Keretapi menjadi pilihan. Maka pagi itu kami pun pergilah ke stesen keretapi untuk membeli tiket.
Oops! Tiket ke Granada untuk malam ini sudah habis. Alamak, macam mana ni? Semua sudah dirancang. Hostel sudah ditempah. Rancangan terpaksa diubah.
Keputusan muktamad terpaksa dibuat dalam masa yang singkat. Barcelona ke Cordoba naik keretapi. Dari Cordoba bergerak Granada naik bas. Barcelona ke Cordoba sangat jauh sebenarnya. 9 jam perjalanan menaiki keretapi.
Sewaktu di stesen keretapi Barcelona, aku ada terjumpa dengan beberapa orang pelajar Malaysia berbangsa Cina yang belajar di UK. Dia yang tegur aku dulu. Aku tak berani pula nak tegur. Mana tahu orang China atau Korea. Ramai pelancong dari negara terbabit yang ada di Sepanyol. Dia tanya aku, 'Are you guys from Malaysia?'
Hah, sahlah dia ni dari Malaysia. Aku pun terus berbual dengannya buat beberapa minit. Dia sebenarnya sedang menunggu kawan-kawannya membeli tiket. Masa itu hanya aku dan dia sahaja.
Si Raja dan Farid sedang membeli tiket-tiket keretapi untuk kesemua perjalanan berkeretapi. Seronok juga berbual dengannya. Katanya, kawan dia kehilangan dompet. Bagaimana boleh hilang? Pada mulanya, ada seorang mamat Spanish yang buat baik padanya. Maka, orang buat baik, kita pun balaslah baik. Itu budaya kita. Itu adat Malaysia. Sebenarnya, inilah sunnah manusia. Orang buat baik pada kita, maka balaslah baik juga.
Tapi, dalam baik-baik itu, terkena juga. Akhirnya, harga sebuah kebaikkan itu adalah dompet milik kawannya. Mahal sungguh harga kebaikan yang perlu dibayar itu. Pengajarannya, jangan cepat percaya sangat orang yang tak dikenali tiba-tiba buat baik dengan kita. Zaman ini zaman fitnah. Kalau zaman dulu-dulu, mungkin kita tak perlu paranaoid sangat dalam hal-hal ini.
Hari kedua di Barcelona juga aku bertemu dengan seorang lelaki Pakistan. Waktu itu dalam tren Metro. Aku tegur dia, "Are you Muslim?". Dia jawab, "Yes". Syukur!
Di dalam tren seperti inilah aku bertemu dengan lelaki Pakistan itu.
Aku perasan dia orang Islam sebab dia sedang baca buku yang berbahasa Urdu. Orang Pakistan biasanya beragama Islam. Bahasa Inggerisnya juga sangat baik. Aku bertanyakan di mana untuk mencari kedai makan halal. Menurutnya, di Catalunya ada kedai makanan halal yang banyak. Di sana juga ada banyak kedai-kedai Pakistan. Ini berita baik! Dia cadangkan aku supaya pergi ke kedai bernama Rambla Rawa. Sebelum berangkat ke Cordoba, mesti pergi ke sana!
Salah satu pasaraya yang terdapat di Barcelona.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.