Aku sebenarnya berasa agak malas mahu ke Sepanyol masa cuti musim sejuk ini sebenarnya. Sebabnya aku baru sahaja tamat peperiksaan musim sejuk.
Cuma selang dua hari sahaja jarak aku habis peperiksaan dan tarikh aku pergi ke Sepanyol.
Tambahan pula, aku merancang untuk ke Sepanyol pada suatu masa yang lain. Mungkin setahun dua lagi.
Namun akhirnya, aku pergi juga. Itulah takdir. Rancang macam mana punya hebat pun, kalau dah Allah tetapkan begitu, begitu jugalah jadinya. Sengaja aku mahu mencatatkan percutian aku di Sepanyol kali ini di dalam blog. Aku sendiri tidak tahu mengapa.
Sepanyol sebenarnya adalah negara Eropah pertama dalam ranking negara-negara Eropah (tidak termasuk UK, Ireland, dan Turki) yang mesti aku lawati. Kota-kota Eropah lain yang ingin aku lawati cuma Paris (sebab nak tengok dan pegang Eiffel Tower) dan Pisa (sebab nak tengok Menara Condong Pisa). Yang lain-lain tu tak payah pergi pun tak apa bagi aku. Kenapa? Sebabnya Insya-Allah akan diberitahu pada bab Sepanyol: Epilog.
Jadi, kenapa pula Sepanyol menjadi pilihan pertama aku? Sebab Cordoba dan Granada terletak di sana. Kali pertama aku mendengar Cordoba dan Granada ketika aku berada di Tingkatan 4. Sudah pastinya menerusi subjek Sejarah. Kita cerita Cordoba dan Granada dengan lebih mendalam nanti.
Mungkin anda pernah pergi ke Sepanyol. Anggaplah pembacaan ini sebagai satu pelengkap kepada apa yang pernah anda alami. Mungkin anda pernah mendengar pengalaman rakan-rakan anda yang pernah ke Sepanyol. Anggaplah penceritaan ini sebagai satu tambahan kepada apa yang pernah anda dengari. Kisah ini mungkin tidak sehebat apa yang pernah anda alami dan dengari.
Selamat membaca!
Sepanyol: Prolog
Label:
barcelona
jalan-jalan
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.