Back to home page

Wahabbi 7 - Zaini Dahlan dan Bin Baz

04 Mac 2006 • 33 Komen Cetak Chenta!
Ada orang kata: "Jangan kita nak pertikaikan keilmuan Sheikh Bin Baz. Kan dia tu bekas Mufti Besar Mekah. Takkan lah Mufti Besar Mekah jahil mana yang betul dan mana yang salah..mana yang hak dan mana yang batil."

Siapakah Bin Baz ini? Seperti yang telah diceritakan sepintas lalu pada bab yang lepas, beliau adalah bekas Mufti Besar Mekah yang telah pun kembali ke rahmatullah pada tahun 1999. Nama penuhnya adalah Abdul Aziz bin Baz. Beliau adalah antara rujukan utama puak-puak Wahhabi. Dari segi kontemporari, beliau adalah rujukan nombor 2 selepas Sheikh Albani. Nama Bin Baz akan anda jumpai dengan mudah dalam hasil-hasil karya dan tulisan puak-puak Wahhabi. Begitu juga dengan nama Sheikh Albani. Jadi, kalau baca mana-mana tulisan yang ada memetik pandangan dan tulisan Sheikh Bin Baz, berhati-hatilah. Takut-takut termakan racun ideologi Wahhabi.

Menyentuh tentang pertikaian pada perenggan pertama, ia sebenarnya adalah kata-kata hujah yang dangkal. Yang mempertikaikan keilmuan Bin Baz bukannya orang-orang awam, tetapi sudah ramai para ulama kontemporari yang mempertikaikannya. Jawatan Mufti Besar Mekah tidak memberikannya lesen untuk menjadikan padangannya betul dan sentiasa betul.

Kalaulah jawatan itu yang dijadikan kayu ukur keilmuan, jadi mengapakah puak-puak Wahhabi ini tidak menerima, malah menolak kitab Fitnatul Wahhabiyyah yang dikarang oleh Sheikh Ahmad Bin Zaini Dahlan (biasa disebut sebagai Zaini Dahlan), yang juga merupakan bekas Mufti Besar Mekah? Sheikh Zaini Dahlan datang dari keturunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, maka beliau juga adalah dari susur-galur Rasulullah saw dari sebelah cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan. Sheikh Zaini Dahlan menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1309 Hijrah.

Sheikh Zaini Dahlan hidup pada zaman awal kebangkitan Wahhabi di Arab Saudi. Maka, dengan berbekalkan keilmuan yang dimiliki, beliau telah membongkarkan kejahatan dan fitnah Wahhabi. Tetapi puak Wahhabi kata beliau itu pembohong dan sengaja ingin memfitnah Muhammad Bin Abdul Wahab yang menjadi pengasas fahaman Wahhabi. Oleh sebab itulah, puak Wahhabi amat-amat memusuhi Sheikh Zaini Dahlan yang bermazhab Shafi'i. Ini kerana, kitab Fitnatul Wahhabiyyah telah menjadi senjata kuat yang menunjukkan betapa terpesong dan melampaunya fahaman Wahhabi itu.

Kalau anda bertanya saya percaya yang mana, saya jawab, "Saya percaya kepada Sheikh Zaini Dahlan. Saya tak percaya Muhammad bin Abdul Wahab, mahu pun Bin Baz." Anda akan berjumpa hujah-hujah tipikal puak Wahhabi apabila anda memetik fakta-fakta dari kitab Fitnatul Wahhabiyyah. Hujah mereka: Sheikh Zaini Dahlan itu pembohong. Begitu juga dengan kitabnya.

Janganlah kita terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi yang memecah-belahkan umat ini dan tak habis-habis mengaku hanya mereka sahajalah yang betul. Puak Syiah juga menganggap diri mereka sahaja yang betul, manakala yang lain semuanya sesat. Kalau nak selamat, ikutlah apa yang telah kita praktik dan amalkan sejak lebih seribu tahun lamanya. Mari ikut pandangan dan iktikad majoriti. Katakan tidak pada Wahhabi, Syiah, La Madhab dan sebagainya. InsyaAllah akan bersambung lagi pada siri-siri lain bagi membongkarkan fitnah-fitnah Wahhabi.

33 Komen Tambah Komen↴

adakah saudara/i yakin dengan kata2 anda? Siapakah anda? Takat mana ilmu anda? Hati2lah apabila berkata2 dan menyampai.. Tak takut ke dengan Allah? Saya bukanlah pro mana2 pihak, tapi tulisan anda KOSONG dari ilmu!!! TIADA DAN TAK ADA FAKTA, DALIL DAN RUJUKAN!!! TIADA KAJIAN!! Saya bukan apa, tidak abis2 fitnah ini berleluasa.. Tulisan anda seperti budak2 tadika!! Astaghfirullah.. Menghina ulama' sendiri.. Semua manusia itu ada lemah dan lebihnya.. Anda tidak layak untuk mempertikaikan para ulama'!!

Tanpa Nama

Anonymous, saya hanyalah seorang manusia biasa yang lagi daif, tak cukup ilmu, dan juga takutkan Allah. Maafkan saya kalau saya tulis artikel ini dengan tidak memberikan sumber rujukan dan fakta dari kitab sana sini. Artikel ini memang nampak macam budak tadika yang tulis. InsyaAllah, lain kali saya akan menyertakan fakta dari sana dan sini.

Tapi saya masih ragu-ragu sama ada anonymous akan percaya kepada apa yang saya nukilkan setelah saya merujuk kepada kitab-kitab tulisan para ulama muktabar,baik yang silam mahupun kontemporari. Walaupun pada hakikatnya sudah ramai para ulama muktabar mempertikaikan fahaman Wahhabi ini dengan menghasilkan kitab-kitab yang berwibawa, dengan mengeluarkan rujukan dan dalil (iaitu bukanlah taraf tulisan budak tadika seperti saya), namun, pekakkan telinga juga puak-puak Wahhabi.

Kalaulah anonymous ingin menegaskan saya ini menghina para ulama sendiri, maka saya tidak dapat menerima tuduhan itu. Cari pada artikel, pada bahagian mana saya menghina? Jangan samakan kritikan dan hinaan. Dan segala kritikan tersebut tidak lain dan tidak bukan, adalah pandangan kebanyakkan ulama kepada fahaman Wahhabi itu sendiri.

Anda sebenarnya kelihatan agak emosional ketika menulis komen tersebut. Ketika saya membaca tulisan-tulisan puak-puak Wahhabi yang menyesatkan (bukan lagi setakat menghina, malah menyesatkan) para ulama yang saya kagumi, saya berasa agak marah. Tetapi saya sabar. Moga-moga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang dengan mudah menyesatkan saudara seIslam mereka. Amin..

P.S. Seperti yang telah saya komen dalam bab Taqlid Kepada Mazhab II, saya tidak suka respond pada anonymous. Tapi saya mengomel panjang sikit di sini sebab tuduhan anta tu agak keras.

P.S. Lagi Oh ya, anonymous bekata tidak pro pada mana-mana pihak. Alhamdulillah..saya harap anonymous boleh berasa marah, seperti mana anonymous marah kepada saya, pada seseorang yang menyesatkan umat Islam yang bertawassul, dan juga ada rasa ingin membela tokoh seperti Hasan al-Banna yang dituduh sesat oleh puak-puak Wahhabi, atau pun berasa jijik pada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada jemaah tabligh.

Relaks laa, saudara anonymous....

Kalau saudara ni berani berhujah,kenapa nama sendiri pun tak berani display?Lgpun, apa yg saudara Tawel nyatakan dlm tulisan2nya adalah kalam ulama juga.Ulama2 ASWJ telah lama membuat perhitungan dengan puak2 Wahabi ini dan tidak terbilang banyaknya kajian/tulisan/kitab/risalah yg menolak doktrin mereka.Hanya orang yg buta hati sahaja tidak nampak perkara ini.Bila ulama2 ASWJ bersuara dan kita mengajukan hujah2 ASWJ, kami pula yg dianggap memecah belahkan, 'tidak takut pada Allah SWT',menghina para 'ulama'(kalau ulama betul, lain cerita) dsb.
Kalaulah doktrin Wahabi ini benar2 atas kebenaran, sudah lama umat ISlam mengecap keamanan dan kesejahteraan dlm dunia ini sepertimana keadaan kita semasa di bawah Turki Uthmaniyyah.Tapi, apa yg kita lihat sekarang, ulama2 Wahabi hanya pandai membid'ahkan,mengkhurafatkan umat Islam lain.Arab Saudi yg terhasil drp pemberontakan terhadap Turki Uthmaniyyah hanya BARUA Amerika Syarikat yg paling hina!!!

Shafiq..aku tak fikir mereka tahu sejarah pembentukan Arab Saudi. Aku rasa kalau mereka belajar betul-betul sejarahnya, mau banjir dek air mata tangisan.

Dear beloved brothers,
Please calm down. DOnt let angers overtake you as then you will be riding with the Devils, and that would burn down your good effort.

The sufi has one beautiful maxim and that is 'Be hard on ourselves, and be soft on others.'

As to the Wahabi's literatures, I have a few of them, collected through generous donation of friends or by pure chance. One is on the Father of Saudi Arabia, King Abdul Aziz, and reading through the beautifully bounded, excellently written in English, and well-presented through-out it is little surprise that Wahabi followers are all but impressed by the glory of their movement. The way is perhaps to explain and not the vent out anger on them. Let them be angry; but their anger is certainly not for us to copy. Our way are patience, and gratitude.

As regards Fitnah Wahabbiyah and other sirah books written by as-Syeikh, one would well be prepared to learn the discourses of scholars on some aspect of it. However, unlike the Wahabbi we would not debunk the whole text(s) for a small factual mistake. Rather we correct these mistakes so that the text becomes even stronger. Maybe if we let the Wahabbi friends of ours speak out their mind, then our job will be easier in doing this.

My 2-piastre worth.

Anak Alam.

Tanpa Nama

Anak Alam, thank you for your kind reminder. I really welcome them to speak out their mind and opinions, but certainly not in a very emotional and anonymous identity.

By the way, I'd appreciate if you can write your name as Anak Alam, and not as an Anonymous :)

Siapa saya itu tidak penting. Yg penting adalah ilmu & kebenaran itu. Sptlah sesuatu pendapat seseorang, yg penting adakah ia benar atau tidak, bukan dilihat siapa yg berkata..

Apa yg sy nampak, tawel ingin membela agama tradisional yg istilah ini tidak dikenali pun oleh ulama dulu2. Satu istilah yg dicipta-cipta.. Antum semua tahu kah maksud wahabi itu? Apa perkataan wahabi itu? Antum semua mencari kesilapan mereka dan tidak tahu perjuangan mereka. Ana dah catat dalam komen lain, yg wahabi itu nama si ayah, bukan si anak.. Kan pelik..

Kalau anda bertanya saya percaya yang mana, saya jawab, "Saya percaya kepada Sheikh Zaini Dahlan. Saya tak percaya Muhammad bin Abdul Wahab, mahu pun Bin Baz." - ini adalah kata2 Tawel. Anta tak percaya sebahagian tak apa, tetapi adakah semua kata2 bin baz dan lain2 ualama yg dicop wahabi itu salah? Ana sentiasa merujuk mereka, tetapi dalam masa yg sama juga ana membaca dan merujuk Dr Qardawi dan lain2.. Ana lihat kedua2 belah pihak.

Anta kena tahu, ulama ada pegangan masing2.. 'suka hati' merekalah. Kalau anta nak ikut Islam Tradisional, ikutlah dengan keyakinan anta. Yg nak dibuat fitnah tu apasal. Setiap ulama ada kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Sejarah Arab Saudi? Anta rujuk sejarah tu kat saper? Kitab mana? Ana rasa ana Islam yg syumul kekal sampai ke hari ni salah satu sebab adalah kerana 'wahabi'.. Tak tahulah kalau ana salah..

Siapalah antum semua nak komen2 ulama.. Ana pun tak berani nak komen ulama2 Islam Tradisional antum tu. Sekali lagi, siapalah antum.. Tak layak pun.. Gunalah buat benda lain yg lebih bermanfaat..

Tanpa Nama

Assalamualaikum,

Dear Anonymous,

Anda mengatakan tidak penting siapa anda. Yang penting adalah kebenaran yang anda bawa.

Sungguh benar kata anda.

Bahkan telah berkata Hujjatul Islam al-Ghazali, Jangan kamu berbalah2 atas nama sekiranya telah diketahui maksudnya.

Jadi saya mengajaklah anda supaya menunaikan dua perkara:
1. tak payah lah gaduh2 pasal nama apa nak pakai untuk gol. wahabi ini. nama itu tidak penting bukan?
2. biarlah adinda kami tawel menulis disini. bukankah identitinya tidak penting? Yang penting adalah hujah dan kebenarannya bukan?

Ada pentingnya adinda kami tawel menulis tentang Wahabi ini. Kami juga ajak anda ke laman Bahrus Shofa (lihat link di kolum sebelah). Mungkin dengan Bahrus Shofa anda bakal bertemu dengan ruasnya.

Wassalam wal hubb,

Anak Alam

p/s: adinda Tawel, saya tak ada account blogger. Terpaksalah pakai anonymous juga, tapi saya sign kat bawah komen saya dgn nama saya. Tak ok ker? Kalau tak nanti2lah saya sign up dengan blogspot.

Tanpa Nama

Sorry, terasa nak menambah kicap sikit.

Dear Anonymous,

Membaca semula komen anda, sungguh terang tiada payah disuluh betapa dangkalnya pengetahuan anda ttg isu Wahabi ini. Sementelahan hendak membezakan antara ulama yang bukanwahabi dengan yg wahabi pun anda tidak tahu. Bagaimana anda boleh membawa contoh Dr Qardhawi sebagai bukan Salafi/Wahabi?

Sekiranya anda membaca buku2 Wahabi tentu akan lebih mudah anda mengesan kebobrokan ilmu yang dilakukan oleh mereka. Cubalah anda bandingkan kitab2 ulama seperti Bulugh al-Maram dan Riyadhus Solihin yang telah diubahsuai oleh gol Wahabi mengikut selera mereka. Bagaimanakah ini tidak boleh dikatakan sebagai jenayah intelektual kalaupun tidak pencabulan amanah? Syumulnya Islam hari ini adalah kerana akarnya, dan akarnya adalah bertitik tolak drpd adanya isnad ilmu para ulama. Jika Islam ini umpama pokok (rujuk surah Ibrahim), maka isnad itulah yang menghubungkan pucuk dan akar si pokok.

Isnad tiada maka tiada sah ilmu anda. Bagaimana boleh anda katakan syyumulnya Islam kerana Wahabi, sedangkan Wahabi membawa ilmu dengan ketiadaan sanad, bahkan merekalah yang merosak dan melebur-leburkan keperluan kepada sanad ilmu ini.

Anak Alam.

Tanpa Nama

Anak Alam...
Tak perlu register blogger pun takpe. Kan ada tiga option untuk identity. Sama ada Blogger, Other, atau Anonymous. Pilih Other, lepas tu tulis la nama Anak Alam.

Anonymous (bukan Anak Alam)..
Saya akan rasa gembira jika saya tahu dengan siapakah saya berkongsi ilmu. Apa salahnya beritahu :) Kan boleh mengukuhkan ukhwah. Janganlah ada sikap baling batu sembunyi tangan.

Saya bukanlah suka-suka nak guna istilah Wahhabi. Tapi itulah istilah yang para ulama gunakan untuk merujuk kepada fahaman tersebut. Seperti mana Sheikh Zaini Dahlan gunakan dalam kitabnya Fitnatul Wahhabiyyah. Kitab itu tidak dinamakan Fitnatul Salafiyyah. Saya hanya mengikut jalan para ulama :) Saya tak suka sangat nak debat dalam perkara trivia sebegini.

Aduhai anonymous. Anta ni pernah baca tak kitab Fitnatul Wahhabiyyah? Kitab itu menceritakan tentang sejarah kebangkitan Wahhabi dan latar belakangnya sahaja. Kata-kata saya "Saya percaya kepada Sheikh Zaini Dahlan. Saya tak percaya Muhammad bin Abdul Wahab, mahu pun Bin Baz.", hanyalah merujuk kepada apa yang diutarakan dalam kitab tersebut. Saya tak pernah pun tulis yang semua perkataan Bin Baz itu salah. Saya tak pernah pun kata yang cara solat Bin Baz salah, cara wudhuk Bin Baz salah, dan sebagainya.

Dan sejak bila pula Dr Yusuf Qardawi itu menjadi rujukan 4 mazhab? Adus..anta ni kena belajar banyak lagi. Saya ini dulu pun pernah terpengaruh dengan fahaman Wahhabi ni. Biasalah..darah muda..lepas tu berminat pula pada ilmu Islam. Biasanya, orang-orang muda yang macam ni akan mudah terpengaruh dengan fahaman Wahhabi.

Tapi sekarang ni, lepas dah makin banyak berguru dan mengkaji, barulah saya sedar bahawa kita telah semakin lupa warisan kita yang agung. Fahaman Wahhabi yang datang hanyalah satu lagi agen pemecah-belah ummah

Istilah Islam tradisional wujud akibat kebangkitan Wahhabi. Jangan pula nak kata istilah ni bida'ah. Istilah ni penting untuk membezakan Wahhabi dengan mazhab yang empat. Kerana mazhab yang empat ini lah terus-menerus menyambung kecemerlangan ilmu yang berterusan selama lebih 1000 tahun.

Anonymous..
Sebelum ini anonymous menuduh saya menghina para ulama Wahhabi. Alhamdulillah..komen kali ini anta dah guna istilah mengkomen dan bukan lagi menghina. Bagus kalau anta dah sedar. Saya cakap lagi sekali untuk sekian kalinya..saya sekadar memberitahu apa yang para ulama ASWJ simpulkan tentang Wahhabi.

Sebab saya tahu saya tak layak untuk komen para ulama, maka komen-komen saya tidak lain tidak bukan diambil dari kesimpulan ulama juga. Para ulama dah lama berdebat tentang hal ini. Maka sekarang saya ingin menyampaikan apa kesimpulan dari perdebatan dan perbahasan mereka. Oleh itu, saya kalau boleh tak nak lah berdebat dengan anta.

Saya harap anta pergi semak semula sejarah pembentukan Arab Saudi. Malas betul saya nak terangkan sesuatu yang telah menjadi pengetahuan umum.

Sebelum mengakhiri komen ini, boleh lawat blog Bahrus Shofa. http://bahrusshofa.blogspot.com

Kalau anta nak dapat jawapan yang banyak dan lagi dalam, boleh bertanya dengan sahabat saya itu. InsyaAllah..banyak ilmu darinya.

Oh ya, menyentuh tentang komen Anak Alam berkaitan Riyadus Salihin, apa kata anta baca satu artikel yang mendedahkan jenayah puak Wahhabi yang mengubah-suai kitab Riyadus Salihin. InsyaAllah, artikel itu bukan artikel budak sekolah tadika yang tulis sebab ia lengkap dengan dalil, fakta dan rujukan. You want that kind of thing right? :)

BOLEH BACA DI SINI

:)...ehehe...sabar2...rakan2 ku yg sungguh hebat memperjuangkan Islam...ini adalah perbincangan dan pengetahuan bersama, apa sekalipun we all are muslims, dan tetap menyembah serta sentiasa sama di sisi Allah yg satu. Syukur alhamdulillah.

Tanpa Nama

Trimas feti. Maka mulai saat ini saya melantik feti sebagai moderator isu-isu seperti ini. Hehe..Kalau nampak ada yang naik angin, hatta saya sendiri, feti kena tenangkan diorang ok :)

Assalamualaikum.
Maaf mencelah, nak tambah serbuk vanila sikit.

Lahaulawalaquwwataillabilla. Alhamdulillah, Sabtu lalu saya telah dipertemukan Allah Taala dengan Syaikha Ayesha Abdullah Scott, is an English revert - wife of Shaykh Muhammad Zaid, M'sia. Datang ke UK atas arahan Syeikh Nazim (Naqshabandi). Se'dot' ilmu yang sempat dititiskan termasuklah sebab 'mengapa Perlis sahaja yg dilanda tsunami, iaitulah kerana 'warga wahabi' antara yang mendiami Perlis.

yes, never act upon anger - La Taghdab! (Hadith 40)...never 'write upon anger'

let us all purify our heart with more zikrullah and sadaqah.

wassalamualaikum
sefaqir2 hambaNya

Tanpa Nama

Kita tidak perlu hina ulama wahhabi sebab ianya termasuk perkara lagha kerana ianya sudah tahsilul hasil (tak perlu hina sebab apa yang mereka pegang itu memang hina).

Tanpa Nama

I am of the opinion that what f.mohammed wrote should not be taken as a general Sunni position. Such *gossip* carries no weight in this discussion and should remain in the preserve of private opinion rather than as a hujjah. I do hope others who read it, and especially Msian who I know well loves these gossips, please do not spread it further. We need fact and info, not baseless speculation. what can you say about millions of muslims dying in southern thai, sri lanka, india, somalia, maldives? wahabbi too? I dont think so.

speak well oh people.

Tanpa Nama

Assalamualaikum.
Barakallah Ya Muntazar. Thanks for rectifying my earlier message.You r indeed truthful, one cannot simply generalize one statement be it baseless or not.It also implies that, one never intends to generalize that the reason for what had happened to Perlis also applies to other tsunami-striken countries as well, rather relative to other states in M'sia.

Similarly, one should not generalize the derivation of the word "wahhabi" as if it should be from "Muhd"..as per mr.anonymous said...wallahu ta'ala a'lam

FM-an indebted and the most dhaif of His servants who is deprive of ilm and as hollow as capsular microcapsule (never incline to nor promote any gossips, insyaAllah)

Tanpa Nama

muntazar and F.Mohamed, your comments teach me something useful. InsyaAllah all readers here will get facts and info regarding this issue.

Memang pun Perlis kene tsunami pasal fahaman wahhabi!!Memang confirm al sahih wal confirm! Wahhabi ni virus bahaya yg buleh membutakan hati. Sikit2 bid'aah sikit2 bid'aah..dok sebok label orang tu la ni laa..ey wahabi..ko tanak buat bid'aah ko tak yah laa main komputer..tak yah laa sebok2 nk tulis or bace buku/surat SEBAB NABI MUHAMMAD SAW TAK BUAT (kasihan sungguh saki-baki wahhabism nih..pi dok lam hutan sudah..baik dok lam utan utk selamatkan diri drpd menabur racun wahhabism..racun DDT lagi elok). Haha..

Tanpa Nama

Err ade kesilapan teknikal sedikit di atas ye.. ayat di atas "tak yah laa sebok2 nk tulis or bace buku/surat.." surat tu tolong padamkan gune liquid paper ye..minta maaf di atas kesilapan..biase la..terbawak2 dgn aura wahhabi nih..hish..nk kene samak nih..salamz..

Tanpa Nama

Sabar suadaraku...be cool. Jangan biar emosi mengawal diri :). Terima kasih untuk pandangan saudara tu.

Tapi sebagai satu pandangan peribadi, saya tidak berapa setuju jika dikatakan Perlis dilanda tsunami kerana fahaman Wahhabi. Mungkin kita boleh jadikan ia sebagai sesuatu untuk kita fikir-fikirkan, tapi untuk menjadikannya sebagai satu hujah, saya menolaknya 200 peratus :)

Lain orang lain pendapat...

Assalamualaikum�saya baru membaca blogspot saudara dan meneliti sesetgh hujah2 antum dalam kedhaifan..byk manfaat yg diambil�tapi tula..sesetgh tulisan saya kira agak keras�termasuk menghemtam binbaz..albani dan seangkatan yg digelar wahabi�binbaz ke zaini dahlan ke�dua dua ulama� kenapa nk pertikaikan dorg sammpai mcm tu sekali..astaghfirullah..takut la kamu semua kesan hasil memburukkan ulama�..baca kitab diorg dulu..then try cakap mana yg rasa salah�kalo setakat mengeluarkan pendapat furuq yg berberza dgn sesetgh mazhab seperti mazhab syafie ke..saya rasa kurang relevan..apa pendapat mesti ikut mazhab2..mazhab lain tak muktabar�bagaimana dgn mazhab daud zahiri..mazhab auzai..jikalau imam syafie mengeluarkan pendapat yg berbeza dgn 3 imam agung lain dalam masalah jahar bamalah ke masalah baca fatihah dalam imam baca pembacaan kuat,kita kata syafie ader hujjah..tapi biler imam mutakhhirin kuar pendapat yg sedikit berbeza dgn mazhab,kiter hentam dorg salah..check drp mana dorg amik hujjah..pasal korg Cuma kenal mazhab syafie atau kalo lebih bagus,3 mazhab lain�tapi bagaimana imam2 agung lain punyer pendapat seperti yg telah di sebutkan macam auzai..mengutuk ulama� yg berusaha kearah ijtihad saya kira sgt merbahaya..tau kan hadith muaz bin jabal kan..saya tak kata jadilah org tidak bermazhab�tapi jgn kutuk org yg berusaha keluar dr kepompong mazhab selagi berdiri atas landasan alquran,hadith,ijma dan qiyas..kalo nk kata albani ni terpengaruh ibn taimiyyah dan ibn qayyim,dalam sifat solat nabi, albani die turuk mengutuk pendapat mereka berdua agak berbeza dgn jumhur..berlaku la adil saudara2 ku..agak menyedih kan kita kutuk org2 yg berjuang jiwa dan raga dan kembangkan agama islam..tengok kat sini semua macam sibuk nak baca sejarah Muhammad ibn abdul wahab dan kutuk dia,cuba baca sejarah mazhab plak�.ada kah masa perpecahan mazhab kepada 4 tu masa kegemilangan islam?kefanatikan terhadap satu2 mazhab�dimana kefanatikan terhadap satu imam melebihi hujjah yg nyata keatas sesuatu hadith nabi�mcm isu pembacaan amiin secara jahar oleh mazhab2 keseluruhannya tapi org hanafi cenderung kpd imam abu hanifah yg kata tak jumpa pebacaan amiin jahar selepas fatihah padahal telah didtgkan hadith soheh pasal masalah niutk org kemudian..bukan salah imam ok..dia tak jumpa hujjah.,org bawah die kalo dah jumper jgnla taklid buta lagi dgn pendapat imam mereka..imam tak maksum..syaksiah tu penting gak..tapi hujjah jauh lagi penting..malah saya agak terkilan dgn hujjah yg sanggup mengeluarkan wahabi drp sunnah..check dulu hujjah dorg..kita berlaku la adil..cerita mana salah�bukan nk jadi pak turut..org kutuk kita pun kutuk..satu perkara yg memelikkan,satu ketika masa yusuf qardhawi buat penulisan awal ramai yg mengikuti nya�tapi start dia keluarkan pendapat yg diklaim berbau salafy,ramai plak nk bang die kan..adil ke benda mcm ni..mula2 ada unsur nk kutuk org yg berusaha kearah tarjih mazhab,.kata amik mana yg dipikir sedap kat diorg..skang dikalangan kita pun mcm tu jugak kot..amik mana yg sedap didada kan..kalo qardhawi ckp lain skit..startla qardhawi di bang..adil ke ni saudara2 ku sekalian..saya menyedari tulisan saya agak umum dan tidak menyelitkan fakta2 buku ilmiah..tapi saya yakin antum semua jelas..bukan nk kutuk atau nk ckp sapa betul atau salah..nak buka minda antum semua..benda ni terang mcm bulan purnama..kalo autum kaki travel ke ape pasti boleh jumpa permasalahan sebegini rupa..saya akan berusaha ambik rujukan ilmiah selepas ni seadil2 nya..semoga Allah sentiasa merahmati kita..

Tanpa Nama

Waalaikumusalam. Terima kasih atas komen. Hanya nak tanya, saudara tau ke apa ulama-ulama Wahhabi buat ke atas para ulama Haramain yang tidak sehaluan dengan mereka?

Saudara ni tau ke tak apa Sheikh Bin Baz buat ke atas Sheikh Muhammad Bin Alawi Al-Malik Al-Hasani?

Saudara ni tau tak apa fitnah yang dilemparkan ke atas Sheikh Zaini Dahlan semasa Seminar Wahabi di Perlis tempoh hari?

Dan tentang mazhab pula, bagi tunjuk pada umat Islam kitab-kitab yang dikarang Imam Daud Zahiri dan Imam Auzai. Macam mana kita nak ikut mazhab yang tak dapat survive hingga hari ini?

fuh,apekah yg dibuat oleh syeikh bin baz pada syeikh muhammad? boleh kasi rujukan tak? boleh kita semak dan ambil pengajaran serta tgk kesahihannya..
berkenaan dengan fitnah terhadap syeikh zaini dahlan(semoga Allah merahmatinya)apekah yg diucapkan?sekali lagi mintak rujukan dan bukti.kita mahu sama2 lihat.thanks moderator

dell

Tanpa Nama

terima kasih...saya sebenarnya menanti jawapan yg ilmiah drp saudara..pasal saya budak baru belaja..kena saudara brtanya kenapa nk ikut mazhab auzai atau zahiri yg tak boleh survive sampai skang...hmm..kenapa saudara in d first place menganjurkan kita taklid je kan..saudara tak mau kita meanjak pemikiran sehingga jadi tahap mujtahid?mereka mungkin tak tinggalkan waris pengikut mazhab..tapi mereka menginggalkan jalan2 yg dirintis oleh salaf kita yg soleh iaitu termasukla syafie,maliki,hanbali,hanafi yg semuanya mengambil hukum berdasarkan alquran dan hadith..tak boleh kita kita mengambil ibrah drp jalan yg mereka rintis?tak boleh kita berusaha menjadi org yg sgt alim?drp kita belaja hukum dgn cara bukak kitab syafie tgk aper fatwa die kpd melihat fatwa die dan cara die mengithtinbat hukum..kaedah die..tgk jugak kaedah2 ulama lain..kenapa berbeza hukum..adakah mungkin sbb imam syafie mendahulukan hadith mursal drp qiyas ke..atau mendahulukan qiyas drp hadith mursal..yg boleh menatijahkan hukum yg berbeza..saya sebut benda tu sbgai contoh..saudara ni mesti dah sgt fakih kan dgn masalah mazhab..saya org baru..menyalahkan wahabi bukan bermakna menyalahkan pegangan mereka..salah ke pegangan mereka?menyalahkan wahabi menyebabkan org pikir pegangan mereka salah..apekah yusuf qardhawi bersalah sbb die bawak dakwah salafy?mengikut manhaj salafussoleh yg bersih drp unsur2 falsafah..sepatutnya saudara anjurkan kita bersama tingkatkan ilmu dan amal..cara saudara mati2 tahankan "hendaklah kita bermazhab" boleh buat implikasi pintu ijtihad tertutup..saudara biasa dgn masalah basmalah baca jahar atau tak...jumper tak masalah tak baca basmalah langsung..apekah dorg ni tak belaja hadith atau tak jumpa hadith..beruntung lahir golonan yg berusaha mencari mana dalil yg rajih..saja nk timbulkan soalan yg tak patut ditimbulkan..nabi isa turun akhir zaman bawa syariat muhammad..apekah dia syafie ke hanafi ke maliki ke hanbali? pasal isu yg saudara bawa tu...sila bawa hujjah ek..kalo tak..ditakuti saudara dah dikira berlaku fitnah dan ditakuti jatuh hukum ayat quran "in ja akum faasiqun...ila akhir"(apabila datang kepada kamu prg fasiq membawa berita...sampai habis)wallahu a'lam

Tanpa Nama

saje tambah..patut saya tulis nama muhammad bin idris asyafie,imam malik..imam ahmad dan imam abu hanifah..utk tulisan diatas...

Tanpa Nama

Saudara orang Islam, banyak benar la soalan dari saudara ni. Kalau saudara baca bahagian Introduksi, sebenarnya saya dah bagitau awal-awal yang saya ni malas nak berdebat, lagi-lagi pada bahagian komen. Saya buka isu ini bukan untuk berdebat. Tapi sekadar ingin membongkarkan fitnah Wahhabi dan La-Mazhab terutamanya. Berdebat itu kerja ulama. Saya sekadar tulis apa yang para ulama ASWJ simpulkan sahaja. Kalau saya nak berdebat dengan saudara, sampai kiamat pun tak habis. Debat sheikh Albani dan Sheikh Ramadhan al-Bouti pun tak ada jalan penyelesaian. Begitu juga dengan kitab-kitab yang ditulis oleh para ASWJ yang lain tentang fitnah wahhabi. Wahhabi kata kitab-kitab tu semuanya fitnah yang tiada asas.

Kalau dah kitab-kitab itu pun mereka bilang fitnah, apa lagi tulisan dari seorang budak hingusan seperti saya. Betul tak? :)

Dan saya lebih suka tulis satu demi satu tentang isu ni. Dan kerja saya ni bukan penulis blog sahaja. Pertanyaan-pertanyaan seperti saudara ni sebenarnya dah banyak kali saya dengar. Tapi nak bagi jawapan ni secara ilmiah dan terperinci pada kadar yang segera, memang lah di luar kemampuan saya.

Tapi saya tersenyum lebar bila saudara bertanyakan mazhab apa yang Nabi Isa akan ikut nanti. Hehe :) Saudara ni ada2 aje ya. Saya pernah terbaca sepintas lalu jawapan yang diberikan kepada seorang hamba Allah yang bertanyakan soalan yang sama. Tapi saya tak ingat pula apa jawapannya. Nanti2 bila saya jumpa balik jawapan tu, saya bagitau saudara Orang Islam ya. Tapi kalau nak jawapan yang tak cukup ilmiah dari saya: "Bila dah nak hari Kiamat nanti, kita dah tak pening-pening nak fikir mazhab mana yang betul. Kita sibuk nak lawan Dajjal dan Yakjuj Makjuj aje."

Saudara, saya menyebarkan slogan "hendaklah kita bermazhab" kerana yang lawat blog ni saya rasa 100% orang awam. Saya tak fikir ada para imam dan ulama yang hebat-hebat yang akan lawat blog ini.

Mari saya tanya sikit soalan yang ditujukan khas kepada saudara.
1) Saudara ni ikut mazhab atau tidak?
2) Saudara ni sekarang ada lagi bertaqlid atau tidak?

Jawab la tu dulu ya. Kita bincang sikit-sikit. Tak perlu gopoh2 ya. Oh ya satu lagi..tentang baca Bismillah secara jahar.

Saudara pasti dah jumpa pendapat mana yang lagi rajih? Atau saudara sekadar baca dan ikut sahaja (iaitu bertaqlid) kepada bahan bacaan yang mengatakan Bismillah secara jahar adalah pendapat yang tidak rajih?

Saya ni kadang-kadang pelik la. Apasal la dalam banyak-banyak isu, mesti isu baca bismillah jahar, doa qunut, talafuzz niyyah dan sebagainya juga yang dibawa. Isu sama ada makanan laut selain ikan halal dimakan atau tidak saudara tak nak bawa ke?

Hehe..banyak pulalah saya tanya. Takpelah, seperti yang saya cakap tadi, kita jawab sikit-sikit ye. Jawab dulu soalan no 1 dan 2.

Kepada mr anonymous (aka Dell) yang bertanya apa yang Sheikh Bin Baz lakukan terhadap Sheikh Muhammad Bin Alawi, saya mendapat tahunya dari guru saya (yang pernah belajar dan mendapat ijazah dari Sheikh Muhammad Bin Alawi). Jadi susah la sikit kalau saya nak bagi bukti bertulis. Kalau saudara nak mendapat bukti bertulis, mungkin saudara Abu Muhammad yang menjadi webmaster blog Bahrus Shofa dapat memberikannya. Beliau juga ada menulis satu artikel ringkas bertajuk Penindasan Ulama Di Haramain. Buat pengetahun mr Dell, saya baru sahaja menghantar e-mail kepada beliau bagi mendapatkan bukti bertulis tentang fakta ini.

Tapi secara umum, saya boleh bagi bukti bahawa Sheikh Muhammad Bin Alawi memang tidak dibenarkan mengajar di Masjidil Haram. Saudara perlu tahu bahawa Sheikh Muhammad Bin Alawi hidup sezaman dengan Biz Baz. Dan Bin Baz pula menjadi Mufti Besar Mekah. Jadi siapa lagi yang dapat mengawal siapa yang boleh dan tidak boleh mengajar di Masjidil Haram kan? Apa pun, nantikan sahaja bukti bertulis yang insyaAllah sampai la nanti.

Ok, ini saya petik dari kitab Reliance of Traveller (kitab asal bertajuk Umdat al-Salik. Ia diedit dan diterjemahkan oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller, seorang yang faqih dalam mazhab Shafi'i dan Hanafi. Kitab terjemahan ini diiktiraf oleh universiti Al-Azhar). Ini sedikit petikan dari mukasurat 1075:
"Currently prevented from teaching in both the Sacred Mosque dan the university, he gives free traditional Islamic instruction in Arabic grammar, hadith, Maliki jurisprudence, and other subject at his own residence and mosque on Maliki Street in the Rusayfa district of Mecca." Sebagai tambahan, ketika kitab ini dalam proses penyiapan, Sheikh Muhammad Bin Alawi masih lagi hidup.

Tentang fitnah ke atas Sheikh Zaini Dahlan, saudara boleh baca di blog Bahrus Shofa juga. cuba tengok2 pada bahagian komen. Kalau ada puak2 Wahhabi yang datang seminar tu, sila pastikan sama ada dakwaan itu betul atau tidak. Saya ni berdesing sikit rasa telinga ini bila ulama ASWJ dituduh sebagai Syiah.

ehehe..saudara ni kelakar..saya suka..menjawab pertanyaan saudara..saya lahir kat msia..sgt jelas la kan benda tu..hmm..semestinya saya bermazhab syafie...tapi appekah salah kalau saya bukak kitab yusuf qardhwi mmengambil fatwa nya sebagai rujukan..ke tak boleh pasal dia tak syafie?...isu ni bukan sebenarnya bukannya nk timbulkan isu pun..yela basmalah..talaffuz niyat sebagai penambahan saudara..nk ajak saudara buka minda pasal isu apee salahnya kalau org seperti qardhawi dan ulama' mutaakkhirin keluar drp kepompong bermazhab menulis fatwa dan apa salahnya saya nk ikut diorg..saya meyakini mereka org yg soleh..ittiba' org2 yg soleh..saya yakin saudara pun begitu..bukan taklid buta walaupun nyata thubut dalil yg jelas seperti yg dilakukan sebahagian saudara2 kita..saya sgt menghormati pandangan ulama' seperti itu..mereka hidup dizaman kita...berjiwa reformis..nk masyarakat injak paradigma..maju kedepan..saya yakin saudara pun mcm tu..saya yakin saudara termasuk dalam golongan mahfum ayat "sesungguhnya org mukmin itu beraudara,maka damaikan org bertelagah diantara kamu" bukan jenis org yg tambah syok nk joint org org tolong tabur cerita2 yg pelik2 dikalngan saudara kita..bertambah2 jauhla persaudaraan kita kalau benda ni terus berlaku..sedapkan kutuk wahabi...saya nk cakap itula bila saudara kutuk wahabi,nnti org pikir diorg semuanya salah..last2 ditakuti pengaruh org yg bukan sunni terutama yg jenis2 mcm syiah zaidiyyah yg bernaung dibawah panji sunni plak yg kita ambil utk buat rujukan utk hentam dorg..secara tak langsung..golongan2 mcm ni dapat melebarkan pengaruh sayap dorg dalan sunni..saya yakin saudara mesti dah perasan benda2 mcm ni dah lama...pasal saudara mana main isu2 kecil ni kan...

Tanpa Nama

isu saudar semua nya besar kan...

Tanpa Nama

Saya ni memang kelakar sikit. Not too serious :). Ok, saudara kata saudara mazhab Syafie. Saudara kata saudara tak mahu bertaklid buta (dan saya juga kalau boleh tidak mahu semua umat Islam bertaklid buta).

Sekarang beritahu saya, apakah saudara telah memulakan usaha untuk mengelakkan diri bertaklid buta 100% dalam kesemua hukum-hukum fiqh?

Perbincangan ini pada zahirnya nampak seperti buah yang manis, tetapi pada hakikatnya hanya nampak manis. Penjual sangka manis, pembeli pula ragu-ragu akan kemanisannya. Masing-masing penjual dan pembeli bertekak, akhirnya niat nak memastikan kemanisan buah hilang. Yang tinggal masing-masing pembeli dan penjual membesarkan diri masing-masing. Aku lah penjual! Akulah pembeli! Aku! Aku ! Aku! (Nak tahu "Aku" tu siapa sila tengok cerita Samurai Jack)

Kebesaran Allah ditenggelamkan oleh kebesaran nafsu yang suka kepada perlawanan-perlawanan.

Perintah Allah penting, tetapi lebih penting lagi mencapai kehendak Allah.
Berdebat itu ini tentang perintah tetapi masih belum mencapai kehendak Allah.
Adakah rupa ini hamba yang dikehendaki Allah?

Malulah kita kepada sesetengah insan, yang ilmunya hanya tahu sekadar kalimah Lailahaillallah sahaja tetapi
memegangnya sehingga mati bertemu Allah.

Yang kita pula banyak sangkaan kepada diri sendiri dengan ilmu yang berbagai-bagai cabang hingga leka dengan ilmu itu sendiri. Seronok dengan debat sehingga kehendak Allah tak mahu difahami. Bak kata orang tua-tua ilmu makan diri.

Memang benar firman Allah, sangat sedikit di kalangan hambaNya yang bersyukur.

"And Allah Knows Best"

bagaimana qaul Imam syafie yang mengharuskan kita meliwat isteri, kemudian timbul lak qaul jadid ianya haram, nak bagi tahu hangpa ni ilmu baru seciput dah nak berlagak mcm alim besar, aku lagi le teruk ilmu tak sampai suku dari seciput, aku sayang semua Ulama yang amilin , haraki dan murabbi.

Tanpa Nama

saya dari Indonesia, artikel ini memang benar.

yang bathil adalah bin baaz, dan pengikutnya (wahabi), wahabi menyuruh kita untuk tidak taqlid pada ulama, sedangkan mereka taqlid pada Muhammad bin Abdul Wahhab, bin baaz, albani, ustaimin, dll.


no wahabi..
saya Ahlussunnah Wal Jama'ah (aswaja)
pengikut Imam Abul Hasan Al-Asy'ari, Imam Ghazali, Imam Syafi'i

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.