Back to home page

Sepanyol: Epilog

26 Ogos 2005 • 4 Komen Cetak Chenta!

Selamat tinggal! Ada rezeki kaki saya akan ke sini lagi. Gambar di ambil berdekatan dengan Masjid Cordoba.


Maka tamatlah sudah kisah tentang Sepanyol ini. Alhamdulillah :) Lega rasa. Tapi semalam tiba-tiba teringat yang saya terlupa untuk ceritakan tentang pengalaman saya berjumpa, berbual dan tinggal sebumbung dengan seorang pemuda berbangsa Isreal semasa di Madrid. Hmm..tengoklah nanti-nanti kalau ada kelapangan, akan diceritakan.

Apa pula nak tulis lepas ni ye? Entah le..tengoklah dulu. Kalau nak tulis pasal tempat lain pun, mungkin bukan tentang tempat-tempat di Eropah. Tapi di mana? Tengoklah dulu.. Tapi yang penting, pos bersifat travelogue akan diberhentikan dan akan disambung bila saya melawat ke tempat-tempat yang signifikan untuk saya ceritakan kepada sesiapa sahaja yang mahu membaca dan melihatnya.

Apapun, saya ingin berehat buat beberapa ketika. Ingin menjamu suasana musim panas yang sudah semakin menyembunyikan dirinya. Apakah saya masih punya waktu? Lihat kalendar dan jenguk ke langit. Wahai musim panas, sila jangan lari dahulu.

spain map
Bandar-bandar yang telah dilawati: Barcelona, Cordoba, Granada, Seville, Madrid dan Toledo. Gambar ihsan dari Lonely Planet.

4 Komen Tambah Komen↴

sudah habis akhirnya cerita tawel dan sepanyol :)

Tanpa Nama

Bagaimana pula cerita mengenai pemuda berbangsa Israel itu?

Tanpa Nama

Sepanjang saya membaca dan melihat gambar yg encik tawel sertakan semasa di Sepanyol, saya nampak banyak pokok oren yg di tanam di tepi jalan. Boleh makan ke buah tu? Kalau di tepi jalan raya kita ditanam durian kan bagus..hehehe..

Tanpa Nama

@Tanpa Nama, boleh sahaja makan. Tapi masam la. Sakit perut, saya tak jamin. Hehe.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.