Inilah kali pertama dalam hidup aku mengetahui kewujudan tempat ini. Ringkaskan cerita, Sagrada Familia ini merupakan sebuah gereja Roman Katolik yang masih tak siap-siap lagi dibina sejak tahun 1882. Masa aku pergi pun gereja ni sedang dibina lagi. Paling awal siap pun tahun 2041. Sagrada Familia menjadi mercu tanda popular Barcelona. Memang besar betul gereja tu.
Tapi bila pula nak siap? Dah lebih 100 tahun ini. Sagrada Familia dan Istana Al-Hambra di Granada adalah di antara tarikan utama pelancong yang bertandang ke Sepanyol. Tapi aku tak pula masuk ke dalamnya. Ini sebab kes tak mau bayar la. Lagipun, tak ada kerja aku nak keluarkan duit untuk masuk ke dalam sebuah gereja. Kalau sudah siap, tak mengapa juga, ini tak siap lagi. Sebenarnya, pemandangan dari luar pun sudah cukup bagi menjamu mata yang sukakan kehebatan sesebuah senibina. Sila baca sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sagrada Familia.
Keretapi ke Cordoba akan bertolak pada pukul 10 malam dan dijangka tiba pukul 7 pagi. Sebelum berangkat, mesti ke Catalunya untuk mencari kedai makan Rambla Rawa.
Susahnya nak mencari. Mana ni. Aku cuma tahu kedai makan itu terletak di La Rambla. La Rambla pula terletak di Catalunya. Lokasi tepat tak tahu sebab tak sempat nak tanya lelaki Pakistan tu. Sebab masa aku nak tanya lokasi tepat, dia dah nak turun. Terpaksalah tanya orang. Kalau aku tanya orang tempatan pun, tak rasa mereka tahu. Maklumlah, kedai makan Muslim. Di tambah lagi dengan masalah bahasa.
Jadi penyelesainnya, cari orang Islam juga untuk tanya di mana kedai Rambla Rawa. Tapi macam mana nak cari orang Islam. Ada 2 cara. Pertama cari wanita bertudung. Kedua, cari orang-orang yang ada rupa Arab atau Pakistan yang simpan janggut.
Kami terjumpa wanita berhijab yang pertama. Tapi aku malas nak ganggu dia sebab dia nampaknya sedang seronok berbual dengan kawannya. Lagi pun masa aku perasan dia, aku perasan ada satu kedai yang bernama Pita Inn. Perkataan 'pita' biasanya sinonim dengan Pakistan dan sesuatu yang halal. Sampai depan kedai Pita Inn, tinjau-tinjau sikit. Ada nampak macam bulan sabit. Kedai halal agaknya. Tapi tak nampak pula tanda halal. Nak masuk ke tak nak? Atau nak cari Rambla Rawa juga? Ish, ish..hebat betul tarikan Rambla Rawa ni. Perut dah makin berbunyi.
Adakah kebab Rambla Rawa itu bisa menandingi kebab Pita Inn? Adakah perut kami bisa mencari kebahagiaan di Rambla Rawa atau Pita Inn?
Kedai cenderahati yang berdekatan Sagrada Familia.
2 Komen • Tambah Komen↴
Kasihan pelajar-pelajar kita di Eropah yang sering kali terpaksa membiarkan perut-perut mereka menyanyi pelbagi lagu dari segala genre seperti pop, nasyid, rock dan r&b sebelum makan. Dah banyak sudah baca blog yang menceritakan hal demikian.
Kami di Mesir ini kadang-kadang macam itu juga. Diulang. Kadang-kadang. Bukan sebab halal atau haram. Tapi sebab terlampau memilih makanan. Asyik pilih nasi juga. Tak mahu makan roti. Kalau nasi pun, ada sejenis dua saja. Jangan haraplah nak nasi goreng, beriani, kandar dan sebagainya. Tunggu balik ke Malaysia lah.
Melalui jalan itu (by the way), mana-mana kita pergi, tanah tempat tumpah darah kita juga yang selalu bertakhta dalam hati kita. Terutama, makanan-makanannya. Tak gitu?
@Abqori, hehe di Mesir pun macam itu juga ke? Banyak pun susah, sikit pun susah. Tapi kalau saya di Mesir, rasanya akan selalu belasah kebab. Banyak dan murah ke kebab di sana?
Peminat kebab
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.