Back to home page

Language of Paradise

16 Mac 2006 • 14 Komen Cetak Chenta!
Bahasa Arab dianggap bahasa yang tertua di dunia. Bahasa Arab diklasifikasikan sebagai bahasa 'Sematic' atau Sematic language kerana kata akar bahasa ini kebanyakannya terbina daripada 3 konsonan atau triliteral (3 huruf). Bahasa Sematic yang masih tinggal tidak banyak dan kebanyakannya tidak lagi dipertuturkan oleh mana-mana kaum di atas muka bumi ini. Yang masih wujud dan utuh mungkin bahasa moden Hebrew (itupun perkembangannya hanya selepas pembinaan negara haram Zionis), Amharic (yang merupakan dialek kaum-kaum peribumi di Ethiopia dan Iraq) serta bahasa Malta. Antara bahasa Sematic yang kaku perkembangannya termasuklah bahasa klasik Hebrew (Biblical Hebrew), Akkadian, Syriac dan bahasa asal Ethiopia.

Sejak zaman Jahiliyyah lagi, bahasa Arab telah mencapai kelas tersendiri dan sangat dibanggakan oleh bangsa Arab. Individu yang paling fasih pertuturan dan bahasanya biasanya akan diangkat menjadi 'Sayyid' atau ketua kabilah. Golongan 'Syu'araa' atau penyair menempah kasta tersendiri dalam tangga sosial bangsa Arab. Bahkan syair-syair terbaik digantung di dinding Ka'abah sehingga terbitlah gelaran 'mu'allaqat' atau 'The Hanging Ode'. Antara yang menjuarai kesusasteraan Arab ketika itu termasuklah Zuhair, Labid, 'Antara dan Al-Harith.

Baca seterusnya di blog Mugharrib...

-------------------------
SEGMEN PENDEK:
Baru-baru ni saya demam agak teruk. Virus jenis baru menyerang agaknya. Budak rumah saya dah ramai yang kena. Jangkit-menjangkiti. Nak baik pula makan masa yang agak lama. Saya pun baru aje pulih. Sekarang ni badan masih rasa lemah. Bila demam ni, tiba-tiba dapat la ilham nak tulis artikel pendek tentang Selesema Burung. Sebelum saya stop, jom kita sama-sama mengenali satu lagi tokoh yang disegani dalam dunia Islam, iaitu Sheikh Muhammad Ya'qoubi.

Secara ringkas, beliau ni masih hidup lagi. Berasal dari Syria. Keturunan Nabi dari sebelah Saidina Hasan. Keluarga beliau memang ramai yang jadi ulama terbilang. Umur baru 40 lebih. Muda lagi..tapi ilmu dan kewarakannya, Masya-Allah!! Saya harap dapat berjumpa dengan beliau satu hari nanti. Tapi malangnya, duduk di sini memang tidak begitu memungkinkan saya berjumpa beliau. Ada sesiapa yang pernah berjumpa beliau? Kalau yang pernah jumpa tu, mesti tahu betapa hebatnya beliau dari segi ilmu dan akhlak.

Boleh baca profil beliau di sini. Atau pun mendengar ceramah dari beliau yang disampaikan bersama-sama Sheikh Hamza Yusuf - Advice To Seekers.
"This is one of the miracles of my father that everyone can see. It was his du'ah for me, his blessing, and his company that opened the way for me to be where I am now." [Sheikh Muhammad Ya'qoubi]

14 Komen Tambah Komen↴

��� ���� ������ ������
���� ���� ���� ������ �� ���� ��� ������

Tanpa Nama

ceramah ni dah keluar agak lama, kan? ana dengar beberapa bulan lalu..

Tanpa Nama

Memang dah lama pun. Ceramah tu keluar sejak sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Ada sesiapa yang ada ceramah-ceramah lain dalam bentuk mp3 oleh Sheikh Muhammad Ya'qoubi? Kalau ada share la ye..hehe. Tapi kalau boleh yang berbahasa Inggeris.

Saya doakan agar saudara Tawel cepat sembuh. Kat Sarawak ni cuaca tak menentu, ada sesetengah tempat panas terik sampai jerebu dan sesetengahnya pula hujan lebat hingga banjir.

Tanpa Nama

Alhamdulillah

Semoga kesihatan tawel dan para pembaca sentiasa dalam keadaan baik,...huhu klu tak, takleh la kita bagi pandangan dan baca apa yg tawel post serta update....terhalangla sikit usaha kita berkongsi ilmu dan pandangan, tapi insyaAllah niat baik pasti Allah sentiasa ada kan...so..semoga kita semua hendaknya dlm keadaan sihat walafiat....semoga tawel sentiasa dlm lindungan dan rahmatnya...aamiiin...:)...

Tanpa Nama

Get well soon... saya pun tengah recover dari pathogen yang sama. Adalah sebulan, ni pun ada sedikit effect lagi.

Pernah menghadiri ceramah Sheikh Yaqoubi .. memang berkesan di hati masyaAllah. Tapi nak berjumpa tu seganlah, takkan nak berasak dengan akhi2 pulak kan.. kami muslimah memang tak de can...

Terima kasih..skg ni dah ok dah. Alhamdulillah.. OO pernah jumpa ye? Untung duduk UK. Ramai sheikh yang hebat2 datang berkunjung.

I took a shower at 3am a few days ago and now I am having cold and feeling quite feverish. Hopefully not the same bug.

Wrt halaqah in the Uk and elsewhere, Imam Abdallah al-Haddad wrote in Fusul al-Hikamiyya that, if one sees a good action but one finds that circumstances does not yet permit one to do it, one should make 'the intention to join when one gets the opportunity', and may Allah give to the soul through his intention what he cannot achieve through his action, amin.

Tanpa Nama

perhaps the same virus had been inflicting the dweller of 21, Charles Street as well...been feverish for more than a week now.

on another notes, perhaps something not to be missed out unnecessarily esp for traditionalist:
http://www.islam4everyone.org.uk/Suhba2005DVD.html

n fyi, the next traditional halaqa which coincides with Maulidur Rasul (+easter holiday) will be taking place on Friday 14th April � Saturday 22nd April 2006 (Bradford)

***make intention to attend, though seems impossible***

(maaf ye adinda Tawel for the uncolicited advertisement)

Tanpa Nama

Some of you may want to try taking some supplements such as echinacea and Vit B6. I dunno if they are simply placebos, but who cares if they help?

I think Anak Alam and the dwellers of 21, Charles Street had been attacked by the same virus, or maybe its slight variation. Just educated guess..

Kenakelayan, since you had mentioned the placebos, I'm afraid that would not work for them (if they know what placebos is).

Kalau sesiapa yang demam tu, boleh la jugak guna petua orang Jepun yang member aku ajar. Minum air susu suam yang dah dicampur dgn sedikit serbuk kunyit. Boleh la kurangkan sikit simptom-simptom demam =)

simptom apa ni..bahaya jg ya..

Syafakumullah

Tanpa Nama

:) All the traditional teas/petuas didn't work for me. Neither did Lemsip. In the end it was co-amoxiclav that did the job, but didn't get rid of the fatigue, nor the periodic fever (heee macam malaria pulak). Hence the supplements :).

It depends on the culprit, kenakelayan. If it is viral, then modern, and traditional remedies as well as placebos can *always* help. But if you need co-amoxiclav, that means yours is bacterial. If it is due to some allergens, since it is now spring, the cure is avoidance and perhaps dose of anti-inflammatory drugs, not antibiotics.

#i said *always* as a sarcasm. if it is viral, there is yet no cure for many viral-related diseases. Anti-viral drugs are not usually effective and easily outdated by the viral remarkable ability to mutate.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.