Back to home page

Wahabbi 3 - Sheikh Albani

05 Disember 2005 • 20 Komen Cetak Chenta!
Saya ingin menjawab soalan Welma tentang Sheikh Nasirudin Al-Albani dalam pos saya yang lepas.

Soalan Welma: Shaikh Nasiruddin al-Albani tu kan, bukankah dia seorang ahli hadith dan dia boleh dikata kan ikon dalam bidang hadis pada masa kini? Kalau kita mengelakkan daripada membaca kitab karangannya, macam mana tu....

Saya jawab: Welma, saya tak boleh beri komen lebih-lebih tentang Sheikh Albani kerana saya tidak punya autoriti. Tetapi saya cuma boleh kata, Sheikh al-Albani memang merupakan seorang tokoh yang mahir dalam ilmu hadith. Jika Welma kata beliau adalah ikon dalam bidang hadis masa kini, saya berani menjawab bahawa beliau hanya ikon bagi puak Wahabbi.

Bagi yang tahu, mereka akan mengelakkan dari membaca hasil karya beliau. Buat pengetahuan Welma dan semua, Sheikh Al-Albani amat terkenal di kalangan tokoh-tokoh ulama tradisional sebagai seorang yang gemar mendaifkan sesuatu hadith, hinggakan beberapa hadith-hadith sahih pun beliau daifkan.

Saya sertakan beberapa link dari laman-laman yang berwibawa tentang beberapa kesilapan Sheikh Al-Albani:

1 - 50 Kesilapan Sheikh Albani dalam mendaifkan hadith-hadith Sahih.
2 - Pendedahan tentang kesilapan-kesilapan Albani dan isu-isu penting yang lain.
3 - Apakah benar dakwaan Wahabbi bahawa Sheikh Albani dan Bin Baz memiliki ijazah dalam bidang hadith dari mana-mana ulama/guru yang bertauliah?

Sebab itu saya katakan, adalah lebih selamat untuk kita menolak hasil-hasil tulisan puak-puak Wahabbi kerana ia akan mengelirukan kita dan membawa konflik kemudian hari. Setahu saya, tidak pernah lagi saya dengar ada ulama yang berani mendaifkan hadith-hadith Bukhari dan Muslim. Inilah kali pertama saya mengetahuinya.

20 Komen Tambah Komen↴

assalamualaikum... mula2 saya baca mengenai wahabi di entry anda ni saya tak mahu memberi sebarang komen sebab bab agama ni agak sensitive...
saya tidak mengatakan saya menyokong wahabi, cuma disini saya nak katakan kebanyakkan hal wahabi yang diperkatakan adalah berat sebelah. Jika anda baca utusan baru2 ini 4/12/05 ada menerangkan wahabi ini bukan satu mazhab. dan ia juga adalah bertujuan menyatukan islam pda zaman muhammad bin abdul wahab iaitu pengasas wahabi. cuma bagi saya keadaan atau pahaman itu telah disalah gunakan pada waktu sekarang. kita tidak boleh tangkap muat atau pun serkap jarang kepada sesuatu yang berlainan. apa kata dikaji kepada kedua2 pihak baru lah kita katakan sesuatu tu salah. yang nampak di luaran itu bukanlah sesuatu yang benar. Jika en tawel mahu saya hantarkan keratan akhbar mengenai wahabi utusan 4/12/05 saya dengan relanya melakukan.

Tanpa Nama

Terima kasih zue .. Semestinya bila saya menulis saya akan melihat dari 2 sudut. Insya-Allah saya akan perjelaskan apa yang Zue fikirkan pada pos-pos yang akan datang.

Satu perkara yang harus Zue tahu, sebenarnya saya cenderung untuk bersifat Wahabbi. Sekarang saya malu bila memikirkannya semula. Bila saya belajar tentang Wahabbi dan fitnahnya, barulah saya sedar apa bahayanya fahaman ini.

Penulisan tentang fitnah yang dibawa oleh Wahabbi ini bukan sikit-sikit ulama yang menulisnya. Begitu banyak. Dan puak Wahabbi tidak berjaya menyanggah dakwaan ulama-ulama ini.

Sehinggakan bekas ketua Mufti Mekah, Sheikh Zayni Dahlan pun pernah menulis tentang fitnah yang dibawa oleh Wahabbi ini. Tetapi, ramai umat Islam yang terpengaruh pada Wahabbi ini tidak tahu langsung tentang hasil karya bekas Mufti Mekah itu.

Just keep visiting my blog. Saya akan terangkan dengan lengkap dan satu persatu dalam bahasa yang mudah difahami, tetapi semuanya berfakta

Dan fahaman Wahabbisma ini juga ada melibatkan akidah umat Islam. Tapi ramai yang ingat Wahabbi ini hanya masalah pada perkara ranting sahaja. InsyaAllah saya akan menulis.

Mari suburkan Islam tradisional. We don't need Wahabbi who always and frequently accusing people as innovator (pembuat bida'ah) and shirik.

And Allah knows best.

En tawel dekat sini saya tak berniat untuk argue atau menunjuk kepandaian sbb saya pun tak familiar dengan benda ini. Cuma itu adalah pendapat saya setelah saya baca pandangan2 dan article2 mengenai wahabi. Diharap anda tidak berkecil hati dengan pandangan saya.

Bg saya issue agama ini sensitive... jika salah kita menfsirkan salah fahamannya.

Dimana issue agama haruslah accurate supaya tidak disalah fahamkan.

Saya akan terus mengikuti perkembangan blog ini bukan shj mengenai wahabi tetapi saya juga mahu menunggu apakah kejutan yg akan anda berikan. mungkin blog anda akan memperbincangkan sesuatu yang santai atau pun lagi serius. Akan terus menunggu!

Tanpa Nama

Cukuplah dengan bergaduh-gaduh.. ini menyebabkan awlawiyyat umat Islam habis musnah.

Orang sibuk gaduh wahabi atau tidak, salaf lah apa lah, tapi keadaan di Palestin diabaikan. Umat Islam di Iraq di lupakan. Kes-kes murtad di Malaysia dibiarkan. Isu IFC dan berbagai-bagai lagi serangan hebat terhadap agama Islam diabaikan, kerana sibuk berdiskusi dan berdebat, wahabi salah atau tidak.

Tidak hairanlah Islam di Malaysia sangatlah rendah pengamalannya lantaran pemuda bersemangat Islam dan para ulama' sibuk bergaduh isu wahabi.

Daripada menghabiskan masa berjam-jam bergaduh isu wahabi, baik keluar turun padang. Buatlah derma ke, program-program Islam untuk budak-budak skolah ke, itu semua lebih baik.

Saya harap penulis blog tidak akan tak puas hati dengan saya pasal isu komen saya ini. Saya tgk Zue pon mcm kene tegur balik. Takpelah, saya tak kisah pun, sebab saya yakin, dan tentu sekali rakyat palestin dan iraq turut yakin, perkara yang utama perlu diutamakan, sedangkan perkara yang khilaf dan remeh ketepikan sahajalah dulu.

Lagipun kesan the so-called wahabi ini tidaklah serius dan menular sangat seperti mana syirik dan khurafat yang banyak diamalkan oleh penduduk Malaysia. Tetapi kenapa wahabi yang sibuk ditentang, sedangkan amalan syirik dan khurafat itu begitu jelas?

Semoga kita memperoleh hidayah Allah. Wallahu nasta'an

Tanpa Nama

salam,
Wahabbi tidak wujud. Ini cuma propaganda mereka iaitu golongan kuffar yg takut akan gerakan Syaikh Mohd. Abd Wahab yg cuba mengembalikan umat islam (pada zaman beliau) kepada Tauhid. Yg benar, apa yg ada di dalam Quran dan Hadis yg shahih adalah golongan Salaf atau Salafi. Manhaj kita adalah manhaj salafi. Kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaf As-Shalih. Semua kelompok atau aliran mengatakan mereka berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah..tetapi mengikut kefahaman masing2. Ada yg ikut fahaman sufi (Tabligh), tarikat, Tok Syaikh Tarikat, Abu-Ya (Arqam) dan macam2 lagi. Ini semua tidak mungkin. Ikutan hanya satu, iaitu mengikut kefahaman mereka yg terdahulu terdiri dari para As-Salaf AS-Shalih.

Oleh itu, Tuan patut selidik dahulu. Tuan menuduh Ulama2 ini sebagai Wahabi bukan pada tempatnya. Mereka adalah Ulama Salaf. Walau pun mereka alim, tetapi sebagai manusia, tetap terdedah kepada kesilapan. Yg maksum hanya Nabi SAW. Pendapat mereka boleh diterima dan juga ditolak.

Tanpa Nama

Di zaman Salaf, kalau nak menyatakan kebenaran kita mesti kenal orang tu. Hamba tak layan anonymous. Tidakkah kita mahu belajar sesuatu dari ilmu mustalah hadith?
http://hembusan.blogspot.com/2007/03/blog-macam-macam-ada.html

salam...
kpd anonymous...
wahabi x wujud??? mereka adalah ulama salaf??? tolonglah sdara... ulama salaf ialah ulama yg berada dlm fatrah 300 thn slps kewafatan nabi... itulah ulama salaf yg sebenar... adepun ulama wahabi skang nih mengaku kononnye salaf, sbb tuh diorg dpanggil salafi... mereka ni lah yg melakukan bidaah psl Rasulullah xpernah membidaahkan org len sesuke ati.... Dr Said Ramadhan al-buti pon ade trgkan yg xde salaf zaman ni dlm buku khasnye... so tlg faham ape tuh salaf yg sebenarnye.... dan tolong jgn menyalahkan tarikat sufi secara sewenang2nye... sedara dah kaji ke ape yg dibawa oleh sufi????

-fred_perry-

Tanpa Nama

Jika boleh, tuan punye blog ni terjemahkan artikel di bawah..

1 - 50 Kesilapan Sheikh Albani dalam mendaifkan hadith-hadith Sahih.
2 - Pendedahan tentang kesilapan-kesilapan Albani dan isu-isu penting yang lain.
3 - Apakah benar dakwaan Wahabbi bahawa Sheikh Albani dan Bin Baz memiliki ijazah dalam bidang hadith dari mana-mana ulama/guru yang bertauliah?

tenQ..ibn_jauzi

Tanpa Nama

penyokong wahabi ni kena kenal wahabi dari aqidahnya hingga hukum feqahnya, kemudian fikir bandingkan beza antara wahabi dengan umat islam dari ratusan tahun dulu, wahabi salafi muncul dalam 2ratus tahun ini sahaja, Kembalilah kepada fahaman(ahli sunnah wal)JAMAAH.Jangan anggap orang islam seluruh dunia semuanya sesat(kecuali setengah syiah,khawarij...) menjangkau seribu tahun.Kembalilah kepada majoriti ulama,yang muktabar seluruh dunia islam

Tanpa Nama

Alhamdulillah,
Sedara Tawel.. saya baru jumpa blog ni. Dah lama saya berniat nak buat blog macam ni, dgn izin Allah ada org yg buatkan. So Insyaallah, saya akan tulis setakat mana yang dapat bagi sama-sama membantu menguatkan pegangan fahaman ahlussunnah waljamaah dari pelbagai serangan, terutama fitnah wahabi yang semakin menjalar ni.

Sekadar pengetahuan, saya pernah menulis didalam al-ahkam.net didalam topik 'Salafi Wahhabi atau Salafi Haraki', didalam beberapa siri. Kesemuanya diakhiri dengan keahlian saya di blacklistkan. Takpalah. Tapi mudah2an ada org yang nampak kepentingan fahaman ahlussunnah dalam debat tu. Antara klimaksnya, penulisan saya tentang kebughatan Salafi wahhabi terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah. Marah betul org2 al-ahkam kat tulisan tu ;-)

Insyaallah, ada masa saya akan tulis. Semoga Allah terima niat dan usaha saya dan saudara, menjadi amal jariah berkekalan hingga kiamat, dan dikategorikan sebagai jihad dengan pena. Amin.

Tanpa Nama

Assalamualaikum kepada tuan rumah dan tetamu, izinkan saya menambah sedikit tentang kaum Wahabi ini..

Saya dapati apabila berargumentasi, penyokong Wahabi cenderung menggunakan gaya seperti di bawah.. ingin saya kupas serba ringkas falasi yang terdapat dalam argumen tersebut..

1. Argumen 1: Sheikh Wahabi itu seorang yang soleh, tetapi "tidak difahami oleh pengkritik-pengkritiknya". Umat Islam 'harus' memahami perjuangan sucinya. Sheikh Ahmad Dahlan itu tidak memahami langsung perjuangannya dan hanya mendengar daripada sumber yang ketiga sahaja. Kata-kata di atas ini pernah diucapkan oleh seorang Ustaz terkenal berbangsa Cina.

Jawapan saya: Sebelum penyokong Wahabi meminta orang lain memahami mereka, sudahkah mereka memahami orang lain? Sudahkah mereka memahami tasauf dengan skop yang betul? Bukan setakat Sheikh Dahlan sahaja yang mengkritiknya, malah Tok Kenali juga turut mengkritik dan melabelkan Wahabi sebagai golongan yang sesat. Beliau dilabel oleh penyokong Wahabi sebagai Kaum Tua yang kolot oleh Kaum Muda.

2. Argumen 2: Umat Islam sekarang ini mudah sangat percaya dengan propaganda kaum Kuffar yang memfitnah pengasas Wahabi ini.

Jawapan saya: Jangan terlalu mudah menggunakan "propaganda kaum Kuffar" sebagai hujjah, jika penyokong Wahabi menggunakan laras ayat itu untuk menguatkan hujah, saya pun boleh menggunakannya juga.."Umat Islam sekarang ini mudah sangat percaya dengan propaganda kaum Kuffar yang memfitnah kaum Sufi..

bagaimana dengan laras ini..nampak menyakinkan bukan?

3. Argumen 3: Umat Islam hanya mendengar kecacatan Wahabi daripada orang yang anti kepadanya.

Jawapan saya: Argumen ini nampak memang teguh, tetapi jawapan saya, kecacatan Wahabi sebenarnya diwar-warkan oleh penyokong mereka sendiri. Sebenarnya terdapat sebuah kitab sejarah Wahabi yang ditulis oleh pengikut Muhd Abd Wahab iaitu "Tarikh an-Najd", ada menyebut semua kejadian penyembelihan dan pembunuhan umat Islam di Najd oleh tentera Saud atas restu Muhd Abdul Wahab sendiri. Kitab ini bukannya dikarang oleh musuh Wahabi, tetapi oleh Ibnu Ghonnam, penyokong mereka sendiri.

Malangnya kitab ini sukar didapati kerana tidak dicetak secara meluas. Pihak Wahabi bimbang jika isi kandungan kitab ini boleh menyebabkan penyokongnya berpaling daripada mereka.

4. Argumen 4: Laras ayat ini selalu digunakan oleh penyokong Wahabi jika mereka tidak mampu menjawab kritikan: "Umat Islam ini suka benar berbalah-balah, berbalah-balah ini perbuatan yang keji! Orang yang meninggalkan perbalahan itu akan dibina untuknya sebuah istana di dalam syurga.."..

Bagi saya, ini melambangkan sifat pengecut.. menurut hukum, berbalah atau berbahas itu ada beberapa hukumnya, Berbalah menjadi Wajib untuk menyelamatkan aqidah, ini biasa dilihat dalam ilmu Kalam, Berbalah menjadi harus dalam membincangkan bidang ilmu secara kritis, Berbalah menjadi haram jika perbalahan itu membawa kepada dosa yang lebih besar seperti berbunuh-bunuhan.

Setakat ini sahaja daripada saya, sehingga berjumpa lagi.

Salam,
Tablighster

..Jauhi diri kamu daripada Wahabi seperti mana kamu lari daripada singa...

Makluman tambahan,

Saya dahulu sebenarnya merupakan orang kuat Wahabi ketika menuntut di menara gading.. saya juga pernah membenci kaum Sufi.. alhamdulillah Allah telah membuka pintu hati saya..

Tablighster

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam dan terima kasih Tablighster. Biasalah tu Tuan Tablighster..fahaman Wahhabi ni di masa sekarang lebih mudah disebarkan melalui menara gading. Saya pun dulu nyaris percaya bahawa Wahhabi inilah pejuang Al-Quran dan sunnah yang tulen.

saya baru sedar wahabbi ini dah menular dengan teruk.setelah hadir pada ceramah di surau.penceramahnya org dari jabatan agama islam yg sedang berperang menghapuskan fahaman wahabi..

dari ceramah itu..

isi n info yg sy dpt..

-dulu pernah malaysia keluarkan undang2 tangkap semua pemimpin wahabi..arab saudi terus tarik kauta pergi haji separuh.arab saudi ni penuh ngan wahabbi katanya.

-islam itu terpecah pada 73 dan wahabi salah satu darinya.terpecah tu maksudnya mcm syiah,pe semua itu.sy tak tau terms yg betul.

-saya pernah menuntut di university
berteraskan islam.silibus pelajaranya pon masih dikaburi fahaman2 wahabi.

-dan diterangkan bahawa banyak silibus sekolah rendah berteraskan fahaman wahabi ini.


setelah hadir ceramah itu baru la saya faham..betapa kuat dan betapa kukuhnye fahaman wahabi dah bertapak kat hati anak2 muda meskipun menara gading.dan betapa lama nya saya telah disuap ilmu yang salah sejak dari sekolah.even bende sekecik ini boleh jadi salah.mcm mana fahaman wahabbi boleh masuk dlm silibus2 ini.parah2..

bagus2...kene banyak bersabar terima halangan.pastu banyak halangan untuk menegakkan satu yg benar.insyaallah

Nak tanya pada tawel sensei.
Ada orang salafi kata kalau wahabbi tu sesat atau silap, bagaimana dengan jamaah haji yang solat di mekah. semua imam mekah tu wahabbi kan? jadi tak sah lah solat sebab berimamkan wahabi.

saya nak pastikan betulke semua imam mekah tu wahabi?

Doktor tua

Tanpa Nama

Solat itu, berdasarkan pendapat para ulama yang membangkang Wahhabi itu sendiri, adalah sah dan tak perlu diulangi semula.

Imam-imam di Masjidil Haram memang berfahaman Wahhabi. Kalau tak mendukung fahaman ni, jangan harap nak jadi imam di situ. Mengajar di dalamnya pun tak boleh. Ini seperti mana yang berlaku kepada Almarhum Sheikh Muhammad Alawi al-Maliki yang merupakan seorang ulama besar di Arab Saudi.

Tapi bukanlah semua tok-tok imam di Arab Saudi tu terkena penangan Wahhabi ni. Sesetengah kawasan tu masih kebal, contohnya di daerah Hijjaz.

Menjawab soalan ke saya ni?

Kepada tawel sensei,

Saya sendiri amat yakin, bukan semua ulama dan imam di mekah dan madinah dan di saudi ikut fahaman wahabi.

bukan kah azan dan baca quran berlagu dilarang kalau ikut wahabi, tetapi dimekah dan madinah bukan main sedap lagi imam mereka baca quran.

Satu lagi, adalah sesuatu yang bodoh kalau tinggalan sejarah islam diroboh sesuka hati atas nama nak hapuskan khurafat. Kalaulah sejarah dan kesan tinggalan islam dihapuskan di kedua tanah haram itu, apa yang tinggal untuk jadi bahan bukti untuk generasi akan datang. Jangan persalahkan generasi akan datang kalau mereka mengatakan figure-figure islam dahulu hanyalah mitos dan khayalan kerana tiada bukti yang boleh dilihat.

Oh ya, kalau boleh sensei bagi senarai ulamak2 silam dan masa kini di saudi yang tidak menyokong fahaman ini? boleh juga kami tengok biografi mereka ini.

wassalam.

Tanpa Nama

@Anonymous di atas, saya tak ada senarainya. Tapi secara umum kita boleh cakap bahawa ramai para ulama di al-Azhar yang tidak menyokong fahaman ini.

sesungguhnya beruntunglah mereka yang berdiri diatas Sunnah!

Tanpa Nama

"Aqrabul ulama'(Ibn Taimiah) ilal qalbi" [Ulama yg paling hmpir dgn jantung ku"]

Sheikh Yusuf Al- Qaradawi
Pengerusi Fatwa Sedunia.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.