Bot-bot yang tersadai sementara di gigi air Laut Mediterranean; tidak jauh dari La Rambla.
Buat keputusan - Cari juga Rambla Rawa. Pita Inn boleh jalan! Haha.. Jadi kenalah mencari lagi Rambla Rawa.
Cari...
Cari...
Cari...
Kaki sudah penat melangkah. Mata sudah kuyu mencari. Rambla Rawa masih belum kelihatan. Penyelesaian: Tanya orang.
Aku ternampak seorang wanita bertudung yang lain. Kali ini aku mesti tanya dia. Oleh sebab dia agak ke depan, aku melajukan langkah. Bila dah nak dekat dia, aku pun perlahankanlah langkah aku.
Aku menegurnya, "Excuse me, are u a Muslim?" Tiada respon.
Dia seperti tidak kedengaran. Jalan di situ agak hingar dengan suara manusia. Aku ulang semula pertanyaan. Dia sedar lalu menoleh. Aku tanya lagi, "Are u a Muslim?"
Dia jawab "No", dan terus berjalan meninggalkan aku yang agak kebingungan.
Aku terpaku di celah-celah derasan manusia yang berjalan di sekeliling aku. Dia bukan Islam?
Peliknya. Kalau bukan Islam kenapa pakai tudung yang memang mengikut cara pemakaian hijab yang betul dan sempurna? Aku cuma ada 2 spekulasi:
1- Dia beragama Islam dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Oleh kerana dia ditegur dalam bahasa Inggeris oleh seseorang yang tidak dikenalinya, maka lebih senang dia jawab 'no.' No dalam bahasa Sepanyol juga bermaksud tidak.
2- Dia beragama Islam dan tahu berbahasa Inggeris. Dia faham soalan aku dan dia anggap aku bukan Islam. Jika dia menjawab dia seorang Islam, dia bimbang aku akan melakukan sesuatu pada dirinya. Mungkin dia tidak pernah atau jarang berjumpa orang Islam yang berasal selain dari Arab dan Pakistan.
Jika spekulasi nombor 2 benar, wajarkah dia mengaku dia bukan Islam semata-mata kerana dia takut diapa-apakan? Kalau anda seorang wanita, dan anda di situasi yang sama sepertinya, apa akan anda jawab? Aku tidak pasti dalam perkara ini. Sesiapa yang tahu apa pandangan sebenar Islam dalam hal ini, sila hulurkan komen.
1 Komen • Tambah Komen↴
saya akan jawab dengan secara spontan..yes i am.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.