pemikiran terbuka jugak la walaupun dia dah tengok dr sudut pelbagai imam, tp tujuan penulisan ialah menjelaskan mengapa Hanafi memilih method tu.

Kalau ada yg dah baca buku2 lain tu boleh la share review!

Tanpa Nama

buku 1 2 dan 5 rasanya ada di ICCI. bolehlah kalau nak pinjam.

echopena, masalahnya bukan terbuka atau tidak tetapi persoalannya ialah menyatakan qawl yang tidak muktamad sebagai muktamad, inilah masalahnya. Ini menunjukkan ketidak telitian penulis, dan jika tidak dibendung atau diperbetulkan akan menjurus kepada pengkhianatan kepada ilmunya para ulama.

Tanpa Nama

Jika dibandingkan penulisan Fiqh al-Imam dengan The Differences of the Imams, kita akan nampak perbezaan antara keduanya. Abdur Rahman Yusuf sepatutnya hanya concentrate dengan mazhab dirinya tanpa menyentuh qawl mazahib lain yang dia tidak pasti kedudukannya menurut mazhab tadi.

Tanpa Nama

Apatah lagi jika aqwal itu hanya dirujukkannya dari sumber-sumber sekunder mazhab tersebut. Sila tuan lihat akan bibliographynya, tidak ada satupun sumber primer mazhab lain yang dijadikan rujukannya. Setidak-tidaknya beliau merujuk kepada Majmuk ke untuk aqwal Syafi`i atau Hasyiah Dasuqi untuk Mazhab Maliki dan seterusnya. Sebagai contohnya lihat tulisannya tentang bacaan al-Fatihah bagi makmum di belakang Imam pada mukasurat 66 - 67. Kamu akan nampak macam mana bercelaru aqwal yang dikutipkannya.

Tanpa Nama

Apa plak kena mengena dengan Syaikh Nuh. Aku tak komen apa-apa mengenai beliau yang tentu lebih utama daripada ambo ni. Yang aku komen ialah penulisan Syaikh Abdur Rahman Yusuf al-Hanafi tu. Harap akhina Bangku perati betul-betul.

Tanpa Nama

Abumuhammad, ana akan reconsider untuk beli buku ni atau tidak. Buku ni first time ana tau dari banner ads kat SunniPath..dah lama dah. Antara sebab ana minat nak beli dan baca buku ni sebab kat sekeliling ana ni ramai orang Paki. Jadi nak lah jugak tau serba sikit pasal qawl mazhab Hanafi.

Abadi: Tak tau pulak aku kat situ ada. Tapi beli lagi bagus kot :)

Try Iman Books at www.al-haddad.co.uk. Mana tahu postage diorang murah skit. Kalau ikut website dia, for international orders just add 10% as postage and packing. Kalau buku tu tak ada dalam senarai on the website, just email them at iman_books@hotmail.com, usually diorang ada buku tu. Saya biasa beli dengan diorang.

Akhina kaki bangku, sebenarnya kita ni serupa, sama-sama kaki bangku...hehehe. Mudah-mudahan Allah jadikan kita manusia cerdik yang taat.

Tanpa Nama

Akhina Tawel, kalau nak tahu asas amalan mazhab carilah The Essential Hanafi Handbook of Fiqh terjemahan Maulana Yusuf Talal Ali al-Amriki.

Tanpa Nama

tawel,nanti kupas isi semua buku tu yer.

aku minat nak tau pasal mazhab hanafi jugak.

banyak yg berbeza dgn gaya mazhab syafie.

dan lihatlah walopun banyak berbeza,tapi mazhab hanafi berada dalam kelompok ahlus sunnah yg berlapang dada dalam perkara khilaf dan tidak pernah mengatakan mazhab lain melakukan kesilapan dalam ijtihad.

susahlah kalo ada golongan yg rasa golongan dia saja tepat dan berdalil serta berhujah kuat.

orang lain semuanya berpendapat lemah.

apa nak jadilah...

tawel,nnt dah abes baca buku2 tu..berceritalah dalam blog..haha

macam budak kecik pulak aku ni.

terlajak cerita pasal beli buku ni, rasanya nak mencelah pulak, he he, saya sekarang berada di negara yang dikenali sebagai syurga buku, kadang-kadang buku disini dijual mengikut timbangan kilo, kalau nasib kita baik boleh dapat buku terpakai yang masih baik dengan harga semurah L.E 1.50@R.M1.00 sebuah dalam 200m/s, kalau tawel nak buku murah marila sini, tapi kebanyakannya dalam bahasa arab, dalam bahasa inggeris pun ada tapi agak kurang... dan jangan rasa rugi membeli buku.

Tanpa Nama

MFR: Kalau bab fiqh ni, aku tak gemar sangat nak mengulas dan bercerita. Cuma bila ada keperluan aje aku cakap. Hehe =)

Tepi_kolam: Kau berapa lama lagi duduk kat syurga buku tu? Ada rezeki insyaAllah aku sampai sana. Tapi kelakar la pulak aku baca. Korang beli buku macam beli ikan pulak..main timbang! Mantap sungguh. Ini dah menunjukkan bahawa rakyat di sana baca buku macam orang Malaysia makan ikan.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.