Back to home page

Portal Astora Jabat

25 Mac 2006 • 37 Komen Cetak Chenta!
Sudah beberapa purnama saya tidak menjenguk Portal Astora Jabat. Tapi hari ini saya telah melawatnya. Bila dah lawat, terasa ingin berkongsi sesuatu pula - walaupun saya tidak berniat untuk update blog ini dalam masa terdekat.

Saya petik beberapa komen dari ahli-ahli forum di sana:
1- Saya tidak meyakini hadis tetapi saya tetap yakin Nabi Muhamad saw itu seorang rasul Allah. Saya sentiasa cuba memahami sunnah baginda saw dan saya tidak ada masalah menerimanya. Bagi saya hadis dan sunnah adalah dua perkara yang berbeza, walaupun ASWJ telah memudahkan kedua-dua menjadi satu.

2-
Hi poyang, quran terpelihara, hadis tidak. so jika anybody quote from quran, tentulah boleh dipercayai. kalau from hadis susahlah sebab yang mengumpulnya bukan maksum. if human is not perfect, tentu kesilapan boleh berlaku. yg pentingnya ialah ensure that hadis itu selari dgn quran, jangan menyeleweng dari the spirit of quran.

3-
sori bro neutral, saya bukan anti hadis. kalau saya anti hadis, Imam Bukhari pun anti hadis jugak lah. sebab dia pun banyak menapis hadis-hadis yang tak betul sebelum memuatkan dalam bukunya. Saya percaya Nabi Muhamad's role as an example. dan hadis yang sahih. tapi yang tak sahih tu banyak! jgn cepat melabelkan orang. hadis tentang melabelkan orang pun ada. tak baca?
Saya ingin menulis panjang tentang hal ini. Malangnya masa tidak mengizinkan. Cukuplah buat masa ini bagi saya menyatakan bahawa golongan Islam Liberal (seperti Pakcik Astora Jabat) dan anti-hadith wajib kita tentang. Tolak apa-apa sahaja yang datang dari mereka. Tapi kalau apa yang mereka utarakan adalah sama seperti yang disepakati oleh para ulama ahlus sunnah wal-jamaah, maka kita harus terima. Kita mesti tolak yang batil dari mereka.

Kita selaku ahlus sunnah wal jamaah wajib percaya pada Al-Quran dan hadith (bukan sekadar terima Al-Quran dan tolak hadith). Kita tidak memerlukan penilaian semula hadith, seperti mana yang dikokokkan oleh Kassim Ahmad, iaitu Bapa Anti-Hadith Malaya. Para ulama yang mengumpulkan hadith, dan kemudian membahagikan pula hadith-hadith tersebut kepada sahih, hasan, maudhuk, daif dan sebagainya, tidaklah melakukan satu kerja main-main. Mereka telah mencipta satu disiplin ilmu hadith yang sangat tinggi, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa pun sebelum itu.

Sejak kurun ke-7 Islam lagi, para ulama ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat bahawa sesahih-sahih kitab selepas Al-Quran ialah kitab hadith sahih yang ditulis oleh Imam Bukhari dan Muslim. Ini adalah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnus Sholah dalam kitabnya Muqaddimah fi 'Ulumil Hadith. Ijmak ulama dalam hal ini juga tidak dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga. Tolonglah yakin dengan ijmak ulama. Siapalah kita ini kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah tentu lebih alim, warak, dan bertaqwa kepada Allah.

Janganlah kita hendak menentang ijmak ulama dengan menyatakan: "Mereka juga manusia biasa. Boleh buat silap". Ya, mereka memang boleh buat silap. Tapi jangan lupa juga yang kita ini pun manusia yang boleh buat silap. Tapi ilmu kita tidak setinggi dan sehebat mereka. Dan ijmak itu pula dibuat melalui perbincangan dan muzakarah sesama mereka - ia bukan kesimpulan dari seorang ulama sahaja. Kita ini yang baca Al-Quran pun masih merangkak-rangkak, hadith pula sekadar baca versi terjemahan, kalau tahu bahasa Arab pula jenis Arab rojak dan bukan pula Arab fuhshah, maka janganlah nak jadi hero buat ijtihad untuk menentang pendapat majoriti. Jadi, janganlah kita menolak hadith. Hadith itu salah satu sumber perundangan Islam.

Mengapa Ia Berlaku?


Bagi saya, hal ini berlaku kerana semakin berleluasanya slogan yang menganjurkan umat Islam membuka semula pintu ijtihad. Mereka dakwa umat Islam makin jumud dan mundur kerana menutup pintu ijtihad.

Inilah fitnah akhir zaman. Terlalu ramai sangat nak jadi imam mujtahid. Mujurlah tiada rancangan televisyen seperti Akademi Mujtahid atau pun Mujtahid Idol. Kalau tidak makin parah jadinya. Ketahuilah bahawa para ulama ahlus sunnah wal jamaah tidak pernah pun menutup pintu ijtihad. Pintu ijtihad dibuka setiap masa sehinggalah hari kiamat. Yang menjadi persoalan adalah siapa yang layak memasuki pintu tersebut. Bukan semua budak lepasan sekolah menengah boleh buat bidang perubatan. Hanya yang benar-benar layak sahaja boleh memasukinya. Kalau pun ada budak lepasan SPM yang buka klinik perubatan (iaitu menjadi doktor tidak bertauliah dan tanpa lesen), anda berani nak pergi jumpa dia?

Begitu juga dengan ijtihad. Slogan yang menganjurkan keterbukaan ijtihad tidak boleh kita sebar-sebarkan kepada orang awam. Jadi saya minta tolong pada anda yang baca artikel ini supaya menerima pendapat ulama yang mewajibkan orang awam untuk bertaqlid. Jangan nak kata bertaqlid ini haram. Kita bertaqlid kepada mazhab maksudnya kita bertaqlid kepada ulama yang mahir dan berkebolehan untuk mengeluarkan fatwa.

Kalau nak kata haram juga, maka anda janganlah marah pula kepada pakcik Astora Jabat kalau dia tak mahu bertaqlid kepada ijmak ulama yang mengatakan bahawa azab kubur itu wujud dan wajib diyakini oleh semua umat Islam. Dan janganlah pula nak melenting bila Astora Jabat berijtihad bahawa rambut wanita bukan aurat. Dan janganlah pula nak melatah bila Zainudin Idris menulis dalam majalah Al-Islam (iaitu majalah yang dikepalai oleh Astora Jabat), yang mana beliau berijtihad bahawa anggota yang wajib ditutup (aurat) hanyalah dua kemaluan sahaja (qubul dan dubur) sama ada lelaki atau perempuan.

Jadi anda telah dapat lihat betapa bahayanya kalau kita menyeru orang awam dan juga orang yang cetek ilmu supaya tidak bertaqlid kepada mazhab, sebaliknya membuat ijtihad sendiri. Kesimpulan: Mari kita tentang fahaman Islam Liberal yang cuba diresapkan oleh Astora Jabat dan konco-konconya ke dalam masyarakat Malaysia khususnya.

---
JALAN-JALAN:
- Majalah Q-News. Laman web ini memang best sebab pelawat boleh baca back issue majalah Q-News (tapi tak semua ada). Majalah ini ada dijual di Malaysia. Tapi kena pandai-pandai cari. Saya pun tak pasti di mana ada jual. Ada sesiapa yang tahu?

37 Komen Tambah Komen↴

sila rujuk lama ustaz.blogspot.com. Anda telah dituduh mempunyai blog yg sesat dan menyesatkan serta berbahaya kepada pemikiran masyarakat Islam di Malaysia.Nasib baik blog saya tidak begitu :-)

Alamak ye ke Shafiq? Aku sudah makin pelik la dengan ustaz itu. Aku rasa dia nak tekankan bahawa hanya student graduate dari Universiti Madinah, Universiti San'a dan yang sewaktu dengannya sahaja sebagai yang tak sesat.

Al-Azhar, Hadhramaut, dan yang lain-lain semuanya telah sesat sebab tak mau ikut akidah Ibnu Taimiyyah (walaupun akidah ini telah diakui silap oleh Ibnu Taimiyyah).

Takpe2.. I still treat him as my brother in Islam. Kalaulah berlakunya peperangan di antara pihak Islam dan kafir, aku akan tetap bersama-sama dengannya.

Bersyukurlah kau shafiq kerana blog engkau tidak dilabelkan sesat.

Astaghfirullah..
erk! ish2..awatlah dia tu kan..
sabar jelah bro..

Tanpa Nama

You have a really great blog. i love the layout and pictures.

Salam

#1. I remember a teacher once said, that his teacher had said, 'anyone who choose to dive into a jadal (debate) with these people (Wahabbi) will find themselves at one point labelled as heretic'. And the teacher went on to relate that his teacher warned him, 'your time (of fitnah) will come'.

#2. I believe the problem vis-a-vis the anti-hadith and the Wahabbis is pretty much *straightforward* and *easily handled* provided the few cause of these diseases are tackled. I beleive the rise of wahabbism in Malaysia in recent years is the repercussions of the rise of Islamist activities amongst Malaysian students in the Uk & Eire in the 1970s. This wave of Islamists students borught back with them the extremists view of the extremist Ikhwanul Muslimin of Egypt, hard-pressed during those era, into their respective power-base Jemaah Islah Malaysia and Parti Islam Malaysia. For over twenty-odd years, the members of these groups were trained and forced-feed with a menu of Ibn Qayyim, Ibn Taimiyyah and Abdul Wahhab, so now we get the effect of 'you are what you eat' syndrome. These organisations are responsible to the wide-spread of Wahabbism among grass-root Malaysians who innocently swallowed their poisonous pills, under th disguise of political Islam and islamist agenda.

Not that I anti-PAS, being a registered member of it for so many years, but I do believe that should this cycle to be broken, PAS should be returned back to its original traditionalist roots. The well-disguised Wahabbi agenda in its tarbiyyah materials should be purged.

Government has a definite role in combatting the anti-hadith movement. After years of becoming the behind-the-curtain patron of this movement, it is now time to stop tehir activities, as well as the activities of the Wahabbis in the northern state of Perlis.

The doctrins of Wahabbis and anti-hadith are scripture-based and therefore easily defeated if the voice of traditionalists scholar are given opportunity and to be published widely within the country. The students of these teachers should open up more blogs and websites to convey the words of their teachers to the masses. What blogs had been listed by ustaz.blogspot.com showed how little there is of blogs of the traditionalist leaning. This is a great shame for Malaysia.

#3. What is more worrying than these two movements is the rise of the other type of modernist group. Some may want to call them the Islam Liberal group. I believe in Malaysia the banner is carried by Sisters in Islam. I have strong feeling that the thinker, Farish A. Noor, is also one of them. In the UK the like of Ziauddin Sardar and co., who used to be very close to Anwar Ibrahim.

this group is very mix as you can see from the names already listed. Sisters in Islam attacks are potent poison, but as they choose to rock the boat by mentioning issues quite sensitives to Muslims, their agenda is less widely accepted. The other side is more articulate in their speech and writing, and therefore appeal to many academicians and learned members of the society.

I can give you the following links as examples;
1. http://elgamal.blogspot.com/2005/12/renewal-of-religious-sciences-al.html
2. http://elgamal.blogspot.com/2005/11/mis-reading-and-not-reading-islamic.html

they are more difficult to counter because in malaysia we lack pople of their calibre. We have great scholars fluent in Arabic but lacking the necessary skill in Arabic. This is not very much a problem, *IF* we have a well-versed, traditionalist-trained, English-fluent TRANSLATOR. We have seen this example by Habib Ali and his contingent when they visited Denmark (see your link to Q-News). Unfortunately, we have not got one.

When I think about this issue, for the Malaysians, we cannot hope but make fervent prayers that the few gems, unknown and largely ignored by our society, like Professor Syed Naquid al-Attas, Professor Hashim kamali, Professor Osman Bakar, and the young, promising and rising star currently at Oxford University, Sheikh Muhammad Afifi al-Akiti, will be made known to, will write more, and wil gain larger attention. They have both the English and the religious knowledge. Not only that, they are world's reference points in matters related to philosophy and Islamic Ilmu Kalam, exactly what we need to counter these Liberal Muslims group. the formers are already old, but they are battle-hardened, so pray for their long age and health. The latter is young and by and large, seem to be the sole example of its kind for his generation. Many people told me he might not want to come home, given the unpromising academic opportunities and facilities (see what happened to the others), so those close to him in the UK and Ireland (I am sure you know some - cannot imagine if none of you here do not know him at all!), must make every effort to encourage him to come home. And if he agrees, all of us must make effort to support him and do not let him down. I foresee a difficult situation in the next 5 years to come and we must gather what aids and provisions for those coming years of tribulations.

Gasp! I have written too long than what I have intended! Sorry Senor.

p/s: Mr Edward Ott, if you read this, please now, that I am your fan. I have been reading your highly entertaining blog for months. You and Senor Tawel, keep up and do not ever waver - you have my prayers.

Tanpa Nama

Planet Hijau,

The Elgamal blog that u mentioned also translated the writings of Grand Mufti of Egypt, Dr Ali Ghom'a.He seemed to be vey impressed by the latter's writings(which is good).Because Dr Ali is a Shafi'i scholar with high calibre.The best living faqih in Egypt (most probably) and Dr Ali is also fluent in English since his first degree is in Economics (or Commerce, I cant remember).

I agree with you that we do have thousands of 'ustadh' or scholars back home in Malaysia.But unfortunately, the Islamic liberals are more articulate in speech and writings.Our scholars do not have the necessary tools to face the argumentations apart from labelling them as dangerous to 'aqeedah'.We are in dire need of traditional-based scholars that can expound the real message and essence of Islam to the so-called liberals.

We need more scholars like Dr Said Ramadan al-Buti, who is not only mastering the traditional Islamic sciences but also very well-versed in 'mantiq' (logic), philosophy and 'kalam' with deep analytical views of other non-Islamic philosophical thoughts.( Said Ramadan learned Islamic sciences from his father,Mulla Ramadan, one of the greatest Shafi'i scholar of his time.But, it was Shaykh Hasan Habanakah who shaped his personality and character as a giant intellectual and Shaykh Habanakah himself was one of the best Damascene scholar in 'mantiq',kalam and dialectic).When we in Malaysia are getting headache because of 'fatawas' from Sisters in Islam, scholars like Dr Said Ramadan were already ahead and had already wrote a book confronting the female chauvinists and the liberals.The book was translated(in English and French) but I can't remember the title.The qualities of these scholars were pretty much rare among our Malaysian 'ustadh' apart from few names that you mentioned like Prof Naquib al-Attas, Hashim Kamali, Sidi Afifi etc.....

It going to be a great loss if the young Oxfordian scholar refuses to return home (which is understandable because of so many problems with teaching facilities in Malaysia and with obvious political intervention in higher public institutions of education).

1. yep, it was an allusion to his most recent entry. you know, i was excitedly raising my eyebrows when somewhere in hi sblog he mentioned how he regret having been part of the 'slandering-the-scholars' bandwagon! Alhamdulillah, he found his root back with Dr Ali al-Goma'a.

I believe the same will be true with your friends the Malaysians in the Uk and Eire. If only they see what kind of giant is Professor Syed Naquib al-Attas, they would not have been so shaky and confused and inconfident when faced with the Wahabbi 'haram-this-bid'ah-that' tsunami. They would remember the living paragons, and stand firmly and perhaps even dare to counter these falacious arguments.

2. I always hope our ustadh would free themselves from the fear of reading orientalists and Western thinkers works. It is all fine-and-well with them when they discuss aqidah, fiqh and tasawwuf, but when it comes to the finer philosophical and rhetorical questions, they always retreat in clumsiness and full of fear. I am saying this while knowing that it is a gargantuan task for them, but really we need ustadh who are also well-versed in the ideas promoted by Western (Christians, Jews and atheists) philosophers like Descartes, Rousseau, Newton, Aquinas, etc, as well as non-Muslim eastern philosophers like Confucius, Nagarjuna, Gangesa etc. this is especially of important in Malaysia which is only just over 50% Muslims. Whatever my reservation against Anwar Ibrahim is, I admire his way of speech, which one would find always started by a salutation or opening remarks that convey to and capture the oftentimes mixed-race audience. This is hikmah! (wisdom)

How can we all be of help?

3. I recommend everyone to read Ziauddin sardar's Desperately Seeking Paradise. It is a self-claimed spiritual travelogue of his. As a literary output, I'd say it is crap and boring. But I recommend it so that people can get the idea of the kind of Liberal Islam we have around. Plus tere are some interesting anecdotes about his interactions with Anwar Ibrahim. i won't let the surprise out yet, go read it yourselves.

4. yep, it definitely a great loss if he choose not to return home. Butif he stays in the UK and is able to give better output, surely that would be a matter of 'choosing-the-lesser-evil', no?

I recently realise how influential he is in the West. Wherever I go, because I am of mixed-blood, people often ask myorigin. When I say Malaysia, they always follow the question, 'Do you know sheikh such and such from Oxford?' He has created quite a high expectation for Malaysia amongst the Western people, notwithstanding that his religious education was actually Indonesian, and not Malaysian! Some enquire further if there is any good madrasah in malaysia, for they are eager to study the sheikh's Shafi'i school of fiqh. A few even express their ambition to find good Malaysian brothers/sisters to get married too so that they can fully involve in the mysterious, highly-secretive Malaysian societty.

they are crazy or what?! Like we have treasure amongst us to keep in hide! We are a society who don't even know we have treasures. Our madrasahs are dilapidated and poorly-funded, porrly-staffed.

So what can I reply to them, except graciously thanking them for their good opinion on us, the poor Malaysians.

p/s senor Tawel: this is intended to be long. ;P

Tanpa Nama

From Islamica magazine, written by Irfan Ahmad:

"Within the last 10 years, Muqbil ibn Hadi al-Wadi�i, a student at the University of Medina, wrote a thesis titled �About the Dome Built over the Grave of the Messenger,� sponsored by Sheikh Hammad al-Ansari. In this paper, the student demands that the noble grave be brought out of the Mosque. He says the presence of the holy grave and noble dome are major innovations and that they both need to be destroyed! His thesis received very high marks. Last year, the city planning board of Medina painted the famous green dome of the Prophet�s Holy Mosque silver. After intense protests by the citizens of Medina, the board restored the dome to its original color."

Please note that the writer of the above-mentioned thesis, 'Shaykh' Muqbil ibn Hadi is the 'guru' of the ustaz.blogspot.com's owner.And Ustaz Emran seems to be so proud of being a student of 'emminent' Hadith scholar, Shaykh Muqbil. No wonder "guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari".

Tok guru si ustaz.blogspot.com ni mahu kubah hijau atas Maqam Nabi Muhammad SAW diratakan sebab itu adalah BID'AH.Tukar colour perak pulak.Tak hairan kalau anak2 murid Shaykh ini macam si ustaz.blogspot.com tu.

setahu saya ustaz blogspot itu juga jenis yang mengampu....tulisannya juga tidak berapa elok.

Naimisa

Tanpa Nama

just a few hours before, i came to this site, tapi tak sempat baca betul2..

then, when i just wandered around libarary i found islamica magazine-my first time i read this magazine (tak perasan pun shafiq ayman ada sebut di sini) just a coincidence which has an interviewed with As-Syeikh Dr. Ali. Jumaah..

He was x-student of commerce school. He said he chose the school of commerce because it required less hours and therefore allowed him the liberty to pursue religious studies...

And it was really2x a great interview..MasyAllah

(Islamica issues 12 2005)

Tanpa Nama

Edward Ott, thank you for your feedback. I feel sorry for English-speakers out there who couldn't understand the issue brought here, as this blog is primarily intended to be read by Malaysian/Indonesian in particular. By the way, your blog is simply amazing! You must be having a ton of ideas and imaginations in your head. Hope you wouldn't mind if I link yours.

Naimisa, saya pun jarang-jarang melawat blog ustaz tu. Ada la sekali-sekala. Saya pernah sekali bagi komen kat situ, tapi ustaz tu tak approve. Tak tahu pula kat mana silap komen saya tu.

Kepada Planet Hijau, Shafiq dan Me, saya akan guna bahasa Malaysia untuk komen. Kesian pula kat pelawat-pelawat lain yang tak berapa mahir English. But you may use whatever language that fits you well. Ok here we go:

#1. Planet Hijau, kebangkitan yang berlaku pada tahun 70-an itu mungkin adalah the 2nd rise of Wahhabism in Malaysia. Saya rasa konflik dan perbezaan yang berlaku di antara kaum muda dan kaum tua pada tahun 30, 40-an adalah the 1st rise. Tapi saya sendiri tidak begitu pasti bagaimana kekuatan pengaruh Wahhabi di negara kita, di antara the 1st and the 2nd rise tersebut. Maafkan saya kalau pandangan saya tentang gelombang kebangkitan ini adalah salah. Kalau salah harap betul kan ye :)

#2. Saya tertarik pada komen Planet Hijau ini: "For over twenty-odd years, the members of these groups were trained and forced-feed with a menu of Ibn Qayyim, Ibn Taimiyyah and Abdul Wahhab, so now we get the effect of 'you are what you eat' syndrome. These organisations are responsible to the wide-spread of Wahabbism among grass-root Malaysians who innocently swallowed their poisonous pills, under the disguise of political Islam and islamist agenda."

Perkara ini memang benar-benar berlaku di Malaysia, terutama bagi anak-anak muda yang ingin melihat Islam kembali menjadi kuasa besar dunia. Tetapi malangnya di Malaysia kita ada satu pemikiran: "If you want to be Islamic, you must be political" dan juga "If you are Islamic, then you are anti-government. You are PAS supporter!" Pada pandangan saya, dua jenis pemikiran ini boleh menyebabkan kebangkitan Islam itu sendiri terbantut. Bagi corak pemikiran "If you want to be Islamic, you must be political", fitnahnya akan terpalit kepada individu-individu yang tiada asas-asas kukuh tentang Islam. Mereka ini jenis yang ikut-ikut orang.

Dalam parti PAS sendiri, terdapat pemikiran Wahhabi dan Tradisionalis. Tapi malangnya pemikiran Wahhabi ini kelihatan lebih menonjol. Dan saya bimbang kalau anak-anak muda ini terpengaruh dengan pemikiran tersebut. Maka akhirnya mereka ini memahami Islam melalui apa yang mereka fahami dari tokoh-tokoh Wahabbi yang berselindung di sebalik PAS. Mereka tidak memahami Islam melalui apa yang telah disepakati oleh Ahlus sunnah wal jamaah. Mereka ini ikut sahaja apa yang ustaz-ustaz beraliran Wahhabi ini kata, padahal pandangan ustaz-ustaz ini begitu jauh berbeza dari apa yang disepakati oleh ASWJ. Bagi mereka, asalkan ustaz ini sokong PAS, maka ia sudah memadai. Inilah bahaya pemikiran "If you want to be Islamic, you must be political." Saya sangat-sangat bersetuju dengan Planet Hijau supaya PAS kembali kepada akar perjuangannya yang asal. Tapi saya tidak sekali-kali mengatakan "You should not be politcal if you want to be Islamic". Saya harap tiada yang salah faham di sini.

#3. Kebangkitan Islam Liberal di Malaysia mula jelas kelihatan sejak akhir-akhir ini. Mungkin saya boleh kata pada awal tahun 2000. Ini antara fitnah besar kepada dunia Islam. Mereka menafsirkan Al-Quran dan Hadith menurut kepentingan mereka sahaja. Mungkin kebangkitan Islam Liberal ini adalah kerana sifat toleransi keterlaluan yang diberikan kepada geng-geng Astora dan Sisters in Islam. Tapi saya rasa terkilan kerana ada sesetengah pihak yang mendakwa para ulama tradisionalis yang tidak mengambil berat tentang kebangkitan aura Islam Liberal. Mereka cakap para ulama tradisionalis dan anak-anak murid mereka hanya sibuk menyebarkan fahaman dan ajaran sufi yang sesat. Astagfirullah...

#4. Seperti yang Planet Hijau komen, kita kekurangan anak-anak muda yang betul-betul faham tentang isu di sebalik Wahhabi dan juga Islam Liberal. Malah blog-blog berbahasa Melayu yang menyentuh isu ini juga agak kurang. Maka atas sebab itu saya membuka isu ini dalam blog saya. Malah blog ini juga sudah banyak menemukan individu-individu yang masih ingin berpegang kepada apa yang telah disepakati oleh para ulama ASWJ. Alhamdulillah. Bagi saya, pelawat blog ini terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, Pelawat Senyap. Mereka ini lebih suka membaca tapi tidak mahu memberikan komen. Kedua, Pelawat Ahli Fikir. Mereka membaca dan memberikan komen yang kritis. Ketiga, Pelawat Ramah Tamah. Mereka membaca dan beri komen. Tapi komen yang biasa-biasa sahaja. Saya adalah salah seorang Pelawat Ramah Tamah. Kalau beri komen kat mana-mana blog, saya tidak begitu kritis. Saya lebih suka membaca. Cuma di blog saya sahaja saya menulis sesuatu yang kritis. Apapun, saya yakin, InsyaAllah blog ini akan membuka mata anak-anak muda kita yang ingin menjadi Islamik, agar tidak terpengaruh kepada fahaman-fahaman seperti Wahhabi, Islam Liberal, dan sebagainya. Mudah-mudahan ketiga-tiga jenis golongan pelawat tersebut boleh mendapat manfaat dari blog ini.

#5. Komen Planet Hijau:
"They are more difficult to counter because in malaysia we lack pople of their calibre. We have great scholars fluent in Arabic but lacking the necessary skill in Arabic. This is not very much a problem, *IF* we have a well-versed, traditionalist-trained, English-fluent TRANSLATOR."

Komen Shafiq: "I agree with you that we do have thousands of 'ustadh' or scholars back home in Malaysia.But unfortunately, the Islamic liberals are more articulate in speech and writings.Our scholars do not have the necessary tools to face the argumentations apart from labelling them as dangerous to 'aqeedah'.We are in dire need of traditional-based scholars that can expound the real message and essence of Islam to the so-called liberals."

Dan kemudian Planet Hijau komen lagi: "I always hope our ustadh would free themselves from the fear of reading orientalists and Western thinkers works. It is all fine-and-well with them when they discuss aqidah, fiqh and tasawwuf, but when it comes to the finer philosophical and rhetorical questions, they always retreat in clumsiness and full of fear. I am saying this while knowing that it is a gargantuan task for them, but really we need ustadh who are also well-versed in the ideas promoted by Western (Christians, Jews and atheists) philosophers like Descartes, Rousseau, Newton, Aquinas, etc, as well as non-Muslim eastern philosophers like Confucius, Nagarjuna, Gangesa etc. this is especially of important in Malaysia which is only just over 50% Muslims."

Komen dari saya pula:
Ini memang satu lagi masalah kita di Malaysia. Golongan Islam Liberal ni pandai putar belit fakta, dan kebanyakkan mereka ini mahir dalam bahasa Inggeris. Dan kebanyakkan ilmu-putar-belit yang golongan Islam Liberal ini pula dikorek dari bahan-bahan berasaskan bahasa Inggeris. Masalah ustaz dan ustazah kita pula adalah mereka ini tidak begitu fasih English. Dan ustaz/ustazah kita juga ramai yang tak mahir bahasa Arab. Mereka hanya faham bahasa Melayu sahaja. Jadi macam mana kita nak kombat fahaman Islam Liberal ini kalau tahu bahasa Melayu sahaja? Berapa banyak artikel atau buku dalam bahasa Malaysia yang ditulis untuk menyerang fahaman Islam Liberal? Inilah masanya untuk dunia Islam di Tanah Melayu untuk melahirkan lebih ramai para ulama seperti Sidi Afifi. Dan saya harap beliau dapat pulang ke Malaysia untuk membawa satu perubahan penting kepada aliran pemikiran Islam yang semakin bercelaru di tanah air kita.

Saya pun dah komen panjang sangat ni ;p. Btw, shafiq, terima kasih untuk pendedahan itu. Artikel lengkap yang Shafiq petik itu boleh dirujuk di http://www.islamicamagazine.com/content/view/161/59/. Me, tentang Islamica Magazine tu, Anak Alam telah pun menyentuhnya lebih awal dalam bab Lepak - Mukadimah.

P.S. Saya tahu apa yang dibincangkan kali ini memang la sangat-sangat berat. Tak semua pelawat boleh sumbat maklumat-maklumat ni dalam otak. Oleh itu, bagi para Pelawat Ramah Tamah (macam saya ni), janganlah malu dan segan kalau ada nak tanya apa-apa. InsyaAllah saya dan juga para pelawat lain boleh menjawabnya seringkas mungkin. Dan jangan ingat blog ini asyik cakap hal yang berat-berat aje. Cuba selak balik pos-pos lama saya :)

Aku ni kategori pelawat yg mana?Hehehe..........(cuba nak meringan-ringankan msg2 berat dlm blog ni).

Apapun, kita kena kembali pada root yg asal sebab itulah ajaran Islam yg sejati.Masalah di UK mahupun di Eire ialah kita kekurangan guru yg betul2 ada kredibility utk mengajar.Kalau ada ustaz pun,most of them too political dan pengisian bukanlah diambil drp kitab2 muktabar kerana banyak di antara mereka pun tidak berguru dgn ulama2 muktabar.Kadang2 terlalu berkiblatkan Syed Qutb dan Maududi.Saya malas nak komen pasal kedua-dua tokoh ini kerana bagi saya,saya tak pernah memusuhi mereka ataupun mengatakan mereka tiade jasa langsung dlm Islam.Mereka berjasa sedikit sebanyak dlm arus kebangkitan Islam dlm beberapa dekad yg lalu.Cuma dlm karya2 seperti karya2 Syed Qutb, gaya perbahasannya ialah perbahasan haraki.Bagi mereka yg sudah well-verse dlm ilmu2 syariat, mereka boleh appreciate karya tersebut tanpa salah faham atau salah tafsir hujah2 Syed Qutb.Masalahnya macam MSM di UK dan Eire yg menumpukan sgt pengisian mereka kepada karya2 Syed Qutb dlm keadaan cabang2 Islam yg fardhu pun tak 'settle' lagi.Aqidah tak jelas, Fiqh bercelaru habis, Tasawwuf apatah lagi.Pernah ada sahabat MSM yg baru habis program dgn Ustaz Salam (dlm keadaan masih berapi-rapi semangat 'Syed Qutb'nya), berkata pada saya;

" Kau minat tasawwuf kan?Ko tau tak, Imam Ghazali pun tak duduk diam jek berzikir sorang2 dlm rumah.Kita kena keluar berjuang, memahamkan orang tentang Islam bla...bla...bla.Bukan dok macam ko sorang2 dlm bilik"

Saya pun tersenyum sambil menjawab,

"Betul.Takde siapa yg suruh kita tidak keluar berjuang.Imam Ghazali pun ajar kita supaya tidak ujub dgn amalan kita.Dan jgn sekali-kali merasakan amal kita lebih baik drp org lain.Jgn ingat kita baru habis usrah,tamrin kita dah cukup bagus nak 'lanyak' orang lain.Kononnya yg tak sekali dlm jemaah kita kurang sahamnya dlm Islam.Entah2 org yg ko tgk duduk sorang2 berzikir itu jauh lebih baik drp diri kau...Setakat usrah dlm bilik 'air cond', jgn ingat ko dah jadi pejuang ISlam sejati!"

Ini masalahnya kalau tok guru pun, tasawwuf pun tak 'settle'.Dgn sesama saudara pun 'down-grade' dan belakang2 asyik mengata orang lain takde sumbangan seolah-olah kumpulan dia sahaja yg betul.Tak kuasa aku nak layan puak2 macam ini atau mcm Ustaz.blogspot.com tu.Semua sesat, puak aku je betul.Tak ikut aku, aqidah korang bermasalah.....Suruh mengaji tak mau mai.............

tawel..

kat mana yer?dah cari tak jumpa

Tanpa Nama

salam...

haha...isu panas...sy rasa sy ni kategori pelawat ramah tamah jer....sy lebih suka baca, berfikir dan mencari...tp blog ni..macam yg tawel dan rakan2 seperjuangan harapkan...insyaAllah ini adalah salah satu blog yg boleh dijadikan reference bagi pencari Islam traditional...macam saya...dan betul kepada sesetengah pelawat di sini...bahawa ramai anak muda sekarang tidak terdedah kepada ajaran yg sebenar...kerana kurang budaya membaca, leka dan lalai dalam duniawi serta tidak beminat kpd jln ini...macam sy satu ketika dahulu...tapi insyaAllah jika sudah ada blog sebegini dan ada penulisan tentang relegious yang tak akan putus sampai bila2(kekal)...dan sentiasa bertambah...saya pasti ramai anak muda yg akan balik mencari(berminat) dan menerima usaha anda semua...insyaAllah...biarla sama-sama kita menjadikan rakyat malaysia itu pengamal Islam yang benar dan sejati insyaAllah....jika sudah ada satu suara, pasti ada suara di belakang yg pasti menyusul kemudian...sememangnya benar juga kata sesetengah pelawat kita bahawa...ustaz2 yg ada di malaysia byk dipengaruhi oleh politik.... sy tidak terkejut dengan persoalan ini, kerana mmg benar dan sy pernah melaluinya (Bukan menyampaikan apa yg sepatutnya, tetapi menyebarkan ilmu utk sesuatu tujuan politik itu) jgnlah kita kotorkan Islam kita dengan pengaruh2 politik ..kelak...satu masa org2 seperti sy yang serba serbinya jahil dan kurang dlm pengetahuan agama ini tersalah mentafsir dan menyebabkan anak muda sekarang ini tidak berminat dlm mencari penghayatan Islam itu sendiri...atau the worst case ikut ajaran yg tak tahu benar atau tidak, serta keliru dgn semua putar belit pendakwa itu sendiri...kerna itu perlu wujudnya blog atau penulisan yg telus...supaya anda menjadi salah satu reference yg baik...insyaAllah...semoga kita sentiasa di lindungi, di redhai dan tidak terkeluar dr simpang yg telah digariskan Al-quran dan Hadis itu wajib dipelajari dan dihayati(melalui org2 yg benar2 mengetahui dan mendalami ilmu ini)..bukan nya hanya perlu dipelajari salah satu...jadi optional plak...allahua'lam...

Tanpa Nama

salam,
baru jumpa blog ni. sanagt bagus dan memandangkan saya yang cetek ilmu ni, mmebaca tulisan saudara kali ni tak berapa saya fahami. Tolong terangkan apa itu, intijad dan taqlid.
terima kasih

FAA

Tanpa Nama

Feti,

Masalah bukan dengan sebab memasuki politik. Politik tidak kotor. Ulama-ulama tidak takut memasuki politik; mereka yang manjauhinya adalah kerana taqwa.

Berpolitiklah, berkempenlah. Mengundilah. Masuklah parti. Apa yang benar itu mesti ditegakkan dalam apa juga cara yang ada. Tetapi perelokkan dahulu aqidah, feqah, tasawwuf dan uslub da'wahnya.

Sebab tidak mahu berpolitiklah, bukan sahaja Wahabi, setan punnn naik tocang.

Tanpa Nama

Anak alam,

Thanx for the explanation, reminder and suggestion. InsyaAllah will be..:)..di mana ada kemahuan di situ ada jalan ek..

Tanpa Nama

astaghfirullah....
mcm2 cerita zaman muttakhir ni... semuanya menakutkan...
perpecahan... akidah...
takut sgt! gerun sgt!
adakalanya terfikir, biarlah ilmu ku setakat ini shj... takut makin dihayati... makin makin jadi jauh dr Allah...
moga Allah melindungi diri ini, dr segala bentuk kesesatan yg membinasakan... moga Allah luruskan akidah ku dgn jlnNYA yg paling benar...
ya Allah tolonglah, ku merayu padaMU, lindungilah hambaMU yg lemah ini, matikanlah aku dalam iman yg tetap kpdMU... redhailah aku...matikanlah aku sebagai ISlam yg bertaqwa... amin :'(

salam,
f.mohamed
salam ukhuwah,InsyaAllah, berharap sungguh sy dpt hadirkan diri nun jauh di sana. InsyaAllah jika ada rezeki,sudah pasti akan jejakkan kaki ke Glasgow.

yamina,
Carilah ilmu itu selagi kita bernyawa di muka bumi Allah ini, jgn takut, kerna jikalau sesuatu itu benar pasti mendapat berkat, rahmat dan petunjuk dariNya....tanpa kita sedari...Allah maha mangasihi dan penyayang pada setiap umatnya...semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar, niat,usaha,berdoa dan tawakal.InsyaAllah

Tanpa Nama

Nak jawab pertanyaan ini dulu: salam,
baru jumpa blog ni. sanagt bagus dan memandangkan saya yang cetek ilmu ni, mmebaca tulisan saudara kali ni tak berapa saya fahami. Tolong terangkan apa itu, ijtihad (saya betulkan ejaan) dan taqlid.
terima kasih.


Ijtihad ni adalah satu usaha untuk mengeluarkan sesuatu hukum dalam Islam. Al-Quran dan Hadith adalah sumber rujukan utama dalam membuat ijtihad. Dari ijtihad inilah datangnya hukum wajib, harus, sunat, haram dan sebagainya. Tak semua orang mampu membuat ijtihad kerana syarat-syarat keilmuannya yang sangat ketat.

Jadi untuk selamat, orang awam wajib ikut ijtihad salah satu mazhab. Inilah yang dikatakan taqlid. Sebagai contoh, taqlid kepada mazhab Shafi'i, bukan bermaksud kita ni bertaklid kepada Imam Shafi'i semata-mata. Tetapi kita bertaklid kepada ratusan ulama dalam mazhab Shafi'i yang tidak jemu-jemu menyemak dan memperbaiki kesimpulan ijtihad oleh Imam Shafi'i. Dan bila wujud permasalahan baru yang tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah saw, mahupun zaman Imam Shafi'i, para ulama inilah yang akan mencari jawapan kepada masalah tersebut. Begitu juga halnya dengan tiga mazhab yang lain.

Begitulah lebih kurang maksud taqlid, iaitu kita ikut kesimpulan para ulama yang telah pun diyakini tahap keilmuan dan ketaqwaan mereka semua.

Fetihanum, Anak Alam punya pendapat tu memang sangat betul. Yang menjadi masalah bila kita terlalu fanatik dengan politik, padahal banyak lagi hal-hal akidah, fiqh, dan tasawwuf yang masih tak sempurna lagi. Sebagai contoh, pernah saya membaca komen seorang anak muda yang terlalu bencikan Astora Jabat, yang mana anak muda ini menyeru mana-mana umat Islam di Malaysia supaya membunuh Astora Jabat.

Jadi feti boleh nampak kan apa akan jadi bila orang-orang yang ingin memperjuangkan Islam, tapi ilmu masih tak cukup di dada. Maka akhirnya wujudlah individu-individu yang tak habis-habis kata kerajaan kita tak Islamik, padahal mereka sendiri lupa untuk lihat diri sendiri. Apakah mereka ini sudah betul-betul Islamik?

Golongan seperti anak muda inilah yang mesti kita perbaiki. Kita kena lengkapkan mereka sekurang-kurangnya ilmu-ilmu asas tentang Islam, barulah mereka tak tersasar semasa berjuang. Apa halnya kita sampai nak bunuh Astora Jabat? Sudah murtadkah si Astora ini?

Shafiq, kesiannya engkau. Hehe..takpe2 lupakanlah kisah silam tu. Masalah manusia ni adalah cepat menghukum. Boleh kalau nak tegur untuk perbaiki, tapi apa kejadahnya (tiru Edisi Siasat jap =p) kalau nak pandang rendah pada orang lain dan juga nak menyesatkan jemaah lain. Tak bawa faedah pun. Lagi berpecah ada le..

Yamina, semoga Allah memberikanmu dan juga umat Islam yang lain kekuatan iman dalam menghabiskan sisa-sisa usia di bumi ini. Kadang-kadang saya fikir betapa anehnya dunia ini. Sekarang saya berusia awal 20-an. Kalau ikut Rasulullah, baginda meninggal pada usia 63 tahun. Jadi kalaulah saya ini meninggal pada usia 63 tahun juga, maka saya hanya perlu melalui tiga fasa kehidupan selama 20 tahun. Dan saya telah pun menghabiskan fasa yang pertama itu, dan sekarang ini sedang melalui fasa kedua. Itupun kalau saya mati umur 63 tahun!

F Mohammed, saya ingat tadi dah sampai musim hari raya. Hehe..takpe2, tak kisah pun nak letak iklan ke, nak buat ucapan sampaikan salam perantauan ke. Asalkan jangan SPAM dah la :) Saya rase akak ni termasuk dalam kategori Pelawat Sampaikan Salam. Hehe..gurau aje.

Tak kisahlah apa pun jenis pelawat, mudah-mudahan sedikit sebanyak mereka akan mendapat sesuatu bermanfaat dari blog ini. Nak komen panjang, tapi rasa mengantuk la pulak petang-petang camni..adios!

salam,
terima kasih atas penjelasan saudara. Amat jelas. Semoga Allah melapangkan masa saudara untuk menulis tentang Islam lagi.

Wasalam,
FAA

Tanpa Nama

Apa halnya kita sampai nak bunuh Astora Jabat? Sudah murtadkah si Astora ini?....(petikan ayat dr saudara Tawel..)

ehehe....macam 'Edisi Siasat' la plak...;P..

thanx again, yes i'm agree dengan semua pendapat dan penerangan berkenanan isu politik ini....yes all of u are correct 100%..memang sy setuju politik boleh jadi satu pernanan dlm menegakkan agama...cuma yg sy suarakan ketidak puasan hati saya adalah...biarlah org yg memperjuangkan politik itu benar2 memperjuangkan serta menyampaikan agama walau dari segi apa pun...fiqh, tasawwuf, etc untuk menyedarkan anak muda....saya sendiri dengan rela hati menerima dan menyertai...cuma jgn gunakan nama agama itu sebagai alasan untuk tujuan atau kepentingan sendiri (ada udang di sebalik batu)..itu sahaja...

btw, untuk menegakkan agama byk usaha dan cara yg perlu dilakukan samaada dari segi akhlak dan amalan dalam setiap diri individu itu, cara pergaulan dan mendidik keluarga sendiri...barulah mencerminkan Islam itu sendiri (menjadi role model)...maka secara tak langsung org disekeliling akan tertarik dan berminat dengan lebih mendalam tentang Islam...(ini bagi anak2 muda yg tidak suka serta malas mendalami Islam)..
Mmg sy setuju dengan pandangan anak alam atau tawel...iaitu perlu lengkapkan diri dengan semua isi2 agama yg tinggi dan fahaman yg benar...barula boleh menyertai politik itu atas niat menegakkan agama...dan bagi yg cetek pengetahuan agamanya seperti sy ini...sentiasalah mencari dan beramal dengannya...insyaAllah..

Tanpa Nama

Hmm..

(sorry a bit off-topic)

Anyone went to this? Or bought this?

http://www.islam4everyone.org.uk/
Suhba2005DVD.html

:)

taqlid dan talfiq...
camne pulak tu?

Tertarik dengan isu Tawel kali ini. Cuma terkejut apabila blog Tawel dilabel sebagai blog sesat.
Kenapalah sampai begitu sekali melemparkan fitnah.

Tanpa Nama

Saling sesat-menyesatkan ini adalah antara punca awal umat Islam saling berperang sesama sendiri. Bila dah berani sesatkan orang, maka muncul lah penyakit: If you're not with us, you are kafir. So we can kill you! This disease is for real dude...how can we Muslim kill each other? Being a Sunni doesn't mean we can kill our Shiah brothers, and vice versa. This problem can be seen today in Iraq.

Kenakelayan, I want to buy that DVD. Unfortunately, they don't have any online payment facilities. Did you go to that suhba, didn't you?

Yamina, maksud taqlid tu dah diterangkan dalam salah satu komen kat atas. Cuba tengok-tengok ya. Talfiq tu apa?

Talfiq ni 'pick-and-mix' dalam mazhab. Bukan tak boleh talfiq, tapi ada syarat-syarat untuk talfiq ni. Bukan boleh buat sesuka hati. Sebagai contoh talfiq paling popular umat Islam bermazhab Shafi'i di Malaysia buat ialah tentang pembayaran zakat fitrah. Kalau ikut mazhab Shafi'i, kena bayar guna makanan asasi (iaitu beras), dan tak boleh guna duit. Tapi di Malaysia, kita tak guna pandangan mazhab Shafi'i. Sebaliknya kita guna pandangan mazhab Hanafi yang membenarkan penggunaan wang.

The point is, talfiq is permissible. Tapi ada banyak syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Tentang pembayaran zakat fitrah tu pun, yang buat keputusan untuk bayar guna wang bukannya orang awam atau budak-budak yang setakat grad dari UIA lepas belajar ilmu Al-Quran dan hadith sikit-sikit. Tapi ia dibuat oleh sekumpulan ulama lepas mereka analisa keadaan di Malaysia dan kemudian mereka bermuzakarah. Mereka lebih tahu kenapa keputusan tu dibuat.

Tapi yang jadi masalah bila ada sesetengah umat Islam di Malaysia yang guna hujah tu untuk membenarkan talfiq tanpa batasan. Talfiq macam ni berbahaya sebab boleh menghasilkan istinbat hukum yang tidak sah jika dinilai dari pandangan para ulama dari empat mazhab yang ada.

Talfiq ni satu isu besar kalau nak bincang. Saya ni bukanlah cyber mufti. Silalah tanya kepada mana-mana ustaz yang berpegang teguh kepada pendirian ahlus sunnah wal jamaah untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut :)

tawel-sensei

No I didn't. Being a muslimah is not easy. But alhamdulillah.

I guess many overseas students don't have cheque facilities. Maybe you could ask any senior who is willing to write one for you?

Catching the United for the Prophet in London this 30th April? I really recommend it. Last year's was, simply, mashaAllah. The dvd for that will be out soon I hear.

Watch this space:

http://www.mahabbaunlimited.org/

Did you not find last year's Grand Mawlid too much speech and very few actions? Others may differ from me, but I share the opinion that mawlid is not a spectator sport. I am all excited for any mawlid event, but would be sorely disappointed if I cannot participate and sing along. Nothing beat a personal mawlid.

Tanpa Nama

Salam Tawel ,Mohon laluan sebab komen ini bukan tentang tajuk yang di atas.

I bring to your attention
tentang gejala merebaknya Asrisme di kampus U dan munculnya seorang lagi pembela Wahabi.

Mungkin anda boleh karang jawapan , I must admit I do not have enough knowledge but to comapre Asri with Yusuf Qadhawi is ricidulous. Dia ada tulis buku yang telah di jadikan buku rujukan di campus..antara statement dalam buku ini " Mazhab Sufi Mazhab yang sesat.....pelik betul ..apa dia mazhab sufi?? What is being fed to our students?
Lihat article dari Pembala Wahabi ini:
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=15145

Aduh. Kalaulah tak ada fenomena saling sesat menyesatkan ni, tak adanya saya nak tulis pasal isu Wahhabi. Baik saya tulis artikel-artikel yang menyentuh isu kemiskinan umat Islam di Malaysia, tak pun isu anak-anak muda Islam yang makin teruk sekarang ni. Tak pun tulis tazkirah dan nasihat yang kritis. Ataupun menulis tentang sejarah kelimuan Islam kita yang gilang-gemilang dari segala sudut.

Tapi sebab wujud fenomena suka sangat nak menyesatkan orang lain, kena la juga saya luangkan masa untuk tulis isu kontoversi ni. Mudah-mudahan bagi sesiapa yang nak cari kebenaran, boleh la rujuk blog saya ni. Tapi tengok-tengok blog saya pulak yang dicop sesat. Katanya blog saya ni Blog Sufi yang sesat.

Entah bila masa pulak saya jadi ahli sufi. Tariqat pun saya tak join! Takkan la sebab saya menekankan pentingnya ilmu tasawwuf dalam Islam, maka saya dah dilabel sebagai ahli sufi? Diorang ni tahu ke tak yang Ibnu Taimiyyah dalam kitab fatwanya pun ada bab tentang Fatwa Tasawwuf? Saya pun ada juga tulis serba sedikit tentang fiqh. Tapi tak pula saya ni dipanggil budak fiqh, ataupun blog ini disebut sebagai blog fiqh. Aneh dan pelik sungguh.

Dr Asri dan juga ramai lagi sheikh-sheikh mujtahid dari Al-ahkam.net, come on la. Tak perlu nak sesatkan mana-mana tariqat, ahli sufi, mahupun akidah Asha'ari dan Maturidi. Sangat pelik kalau kamu semua nak serang akidah Asha'ari dan Maturidi yang sudah dipersetujui oleh ijmak ASWJ selama lebih 1000 tahun.

Dan tolonglah hentikan kerja suka sangat nak membida'ahkan sana-sini pada perkara yang terdapat perbahasan ulama padanya. Kaedah ASWJ dalam hal ni mudah aja - iaitu satu kaedah yang membawa keharmonian kepada umat Islam. Sheikh Sufyan al-Thawri kata, "Kalau engkau tengok seseorang tu buat sesuatu perkara yang padanya terdapat perbahasan ulama, dan engkau pula rasa perkara tu patut diharamkan, maka engkau sepatutnya tak boleh nak halang dia dari buat perkara tu".

Dan Imam Dajawi pun ada tambah lagi bahawa dalam kaedah perundangan Islam ni, "Perkara yang mungkar tak boleh kita nak kondem sebagai mungkar (secara objektif) melainkan terdapat ijmak ulama padanya."

Kalau nak rujukan dari mana saya dapat kaedah ni, boleh rujuk Understand The Four Madhabs oleh Sheikh Abdul Hakim Murad, iaitu seorang ulama genius di UK. Kalau tak faham artikel bahasa Inggeris, baik pergi belajar English. Jangan asyik nak belajar bab-bab membida'ahkan pada perkara-perkara khilaf. Tell me how can you benefit this ummah significantly after you write an article of 1000 pages titled "Qunut in Fajr Prayer is bida'a." That's just non-sense!!

Nurelhuda, saya tidak mampu menulis secara spesifik bagi menjawab artikel tersebut. Dan kalau pun saya mampu, artikel saya itu akan tenggelam. Seperti mana tenggelamya Allahyarham Sheikh Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al-Hassani dek promosi besar-besaran puak Wahhabi ke atas Allahyarham Sheikh Albani dan Bin Baz. Alhamdulillah sebab para ulama al-Azhar hantar petisyen kepada Arab Saudi bagi membenarkan semula Sheikh Muhammad bin Alawi mengajar semula di Masjidil Haram. Kalau tidak memang makin tenggelam la Sheikh Muhammah bin Alawi ni, dan entah-entah dah kena tendang keluar dari Arab Saudi.

Inikah yang mereka katakan sifat toleransi dan jangan taksub kepada mana-mana fahaman dan mazhab? Bukan sikit-sikit ulama ASWJ yang kena halau keluar dari Arab Saudi bila Wahhabi berkuasa kat sana. Dulu sebelum berlakunya kebangkitan berdarah oleh puak Wahhabi, elok aja para ulama kita dari empat mazhab mengajar di Masjidil Haram tu. Takde nak gaduh-gaduh sesama mazhab. Aman damai aja. Takdenya mereka nak halau-halau para ulama dari mazhab lain. Dan perkara ni berlaku selama lebih kurang 1000 tahun. That's just incredible!


P.S. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan cerdik pandai ni tertarik pada pendekatan Dr Asri sebab mereka ni golongan yang mampu berfikir adalah pendapat yang terdapat kecacatan padanya. It does not hold water. Ada tak buat survey berapa ramai golongan cerdik pandai yang menentang pendekatan Dr Asri tu?

Dan tak payahlah kita ni nak mengaku sebagai golongan cerdik pandai kalau kita sendiri tak tahu macam mana sejarah wujudnya mazhab dalam Islam. Dan tak payahlah nak bangga sebab berjaya mendapat kefahaman Islam yang betul-betul ikut Al-Quran dan sunnah kalau dalam pada masa yang sama tak habis-habis nak sesatkan orang, padahal perkara tu tak jadi ijmak ulama pun.

Phew, I'm being quite sarcastic in this comment. I think I should stop and make a wudhuk. And InsyaAllah, sooner or later, I'll touch again what I wrote here in a more precise and academic way, yet can easily be understood by any layman under the sun.

Ana ada terjumpa satu buku, Ibn Taimiyah dan Tasawwuf.Bila ana baca apa rujukannya, penulis tersebut ambil dari bab Masalik yg ditulis Ibn Taymiyah...Bila dirujuk di dalam kitab "Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah" Ada disentuh tentang bab berkaitan hati di dalam bab " Masalik ". Sebenarnya Ibn Taymiyah tidaklah menolak tasawwuf atau tazkiyatun nafs ni. Malah pernah disebut Ibn Taymiyah refer ahli2 tasawwuf sebagai " An honourable sufi's". Tapi ada pula mereka yang mudahnya, alahai..sesat segalanya..

apa saja yang menyalahi ASWJ, maka tertolak.Mana-mana tareqah yang tidak sepakat dengan ASWJ, maka semua ulama' tak terima. Syeikh Nuruddin al-Banjari sendiri sering menegur dengan keras tentang kesesatan di dalam sesetngah tareqah dan pengamal tareqah. Bukan semua tapi sesetengah..

Memukul rata seperti mereka menghukum semuanya sesat sesuka hati, bukanlah dari sikap mereka yang berilmu.

Imam as-Syafie sendiri menggariskan keperluan seorang penuntut ilmu adalah mendalami 3 asas ilmu
1)Aqedah
2)Feqh
3)Tasawuuf

Pentingnya tasawwuf di dalam hidup, pembinaan jiwa dan hati untuk menjadi hamba Allah yang bersih jiwa dan tinggi taqwanya..
p/s: samalah kita bro,pernah dikatakan sufi pekat..kelakar pula rasanya..biarkan ja..Manusia memang mudah menghukum..senang2 je

Wallhua'lam

Tanpa Nama

Petikan dari Me:
apa saja yang menyalahi ASWJ, maka tertolak. Mana-mana tareqah yang tidak sepakat dengan ASWJ, maka semua ulama' tak terima. Syeikh Nuruddin al-Banjari sendiri sering menegur dengan keras tentang kesesatan di dalam sesetengah tareqah dan pengamal tareqah. Bukan semua tapi sesetengah. Memukul rata seperti mereka menghukum semuanya sesat sesuka hati, bukanlah dari sikap mereka yang berilmu.

Tariqat yang macam ni memang dah jadi fitnah kepada ilmu tasawwuf. Mana-mana tariqat yang mengarut seperti sembah kubur, tambah nama guru dalam lafaz syahadah, terlalu taksub dengan tariqat sendiri sehingga tak mau geng dengan tariqat lain, dan sebagainya, memang layak pun kita ganyang habis-habisan. Tapi janganlah nak hukum semua tariqat macam tu.

Apa kita rasa kalau pihak Barat melihat keganasan global yang dilakukan oleh orang-orang kuat Al-Qaeda seperti Osama Bin Laden dan Abu Mus'ab al-Zarqawi, dan kemudian mereka kata yang Islam ni agama yang ganas dan SEMUA penganutnya adalah PENGGANAS?

Boleh terima ke dakwaan tu? Hanya sebab ada umat Islam yang sebegitu tak bermaksud Islam agama yang ganas. Hanya kerana ada tariqat yang mengarut, tak bermaksud tariqat dan sufi itu sesuatu yang keji.

Analogi lain: Syawal makin menjelang. Dan kita pun rasa nak buat kuih tat. Kita adun, letak jem nenas, lepas tu kita bakar kuih tat tu dalam oven. Tengok-tengok kita terlajak pulak bakar kuih tat tu. Ada la sikit yang hangus. Yang tak hangus pun ada jugak. Tapi takkan la kita nak buang yang hangus dan tak hangus tu sekali dalam tong sampah?

Nak berdebat dengan puak-puak Wahhabi ni sebenarnya memang takkan habis sampai Hari Kiamat. Para ulama pun tak dapat cari penyelesaian bila debat di antara ASWJ dan Wahhabi ni dibuat. Silap-silap perbalahan di antara ASWJ dan Wahhabi ni akan menjadi seperti mana ASWJ dengan Syiah. Dah hampir 1400 tahun masih macam tu juga.

Aku rasa ada baiknya kalau geng-geng Wahhabi di Malaysia ni berhenti sejenak dari terus menyerang ijmak ASWJ. Kalau dah berhenti serang, maka saya pun tak payahlah lagi nak tulis pasal isu ni. Selagi ada serangan, selagi tu la jugak perlu ada pertahanan dilakukan. Kan ke dah buang masa tu? Tapi nak buat macam mana, sebab saya melihat betapa pentingnya orang awam agar tidak terkeliru pada apa yang telah disepakati oleh ASWJ.

Kalau dah takde sesiapa yang menyerang lagi, maka ada baiknya kita duduk semeja. Kita buat meeting, buat plan, rangka strategi. Meeting pasal apa ni? Antaranya macam mana la kita nak hentikan aktiviti anak-anak muda Islam kita yang buat kerja tak senonoh kat Lubuk Tupah tu. Takpun waktu malam kita semua buat 'overtime' kat mana-mana kelab malam. Kita try pujuk generasi muda Islam kita supaya tak pergi ke tempat-tempat maksiat macam tu. Bagi pelajar di IPTA dan IPTS pula, kita bentuk satu geng sukarelawan yang berusaha untuk memberikan didikan dan bimbingan kepada rakan-rakan yang bermasalah.

Kan ke bagus macam tu. Kita jangan nak risau sangat2 pasal orang-orang yang baca Yasin setiap malam Jumaat. Yang patut kita lebih risau adalah anak-anak muda kita yang jadi Mat Rempit setiap malam Jumaat, dan juga harus kita risau kepada gadis Bohsia yang akan menjadi 'teman tidur' bagi Mat Rempit yang berjaya mendapat nombor 1.

Please...di saat anda menulis longgokan artikel untuk menyesatkan saudara seIslam kita, di kawasan tempat anda tinggal mungkin berlaku berdozen-dozen kegiatan zina! Dan mungkin juga di lorong-lorong gelap berhampiran rumah anda, ada beberapa mat gian yang semakin asyik dalam dunianya. Dan anda, duduk di atas kerusi empuk, di hadapan komputer, sambil menghirup Nescafe 'O' panas, sedang lincah menulis sesuatu untuk melabelkan itu sesat, ini bida'ah, mereka ahli bida'ah, kita boleh bunuh ahli bida'ah, dan sebagainya.

Tak payahlah nak bertegang urat dalam perkara-perkara yang terdapat perbahasan padanya.......

-CASE CLOSED-

Salam...
First time lawat blog ni. salam perkenalan semua.
Kat sekolah dulu pernah seorang ustaz bercakap pada kami tak salah untuk kita berijtihad tanpa menerangkannya secara lebih terperinci siapakah yang layak dan tidak layak berijtihad. Uish, bukan banyak ker 'ustaz-ustaz' yang ambil ringan pasal benda-benda ni?

Tanpa Nama

bagaimana ingin saya berhubung dengan astora jabat??tolong balas secepat mungkin di emel fidah_19@yahoo.com.my..kerjasama anda amat diperlukan.

Tanpa Nama

Mengenai golongan islam yang mana yang paling benar dalam mengimani agama islam nya, mari kita belajar dari sejarah umat umat terdahulu yang diceritakan di dalam Al Quran.

Surah Yunus (10)
Ayat 36....Kebanyakan dari kalangan manusia hanya bersandarkan kepada andaian semata. Yang nyata, andaian tidak dapat menggantikan yang haq. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang mereka lakukan.

Ayat 37....Dan Quran ini tidak bisa diciptakan selain oleh Allah, dimana ia mengesahkan apa apa yang sebelumnya dan menjelaskan apa apa yang telah ditetapkan untuk manusia. Padanya tiada keraguan dari Tuhan sakelian alam.

"Umat Nasrani bersekongkol dgn mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah. Umat Muslim bersekongkol dgn mengatakan bahawa Hadis & Sunnah itu adalah juga sebahgian dari wahyu Allah"

"Bila nama Allah saja yg disebut hati mereka yang tidak percaya pada hari akhirat lantas berpaling keblakang tetapi bila ada nama selain nama Allah disebut bersama dgn Nya baru mereka berasa aman dan tenteram" (Az Zumar 39:45)

Dari cerita2 umat umat terdahulu itu, kita akan dapati bahawa golongan mayoritas nya cenderung kpd penyimpangan satelah setiap kali Nabi yg di turunkan Allah itu wafat. Penyesatan atau penyimpangan itu akan mula terjadi paling tidak sekitar 50 tahun kemudian satelah wafat nya para nabi2 mereka. Sejarah penyesesatan umat terdahulu itu seakan akan satu hal yg lumrah. Penyimpangan dari landasan yg telah ditetapkan oleh para Nabi2 Allah itu pasti terjadi.

Saya percaya umat Nabi Muhammaad juga tidak terkecuali. Nah sekarang umat Nabi Muhammad ini sudah 1400 tahun lebih. Apakah kita yakin kita tidak saperti umat umat yang terdahulu itu yg cenderung kpd penyimpangan? Apa istimewa nya kita, umat Nabi Muhd.ini? Tidak ada keistimewaan nya dan tak ada bezanya. Saya yakin kita jugak sama saperti umat terdahulu itu yg cenderung kpd penyesesatan dan
penyimpangan. Nah. Sekarang kalau kita kaji dari segi mana nya kesesatan golongan mayoritas umat Muhammad ini kita akan dapati bahawa penyesesatan golongan mayoritas adalah dalam mengimani kpd apa yg di sebut Hadis dan Sunnah Nabi. Baik mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, Baik mereka yg mengaku Ahlul Bait (Golongan Syiah). Baik mereka yg mengaku Wahabi.dan saterus nya. Rata
rata golongan2 ini yg juga menjajdi golongan mayoritas umat islam ini tidak lepas dari taasubnya kpd ulama2 mereka atau imam2 mereka selain dari Hadis dan Sunnah Nabi itu. Karena apa? Karena Hadis dan Sunnah ini tidak ada pada waktu sekitar 100 tahun satelah wafat nya nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada yg nama nya Bukhari-Muslim dan saterus nya. Tidak ada Iman Empat (Shafii, Maliki, Hanbali
dan Hanafi). Unsur2 dari kitab2 ini dan pendapat ulama2 ini hanya berdasarkan andaian semata.

Mahukah kita ambil iktibar dan pelajaran dari umat umat terdahulu yg di ceritakan kpd kita melalui Al Quran.? Saya yakin tidak ramai yg akan mengambil iktibar dan pelajaran dari hakikat ini sebagaimana nya tidak ramai dari umat yg terdahulu. Namun sabagai amanah yg diwajibkan tulisan ini hanya sebagai usaha utk mereka yg mahu belajar dari sumber yg kuat dan meyakinkan ia itu kitabullah Al Quran dan buat mereka yg mahu BERFIKIR SECARA BERANI, ADIL, IKHLAS dan RENDAH HATI demi utk mendapatkan keredhaan kpd Allah subhanahu wataalaa.....

Amin.....

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.