Back to home page

Hari Bapa, Hari Ibu dan Hari Sewaktu Dengannya

19 Jun 2010 • 11 Komen Cetak Chenta!
Esok, 20 Jun 2010, adalah Hari Bapa. Seperti juga bila tibanya Hari Ibu, mesti akan ada orang yang bising-bising mempersoalkan apa perlunya kita menyambut Hari Bapa buatan Barat ini.

Kata mereka, ini bidaah sesat sebab Hari Bapa dan Hari Ibu ini tidak pernah disambut oleh umat Islam di zaman Salafus Soleh (iaitu zaman wujudnya umat Islam paling terbaik yang berlaku dalam lingkungan 300 tahun daripada Baginda sallahu alayhi wassalam).

Kata mereka lagi, kenapa perlu meraikan ibu dan bapa dalam hari-hari tertentu sahaja? Bukankah kita wajib meraikan mereka pada setiap hari, selama 365 hari setahun?

Lalu sebenarnya, boleh atau tidak hendak sambut ni?

Apa pun, saya tidaklah menyambutnya. Bahkan konsep ini sebenarnya agak janggal untuk keluarga saya. Cuma saya rasa terpanggil untuk mengupas isu ini secara ringkas memandangkan ada segilintir di antara kita yang bersifat terlampau ekstrim dalam menghukum mereka yang menyambut Hari Bapa dan Hari Ibu ini.

Cuba kita berfikir secara rasional di sini. Kita ada banyak lagi hari-hari khas atau pun istimewa yang disambut hanya sekali dalam setahun, dan ia tidak pernah pun wujud apatah lagi diraikan oleh umat Islam yang hidup di zaman Salafus Soleh.

Adakah Hari Guru pernah wujud di zaman Salafus Soleh? Namun mengapa kita sengaja mewujudkan satu hari yang khas dalam setahun untuk para pelajar menghargai guru dan cikgu? Bukankah kita wajib meraikan dan menghormati mereka pada setiap hari, 365 hari setahun? Namun mengapa tiada orang pun yang bising-bising cakap Hari Guru ini bidaah sesat?

Adakah Hari Alam Sekitar dan juga Earth Hour yang merupakan buatan Barat ini pernah wujud di zaman Salafus Soleh? Namun mengapa kita memperuntukan satu hari/jam yang khas dalam setahun agar kita boleh bermuhasabah akan kerosakan dan bencana yang telah manusia lakukan kepada alam sekitar? Bukankah kita selaku umat Islam wajib menghargai dan menjaga alam sekitar amanah Allah ini tanpa perlu tibanya Hari Alam Sekitar dan Earth Hour?

Kalau anda adalah seorang 'pejuang bidaah' yang adil, maka jika anda mengatakan Hari Ibu dan Bapa itu bidaah sesat, lalu mahu tidak mahu, dengan logik yang sama juga, Hari Guru, Hari Alam Sekitar, Earth Hour, Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari Kesihatan Sedunia, Hari Air Sedunia, Hari Anti-Korupsi Sedunia, dan sebagainya, pun akan tergolong di bawah hukum yang sama!

Sebab itu saya tidak gemar sangat dengan orang yang sikit-sikit nak bidaah. Penat nak melayan mereka!

11 Komen Tambah Komen↴

haha.
betul jugak tu.
Hari Guru mcm da wajib kene sambut.
Ustaz Ustazah pun raikan hari guru di sek.
tapi, pd sy, mmg hari-hari yg istimewa ni dari budaya barat.
tp tak salah utk sambut.(utk memberikan penghargaan kpd mereka, dan mereka berasa gembira.)
dan mmg xde mase zmn Salafus Soleh.

dan mak dan arwah ayah juge tak pernah suruh utk raikan mereka di hari-hari tertentu.

skdr pendapat. klu ade slh, sile betulkan.

Salam Tawel.

Kebetulan la. Saya baru balik celebrate Hari Bapa di rumah makcik. Meraikan bapa-bapa dalam keluarga besar kami. Sangat kenyang. Dan serius saya rasa super-gemuk!

Bukan nak highlight bab makanan benornye. Pendapat saya sambutan seperti ini merapatkan kami semua yang kadang-kadang raya baru bersua. Bukankah perkara murni yang merapatkan silaturrahim itu baik?

Tak faham betul la sesetengah orang yang suka membidaah tu. Toksah layan la. Biaq pi kat depa.

tiba2 rindu pulak ngan ayah.
thankz for the sharing.
about bidaah - saya setuju dengan analogi tu.
umat islam masa kini masih sempit pemikirannya.
lebih banyak menentang dari menjana.
nice article~

eieii ! korang ni , biar arr nk smbut ke x,
emos gt pesal? haaha

Tanpa Nama

Assalamu'alaikum,

bukan masalah emo tak emo. Cuba baca mengapa tuan tawel menulis. Ia bersebab ada golongan ekstrimis yang kata sambutan seperti di atas adalah bid'ah. Berapa ramai daaa nak masukkan ramai lagi umat Islam dalam neraka kerana menyambut hari Ibu dan hari bapa ?

Kerja menghukum bid'ah sesat dan masuk neraka kepada umat Islam seolah-olah dah mendahului Allah, sebelum Dia memberikan keputusanNya di yaumil Qiyamah nanti.

Tahukah anda ?

Firman Allah :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬اۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ۬ (٣٣)

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32) (Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33)
Surah al Fathir ayat 32-33)

Assalamu'alaikum,

Saya bidaah. Sebab saya pun tidak ada semasa zaman salaf as-soleh. Tahun 1982M baru saya ada. Itupun sudah hujung-hujung tahun. Oh! Susahlah macam ni...

@JomFikir, yang lagi ekstrim, ada juga yang dah mula kata Hari Guru itu bidaah.

Saya sendiri tak sambut Father's day, dan saya tak galakkan orang lain menyambutnya. Yelah, kekadang tu sambutan tu kena tgk origin and history behind it...dan tengok uruf kawasan yang menyambutnya juga. lain kawasan, mungkin lain maksudnya dan tidak lagi merujuk kepada asal-usul ia disambut.tapi nak kata yang menyambutnya bid'ah-dholalah-masuk-neraka tidak sama sekali.

Dan yang pasti, bapa hendaklah dihargai tak kira ada hari ke tidak; saya ada bapa dan kini juga sudah menjadi bapa :)

Maybe some readings tentang origin of Father's Day?

http://en.wikipedia.org/wiki/Father%27s_Day
http://www.theholidayspot.com/fathersday/history.htm
http://www.fathersdaycelebration.com/fathers-day-history.html

puak2 yg suka membidaahkan org pun kata sambutan maulidur rasul iaitu mengigati nabi kita yg mulia pun dia anggap bidaah yg sesat...apatah lagi sambutan hari2 yg lain....lepas ni nak sambut hari tanpa hari2 ada sambutan la pulak atau hari tanpa hari2

Tanpa Nama

hah! Hari Bapa... bestnye yang ada bapa nak sambut Hari Bapa... saya dah nak 4 tahun tak sambut Hari Bapa... sedih ; ;

orang wahabi ni sebenarnya ada rasa x puas hati dalam dadanya

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.