Back to home page

IJN & Kementerian Kesihatan

09 Disember 2005 • 10 Komen Cetak Chenta!
Saya sedang mencari statistik nisbah pesakit jantung di Malaysia. Saya fikir, saya boleh dapat maklumat tersebut di Institut Jantung Negara (IJN) atau paling tidak pun di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi saya inilah cara paling mudah dan enteng sekali.

Saya pun Google perkataan 'Institut Jantung Negara' dan 'Kementerian Kesihatan'. Saya klik. Lama sungguh loading. Saya fikir bandwidth laman-laman tersebut sudah nazak. Rupa-rupanya, laman tersebut tidak boleh masuk langsung!!

Cuba anda klik. Kalau boleh beritahu saya. Saya dah malas nak cuba. Dah dekat 5 kali cuba, tak dapat-dapat: Kementerian Kesihatan, Institut Jantung Negara. Saya cuba pula ke laman myGovernment, iaitu www.gov.my, pun 'down' juga!!

Bila saya fikir balik, malu pula kadang-kadang nak mengaku ada Cyberjaya di Malaysia. Di sana ada MSC yang dikatakan mampu menandingi Lembah Silikon di Amerika. Tapi, bila saya melihat perkembangan telekomunikasi dan Internet di negara ini, saya fikir India lebih baik..haha!

Sudahlah bil telefon mahal dan pakej tak menarik (sebab syarikat Telekom jadi sangat dominan, seperti kes Microsoft), broadband pula mahal (sebab tak banyak syarikat jalur lebar di Malaysia), dan yang paling penting adalah kecelaruan dan kerojakkan sistem penyimpanan maklumat di Malaysia.

Sehingga sekarang masih belum ada badan yang benar-benar berusaha untuk menyimpan segala database yang penting tentang Malaysia, seperti statistik dalam bidang kesihatan. Saya rasa sungguh tidak patut apabila laman-laman web kerajaan 'down'. Ini bukan pengalaman pertama, malah berkali-kali.

Laman-laman web kerajaan sepatutnya tidak boleh selalu 'down' sebab rakyat ingin mendapatkan maklumat. Dan ia juga tidak boleh direka sambil lewa, baik dari segi sekuriti atau aspek user interface. Setakat ini, saya tidak pernah suka langsung dengan interface laman-laman web kerajaan - hodoh dan menyusahkan. Orang kata, kita ada ramai graduan IT yang menganggur. Kenapalah tidak diambil graduan-graduan IT itu untuk dikhaskan menjaga laman-laman web kerajaan supaya kemas, teratur, sentiasa 'up' dan tidak 'down', dan sentiasa dikemaskini.

Dan yang paling penting adalah sistem sekuriti. Mesti anda masih ingat beberapa bulan lepas apabila hackers Indon menyerang laman web kerajaan dengan begitu gampang (bermaksud mudah dalam bahasa Indonesia) sekali. Apa akan jadi kalau hackers Indon ini berjaya hack atau pecah masuk sistem Jabatan Pendaftaran Negara? Silap-silap, ramai pula pendatang-pendatang haram yang berjaya mendapatkan MyKad dengan tanpa perlu berkhemah awal-awal pagi di pintu masuk pendaftaran cawangan JPN.

Kita kan ada MSC. Apa yang kita sudah dapat dari MSC ini? Kemajuan IT? Atau hanya ingin dapat nama? Mari kita pertimbangkan.

P.S: Akhirnya saya jumpa maklumat tersebut di sini - iaitu laman web yang bukan didirikan oleh orang Malaysia. Tapi statistik ini tidak tepat kerana ia sekadar diekstrapolasikan. Laman-laman web Malaysia yang saya berikan itu 'down' ketika' artikel ini ditulis. Saya tak pastilah kalau minggu depan atau masa-masa lain elok pula.

10 Komen Tambah Komen↴

itu lah die, gagasan msc akhirnya masuk ke dalam lubang sinki. titik.

Tanpa Nama

membazir...noktah.

ayah saya sendiri mengakui keadaan ini..ta semua kementerian ada web..apatah lgi web yg tersusun..

contoh..kementerian kesihatan labuan..ayah saya kata..hehe

Tanpa Nama

Saya klik laju ajer, mungkin masa to ada sikit problem internet

Tanpa Nama

boleh? Saya pos artikel ni di laman Tranung Kite juga. Ada beratus-ratus orang yang membacanya. Kenapa tak ada pula yang kata boleh masuk? Saya cuba lagi sekarang tetap tak boleh. Atau laman tu dah 'ban' IP address saya ni? hehe..

saya pun boleh jugak bukak .... dengan lajunya....

Tanpa Nama

Ish2..betul ke boleh ni? Kenapa saya tetap tak boleh, padahal internet dah tersangat laju ni..sampai mencecah 3mbps.. Atau pelawat dari Malaysia sahaja yang boleh masuk laman tu?

Hmm..maknanya laman-laman web tu masih bermasalah la ye =)

cuba guna browser lain. Kengkadang websites are browser sensitive. Tapi saya pakai mozilla ok jer. Kengkadang website kat sini hanya boleh bukak dengan internet explorer

Tanpa Nama

sorry..

Mine ok too..I can browse/surf all that site easily..=)

Tanpa Nama

Ish2..tetap tak boleh. Tak apa pun, memang website tu ada masalah teknikal sebab saya boleh lawat apa-apa laman tanpa sebarang masalah..hehe

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.