Back to home page

Telekom Malaysia Tak Boleh Pakai!

02 Oktober 2006 • 93 Komen Cetak Chenta!
Baca juga A Battle of Streamyx and Kura-Kura.
---

streamyx sucksKali ini saya ingin bercakap tentang teknologi walaupun sepatutnya di bulan puasa ini saya sepatutnya cerita lebih banyak pasal amal-amal soleh. Tak mengapalah, kita melencong sikit, walaupun saya baru sahaja menulis artikel Ilmu Yang Bermanfaat.

Sebenarnya, sebentar tadi baru sahaja saya menjenguk-jenguk apa topik hot di Al-Ahkam (saya banyak perkara tak setuju dengan website ni dan ahli-ahli panelnya sebenarnya). Oh, rupa-rupanya Hafiz Firdaus telah dilantik sebagai salah seorang ahli panel di situ. Tahniahlah kepada beliau. Moga-moga beliau tak bincang sangat isu-remeh di situ. Amin.

Saya sebenarnya tertarik kepada respon beliau apabila menjawab ucapan tahniah yang diberikan kepadanya:
Assalamualaikum,

Syukran jazilan Ustaz Zain. Bimbang tak dapat nak laksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Bab dial-up ni, agaknya orang besar Telekom boleh bantu? Baru semalam ke Kedai Telekom Shah Alam tanya status Streamyx di kawasan rumah saya. Katanya tak boleh sebab lebih dari 5 km dari ibusawat dan jarak rumah saya 7.8km.

Dijawab balik, jiran 3 rumah sebelah baru pasang Streamyx. Terkejut besar orang-orang Steamyx di kedai telekom tu. Pegawai di meja sebelah kata, mungkin jiran tu guna Wireless Steamyx. Pegawai yang sedang saya jumpa terkejut besar: Ehh! Kita (Telekom) ada Steamyx wireless ke?

wassalam.

Ya, saya tertarik sebab kelakar dengan syarikat korporat (keparat pun boleh juga) Telekom Malaysia!

Saya berpandangan bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melakukan satu monopoli besar kepada majoriti rakyat Malaysia. Dan monopoli ini sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan kepada kita selaku rakyat Malaysia yang semakin dihimpit dengan inflasi. Monopoli dalam bidang bisnes adalah sesuatu yang tidak bagus. Dan kes ini lebih kurang sama seperti mana monopoli Microsoft di dalam dunia komputer - pengguna tidak punya banyak pilihan dan akhirnya terpaksa membayar harga paras cekik darah walaupun servis yang diberikan sangat menghampakan.

Telefon Talian Tetap

Boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah kediaman dan syarikat yang memiliki talian telefon tetap akan berdaftar di bawah TM. Ada berapa juta buah rumah dan syarikat di Malaysia ini? Dan ini pastinya membuatkan TM mengaut untung yang berganda-ganda banyaknya kerana tidak wujud sebarang pesaing. Sepatutnya dalam keadaan begini, TM wajib mengurangkan caj kadar panggilannya.

Caj panggilan tempatan pada 8 sen/minit (2 minit yang pertama) dan 4 sen/minit bagi minit-minit berikutnya adalah satu pelan-kaut-untung yang berlebihan. Ini bermakna, jika anda menelefon rumah jiran sebelah selama satu jam, maka anda perlu membayar RM2.48. Ini baru jiran sebelah, kalau anda duduk di Shah Alam dan telefon mak ayah yang duduk di Sabak Bernam, maka kadarnya lebih tinggi dari itu. Dan ia menjadi lebih tinggi jika anda duduk di Johor dan menelefon isteri anda yang berada di Perlis.

Kamu tahu kenapa jadi begini? Ia sebab monopoli TM ke atas sistem telekomunikasi kita. Tiada syarikat lain untuk menyaingi TM dalam membekalkan talian telefon tetap di rumah kediaman anda.

Sepanjang saya duduk di Ireland ini, saya mendapati kadar telefon di sini amat murah. Dan pelan yang ditawarkan juga amat menarik dan menjimatkan. Pelan paling menarik yang pernah rumah saya miliki ialah kadar telefon 0 sen/minit (bagi 60 minit pertama) ke mana sahaja, asalkan masih di dalam Ireland. Jadi menelefon nombor talian tetap jiran sebelah rumah anda, ataupun kawan anda yang tinggal di negeri lain adalah percuma walaupun anda bercakap selama 100 jam! Tapi dengan syarat bila sudah berbual selama 59 minit, letakkan telefon, dan kemudian dail semula nombor itu. Jadi kami sebenarnya hanya perlu membayar sewa bulanan sahaja jika kami pandai memanipulasi pelan yang dipilih itu.

Kamu tahu kenapa jadi begini? Sebab di Ireland syarikat telefon nombor 1 iaitu Eircom, telah disaingi oleh syarikat-syarikat pembekal telekomunikasi yang lain seperti BT, Euphony, Swiftcall dan lain-lain.

Streamyx == Snailmyx

Mulai hari ini, pengguna TM Streamyx patut memanggilnya Snailmyx kerana ia adalah sejenis broadband paling perlahan yang pernah saya rasai. Dan ramai orang akan bersetuju dengan saya. Ketika saya pergi ke rumah kawan saya di Johor Bahru, berkali-kali dia cuba untuk connect, tetapi amatlah susah. Di Johor Bahru pun sudah begini (JB antara bandar termaju di Malaysia), apatah lagi di bandar-bandar seperti Meru dan Kapar!

Di rumah saya di Malaysia, hanya saya menggunakan komputer. Jadi apabila saya balik bercuti, adalah tidak berbaloi bagi mengambil Streamyx. Maka saya pun membuat keputusan membeli TMNet Prepaid berharga RM30 yang berkelajuan 58kbps kalau tak silap. Setelah cuba dan mencuba, barulah saya dapat akses ke gerbang internet. Untuk membuka Google pun ia sudah memakan masa 5 minit!!

Apa ini? Saya pernah menggunakan dial-up di Ireland, tetapi ia tidaklah seteruk di Malaysia. Dan kejadian membuka-google-selama-5-minit-baru-siap ini berlaku di Seksyen 17 Shah Alam, yang mana di situ terdapat ibusawat Telekom Malaysia! Ini Shah Alam (saya ulangi Shah Alam, bukan Kapar, bukan Meru, dan bukan Bukit Changgang). Dan setelah berjaya membuka Google, saya cuba membuka blog saya pula. Dan ia tak mahu loading setelah berminit-minit, dan talian 1515 itu terputus dan saya menghadapi kesukaran yang maha dahsyat untuk mengakses kembali internet.

Dan sesudah tragedi ngeri ini, saya berjanji dan bersumpah akan berwasiat kepada bakal isteri, bakal anak, dan bakal cucu saya supaya jangan lagi menggunakan dial-up Telekom. RM30 yang saya gunakan untuk membeli kad prepaid itu sebenarnya lebih baik disedekahkan kepada mangsa tragedi gempa bumi Jogjakarta yang berlaku waktu.

Broadband Kita Terlalu Mahal

Streamyx datang dalam pakej dari 384kbps hinggalah 2.0mbps [rujuk kadar]. Pakej Streamyx Basic 384kbps berharga RM20/10 jam (5sen/minit jika melebih 10 jam). Dan pakej paling pantas (konon-konon aje tu) iaitu Streamyx Corporate ADSL 2.0mbps download/384kbps upload berharga RM1188 sebulan, dan pakej ini semestinya tidak mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana seperti Syarikat Pembuat Keropok Lekor.

Syarikat sama ada kecil, besar atau sederhana memerlukan akses internet yang laju bagi membolehkan mereka bersaing dengan lebih mantap dalam dunia pasaran terbuka. Oleh kerana Streamyx yang dimiliki oleh TM sekali lagi melakukan monopoli, dan kali ini dalam dunia internet, maka kita selaku rakyat Malaysia terpaksa berkompromi dengan kualiti servis yang sangat teruk walaupun membawar pada harga yang tersangat mahal.

Di Ireland, rumah saya sekarang ini menggunakan Magnet Broadband, di bawah pelan Magnet Entertainment. Pelan ini memerlukan kami membayar 59 Euro/bulan, dan kami menikmati 3 servis dalam 1, iaitu:
  • Internet: 8.0mbps download/ 512kbps upload
  • TV Digital: Tak ingat pula berapa channel ada
  • Telefon: Masa berbual percuma selama 60 minit pertama (local call only)

Kalian nampak tak beza yang sangat ketara? Kalau kita tolak TV dan telefon, sangat besar beza bayaran bagi mendapatkan broadband yang nyata jauh lebih laju dari Streamyx Corporate ADSL 2.0mbps. Ini perbandingannya supaya nampak lebih jelas:

Perbandingan streamyx dan magnetAda silap sedikit. TV Digital, bukan TV Satelit


Mengeluarkan 59 Euro sebulan di sini, perasaannya sama seperti mengeluarkan RM59 di Malaysia. Kalau tukar duit Malaysia pun, 59 Euro itu baru sahaja bersamaan dalam RM270 (satu jumlah yang masih jauh dari RM 1188!). Lihatlah betapa bahayanya monopoli dalam bidang perniagaan ini. TM buat untung berlipat kali ganda sebab tiada pesaing, tetapi servis yang diberikan teruk sangat.

Bahkan, di Ireland, untuk mendapatkan seperti apa yang termaktub di dalam pelan Streamyx Corporate ADSL 2.0mbps, kami hanya perlu membayar 39 Euro sahaja sebulan, malah dapat ADSL 2+ lagi tu, dan bukannya ADSL. Dengan kadar seperti ini, peniaga buah anggur tepi jalan di Ireland pun mampu memiliki broadband yang jauh lebih laju daripada apa yang digunakan oleh Pak Lah dan anak menantunya di Putrajaya!


Apa Sudah Jadi Pada MSC?

Saya memang mahu komplen tentang hal ini. Jadi tak kisahlah kalau ada yang membaca artikel ini dan kemudian menyimpulkan bahawa saya jenis yang suka komplen. Apa-apa pun, komplen yang saya lakukan ini adalah satu komplen dan kritikan yang membina, mudah-mudahan rakyat Malaysia diberikan hak yang sewajarnya, sesuai dengan apa yang mereka bayar.

Dan, kritikan ini wajib dibuat memandangkan negara kita ada Multimedia Super Corridor (MSC). MSC yang merupakan satu projek untuk mencontohi Lembah Silikon di San Fransisco Bay, USA, nampaknya gagal dalam memantapkan lagi industri IT tanahair. Dengan menggunakan alasan MSC, kerajaan mengwar-warkan slogan Kenal IT pada lewat 90-an. Digodanya para pelajar lepasan SPM supaya mengambil bidang IT memandangkan pasaran kerja yang luas. Dan godaan ini sama kesannya seperti godaan syaitan ke atas manusia - ramai yang ambil jurusan IT. Di negara-negara maju, IT memang merupakan bidang yang besar pasaran kerjanya. Malah, IT merupakan satu bidang penting dalam negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Tetapi malangnya di negara kita, lepasan IT adalah antara penyumbang terbesar kes penganggur terhormat lepasan varsiti.

Peluang mendapat pekerjaan bagi siswazah Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ialah 46%. Saya tidak menyalahkan Kementerian Sumber Manusia secara total dalam hal ini, kerana kadang-kadang masalah pengangguran di kalangan siswazah adalah berpunca dari diri mereka sendiri.

Tetapi kadang-kala saya menyalahkan Kementerian Pelajaran kerana tidak berupaya melahirkan pelajar yang berinovatif dan kreatif.

Sistem kita: "Habis SPM, masuk universiti. Tak masuk universiti, maka kau manusia gagal. Masuk universiti, belajar rajin-rajin, lepas itu kerja. Bila sudah kerja, dapat gaji beli kereta. Bila sudah beli kereta, kahwin. Dan kemudian sampai mati kau hidup begitu. "

Serius, ramai rakyat Malaysia yang berfikiran begini. Kamu fikir bagaimana Steve Jobs dan Bill Gates berjaya?

Berbalik kepada MSC. Adalah sesuatu yang memalukan kerana kita ada kembar Lembah Silikon, tetapi sistem IT kita adalah begitu primitif. Sungguh tidak saya sangka selepas 11 tahun MSC dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1995, barulah saya tahu bahawa sampai sekarang Malaysia masih bergantung kepada Singapura dan Amerika Syarikat (AS) untuk mengakses Internet. Itupun setelah Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik membuat pendedahan [baca artikel].

No wonder Streamyx = Snailmyx.

Jika selepas pemindahan ibusawat tidak membawa apa-apa perubahan ketara, maka Malaysia sebenarnya patut menutup sahaja MSC ataupun menukarkannya kepada tempat simpan rokok kretek Gudang Garam. Kita ada graduan IT yang banyak, tetapi kita tak reti nak menggunakan kemahiran mereka. Maka saya tidak hairan jika laman-laman web kerajaan dengan begitu mudah diserang oleh hackers dan crackers Indon tidak lama dulu.

Bayangkanlah, laman web kerajaan begitu mudah diserang! Apa sudah cikai sangatkah pakar-pakar keselamatan IT yang berkerja dengan kerajaan? Atau adakah IPTA dan IPTS kita melahirkan selambak graduan sains komputer yang memiliki ijazah dalam Microsoft Words, Excel dan Powerpoint sahaja? Dan kemudian, adakah mereka inilah yang diambil berkerja bagi menjaga sistem keselamatan data sulit negara, dan mereka jugalah yang memberikan nasihat kepada kerajaan bagaimana caranya untuk memperkembangkan lagi IT negara?

Adakah patut (berdasarkan kenyataan Hafiz Firdaus di atas), pegawai yang bertanggungjawab dalam perkara berkaitan Streamyx, begitu jahil dalam bidang kerjanya? Jika begitu, no wonder Streamyx = Snailmyx, dan no wonder TM is playing a monopoly.

Dan apa gunanya MSC jika ia tidak mampu menyelesaikan rungutan pengguna yang sudah berlaku sejak sekian lama? MSC hanya pada nama sahajakah?

Ireland dan Malaysia Tidak Sama?

Sesetengah pembaca mungkin berasa saya tidak adil kerana membandingkan Malaysia dan Ireland. Tapi saya berpendapat saya bersikap adil dan kritis. Ini kerana Malaysia sering membanding-bandingkan servis mereka dengan negara-negara lain. Contoh:
  • Paspot yang memiliki teknologi cip ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia.
  • MSC adalah yang pertama seumpamanya di Asia (sebab nak kata yang pertama di dunia tak boleh dek kerana Lembah Silikon di Amerika).
  • Kami berasa bangga kerana UM disenaraikan oleh The Times Higher Education (THES) sebagai antara 100 universiti terbaik dunia (bila tahun depan UM jatuh ke tangga 169, naib canselor dan ahli politik mula menggelabah, Pak Lah pun naik gusar).

Jadi, poin di sini ialah Malaysian like to compare, and they like to see if they are the first to do/achieve that. Jadi, apa salahnya saya buat perbandingan Malaysia-Ireland? Ooo..bila Kuala Lumpur di 'ranking' kan oleh Reader's Digest pada tangga ke-33 dari 35 sebagai bandar yang agak kurang adab, mulalah menggelabah. Rasa macam nak sorok muka pula. Dan kemudian kita dapat tengok komen-komen ahli politik dan ahli akademik yang bersungguh-sungguh membidas Reader's Digest.

Saya fikir saya mahu tergelak pula bila melihat reaksi mereka semua. Saya antara pelanggan tetap Reader's Digest edisi British (tapi dah berhenti kira-kira 3 bulan lepas), dan dalam tiap-tiap keluaran, pasti ada sahaja survey yang mereka buat. Tapi saya tak berapa hairan sangat sebab ia bukanlah satu kajian akademik yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan kaedah statistik yang betul-betul ilmiah.

Tapi hanya kerana Reader's Digest ini majalah orang putih, dan yang membuat survey itu juga orang putih, maka kita rakyat Malaysia, sebagai satu bangsa yang masih lagi dijajah mentalnya, menganggap kajian itu sebagai satu autoriti yang perlu diberikan perhatian serius dan mendalam. Tapi cuba kalau orang Melayu sendiri yang buat kajian tu, tak adanya pak-pak menteri dan ahli akademik yang nak layan sangat. Silap-silap dituduhnya pengkaji Melayu itu sebagai biadab pada bangsa (atau lebih teruk lagi, ada yang kata: ini kajian si Cina menyamar Melayu).

Dan cuba kalau ahli akademik kita sendiri yang menegur krisis budaya dan sikap para pelajar kita yang terlalu asyik dengan budaya hiburan, mana ada ahli politik kita endah sangat. Tapi, bila THES bagi ranking nombor 169 kepada UM, ramai pula ahli politik yang risau. Padahal ranking THES itu bukan boleh pakai sangat. Banyak bias sana-sini. THES mungkin relevan di UK, tapi ia bukanlah autoriti untuk menilai tahap kecemerlangan sistem pendidikan tinggi kita. Sistem kita yang punya, maka kita sendiri jugalah yang perlu menilainya. Saya tak fikir THES layak menilai sistem kecemerlangan akademik Universiti Al-Azhar.

Masalah kita sebenarnya masalah mentaliti. Kita adalah satu bangsa yang kurang keyakinan kepada pegangan dan kepercayaan budaya unik yang kita warisi. 446 tahun dijajah, 49 tahun merdeka: ia masih belum cukup menjadikan kita bangsa maju pada tahun 2020. Maju pada mentaliti adalah sangat penting berbanding maju dari segi materialistik. Ada duit, semua boleh jadi. Kamu ada USD 20 bilion, maka kamu sudah boleh bina infrastrutuk yang jauh lebih maju dari MSC, Sepang F1 dan KLCC di Rwanda.

Tapi adakah itu boleh menjadikan Rwanda negara maju apabila projek itu siap dalam masa dua tahun? Tidak.. bahkan mereka akan jadi seperti monyet mendapat bunga yang sangat jakun. Dan kita sebenarnya sudah jakun - jakun pada kemajuan kebendaan yang sedang kita nikmati di Malaysia. Tapi pada hakikatnya, kita gagal membina jatidiri bangsa dan agama. Kita tidak yakin pada kemampuan kita sendiri.

Dan dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa teguran saya kepada TM tidak akan menyebabkan syarikat korporat itu membuat dan memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi jika Bill Gates, atau mungkin sekadar pak menakan Bill Gates menegur perkhidmatan TM, maka percayalah..esok juga Telekom Malaysia akan bertindak.
---

P.S. Sewaktu saya menyemak ejaan bagi pos ini, tetiba si pembaca berita stesen Berita Radio RTM (saya dengar online) cakap: "Malaysia menjadi negara Asia pertama yang melakukan ekspedisi menjelajah benua Amerika Selatan." Tengok, betul tak saya cakap. Malaysian like to compare.

93 Komen Tambah Komen↴

kalau kamu tak mahu buat, biar saya copy and paste dan hantar ke surat khabar tempatan.

Anonymous from anonyland

Tanpa Nama

i agree with u 100%, exactly like what i've been thinking or rather perceived about malysian ppl. Rakyat malaysia sememangnye belum bersedia untuk menghayati dan mengambil faedah daripada kemajuan teknologi yang ada(kalau boleh dinamakan kemajuan lah), kerana mentaliti majoriti rakyat malaysia masih mentah/jumud/pasif/naif (dan yg seangkatan dengannya). I don't think yg kita akan mencapai tahap mentaliti masyarakat maju/madani even by 2040, if the people don't realize and do something about it. Seriously, i agree with anonymous, you should send this somewhere, utusan ke, or even harian metro? heheh...

hahah..silap banyak la tawel tulis psl kelajuan internet..aku dok jepun ni teramatlah menikmati kelajuan tanpa batasan..(astaghfirullah al adzim)

ohhh mari kita menguji kelajuan internet kita di sini

http://www.testmy.net

ni result aku...

:::.. Download Stats ..:::
Download Connection is:: 16602 Kbps about 16.6 Mbps (tested with 12160 kB)
Download Speed is:: 2027 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (Server 2)
Test Time:: 2006/09/30 - 7:50pm
Bottom Line:: 290X faster than 56K 1MB Download in 0.51 sec
Tested from a 12160 kB file and took 6 seconds to complete
Download Diagnosis:: Awesome! 20% + : 414.95 % faster than the average for host (or.jp)
D-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-9VHW6S23J
User Agent:: Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 5.1; ja; rv:1.8.0.7) Gecko/20060909 Firefox/1.5.0.7 [!]

:::.. Upload Stats ..:::
Upload Connection is:: 426 Kbps about 0.43 Mbps (tested with 748 kB)
Upload Speed is:: 52 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (Server 2)
Test Time:: 2006/09/30 - 7:53pm
Bottom Line:: 7X faster than 56K 1MB Upload in 19.69 sec
Tested from a 748 kB file and took 14.37024 seconds to complete
Upload Diagnosis:: May need help : running at only 68.16 % of your hosts average (or.jp)
U-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-MEVF6JXAO
User Agent:: Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 5.1; ja; rv:1.8.0.7) Gecko/20060909 Firefox/1.5.0.7 [!]


tuk lihat graf kelajuan internet aku kat jepun ni..aku dh upload gambar graf tu di sini

http://i10.tinypic.com/44glgsi.jpg

dan

http://i10.tinypic.com/4gzl3s3.jpg

mari compare ireland dan jepun pula..hehe(aku org malaysia yg suka compare tuk menginsafi diri...huhu)

ohh lupa nak bgtau... aku bayar duit internet secara tetap setiap bulan iaitu 3000 yen atau bersamaan rm100. hehe

Wah, segan den nak banding broadband Ireland dengan Jepun. Tapi bila aku fikir balik, kenapa la kerajaan tak guna server di Jepun aje, ini punyalah jauh divert internet trafic kita sampai ke US.

Tapi dari result kau yang aku tengok tu, awal2 lagi confirm broadband aku dah kalah. Kau punya download speed aje dah 16.6 mbps. Aku punya max speed hanya 8.0 mbps. Dah tu, aku kongsi dengan ramai orang pulak. Apa pun, ni result test aku, dengan menggunakan Firefox:

:::.. testmy.net test results ..:::
Download Connection is:: 1681 Kbps about 1.68 Mbps (tested with 2992 kB)
Download Speed is:: 205 kB/s
Upload Connection is:: 221 Kbps about 0.22 Mbps (tested with 386 kB)
Upload Speed is:: 27 kB/s

Aku letak result ringkas aje. Hehe.. Broadband speed paling laju pernah aku tengok kat sini 24.0 mbps, tapi harganya tetap lagi murah dari Snailmyx 2.0 mbps ADSL. Hehehe..

Walaupun Streamyx disaingi oleh Jaring, Time, Digi, Celcom, Maxis, Airezed dan Smart, tapi Streamyx menguasai most market share sbb Streamyx la yang paling mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia. Tapi servis hampas! Aku fikir, kalau Streamyx bagi servis 24.0 mbps, agaknya kita kena bayar RM1188 x 12 = RM 14256 sebulan.

Datuk K pun fikir banyak kali nak ambil kalau banyak tu kena bayar.

Mardiah n Anonymous: Artikel ni sebenarnya tak sesuai masuk surat khabar sebab ia tak memenuhi tatabahasa yang betul, di samping terdapat unsur satira pada Pak Lah dan anak menantunya. Jadi, memang sah kena reject awal-awal. *peace*

Artikel ni memang kritis, supported by fact. Ni 1st time komen ni, sebelum ni dok membaca je :-) terkejut jugak bila dapat tahu yang Internet yg dok ada ni sebenarnya dilencong ke Sgpore atau US sebelum sampai balik ke sini...no wonderlah still lambat, walau namanya streamyx ;-) seperti bidalan sahabat blogger lain, Malaysia Boleh, ker?

hu hu tak tau pape... sbb internet kita ok aje... pas tu free tak yah bayar.... he he guna streamyx... ok aje... tak problem pun walaupun 24 jam on line.... alhamdulillah dengan nikmat Allah.... ade gak internet, leh juga buka jendela info2 yg berguna dr org yg lansung takde kemudahan internet mahupun komputer :)

:)....hehe panas...graduan menganggur....rezeki dah di tetapkan Allah, wlu bnyk graduan IT yg tak beguna di perkhidmatan awam....tapi...masih ada lagi graduan yang hebat2 di bidang swasta...yang lebih competitive dan berusaha bawa nama org melayu besaing besama2 ngan bangsa lain yang nyata bangsa lain itu lebih tekun, komited dan succes dlm kerjaya....alhamdulillah, ada betullnya kata2 Yamina, slow2 internet conn nih...leh gak baca ruang hot hembusan ni erk...;p...
Mmg Malaysia banyak kekurangan, tapi Malaysia...tetap berusaha ke arah itu, dari tidak ada langsung, yg sememangnya Malaysia ini masih muda masih mentah dalam besaing dengan negara yg hebat2 di luar sana...dan yang nyata dan tidak baik itu...budaya menindas org kita sendiri...mcm TM..kaut untung tanpa pertimbangan....wallahwa'lam..

fetihanum

Hehehe...

Apa kata buat comparison Proton kat UK ngan kat M'sia pulak....

Cadangan je lah....

semantan

Tanpa Nama

rasa saya, benda compare2 ni tak de prioritinya jika nak dibandingkan dgn isu IFC skrang ni...

kpd tuan moderator yg dihormati...harap ada rasa tuan nak diskas pasal IFC pula kat blog ni..:
1.nak tengok pandangn anak2 muda kita
2. sejauh mana kualiti ank2 muda skrg ni utk persediaan melahirkan generasi2 pengikut Imam Mahdi

UmmuMhMd

Bersyukur itu wajib, tetapi ada batasnya. Jangan sampai konsep syukur itu menyebabkan kita sentiasa berpuas hati dengan kemajuan yang kita ada, sedangkan musuh-musuh Islam semakin mempersiapkan diri mereka dengan ilmu sains & teknologi bagi menghancurkan kita. Allah sendiri dah peringatkan kita supaya sentiasa mempersiapkan diri dan berjaga-jaga dari ancaman musuh. Rujuk Surah ali-Imran, 200.

To ummumhmd, as a Muslim youth, I strongly believe that comparing is a very crucial statistical tool. Without knowing where you are standing, you'll be crushed by the torrent of other advanced civilizations.

Jika kita tidak membuat perbandingan, bagaimana kita tahu setakat mana kita bersedia menghadapi dunia yang lebih global ini? Internet telah mengubah gaya hidup manusia dengan begitu mendadak.

Saya boleh sahaja menulis tentang IFC, InsyaAllah. Tetapi cuba fikir, mengapa patut saya menulis tentang IFC? Sekadar hobi, sekadar nak tajamkan kemahiran menulis, ATAU kerana mahu menyedarkan rakyat MAlaysia khususnya, tentang bahaya IFC kepada kedaulatan agama Islam?

Jika kita tulis, tetapi rakyat Malaysia tak dapat nak baca buat apa? Media massa seperti akhbar, televisyen, dan internet besar pengaruhnya kepada manusia. Kita sendiri sudah lihat betapa besarnya pengaruh akhbar dan tulisan pejuang tanah air ketika menentang penjajah satu ketika dahulu.

Sekarang ini, media di Malaysia tidak mengalami satu situasi yang dinamakan media-neutrality. TV dan akhbar perdana kita tidak menampilkan berita-berita yang neutral and transparent. So many censorships and news-filtering here and there. Saya tak fikir kita selaku umat Islam yang berkesedaran, mampu untuk menyebarkan betapa bahayanya IFC kepada umat Islam melalui Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3, NTV7, TV9, apatah lagi Astro.

Oleh itu, suara rakyat yang disekat sebelum ini sudah boleh dilepaskan dalam dunia internet. Terima kasih kepada broadband a.k.a jalur lebar. Tanpa teknologi broadband, saya tak fikir blog hembusan ini, apatah lagi risalah-risalah berkaitan IFC dapat dikongsi dan dibaca oleh sesiapa sahaja di Malaysia dan di seluruh dunia. Teknologi Maklumat, atau IT, hanya boleh wujud dengan kehadiran broadband, dan bukan dial-up.

Dan saya tak fikir saya akan menulis blog jika saya sekadar mempunyai dial-up. Seperti yang saya beritahu dalam artikel di atas, hendak buka Google di rumah saya di Shah Alam yang berdekatan dgn ibusawat Telekom pun sudah makan masa 5 minit, maka berapa jam pula yang diperlukan untuk sekali loading muka hadapan hembusan.blogspot.com?

Dan jika ada anak muda kita di Malaysia yang berkesedaran untuk menulis tentang IFC, tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana teknologi kita yang begitu primitif (tapi mahal dan servis tak bagus), maka tidakkah itu satu kerugian besar bagi kita?

Saya menekankan teknologi broadband dalam proses penyebaran maklumat, dan bukan teknologi dial-up yang mahal dan perlahan. Malangnya, kadar pemilikan komputer dan jalur lebar di Malaysia setakat ini ialah masing-masing 21.8 dan 1.9 bagi setiap seratus penduduk. Rujuk Bajet 2007.

Nampak tak statistik pemilikan jalur lebar kita? 1.9% bagi setiap 100 penduduk. Sangat sedikit. Jadi, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memiliki kemudahan untuk mengakses blog dan website berguna yang memaparkan berita dan isu yang lebih seimbang tanpa ada sebarang sekatan dan censorship.

Kita tulis IFC khusus untuk dibaca rakyat Malaysia. Tapi kalau kita tulis, tetapi majoriti masyarakat Islam di Malaysia tidak dapat mengikuti perkembangan isu ini, disebabkan oleh kualiti internet Malaysia yang sangat teruk, maka bukankah benda compare2 ini mempunyai prioriti yang tinggi bagi kita selaku umat Islam?

Dan katakan diwujudkan satu slot istimewa dalam webtv pas bagi membincangkan isu IFC ini, mampukah pengguna internet Malaysia yang menggunakan dial-up (iaitu 98.1%) menonton webtv itu?

Kesimpulan: Broadband adalah enjin kepada penyampaian ilmu. Kalau majoriti umat Islam di Malaysia sekadar menggunakan dial-up, kita bimbang mereka tidak dapat tahu isi tersurat dan tersirat di sebalik sesuatu perkara yang disiarkan oleh media perdana kita yang sudah tiada neutrality itu.

Tanpa Nama

well to me, what has been brought up here actually has a lot of connection and association with the endemic of murtad in malaysia or so called IFC, etc. Bro tawel is not only comparing the services, but it is beyond that. From what i understood, he's actually comparing the mentality of the malaysian people whom the majority are malay muslims with the mentality of a more 'civilized' ppl. And this kind of mentality has a great impact on the way they perceive their religion. The ppl in Malaysia don't really care on how to get the optimum benefit of the technology, instead, they r so overwhelmed by the fact that they r following the trend of the western society, and that's it! Without even understanding or analysing the very meaning of it. that's the kind of mentality that we have, n this is a real problem. If we write about IFC for instant, this kind of people couldn't care less about it, as either, it has been forwarded enough allready in their mailbox or , simply because they dun care. But, this article is more on to get u to think in a provocative way. And that's the real tool, getting people to think, and not feeding them with so much facts. Malaysian ppl (malay muslims esp) are sooo way down in terms of lateral thinking because of our education system which thought us tru spoonfed method. Enough writing, more thinking!

bila monopoly, maka company tu adalah price maker.
Dan bila price maker, faham2 je la kan camne naseb pengguna2.

Kalau x silap, telekom ni antara GLC malaysia yg tak rugi tahun lepas sebab dia tak kene compete ngan company lain dalam bidang telecommunication kecuali maxis ngan digi (talian mudah alih) tapi disebabkan streamyx dan talian tetap, kerugian tu tak la sebesar MAS

Kesian Mas, (25 reasons to fly with MAS)but Air Asia berjaya menghalang dominasi MAS ke atas sistem penerbangan Malaysia.
~u only need 1 reason to fly with us,Price rate.

Ye, betul tu mardiah. This is about mentality. Mentaliti syarikat korporat di Malaysia kadang-kadang lebih kepada memantapkan imej korporat mereka (tapi bagi servis yang buruk). Nasib baik TM tak beli lukisan berjuta-juta harganya macam MAS, semata-mata untuk letak dalam pejabat CEO.

Innocent Spectator, aku ni angin jugak dengan Celcom yang dah jadi subsidiary Telekom. Aku balik Malaysia hari tu, aku guna Celcom. Baru satu hari guna, dah macam-macam SMS spam yang aku dapat. Aku ingat Telekom ni takde sistem dalam menjaga privacy pelanggan. Bukan Celcom aje, Maxis pun sama.

Dan aku balik Malaysia hari tu, tengok2 Telekom dah berubah banyak. Rupa-rupanya Telekom buat rebranding 9 juta ringgit - tukar logo, tukar imej syarikat, tukar itu ini, tukar apa lagi entah. Lepas tu, jadi penaja utama Liga M pulak. Ini semua sebab nak naikkan imej korporat.

TM buat rebranding, taja Liga M, tapi mereka tak mahu tingkatkan servis mereka. 9 juta tu baik beli new hardwares, new softwares, get better and more IT-knowledgable employees. Kadang-kadang macam tak boleh percaya, syarikat gergasi macam Telekom, yang memiliki Multimedia University, Multimedia College, dan ada pula syarikat luar negara di Singapura, Sri Lanka, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, dan Kemboja [rujuk], tetapi memiliki kualiti servis yang paling buruk. They can't even settle the local problems, yet they divest in other countries. So irony!

Selepas setahun TM rebranding (2005), takde apa-apa perubahan ketara. Shame on you TM! But we Malaysian has no other choices! TM is ripping-off our money. Without competition, TM is a lame money-making company. Thanks to AirAsia, now MAS can enter the real business world.

Kalau aku sorang aje yang jual cekodok pisang kat dunia ni, maka aku boleh letak harga RM 10 sebiji. Because I'm the only one. Apapun, kita tengok macam mana prestasi TM dalam masa 6 bulan lagi.

P/S: Moga-moga DBP tidak menyaman blog ini kerana tidak menggunakan laras bahasa yang betul, di samping sekejap tulis English, dan sekejap tulis BM. Adakah saya ini telah terkena virus "I sound stupid I speak ini Malay?"

monopoli bukanlah suatu amalan yg sihat di dalam dunia perniagaan. seharusnya Malaysia bersikap proaktif dalam situasi ini andai kita mahu mencapai status negara maju.

patut compare internet di australia juga. di sini ada banyak syarikat yg memberikan perkhidmatan internet, telefon dan televisyen. Hampir setiap bulan, ada pelan internet baru yg mantap dan laju. tapi mungkin tak selaju internet di jepun kot :)

Jangan salahkan TM aja... Jaring punya pun lembap jugak apa...

Mana boleh lawan Jepun hafiz ;). Kaki bangku, aku salahkan TM sebab syarikat ni dapat untung banyak dari monopoli yang dilakukan, tapi servis yang diberikan amat menyakitkan hati. Microsoft pun buat monopoli jugak, tapi sekurang-kurangnya Microsoft beri servis yang memuaskan hati ramai pengguna.

P/S: Hari Jumaat lepas aku order wireless broadband sebab aku tak sanggup nak kongsi internet dengan bebudak rumah aku. Walaupun yang ada sekarang ni 8.0 mbps, tapi kalau dah kongsi ramai-ramai, ditambah dengan aktiviti download, aku nak buat kerja pun susah.

Wireless broadband yang aku order tu sangat mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Sebulan cuma bayar dalam 19 Euro. Aku order hari Jumaat, dan 4 hari kemudian (hari Selasa), aku dah dapat wireless broadband tu, dan terus boleh guna. Agak-agak, TM boleh buat servis sepantas ni tak?

Saudara Tawel ....

Sy antara orang yang biasa bekerja dengan syarikat TM. Maksud sy dalam bidang teknikal.

Kalau Tawel berpeluang masuk server room depa ker, masuk data centre depa ker? tawel pasti akan terasa terkejut dengan apa yg mereka ada. Lebih2 lagi kalau tawel compare dengan apa yg syarikat telekomunikasi lain (MAXIS or DIGI) ada dari segi hardware nya.

MasyaAllah, apa yg telekom ada boleh dikatakan amat menyedihkan. Bila orang dah mampu invest pakai server Siemens depa masih pakai Server zaman tok kadok. Itu yang buat capaian internet kita lembab.

Tapi untuk pengetahuan tawel servis pemasangan di Malaysia saya rasa agak cepat, tetapi sangat mahal. Nak set up Streamyx aje dah RM88. Kesian bagi orang yg tak reti set up sendiri. Bagi orang yg reti ok lah kut.

Bayangkan suruh orang duk configure pc depa sendiri di charge RM88, sodih den, kok 100 orang dah berapa dah tu..... Tak ke namanya mencekik darah tu ...

akhifaizul, servis internet di Malaysia pada saya cepat pada seturn-seturn (seturn? dbp...) tempat saje kot. Sebab saya ingat lagi masa rumah sewa kami nak pasang streamyx, lepas register berminggu-minggu baru dia mai datang (syarikat pemasangan telefon and streamyx). Janjinya dia akan datang seminggu selepas kami mendaftar, tapi hampehhhh..huu
Saya setuju yang kos pemasangan streamyx itu sangat mahal,
kami students, kasihanilah kami..
huhuhu

mengikut maklumat dari seorang teman saya... server jepun berpusat di kawasan kanto adalah sebesar dua buah gimnasium.

malaysia tak cukup tanah kot;)

selalu dengar jepun yg tak cukup tanah.

tgh tunggu berita terkini pembinaan server malaysia.

Aku bisnes cybercafe, so kena lah subscribe to Snailmyx @ TM Streamyx, memang betul pun snail. Dah tu aku mintak tukar pakej yang murah tak boleh pulak dorang cakap, pasal aku kedai kena ambik pakej enterprise 1mbps punya, tapi hampeh...
Ada ISP lain ke kat Malaysia?

Tanpa Nama

Macam tu rupanya keadaan server telekom. Ish2..tq brother akhifaizul (rasanya saya macam pernah dapat emel dr saudara untuk link blog saya ni. Ke orang lain?).

Takpelah innocent spectator, kalau telekom tak mau kesian dgn student, nanti kita sama-sama boikot TM bila kompeni lain dah boleh bagi harga lebih kompetitif.

Kau biar betul mfr..seluas dua buah gimnasium...tapi satu gimnasium tu besar mana hah? Gimnasium mini ke? Atau saiz gimnasium nasional? Jawab..

Striker, ada je byk lagi ISP. Pesaing terdekat adalah jaring, tapi jaring lagi la hampeh dari streamyx, dan tak meluas. Adoi..ku kesian pada rakyat Malaysia yang dimomok-momokkan bahawa kita memiliki kualiti servis yang maju itu dan ini. Tapi pada hakikatnya, telekomunikasi negara kita mungkin hanya maju sedikit dari Uganda.

iya taweel-sensei, saya udah link kan blog saudara to mine. Taweel tak kesahkan :D.

Personally den rasa depa nie ada attitude, Bila dah ada pesaing baru nak buek,kalau tak de pesaing biaq pi lah dengan customers.

Korang langgan ke, korang tak langgan ke... akulah GLC yg mengaut keuntungan.

first-class infrastructure, third-class mentality. kui3..

baca entri ni buat kesekian kali baru tingin nk bg komen.

aku masih menunggu sidang parlimen live kat TV. khalayak yg blum matang nk menonton ke yg ditonton tu takut terserlah ke-tak matang-an mereka. kwang3..

aku ada akaun dial-up mende ntah dulu. kat sabak bernam connection not bad la. tapi terpaksa terminate psl kena bayar sewa bulanan, padahal guna bila aku blk msia je. baru ingat nk guna prepaid tu blk nnt.. isk3..

ouh ye, aku juga masih menanti mana2 kompeni telekomunikasi offer free minutes call utk henfon.. seperti yang aku nikmati kat oz ni dan masih berbaki 1740 mins. ahaha!

psst.. aku seperti pernah terbaca (ouh.. silap aku sndri sbb tak konfemkan) dlm Islam monopoli ni.. err.. boleh jatuh haram. ye la.. bila dh menzalimi ummah sampai cenni.

TM tak sepenuhnya bersalah...TM tak pernah nak mengenakan pengguna dengan caj yang mahal tapi servis yang teruk...Kita sedia maklum TM adalah GLC (Government Linked Company)..sebahagian besar keuntungan terpaksa disalurkan ke kerajaan itu tak termasuk kroni politik yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan asyik menghimpit TM untuk dapat projek..TM juga kena sponsor macam-macam contohnya Liga TM, Tour De Langkawi..itu semua arahan dari kerajaan...manakala polisi MCMC pula selalu tidak menyebelahi TM sebaliknya meyebelahi pesaing seperti Maxis dan DiGi. Ketika era telekomunikasi semakin maju org semakin ramai yang meggunakan handphone...utk set-up satu pemancar/penerima frekuensi handphone tidak semahal nak setup satu exchange Telekom. Sebenarnya keuntungan TM semakin susut setiap bulan di sebabkan permainan yang tidak adil oleh pesaing...Perlu di ingat di TM ada lebh 25,000 kakitangan yang mana 90% adalah melayu(Islam)...berbanding di Maxis dan Digi yang hanya ada lebih kurang 2000 kakitangan sahaja.
Meraka tak perlu melabur dgn jumlah yang besar utk setup keperluan komunikasi mereka dan tidak terikat dengan taja menaja ni...dan sekarang TM terpaksa mengurangkan staffnya yang kebanyakannya dikalangan saudara seagama kita. Mereka semua dalam kerisauan tentang nasib masa depan mereka...dan kaum cina perlahan-lahan semakin ramai yang masuk dalam TM. 2 anak syarikat TM, VADS dan TMNet CEO nya adalah berbangsa cina dan mereka sedang giat memasukkan pekerja baru dikalangan bangsa mereka...TM sebenarnya dalam keadaan tangan yang terikat....Macam mana orang dalam keadaan tangan terikat nak meyuap kepada kamu??...Kementerian Tenaga dan Komunikasi Lim Kheng Yaik pula perlahan-lahan sedang membantu kaum cina utk memonopoli pula segmen perniagaan berteraskan IT dan Komunikasi dengan pelbagai undang-undang baru yang tidak menyebelahi TM malah akan membunuh TM.

Kita mudah membuat tafsiran tanpa menyelidik dahulu dan meyebarkan kebencian tanpa memikirkan risikonya secara keseluruhan...berapa orang dikalangan kamu yang menggunakan 019 atau 013...kalau kita tidak support siapa lagi..
Kita lebih rela support company bukan Islam yang secara tidak langsung menghumban saudara seagama kita dalam keadaan tidak menentu masa depannya...

Nasihat saya....kalau kita tidak tahu cerita atau keadaan sebenar janganlah cuba nak membuat penilaian sendiri..Islam tidak maju kerana sesama umatnya tidak saling menyokong....malah secara tidak disedari kita membunuh saudara sendiri....kamu nak boikot TM sapa yg untung??????...dalam TM saja org Islam ada kedudukan tinggi..dalam Maxis dan Digi...jangan harap....adalah beberpa muka melayu nak cukupkan syarat...pekerja bawahan melayu..supervisor bukan melayu...org melayu kerja bawahan nak naik pangkat ???...tanya mereka yang kerja maxis dan digi...

Kamu duduk diluar memang senang nak menghentam....mari ler jadi CEO kat TM jaga kebajikan 25,000 staff dengan pendapatan TM yg semakin susut setiap hari...Sebelum menghentam saudara kita kaji masalah dia dulu..bukankah itu sifat yang diperlu dalam agama kita?

Selepas ini lesen WiMax akan diberi pula kepada pesaing TMNet...so fikirlah sendiri...kalau skrg pegangan kita 18%..
selepas ini maybe 8% sahaja?....Fikir kesannya kepada kuli yang kerja utk TM dan nasib mereka...So masa itu giliran kamu pula 'bersorak sorai'....melihat saudara seagama kita meraba-raba menghabiskan sisa hidup mereka.

Tanpa Nama

Ok cik anonymous. Terima kasih kerana bagi pandangan. Tapi sebenarnya saya sangat2 berharap kalau cik anonymous tidak berselindung di sebalik nama 'anonymous'. If you speak the truth, why hide your existence?

Baiklah, sekarang ini cik anonymous telah membawa kita ke dalam satu ethical issue - Patut atau tidak patut kita sebagai umat Islam menyokong syarikat/kompeni/produk yang dibikin oleh bukan Islam. Dari segi fiqh, memang ia harus. Tapi ini fiqh selapis.

Kalau kita sebagai umat Islam yang benar-benar sayangkan agama ni, maka tak patut kita sekadar fikir dari aspek fiqh sahaja, dengan kata lain, kita kena fikir dari aspek muamalat sesama umat Islam juga. Secara moralnya, kita memang patut menyokong produk buatan orang2 Islam.

Dan di sinilah timbulnya ethical issue. Apa patut kita buat kalau produk yang dihasilkan oleh orang Islam itu sangat mahal dan servisnya juga buruk, tapi produk itu menjadi monopoli? Saya memang duduk di luar, tetapi mak, ayah, kakak, abang, pak menakan, makcik, anak buah, dan lain-lain lagi, semuanya berada di Malaysia. Malaysia sedang mengalami inflasi. Harga barang semakin naik dan naik, tapi gaji tak juga naik. Dengan keadaan begini, internet yang menjadi satu keperluan penting masyarakat global, tetapi bagi rakyat Malaysia internet dilihat sebagai satu keperluan paling akhir untuk dipenuhi. Ini semestinya bertentangan dengan wawasan MSC untuk menjadikan rakyat Malaysia celik IT.

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh orang Islam, TM sepatutnya bertindak sebagaimana orang Islam bertindak. Tak kisahlah sama ada syarikat itu milik Islam atau bukan Islam, bila berlaku sesuatu yang tidak kena pada servis yang diberikan, kita selaku pengguna berhak menyatakan ketidakpuasan hati. Kalau tak mahu kena komplen, maka bagi servis yang berpatutan dengan harga yang dibayar. Kalau tak mahu kena boikot, be a good ISP.

Masalahnya di sini, TM bukan tak mampu nak upgrade softwares, hardwares, ambil pekerja yang lebih mahir atau pun berikan mereka kursus untuk tambah kemahiran IT, dan sebagainya, tapi TM tak nak buat.

They can invest RM 9 million to do company rebranding (of course it is solely to boost the corporate image), but they cannot improve the technical services and products. TM sendiri tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, dan mereka sendiri tidak kesian kepada 53% umat Islam di Malaysia yang terpaksa membayar harga perkhidmatan telekomunikasi cekik darah, maka saya tak fikir dua kali untuk memboikot TM.

Pemboikotan tidak bermakna pekerja bawahan akan hilang mata pencarian. Tapi pemboikotan akan membuka mata CEO dan orang-orang atas bahawa mereka perlu melakukan evolusi pada perkhidmatan kita. No pain no gain. MAS yang kita tak boikot pun boleh buang beribu-ribu pekerja. Sebab apa? Sebab pengurusan MAS yang tak mahir, yang tak dapat melihat kehendak pasaran semasa. Sebab itu MAS rugi. Mereka mahu menjaga imej korporat mereka, sampai beli 3 lukisan berharga RM1.5 juta, tapi mereka masih rugi. Mengapa ini berlaku? Adakah rakyat Malaysia telah memboikot MAS? Dan mengapa pula Bank Islam rugi 700 juta? Adakah kita umat Islam telah memboikot Bank Islam?

PS: I love to support Muslim companies (if only they play it right). But I love to boycott Muslim companies, in which they are playing monopoly, but they can't serve us right.

Apa kata kita gi Ireland tiap kali nak buat call atau surf internet. Dapat gak buat MAS untung balik. Kuang... kuang... kuang...

Tanpa Nama

Ireland jauh sangat. Australia ada. Aie boleh tolong kot. Kuang... kuang... kuang...

Alah kalau tak suka macam - macam lah cakap.. kalau betul support Islam kenapa tak pakai 019/013 tetapi pakai 012/016/017. Apa yang kurang dengan Celcom. Service ia teruk sangat ke? Bagus sangat ke Maxis atau Digi. Aku bet kalau service Digi Dan Maxis bagus sangat bukan ke dua syarikat nie guna infrastructur network TM gak???? Pelik ye...

Sebenarnya kemana Orang Melayu tu pergi dia tetap melayu walaupun dia tinggal ke Ireland sekali pun sebab dia juga suka membandingkan sesuatu. Cuba kalau dia tinggal di indonesia ke? Thailand ke? India ke? rasa - rasanya dia bersyukur ke atau tidak!

Tanpa Nama

"Sebenarnya kemana Orang Melayu tu pergi dia tetap melayu walaupun dia tinggal ke Ireland sekali pun sebab dia juga suka membandingkan sesuatu. Cuba kalau dia tinggal di indonesia ke? Thailand ke? India ke? rasa - rasanya dia bersyukur ke atau tidak!" betul tu!!!!

Jangan asyik suka menuduh je tanpa membuat kajian terperinci terlebih dahulu. Maxis atau Digi nye servis tu ada menjuruskan kepada keislaman ke? byk berunsur hiburan je... naper masih sokong mereka?

Tanpa Nama

Saya balik Malaysia hari tu, saya guna 013. Dan saya rasa 013 ni pun seperti mana Maxis dan Digi, juga tak berapa menjurus ke arah keIslaman. Sebenarnya saudara anonymous, kalau nak syadid, syadidkan pada diri kita, tapi jangan nak syadidkan orang lain.

Saya sudah terangkan awal-awal lagi bahawa jangan sampai konsep bersyukur itu menyebabkan kita redha sahaja dengan keadaan diri kita sekarang, walhal, tamadun lain semakin maju ke depan. Ini bukan masalah Melayu atau bukan, perbandingan itu penting sebagai satu landmark untuk mengetahui di mana kita sebenarnya berpijak. Orang putih pun buat perbandingan jugak, sebab perbandingan ini adalah satu ilmu statistik yang penting.

nama aku juga yg naik.. kwang3! huk aloh.. duit tiket oz-msia lg mahal drpd RM1188. ahaha! tapi klau korg dtg sini nk tumpang jalur lebar aku ni sila la. aku bayar AU$65/month.. kira2 39 Euro.. lg murah.. thihi! er.. tapi takde telefon atau TV satelit. takpe, internet sudah cukup melalaikan aku.

aku rasa tuan punya blog ni dh ckp kenapa dia buat perbandingan cenni. tak sangka la nk kuar citer thailand india plak kan. baik banding dgn zimbabwe je klau cemtu. dia tak kata pun TM salah sepenuhnya. dia nk suh tgk kat mana silap then gi la btulkan. bukan komplen kosong.

ko tau tak, tawel.. bebudak botswana kat sini lg kaya drpd aku yg dtg drpd negara bakal maju 14 tahun lg ni.. isk3!

psst.. pemerintah pun bnyk menggalakkan hiburan. encik/cik anonymous sokong sapa?

aie

benarkan ke TM kaut untung tanpa pertimbangan....??? dan mengapa kita harus banding menbanding..

Tanpa Nama

Mu ni org atasan TM ke anonymous?

spek

Macam ni aje la cik anony. Saya dan awak mempunyai falsafah berlainan. Falsafah awak: Tak nak banding, bersyukur dengan kualiti teruk TM. Fine, saya tak boleh nak ubah falsafah awak.

Falsafah saya pula: Perbandingan itu ilmu untuk muhasabah diri. Dan perbandingan ini apabila digunakan pada tempat, masa, dan keadaan yang sesuai, ia dapat menjadikan kita manusia yang bersyukur dan pada masa yang sama berdaya saing untuk maju ke hadapan.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa jalur lebar adalah satu teknologi penting bagi manusia hari ini. Dan teknologi ini mestilah mampu dimiliki oleh kesemua rakyat Malaysia, seperti mana teknologi elektrik, gas, dan bekalan air bersih. Dan rakyat wajib menikmati servis yang berpatutan dengan apa yang dibayar. Apabila servis yang kita dapat tidak memuaskan hati, maka kita selaku pengguna bijak, memiliki hak untuk menyuarakannya, dan di dalam blog ini, saya menyatakan hak saya sebagai pengguna.

Di samping itu juga, di dalam pos ini saya tidak pun menyentuh tentang Celcom, Maxis, Digi, etc, tetapi sebaliknya cik anonymous lah yang membawanya. Saya cuma menyentuh Streamyx dan telefon talian tetap SAHAJA, yang mana TM melakukan monopoli besar dalam dua industri ini.

Dan dalam pos ini juga, ia bukanlah sekadar komplen, tetapi saya turut melontarkan idea saya tentang bagaimana sikap rakyat Malaysia apabila berhadapan dengan kritikan, yang mana kita susah nak sedar apabila orang kita sendiri yang menegur. Tetapi apabila orang putih tegur, begitu cepat kita melatah.

Selain itu, di dalam pos itu juga saya telah menerangkan apakah adil bagi saya untuk membuat perbandingan Malaysia-Ireland. Jadi tidak lagi timbul soal kenapa nak banding membanding. Malah, saya lebarkan lagi komentar saya dalam ruangan komen.

Dan saya juga berfalsafah untuk tidak meneruskan perdebatan dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka yang menjadi jaguh untuk melontarkan idea/pendapat, tetapi bersembunyi di sebalik identiti anonymous.

bukan lah orang atasan pun.. sekadar bertanya.. betul ke.?? saya ada kawan dalam TM.. bila kata TM untung banyak.. dia kata "tu on paper jer".. then reality..?? nak dapat bonus cam GLC lain pun susah.. kerja makin banyak dan susah.. tu belum nak fikir kalau orang asyik nak hemtam jer.. saya sebagai kawan terasa bahang yer..nama pun GLC.. decision not 100% by TM ..wallahwa'lam..

Tanpa Nama

telecomunikasi industry memang mencabar sekarang ni, byk persaingan.. bukan dr Maxis, Digi, tapi dari byk ASP and VoIP Operator. Masing-masing try to capture the market.. Telekom is not as stable as GLC cam Petronas, TNB.. FYI, Telekom is changing right now to be more customer focus. If you have something to complaint, go to the right channel.. you call call TM Customer Care Number '100' & they will try to entertain you.. & I don't think that all telecommunication carrier is perfect.. even Singtel, BT, etc ( I pernah deal ngan carrier2 nih)..

It's not wrong to compare between Malaysia & Ireland, but we also need to look into a bigger picture.. this 2 countries is regulated by different regulatory & the market scenarios is not same... TM is presured by MCMC to sell Streamyx (broadband service)... but at the same time we're in the process of improving the service.. I know, some customer would not be patient enough for this...

Maybe rather than comparing Streamyx with Ireland's Broadband Services, it's is better if we compare Streamyx with HomeNet (Time Broadband Service).. just for you to re-think on Streamyx service (FYI, I do not have any problem in connecting to Streamyx from my home)

Sometimes I quite confused when somebody said that, 4 sen per minute is too high.. but at the same time, people who said that word could afford to use mobile phone which it call charges is higher that 4 sen... sometimes it can go up to 55 sen/ minutes for prepaid..

Yes.. I agree that if again we compare Malaysia and Ireland, then the local call is too high... mmm.. *sigh*.. remember telecommunication infrastructure in Malaysia is not the same as Ireland. In Ireland, I don't think that it is just because competition that result in low price. It is also because of the cost and their regulator. Maybe infrastucture in Ireland is fully developed that results in low cost in providing service to customers (sapa buat business mau rugi... cuba pikir baik2)

that's my opinion.. just to divert your view.. to look into reality and bigger picture... rather than to just narrowed down into comparison without looking at other factors.. wallahua'lam

Thank you mamaameer. You got your point there and the arising problem can now be understood deeply. Perhaps, one should realize that the article I wrote here is dealing with price and beyond that key factor.

That's why I dragged MSC into this polemic. MSC is a catalyst to ensure our IT developmnet is progressing steadily and rapidly, and comparable to other developing nations (not developed nations). After all it is totally unfair if we compare Malaysia to Japan, US, or UK. So let me make a crystal clear statement: No G8 countries are being compared and involved here. It just Ireland.

Now everybody would agree MSC doesn't bring any significant development after its launch 11 years ago. O come on..Google become a multibillionnaire company in less than a decade after it was founded in 1998. And I'm afraid not so many tech geek out there know the existence of MSC. You wanna know the purpose of MSC?

Here you go: "Multimedia Super Corridor aims to attract companies with attractive tax breaks and facilities such as high speed internet and proximity to the local international airport, Kuala Lumpur International Airport." [Refer here]. And it was so funny when I read a complain of the snailness of Streamyx at Cyberjaya!! And now, Dr Mahathir is accusing Pak Lah for his agricultural-oriented mind and for abandoning the MSC project [read]. This'll further retard the progress of IT development in our country.

You know what, it is really a big and serious problem when I had a terrible difficulty to connect to the internet when the TM server is just 10 minutes cycling from my house. And it's a nightmare for any Malaysian web developer out there when it takes forever to upload less than 100kb of a single php script to the server. And it is a great shame when the TM workers themselves are Streamyx-illiterate. And the list of problems are growing.

And again, this article is just a letter of complain, but at the same time it is a sharp social criticism to all of us. We love to compare in order to show how cool we are when we can be the first in the world, asia, southeast asia, etc..and now why don't we compare in this kind of situation?

ok gak compare malaysia dengan ireland tu. tapi kena ingat, tengok dulu hdi ireland dgn malaysia.

"Dr Mahathir is accusing Pak Lah for his agricultural-oriented mind and for abandoning the MSC project.... This'll further retard the progress of IT development in our country."

hmmm... takkan internet slow pun nak salahkan pak lah...hehe

selamat beri`tikaf ...

sms

agreed!! saya bermasalah dengan broadband tak kesudahan. lembabnya tak perlu dicakap. dari auto dail ke manual dail dan nak tunggu ia connect sebelum boleh dail etc. call technical dept... sudah berapa kali, kesalahan dicampakkan pada setting PC dan wiring rumah sehinggla ada hamba ALlah yang cerdik sikit untuk buatkan report. ia selesai selepas staf teknikal dia datang dan hack modem tersebut. Namun selepas 4 bualan, ia berulang lagi. dan proses yang sama perlu dilalui.

hotspot di tempat kerja saya sudah 1 minggu tidak ada sambungan. sebelu itu, hampir 2 minggu terpaksa authentication setiap 30-60 saat. sebelum sebelum itu, hampir setiap 5-8 jam, akn hang system. hehehe .... telekom boleh... bettet tahn most african countries. <---nak compare. ;)

ikelah

Selamat beriktikaf jugak sms. Hehe..bukan nak salahkan Pak Lah, tapi bila Pak Lah dah camtu, maka ia akan mempengaruhi polisi kerajaan dalam perkembangan IT kita.

Ikelah, bila kau cakap pasal Afrika, aku tetiba rasa gatal tangan nak check macam mana keadaan broadband di sana. Dan South Afrika yang menjadi antara negara paling moden di benua tu dipilih ;). Dan ini hasil kajian ringkas:

Perkembangan broadband di South Africa terencat disebabkan kos tinggi yang dikenakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi nombor 1 di sana, iaitu Telkom yang mendominasi pasaran talian tetap dan internet. (Macam kes TM kat Malaysia aje..hehe). Buat pengetahuan, ada lebih 200 ISP di sana.

Walau bagaimanapun, kelajuan broadband di South Africa kini telah mencapai 4.0mbps ADSL (for home & business plan), dan pengguna di sana hanya perlu membayar Rand 516/bulan (RM 253). Hehe..kita dah kalah dengan South Africa rupanya. Malaysia pun tak sampai lagi 2.0mbps ADSL bagi home user. Kesian rakyat Malaysia. Nampaknya broadband akan menjadi satu luxury bagi rakyat Malaysia buat jangka masa yang panjang, lagi-lagi dalam keadaan harga barang asyik naik dan naik. Eh, tarif air Lembah Klang naik 15% kan? Tapi jangan risau sebab keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas yang turut memberi jaminan ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah yang mewakili 42 peratus penduduk kawasan itu. [rujuk]

Rujukan:
1) http://www.budde.com.au/Reports/Contents/South-Africa-Broadband-and-Internet-Market-1914.html

2) http://www.mybroadband.co.za/nephp/?m=show&id=298

3) http://www.itu.int/AFRICA2004/media/broadband.html#1

4) http://www.telkom.co.za/athome/products/dsl/home_reduced.html

PS: Jangan marah sebab saya compare Malaysia-South Africa kali ni ;p

ehhh... silap tempat la pulak saya komen td...
ermmm... assalamualaikum... saya pula, dah dua bulan bayar streamyx, tp line tak masuk2 pun... gi kedai TM, dia cakap, dah activate and install kat port 15 Sept, tapi saya masih dokleh online... klu mmg ada adsl, komputer silap pon, kat modem tu blinking... gi complain... ye suh tpon technician, nok kena bayar RM50 sbb kena configure... ermmm... tah mender tah...

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Takpe2, saya dah delete pun komen yang tersilap tu. Encik anonymous ni sebenarnya berkongsi masalah dengan ramai lagi mangsa TM. Takpe2..kalau camni jugak tahun 2020, maka kita sama2 pergi South Africa untuk guna broadband. Streamyx is the most infamous narrowband in Malaysia. LOL.

PS: Mu orang kelantan ke anonymous?

TM kaut untung banyak?

- Syarikat swasta lain mengaut keuntungan lebih berkali2 ganda

- Keuntungan TM digunakan balik oleh kerajaan (le tour langkawi, beli equipment dari company yg ada proxy, etc etc)

- TM byk rugi utk provide infrastructure di remote area (kampung & pedalaman) & vandalism (tak macam orang jepun & ireland)

- siapa kata monopoli? sekarang ada byk syarikat spt TIME, Jaring, Maxis, etc etc. Tetapi diorang taknak masuk fixed line sebab merugikan. Diorang prefer di bandar2 yg ada untung, yg ada service di kawasan kampung TM je. Sama spt broadband, korang boleh je subscribe yg lain2 tu, harga lebih kurang sama, tapi service diorang lebih kpd kawasan bandar sahaja.

- TM untung kecik je, bonus 1.5 bulan. Cuba check company lain berapa bonus?

**so bersyukur dpt gak service broadband kat sini. nak harapkan company competitor mmg tak masuk la tempat yg tak menguntungkan ni. Kita pengguna ada hak untuk tukar ke provider lain kalau rasa TM punya servis hampes, tapi kenapa tak tukar? sebab TM je yang sanggup offer service di tempat anda. satu lagi bila kita compare price barang technology ni, dgn negara maju mmg la malaysia ketinggalan, compare la dengan indonesia pls.

Kan daku sudah compare dengan South Africa..pls read before comment..

Assalamualaikum.
Abang saya (akhifaizul) suruh baco blog sedara nie. dan saya tertarik dengan isi kandungannya dan saya telah melinkkannya ke blog saya. bolehkan? Ini adalah entri saya pasal tmnut

http://www.dobot.com.my/v3/?p=75

http://www.dobot.com.my/v3/?p=48

Jadi, saya ingin meletak blog sedara dalam link blog saya. Bolekan?

Salamz..

Very goood kritikan and point to ponder.

Akan baca selalu blog nih for fresh input.

Omedetou !!
-deng_burn@yahoo.com-
http://www.intermax.com.my/

Oh, akhifaizul tu abang hang rupanya. No problemo dobot kalau nak link. Salamz juga untukmu deng burn. Kau orang intermax ke?

broadband malaysia lembap. enough said.

TMNet or in fact all public service organisations LEMBAB macam PM sekarang.

Dah ketua lembab, yang mengikut nya lagi la lembab.

Lembab tang action,
Lembab tang fikir,
Lembab nak maju,
Macam-macam lembab.

Tanpa Nama

Rileks oo cik anonymous. Mari kita buat kritikan yang membina. Bukan kritik sebab kita benci seseorang. Sebab bila kritikan lahir dari kebencian, maka segala yang baik pun akan dipandang buruk.

Cool down, take it easy :)

500,000 subscribers...so takde hairan la.. tunggu Internet Exchange siap... part ni bukan salah ibu mengandung..

Dr Arazi

Hanya sekadar copy paste dari Tranung Kite:
---------------
TIDAK SEDIKIT PENGGUNA YANG ALAMI HAL YANG SAMA

> KUALA LUMPUR 28 Nov. � Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai Kumpulan sebanyak RM2.22 bilion dalam sembilan bulan pertama yang berakhir pada 30 September 2006, naik 13 peratus daripada RM1.97 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu <


TMNet KAPITALIS TERHEBAT ALAM MELAYU

SAYA ingin mengemukakan ketidakpuasan hati mengenai tawaran perkhidmatan Streamyx yang disediakan TMNet. Pada 18 Mac 2006, seorang ejen TMNet dari sebuah syarikat telah memasang pakej `Streamyx in a box 384k - RM20 for 10 hours with modem rental' di rumah saya. Saya membayar beliau sebanyak RM88 sebagaimana diminta sebagai yuran pemasangan dan RM50 untuk kad rangkaian. Beliau mengatakan akaun saya akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh pemasangan. Namun, sehingga hari ini akaun tersebut masih belum diaktifkan. Saya menelefon beliau beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan dan alasan yang diberikan adalah masih dalam siasatan. Sehinggalah semua panggilan saya tidak lagi dijawab dan saya sendiri tidak pasti status akaun berkenaan.

Pada 13 Mei 2006, saya telah membuat aduan di Kedai Telekom, Jalan Meru, Klang. Saya dimaklumkan oleh kakitangan bertugas bahawa rumah saya jauh daripada rangkaian Streamyx. Walhal, ejen TMNet sebelum ini meyakinkan saya masalah tersebut boleh diatasi.

Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut dan memohon yuran pemasangan sebanyak RM88 dikembalikan. Bagaimanapun, pegawai itu enggan melayan dan mengatakan masalah yang berlaku adalah urusan antara saya dengan ejen TMNet. Saya juga telah mengadukan masalah ini kepada pihak TMNet melalui laman web tm.net.my pada 29 Mei 2006 tetapi masih tiada sebarang maklum balas sehingga hari ini.

Saya begitu kecewa dan rasa seperti dianiayai dengan kejadian ini. Saya mahu TMNet mengambil sikap bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku dan mengembalikan wang saya. �

TERANIAYA, Klang, Selangor Darul Ehsan

s: UM, 23 Jun 2006

----------------

KLIK

TM Net jawab kemusykilan pengadu

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

boleh sape2 yg pernah ada pengalaman dapat butirkan secara terperinci ttg masalah kelajuan streamyx kat utusan.

semakin byk aduan, pasti salah satu akan muncul di dada akhbar.

hey guys. i used to work with Singtel for 12 years, BT for 4 years & Batelco for 5 years. When i came back to malaysia early last year, i'd say that TM is a company for Malaysian & protect Malaysian interest.Eventhough im not really happy with streamyx but we need to think about national agenda. i loves my country & for the seek of the future generation, i'll support TM.Pls bear in mind that if there's no GLC company in Malaysia, our children will suffer one day. trust me.

karinblak

panas. panas. bagus betui komen anda. aku setuju sangat dengan komen tu.

Well kat malaysia ni kalau monopoli, oligopoli atau 'takder-poli' sama sahaja sebabnya kita ader satu lagi masalah utama iaitu license untuk join communication industry dikawal oleh pihak berkuasa. Aku tak pasti tentang telecommunication, tapi kalau cakap pasal energy, kita ade TNB dan IPP. Malangnya kebanyakan kontrak IPP ni memang tak fair langsung dan orang -orang yang tertentu shj yang boleh masuk line. Mungkin sebab itu jugalah kita tak ada competitive market dalam industri broadband.

untuk mewujudkan competitive and fair market, kita perlukan orang yang benar-benar jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai regulatory body di Malaysia. Barulah kita boleh menikmati kemudahan seperti yang korang rasai di Ireland dan Jepun.

wallahua'lam. kalau salah tlg betulkan.

Kita bukan sahaja memerlukan orang yang jujur, malah orang yang tahu apa yang dia buat. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, katanya ibu sawat Malaysia yang pertama akan beroperasi pada akhir tahun 2006.

Sekarang sudah masuk bulan Mac 2007, dan satu khabar berita pasal ni langsung tak kedengaran. Try to google keywords "Ibu Sawat Internet Malaysia", and what you'll find are just a bunch of old news regarding this project.

Kita tengok dalam sebulan dua lagi.

Saya dari www.RedesignMalaysia.com - sebuah gerakan untuk membuat perkhidmatan internet lebih baik di sini. Saya telah link kepada artikel saudara, dan juga telah menambahkan komen.

Sila melawati laman web saya, saya berharap agar saudara boleh berjuang bersama kita untuk membuat perkhidmatan internet di sini lebih baik.

Josh Lim

Tanpa Nama

Terlebih dahulu mohon maaf ya Saudara kerana saya turut menjadi 'Noni' juga (anonymous)...bersebab ye!

Membaca entri Saudara dan komen2 pembaca tanpa skip satu pun, memberikan pelbagai 'health check' atau diagnosis kpd servis TM. I guess, semua itu merupakan reality yg juga adalah symptoms caused by core problem TM sebagai GLC.

Sebagai sebuah GLC yg business-oriented + 'charity arm', dont try to deny that TM terperangkap dlm mainan politik pemegang2 saham utamanya. Saya sependapat dgn Cik Noni sorang kat atas tu, yg kawan dia keja kat TM tu..

Terperangkap dlm red-tape yg tak berkesudahan ketika proses procurement utk deploy better technology or upgrading or enhancement of hardwares, softwares or telecom infra, bukan satu perkara pelik. Yeah... true, telecommunication world is evolving every single day. Nak kejar semuanya? Tak larat kalau pergerakan disekat. Tak perlu cerita pasal berapa lama satu2 proposal itu reviewed and attended by decision makers seating. By the time proposal TM still being discussed in meeting, competitors dah roll out / cut over thier new plans. Umpamanya, Wimax anyone? Ohhh..si polan dah dapat lesen dah? Laaaa...patutlah, ada somebody politically powerful standing behind him. Well, index rasuah juga satu reality ya.

Dlm competitive landscape yg menerima secara terbuka perticipation telco dari kalangan global players, TM banyak bersaing dlm segment perniagaan. Jadi ada priority dlm memberikan peruntukan perancangan kewangan.
National agenda, national agenda jugak, Le Tour dan TM Liga sapa nak taja? Maxis ke? Di situ bukan hanya ada objektif A&P for rebranding yg perlu dicapai tapi industry sukan harus dilihat gah sebagai platform utk menarik pelaburan dan pelancong asing (??).

Juga, corporate governance yg memerlukan perubahan kesan drpd business model yg perlu berubah in a very dynamic manner pastinya membuatkan 'gergasi' sukar bergerak in accordance with technology advancement pace.

Oyya, it may sound defensive but just put ourselves atas kerusi CEO sebagaimana CEO juga cuba duduk di kerusi pelanggan. Let's look into the reality that TM faces as an entity that selling services.

Habis, takkan nak biarkan streamyx slow atau not connected at all sedangkan the country bercecita nak improve broadband penetration sebegitu hebat, kan? Staff TM Point yg takde knowledge about their own products siapa nak jawab? Charges fixed line yg dikatakan not in line with quality belum terjawab kan? Technology yg dikatakan obsolete pun blm discuss lagi nih.

Ohhh... how about human asset in TM? Do they equipped with the latest knowledge and skills in whateva telecommunication technology disciplines? Vertical and horizontal functionality areas covered tak dlm human development planning? Human resource downsizing will happen and happen again to reduce cost (until ??). TM wlpn sudah privatised tapi hakikatnya masih memainkan peranan utk menjadi platform 25k staff mencari rezeki.

Membebel sebegini tidak membantu mematahkan hujah Saudara berkenaan streamyx hampeh tu. In some areas, TM definitely needs 'total face lift'. But you know, we can never seen those hidden hands.

Rasanya takde company yg suka dengar customer hampa... Adat berniaga mahu untung, adat membeli musti mau berbaloi atau the cheaper the better.

Adat bermuamalah dlm sistem ekonomi kapitalis bagaimana pula?
Akan ada yg akan tertindaskah?

Agaknya betulkah ada hidden hands yg menyebabkan strikers Liga TM hanya mampu menyepak bola sampai ke tengah gelanggang sahaja. Sedangkan penonton dah bayar tiket... Target berapa goals nak score dah habaq dah... Salah orang yg menjual tiket perlawanankah kalau penonton balik hampeh?

Eh, korang percaya ke apa yg tertulis di atas tu? Anggaplah itu rumours kalangan para bloggers, kalau anda mahu...dan sebenarnya komen saya ini hanyalah cuba memberikan 'ramalan cuaca' petang semalam...

Tanpa Nama

blog nih mmg menarik minat saya..lebih2 lagi pasal TMNut servis..saya adalah antara ex-pengguna servis TM..dari talian telefon rumah & bimbit ke talian internet..pada awalnya ketika TMNut ditubuhkan mmg saya rasa bangga sbb ade sebuah GLC telekomunikasi yang mampu memonopoli Malaysia..tetapi makin lama makin 'basi' jadinya servis2 yang ditawarkan..ditambah lagi dengan komplen oleh kebanyakan pengguna2 TM yang membuatkan saya meluat dengan TM ni..tapi apakan daya di Malaysia tiada company mampu menyaingi mereka..sedih betul..agak2nya macam mane la pulak dengan servis terbaru yang bakal muncul (Wimax)..

Tanpa Nama

Setahu aku, TM takde monopoly fixed line .. In fact any service provider boleh roll out fixed line since 1997/98. Tu yang jadi isu kat Bandar Baru Puchong n Sri Hartamas dimana MAXIS dah buat agreement dengan developer untuk hak bagi telecommunication service + broadband.. Last2 sampai la ni problem jugak(Aku baca kat redisign malaysia). Aku dengar TM jugak yang kena provide.
Main reason aku rasa pasal slow roll out streamyx sebab kos nak pasang infra baru (+maintenance) , dengan kejadian kes curi kabel yg berleluasa aku dengaq baru2 ni + kabel rosak sebab kes jalan korek sana-korek sini. Kat oversea, korang rasa senang ka nak nampak org korek jln senang2 ka. Tu sebab infra diaord tip top. Kalau fixed line + bb satu yg menguntungkan, aku rasa dah lama MAXIS + TIME + DIGI buat dah sebab fixed line open.. Cuba try mintak fixed line kat diaorg... Sampai mati pun aku rasa x dapat.. Bukannya monopoli. Try check dengan MCMC. Yang aku confirm TM tak nak open access ke copper diaorg pada competitor sbb yg tu competitor duk tunggu2. Dia org x nak lay infra.. cuma nak bertenggek je.. sbb kos lay infra mahal. Even kat Australia pun Telstra fight dengan Australia punya regulatory body x nak open infra dia kat competitor.. logik bussiness.. kalau untung baru buat.. talak / sikit untung.. sapa nak buat..

Dollah Panawangi

Takde fixed line monopoly? Which school of finance/economy did you study? Banyak orang tau pasal cerita TM Wholesale unit tu tapi orang tau ke cerita macam mana 'indahnya' nak deal dengan diorang? Cuba terangkan macam mana telco lain nak main sebat aje lay down semua infrastructure/backbone mereka sendiri? Aih? Dah tak payah mintak permission orang atas dah? Dah tak payah hormat areas of jurisdiction/operation orang lain? Dah tak payah apply lesen? Jawab dulu the 'hidden red tapes' yang diorang kena kat situ, baru bukak cerita kos. Get your facts straight man. There are LOADS of other reasons that just costs alone. Which is MORE expensive? To lay in the infras OR to haggle crap with people who holds the gates' keys? Need me to draw you a 2D diagram?

Kita gunakan satu analogi. Katakanlah ada makcik jual nasi lemak kat depan rumah jiran kita. Pada satu hari kita beli macam biasa, sambal dah basi. Kita pulangkan lepas dah bukak bungkusannya, lantas makcik tu tak nak pulangkan balik duit. Katanya sebab kita dah beli, lepas tu sebab dia pasti awal subuh sebelum berniaga yang sambal masih lagi fresh. So patut kes ni kita tentukan pada 'rasa dan rupa' sambal nasi lemak tu ke ATAU SEBAB MAKCIK TU KATA YANG DIA PASTI SAMBAL TU FRESH LAGI? Benda macam ni kalau naik 'court', agak-agaklah..hakim baling tukul kayu tu ke muka sapa? Bukannya payah kan?

Bisnes nasi lemak ngan ISP lain? Itu sesiapa pun tau. Cuma nak ingatkan kat sinilah. Orang kalau nak meniaga TAPI TAK NAK RUGI, dia belajar dulu. Warga asing Indonesia pasar malam pun tahu nak ikut rule Majlis Perbandaran sebab nak meniaga lama. Siapa yang bodoh nak cari pasal bukak gerai haram pastu ada orang repot nanti? Test run bukak gerai nasi lemak RM100-200 je brother, test bukak ISP berapa pulak? Lepas tu nak expect users' kesian? Sendiri bodoh, sendiri mau ingatlah.

So back to this subject, we as Streamyx users SHOULD ACCEPT all of this economics' dissertations AFTER we paid for a subscription fee and gets less from the service?

Costs as an excuse..LOL! Dah takde alasan lapuk lain nak guna ke? What's the latest number of subscribers? What's the next projected target? What's the estimated income/revenues so far? Let's throw a few figures here, in range of 55-99mill a month? How long has it been since Streamyx hit 1m users? Compare that time and amount of revenues gained to deployment and services' improvements' success/failure rates? Of course they won't be that transparent, not when users' should brace for the added amounts from normal fixed line's registrations and monthly rents?

SEMUA user Streamyx BAYAR untuk melanggan brother bukan nak masuk campur hal bisnes atau simpati dengan economic rhetorics ISP yang terlibat. RM33-1188 sebulan tu bukannnya orang belanjakan untuk mengajar perubahan mindset. Pay for something and that something better be worth it. If a telco or an ISP deems that the business doesn't translate for healthy returns, then is it the users' job to teach them Business 101? Tolonglah kawan, Malaysia dah tak seprimitif itu dah...At least, that's what I'd like to believe?

All successful persons/organizations are successful because they know that there are certain forms of risks to take, when others FEAR TO TAKE THE SAME CHANCES. Learn to read. Saya jemputlah anda ke kedai-kedai buku yang berdekatan untuk motivasi-motivasi 'generic' macam ni.

Contohnya, kalau saya tanya:-
SOALAN 1: Kenapa mesti bayar installation fee sedangkan kerja staff tech TM tu cuma call balik untuk activatekan servis? Kenapa tak includekan aje dalam users' instruction for activation dengan contact number yang berkaitan?

JAWAPAN 1: Sebab GDP Malaysia dengan negara-negara '1st world' berbeza jadi sebab itulah kami jangkakan yang pengguna-pengguna baru Streamyx TAK PANDAI MENDAIL TELEFON SENDIRI UNTUK MENGAKTIFKAN LANGGANAN MEREKA?

IMPLIKASI 1: Masuk akal tak jawapan macam tu?

SOALAN 2: Bagaimana pula dengan berita kenaikan kelajuan terkini dari 1Mbps ke 4Mbps? Bila agaknya masa yang sesuai untuk langkah tersebut?

JAWAPAN 2: Kami kena tunggu ISP/telco lain beli 'line' kami dan setakat ni kami menghadapi masalah besar. Kejadian kecurian kabel dan perkakasan komunikasi yang menjadi-jadi sekarang ini memaksa syarikat kami untuk distruktur semula dan ia telah menjejaskan sebanyak 70% dari market cap kami. Justeru itu, pengguna diharap bersabar sehinggalah kesemua pencuri-pencuri kabel tersebut dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

IMPLIKASI 2: Sama ada kita pengsan atau nak ketawa? Dah tak kelakar dah pun?

The primary issue here is the level and the quality of services. NOT about whether if users should justify the country's economic climate vs. ICT/telco industry's operating environments. IF that's the case, then it's simple enough to refund back ALL the paid for fees, get back together again with the National Economic Council and redo the blueprint. And how many years would it take to finally get the country into a developed status? Go learn to read...

While you're at it, why not cry and whine about how expensive it is to be an ISP and a telco and lecture the users to sympathize for that facts AFTER they have paid for the services?

Simple black and whites.. DON'T TALK ABOUT THERE'S ZERO MONOPOLY when people ARE DEPRIVED FROM CHOICES. So kalau company lain yang salah atau tak berani nak masuk line, perlu diulang kembali ke yang kita patut terima seadanya dengan TM? Kita bukan bodoh beb so tak payah cakap tapi hakikat adalah hakikat. Bila TIADA PILIHAN dan hanya ada 1 main provider, macam mana pulak tu boleh dianggap ZERO MONOPOLY?

Don't expect users to pay and can accept all the 'cloak and dagger' stories on the feasibility of an internet access business, not when they HAD ALREADY PAID TO SUPPORT THE BUSINESS? So no one can accept it and even if there will always be 'hidden' factors or whether do we really need GLCs, just remember this saying "Act like how we want to be treated..". So kalau dah lagak macam mintak penumbuk, penumbuklah sampai...

Dah bukak kedai, orang beli barang lepas tu barang tak mencapai standard, nak bagi alasan yang kita mesti bersyukur seadanya sedangkan harga barang hampir atau menyamai saingan walau pun dari luar negara? Fuih..alasan cam ni kalau masuk majalah Fortune, jangan kata kena gelak malah kena hina peringkat luar tabii kot...

Less talk, more work and improve. Itu aje..Tak payah nak bukak cerita hikayat Tun Seri Lanang dan shareholder-shareholder halimuman TMnya bila dah KENA BERUBAH. That's all...

Tanpa Nama

Sebenonya, dalam mana-mana syarikat memang ada masalah dalaman. Tapi kalau kerana masalah dalaman itu dijadikan alasan utama untuk menghalalkan servis yang teruk, ini bukan cara niaga orang yang hebat. Pengguna tak mahu dengar keluhan pemberi servis. Kita bayar apa yang pemberi mahu, maka kita patut dapat setimpal dengan apa yang kita bayar.

Kalau kita beli nasi lemak dengan harga RM2. Dan bila makan, punyalah tak sedap nasi lemak makcik tu. Kurang garam, kurang gula, dan kurang rasa.

Maka kita pun bertanya kepada makcik itu: "Makcik, mengapa nasi lemak ini tak sedap?"

Dan makcik itu menjawab dengan sayu, "Maaf nak, semalam makcik ada perang besar dengan suami. Sampai terganggu fikiran makcik masa buat nasi lemak ni".

Kita dengan sayu pun memaafkan sahajalah makcik tu. Bukan di sengaja.

Alasan makcik itu jika untuk sehari dua, tidaklah ada masalah. Tetapi kalau dah hari-hari buat nasi lemak tak sedap, yang dijual pada harga RM2, dan bila ditanya mengapa tak sedap, dan jawapan gaduh dengan suami sahaja yang sentiasa diberikan, maka itu satu masalah besar.

Ada ke pembeli yang akan berasa happy membeli nasi lemak yang tak sedap berhari-hari, bertahun-tahun?

Kalau tak faham analogi ni nasib badan la.. :)

perasan x, kadang2 modem streamyx reset sendiri. bagi yang xtau nak atur balik, kenalah panggil bebudak tm tuk configure balik. dah kena caj rm50. bila check balik modem configuration kat google, configuration tu simple simple sangat. rm50 tu apemende.. time tu jelah panggil, skang ni atur sendiri.

pakej lets talk apa citer pulak?

untung apa dengan TM malayan...

Tanpa Nama

ya malaysia reti ciplak orqang punyer jer graduan IT yang berlambak tu BUAT per???
simpan jer ker???
cuba la ikhtiar....kerajaan ni kalau org komlen die kona kat lain kater itu lah ini lah..padahal benefit boleh kat org atas jer..rakyat hameh habuk tara....

aku menyamah nagan kerajaan....
bukan TM jer,polis tentera...huhh
lauar topik lak....nak komgsi satu citer...
saya anak bekas tentera suatu hari ayahku bersara...dan dua tiga tahun kemudian dier kene angin ahmar...yang sedihnyer ayahku dan keluarga ku siap kehulu kehilir mintak bantuan,,,org kene angin lumuhler separuh badan.....lepas layan kerenah diorang keluargaku tunggu jawapan...lepas lebih kurang sebulan dapat jawapan..
masa tu ayah gua minta peralatan nak bantu dier bergerak,tai kerajaan (tentera) dier kater tak layak,kerana gaji lebih!!!!!
ader ker patut lebih sepuluh hinggit je tak boleh!!!!
orang lain mak bapak tak sakit,dapat duit ehsan,dapat bantuan pakaian,gua yang susah nie terus dioarang buat dek jer..sampailah ayahku menemui ajalnya pada bulan 3 baru2 nie.langsuang tak der bantuan yang dapat atas permohonan yang dibuat???
mana perginyer perikemanusiaan??mener??aman aper cam nie malaysia???
rakyat negara lain cepat jer tolong bile ader musibah,rakyat sendiri di biar terkapai-kapai mengharapkan bantuan yang tak kunjung tiba.......
wassalam
maaf lari dari topik...

yea!!! hapuskan monopoli tmnet !!!!

dah fitrah situasi msia cm 2..kna terima ler..lagi pun rakyat yg pilih dn bodek. nk berani dn cba berisiko...undi ler dn tkr gomen..ada berani..berani komen byk kot hehehhe

iezazde

:::.. Download Stats ..:::
Download Connection is:: 83 Kbps about 0.1 Mbps (tested with 97 kB)
Download Speed is:: 10 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (Main)
Test Time:: 2007/09/29 - 11:38pm
Bottom Line:: 1X faster than 56K 1MB Download in 102.4 sec
Tested from a 97 kB file and took 9.515 seconds to complete
Download Diagnosis:: May need help : running at only 18.99 % of your hosts average (net.my)
D-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-S5E1NAZJI
User Agent:: Opera/9.50 (Windows NT 5.1; U; en) [!]

:::.. Upload Stats ..:::
Upload Connection is:: 116 Kbps about 0.1 Mbps (tested with 386 kB)
Upload Speed is:: 14 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (Main)
Test Time:: 2007/09/29 - 11:41pm
Bottom Line:: 2X faster than 56K 1MB Upload in 73.14 sec
Tested from a 386 kB file and took 27.235 seconds to complete
Upload Diagnosis:: May need help : running at only 54.21 % of your hosts average (net.my)
U-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-9F2N10RI4
User Agent:: Opera/9.50 (Windows NT 5.1; U; en) [!]

Streamyx 1.0Mbps

Tanpa Nama

why not u all bg some idea to upgrade whatever kelemahan yg u all ckp2kan ni..daripada u all just hentam je no point la...smua bleh ckp..but to implement it, it's not that easy...

Tanpa Nama

Anonymous di atas, kalau rajin, cuba baca artikel dan komen-komen tanpa tinggal walau satu pun. Nanti ada lah terjumpa cadangan-cadangan tu (di samping ada juga yang menghentam).

Untuk rumusan, ini beberapa cadangan:
1) Bagi kursus yang komprehensif kepada para perkerja TMNet. Kalau perkerja Streamyx sendiri tak tahu pakej-pakej Streamyx yang ada, ini memang dah satu masalah besar. (Rujuk awal artikel tentang pengalaman Hafiz Firdaus).

2) Kerajaan perlu menjadikan bidang jalur lebar lebih kompetitif. Bila ada persaingan sihat, maka lebih banyak inovasi dan pengguna akan menikmati harga yang lebih berpatutan.

3) Telekom perlu mengadaptasi teknologi network dengan lebih pantas. Ketika artikel ini ditulis, Streamyx masih lagi membekalkan ADSL, padahal ADSL2+ dah menjadi satu kelaziman kepada ISP di negara-negara maju dan membangun yang lain. Sekarang saya tidak tahu sama ada Telekom dah guna teknologi ini atau belum.

4) Telekom juga perlu menukar hardware dan software kepada yang lebih baru dan standard, dalam proses untuk menguruskan servis jalur lebarnya.

5) Idea nombor 5 dan seterusnya tidak diperlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi jika empat idea yang pertama telah dilaksanakan dengan berjayanya.

6) Rujuk nombor 5).

Sekian.

Seronok pulak saya membaca komen-komen kamu semua. saya pun nak tinggal komen jugaklah~ hehe...
saya sokong sangat pendapat dan hujah2 encik tawel, TM sememangnya terlalu hampas dan semua servisnya tak boleh pakai. menyakitkan hati aje...
paling best peniaga buah anggur mampu pakai boardband dan servis yang melampau canggih daripada paklah dan anak menantunya pakai di putrajaya wahahaha!

p/s :- pendapat anoy = satu habuk pun takleh pakai.

Anti-zionist

:::.. testmy.net test results ..:::
Download Connection is:: 56 Kbps about 0.06 Mbps (tested with 386 kB)
Download Speed is:: 7 kB/s
Upload Connection is:: 29 Kbps about 0 Mbps (tested with 97 kB)
Upload Speed is:: 4 kB/s
Tested From:: http://testmy.net (Main)
Test Time:: 2007/12/02 - 8:22am
D-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-2VE7B5SGP
U-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-2FEDCZQX7
User Agent:: Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 5.1; en-US; rv:1.8.1.11) Gecko/20071127 Firefox/2.0;MEGAUPLOAD 1.0 [!]

Jogja MediaNet

ini keputusan untuk broadband service provider yang sekarang saya guna di jogja, indonesia.
bayaran per bulan: rp 385 000/rm 154. tapi ada tv kabel sekali..

terukkan?
internet di sini sangat mahal, tapi tiada monopoli macam di malaysia..

tapi tetap mahal.
untuk kelajuan (dengar khabar angin, belum dipastikan lagi) 1GB, kena bayar rp 500 000/rm 200 per bulan.

biasiswa saya baru rp 2 juta.
hehe

Waduh, itu macam perlahan banget. Tapi biar betul sana dah/akan ada 1GBPS. Macam laju sangat aje.

FAKTA: Internet paling laju buat masa ini adalah 40GBPS, dan ia dimiliki oleh seorang....nenek berumur 75 tahun ;)

WOW!! Seronoknya nenek tu. Internet dia 10,240 kali ganda lebih laju (kalau kiraan saya betul) dari internet yang saya gunakan sekarang.

PiE

tambahan sikit..

Mungkin tajuk tu macam berat sangat untuk diterima oleh TM..
tapi, cuba "BANDINGKAN" dengan cara akhbar2 utama di Malaysia membuat headline, termasuk majalah2kecik (ie. mastika, cermin dsbg) ... nampak sama jer...

tu la pasal,
jangan hanya membaca tajuk.
isinya takder la berat sangat untuk diterima oleh TM sebab memang betul pun apa yang dikata, tapi, sakit la jugak..
sedangkan kawan TM pun boleh sakit walaupun bukan menikam dia, apatak lagi TM yang sememangnya menjadi oblek untuk di cucuk pinggangnya supaya supaya tersedar....

salam... kelat nak komen gak la... huhuhu... TM mmg terukkkkk... salu ade poblemo nak aksess tenet... sini tadek pilihan lain jer... :-(

bestnya nenek tuh!!

streamyx mmg lombab.walau cemanapun promotion dia.

Salam,

Aku dok tgk mcm bnyk kritikan je...cuba korang buat satu broadband line utk Malaysia...yg better than right now..Than baru la boleh hentam dgn TM ni...ok
--cool--

Wa'alaikumussalam Encik Soleh.

Saya kira pengguna yang membayar sesebuah perkhidmatan (dan bukan dapat secara percuma) mempunyai hak untuk menyuarakan sebarang kritikan, kutukan, hentaman dan amarah kepada syarikat yang membekalkan sesebuah perkhidmatan, dengan syarat ia tidak melanggar sebarang undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negara.

Dengan kata lain, adalah okay untuk menghentam Microsoft kerana menghasilkan Windows OS yang tidak memuaskan hati pengguna, dengan syarat anda membeli lesen Windows itu. Tetapi adalah tidak okay bagi kita untuk mengkritik dan menghentam Free Software Foundation berserta komunitinya kerana menghasilkan Linux yang masih lagi tidak betul-betul mesra pengguna.

Sepanjang saya mengikuti komen-komen pembaca di sini, mereka yang menghentam dan mengkritik, tidak lain dan tidak bukan hanyalah individu-individu yang mahukan lebih nilai pada wang yang mereka bayar pada Telekom.

Dari Dasar Kepenggunaan Negara yang dirangka oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:

"Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna."

:::.. Download Stats ..:::
Download Connection is:: 31958 Kbps about 32 Mbps (tested with 12160 kB)
Download Speed is:: 3901 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (Main)
Test Time:: 2008/02/19 - 8:26am
Bottom Line:: 557X faster than 56K 1MB Download in 0.26 sec
Tested from a 12160 kB file and took 3.117 seconds to complete
Download Diagnosis:: Awesome! 20% + : 439.28 % faster than the average for host (ne.jp)
D-Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-JW4Y5C672
User Agent:: Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 7.0; Windows NT 6.0; SLCC1; .NET CLR 2.0.50727; Media Center PC 5.0; .NET CLR 3.0.04506; InfoPath.2) [!]

ini saya punya.
boleh2 la kut nak faham. baru lagi nak belajar tentang internet dan anak2 dia.

kesian pulak bila online dgn kawan2 kat malaysia. macam biskut. DC, dc, dc.. mula2 tak faham la apa dc tu. lama2, diorang pun dah kurang sikit online ni.

yahari, saya bersyukur.

huhu, stuju,

sedey tul

telekom agak melampau dalam mengenakan cas pada pelanggan

Tanpa Nama

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis, baru-baru ini ibu saya dikampung memberitahu tentang caj dial up internet yang terlalu tinggi (RM 79) sedangkan tiada sebarang penggunaan yg sedemikian dilakukan dr talian rumah saya almaklumlah hanya ibu, ayah dan adik saya saja dirumah tanpa komputer. Saya telah membuat laporan di TM point dan yang paling menjengkelkan saya ialah awal2 lagi pekerja di kaunter tersebut seolah2 ingin menyatakan bahawa caj tersebut mmg logik dan saya sengaja ingin mengelak untuk membayar jumlah tersebut. Hal ini memang amat mnengecewakan saya kerana sebagai pengguna seolah2 kita tidak mempunyai hak untuk bersuara atau melaporkan caj yg diragukan dan hanya bayar aje apa yg tercatit dalam bil. So dimanakah hak kita sebagai pengguna dan kenapa telekom tidak perihatin terhadap masalah ini.......Pengguna kecewa

Tanpa Nama

Walaupun post tu dah lama, aku nak komen gak..huhu. My brother and I have two distinctive streamyx accounts. His is unlimited and mine is the cheapest one. (i forgot the package..)

Whenever my accounts reached the limit, i used to use my brother's cos dia jarang guna only on weekend or at night. (he's working and i'm studying [at that time la])

and actually it was like, i didnt use my account at all.. so i just ignore the payment bills that i received (yg kadang2 dapat, kdg2 tak sampai pon!) mmg kene bayar rental line or something but my brother paid that one.

sampai lah satu masa, my eyes were popping to see the bills that almost reach a thousand! macamana bleh jadi camni? kawan abg aku yg keje kat TM tu cakap if you are using different account, it wont be charged cos while im using, my bro cant use right?????? (you tell me TM!!)

Aku pon pi la nearest TMPOint.. mmg aku hangin 1 badan la wei.. ape taknye, dekat seribu tuu.. tapi staff kat situ pon taktau pape, yg aku dgr dia kata, "patutnya tak charge.." habih tu? buduh betul kan.. takpe, aku pon bayar ler.. and tukar ambik pakej combo rm60/month. tapi pastu sampai lagi bill kat aku. nak pengsan aku rasa sbb nak marah sangat. Dah la takde cakap apa2 pasal adjustment rate masa aku upgrade pakej tu!


Aku call 100 and tanya apa2 yg aku tak puas ati sebelum ni, and the operator cakap, memang kena cas walaupun akaun lain. So, cas atas akaun ke atas line ni??? Dia pun cakap x clear gak.. Yang lagi wat aku nak marah katanya, asalkan plug-in (on) modem jer, cas berjalan..
yg aku plak taktau nak buat macamana taknak bagi auto-connect internet tu.. huhuhu


Macam2 lah... dahla cas mahal..internet ke, talipon ke. servis cam hampeh. kadang2 internet tak dapat, tak tau kenapa. lampu DSL/ADSL kat modem tu tak nyala. Tapi, bayar tetap bayar. Kadang dekat 3weex (consecutively!) guna seminggu, tapi bayar untuk sebulan. How come? Ini dah kes aniaya ni. Islam bukan macam ni. nak je aku bakar kedai TMpoint tu.. daripada buat macam tu, baik takde langsung. Kasi org lain plak la yg buat servis tu.

Sorry arr, aku emo sikit.. yerla, i want bang for my buck! Aku bukan orang kaya, nak bayar diorang buta2 camtu. Bill pun kadang dapat, kadang tak dapat. Macam-macam. Tolong jawab yer sapa2 kroni TM. Jangan nak letak kesalahan tu pada orang lain.

Tanpa Nama

Anda sepetutnya perlu lihat syarikat2 lain seperti TNB.
Itulah satu2nya GLC yang tiada persaingan.
Kalau anda pernah berurusan dengan TNB, anda tentu tahu betapa teruknya perkhidmatan TNB.

Tanpa Nama

ooo..ini ke kerja TM streamyx..
patut la nenek aku jatuh miskin..
dia dok tepon member dia kat New York..
kena bagitau dia ni..

Tanpa Nama

isu penajaan ini telah mendapat bantahan keras dari staff TM, penajaan MAN U dibawah projek Sherene VP group marketing sebanyak 25 juta!!!! pengaliran wang keluar terus berlaku... syarikat GLC pulak tu... hasil penajaan adalah sia2 sahaja sbb pakaian MAN U tidak boleh digunapakai di Malaysia atas sbb isu SALIB.

NAMUN SEMUA ITU TIDAK DIANGGAP MEMBAZIR, SBB ORANG ATAS KAYA RAYA... DATO ZAM PUN KAKI PENIPU JUGA.... ATAS SEBAB TERSEBUT.... WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKELIAN, orang bawahan diarahkan untuk :-

1. BERJIMAT CERMAT
2. MENUTUP LAMPU
3. TIADA LAGI KALENDER UNTUK ANGGOTA BG TAHUN 2011
4. TIADA LAGI DIARI
5. PALING DASYAT SEKALI - TIADA SAMPUL DUIT RAYA &
6. TIADA KAD HARI RAYA...
(TERPAKSALAH AKU MEMINTA SEDEKAH DARI MAXIS& DIGI)

Sherene nie memang banyak habiskan duit syarikat.. berpuluh projek dia dah buat n semua gagal... menelan belanja puluhan juta... tp GCEO TM, mangkuk hanyun n bebal...

Tanpa Nama

salam hormat semua.

terpanggil utk berkongsi pengalaman dgn broadband
kadang-kadang user kepada broadband itu sendiri tidak berilmu untuk menggunakan broadband pun menjadi punca juga.
terlalu complicated kalau semua masalah dengan broadband streamyx terus Sykt Telekom dipersalah, saya rasa tidak adil begitu.
pengalaman saya,ramai jiran2 tetangga saya yg menggunakan broadband streamyx di rumah masing2, bila berlaku masalah ramai yg minta bantuan drp saya kerana saya bekerja di sektor IT.just jiran2 tetangga apa salahnya.
Cuma apa yg saya nak kongsi di sini.
kebanyakkannya masalah berpunca daripada hal yg remeh temeh e.g : rest modem tak tahu nak configure, splitter salah sambungan (pandai2 sendiri), speed slow sebab laptop/pc dah overload dgn perkara2 yg bukan-bukan,bila guna manual dialer salah password/lupa password, bill tak bayar...dan sebagainya.
saya rasa tidak adil kita semua hanya memandang TM satu-satunya punca kpd ini semua.
sepanjang saya menggunakan streamyx braodband dari speed 384kbps hinggalah sekarang saya sudah menggunakan kelajuan 4.0mbps, 95% saya berpuas hati dgn apa yg saya bayar utk TM. Dan jika lokasi rumah saya terdapat offer utk TM UNIFI selepas ini, saya tak agak-agak untuk upgrade dari streamyx kepada UNIFI pula.

sebab apa ??
sebab saya bandingkan dgn semua pesaing broadband yg ada seperti celcom, maxis,digi,p1,YES-YTL...semuanya indah khabar dari rupa.semuanya saya sudah rasa, alami dan guna sendiri sebelum ini.
Tidak sama seperti broadband streamyx untuk penggunaaan di pejabat atau di rumah.

selama saya gunakan service broadband streamyx ada 2 kali kerosakkan berlaku, saya buat laporan seperti biasa, follow up dan beri makluman yg benar utk memudahkan technician yg akan dtg membaiki kerosakkan.percayalah, bahawa modem saya yg berdebu turut di gilap seperti baru.wayar-wayar juga turut di gilap dari debu-debu di dlm rumah saya. awesome TELEKOM MALAYSIA.

just my experience. masing2 ada pengalaman yg tersendiri.namun hingga hari ini saya tetap yakin dgn TM STREAMYX berbanding network provider yg lain.

t/kasih kpd blog yg dpt membangkitkan pelbagai persepsi masyarakat disekeliling kita terhadap sesuatu isu yg di tampilkan.

wassalam.

ARIGAWA KAKUJI

Tanpa Nama

antara lain, kita juga ken akui yg pengetahuan yg terhad terhadap IT juga adalah punca kepada berlakunya gangguan terhadap sambungan internet dan kerosakkan sambungan itu sendiri.
saya sokong komen yg di post pada 29nov2010 pada jam 246ptg seperti di atas.
tak dinafikan penyedia ISP perlu respon terhadap setiap kerosakkan yg kita laporkan.
namun kita juga perlu tahu,betapa genuine nya dari 100 laporan yg pengguna buat terhadap penyedia ISP, berapa peratus yg benar-benar kerosakkan tersebut datangnya dari penyedia ISP itu sendiri ?
sebab trend sekarang kadangkala kanak2 di rumah kita sendiri boleh merosak/merubah/menukar setup sambungan yg telah ditetapkan pada pc atau laptop kita sendiri.
bila berlaku masalah begini, pengguna amnya ramai yg menganggap ianya tanggungjawab penyedia ISP sepenuhnya, padahal pengguna itu sendiri tidak begitu bijak menggunakan environment IT itu sendiri.

cuma pada hemat saya, tidak wajar kita menyalahkan 100% utk setiap kualiti sambungan internet kita terhadap penyedia ISP di malaysia.
Tidak kira TELEKOM MALAYSIA,P1,maxis,digi,YES,redtone, AMMAX dab sebagainya.

tapi sepanjang saya melanggan Streamyx hampir 10 tahun ini, dengan kelajuan 1.0MB di rumah, modem Aztech TELEKOM pertama yg saya gunakan dahulu masih sama saya gunakan skrg, berfungsi sepenuhnya sehingga hari ini. dan adakalanya rebet bayaran menjangkau rm50 kerap kali saya terima jika yuran langganan dibayar secara konsisten tanpa tunggakan.

TQ BLOQ hembusan.

73 cherio

Tanpa Nama

Menurut pandangan saya, TM telah semakin berubah dan kualiti perkhidmatan semakin ditingkatkan. Dr zaman dial up (sampah), streamyx (turtlenet/screamyx/snailmyx)hingga akhirnya, dpt juga generasi kita merasa UniFi. Mmg super laju UniFi ni dan sy sgt berpuas hati dgn kelajuan UniFi. Utk pengetahuan, saya telah menggunakan dan melalui ketiga-kita zaman internet ini.

Ingin diingatkan juga, ya, lebih drpd 50% masalah teknikal pengguna yg dilaporkan kepada TM adalah berpunca drpd pengguna sendiri ekoran lemahnya pengetahuan it, kurang beri kerjasama utk troubleshooting dengan pihak telefonist, enggan mengakui kesilapan sendiri dan enggan terima nasihat yang diberi oleh pegawai teknikal TM.

Pelanggan sebaliknya lebih cenderung berkokok di blog/forum/akhbar mendamba kelemahan Servis Provider. Sebaliknya,enggan menambah pengetahuan IT atau belajar dan bekerjasama dgn ISP bagi mencari jalan mengenalpasti masalah seterusnya mencari penyelesaian.

Sy berkata sedemikian kerana seperti tuan-tuan, saya juga pernah melalui era sedemikian, marah dan menyalahkan servis provider, tetapi sikap ingin tahu dan menyelesaikan masalah telah menukarkan bad experience tersebut kepada satisfied customer.

Jadi saya menasihatkan tuan-tuan yang cenderung kepada komplen, supaya menyalurkan pada laluan yg betul. Laporkan masalah anda dan beri ruang dan kerjasama kepada ISP anda utk mencari dan menasihatkan punca masalah. Kerana akhirnya yang untung adalah ISP dan pelanggan itu sendiri terutamanya.

Terima kasih

Faizal Sg Buloh

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.