Back to home page

Duit 20 Ringgit & Brader Komuter

24 Jun 2010 • 27 Komen Cetak Chenta!
Berapa ramai di sini yang pernah tengok atau sekurang-kurangnya sedar bahawa suatu masa dahulu kita ada duit kertas yang membawa nilai 20 ringgit?

Gambar ihsan En Jaffar Hussien.


Sebenarnya saya masih tertanya-tanya mengapa duit 20 ringgit ini dimansuhkan oleh kerajaan? Ketika pemansuhan ini berlaku, rasanya dalam tahun 1990, saya masih lagi seorang budak hingusan. Jadi saya sendiri pun tidak pasti sebab musababnya. Namun saya masih ingat kali terakhir saya memegang duit ini adalah sewaktu di Darjah 2, iaitu pada tahun 1991.

Saya cuma terfikir alangkah bagusnya kalau kerajaan mewujudkan semula duit RM20 ini. Acapkali bila kita beli barang yang bernilai dalam RM11 - RM20, dan bila kita hulur RM50, mesti orang kedai tanya "Ada duit kecil tak?"

Tapi nak buat macam mana, kerana itu sahajalah duit kecil yang kita ada sesudah sekeping RM10 di dalam dompet. Nak tak nak, itu sahaja lah yang kita boleh beri.

Bagus dan mudah kan kalau kita ada duit kertas RM20?

*****

Kira-kira pukul 7 pagi di beberapa bulan nan lampau, saya membeli tiket komuter berharga RM6.60. Mesin tidak berfungsi, maka saya pun pergi ke kaunter untuk membeli tiket secara manual. Namun duit kecil saya tidak cukup. Nilai berikutnya yang saya ada adalah RM50. Saya rasa bersalah. Maka mahu tidak mahu, saya unjurkan duit itu kepada brader kaunter.

Tapi tetiba dia tanya: Ada duit kecil tak?

Saya: Tak ada.

Brader kaunter dengan muka yang macam bagus: Minta balik tiket. Kami tak ada duit kecil nak pulangkan baki.

Saya jawab dengan nada bengang: Eh apasal pula? Encik yang jaga kaunter, sepatutnya encik la yang ada duit kecil.

Brader kaunter: Ok, kalau saudara tak kisah nak terima duit RM1.

Saya jawab: Ok je, asalkan saya boleh dapat tiket.

Lalu brader kaunter memulangkan baki RM43.40 dalam bentuk (RM5 x 1) + (RM1 X 38) + (40 sen). Tebal dompet saya bawa duit RM1 setebal itu!

Inilah budaya unik orang kita yang sentiasa bertanya "Ada duit kecil tak?" walaupun kita sebenarnya berurusan dengan sebuah kaunter yang melakukan transaksi beribu-ribu ringgit sehari (seperti di stesen komuter, stesen minyak, pasaraya dan sebagainya); dan bukannya dengan penjual pisang goreng dan cendol pulut di tepi jalan.

Dalam kes saya dan brader komuter itu, saya sebenarnya boleh kool kalau dia cakap baik-baik. Namun bila dia menjawab dalam nada yang sangat poyo dan macam bagus, di samping menafikan pembelian tiket hanya kerana semata-mata saya tiada duit kecil, ini sudah melampau.

Sampai bila para peniaga bertaraf kecil, sederhana, besar dan maha besar mahu sedar bahawa bukan tanggungjawab pelanggan untuk menyediakan duit kecil?

27 Komen Tambah Komen↴

Salam Tawel.
Saya sempat tengok not RM20 tu. Maknanya kita ni banyaklah punya things in common ya. Macam lagu kegemaran, kartun kegemaran. Sebab kita sama-sama melihat dunia dalam era yang sama.

Ai, siap agrue lagi dengan brader kaunter tu. Adakah ini kesan hidup di luar negara yang terbawa-bawa pulang ke negeri sendiri? Bukan apa. Saya di Egypt ni asyik-asyik kena argue dengan orang Mesir. Kat kedai, kat dalam kenderaan dan tak lupa juga bila naik Metro bawah tanah. Mungkin anda masih ingat yang Fahri bertemu dengan Aisya dalam Metro itu pun selepas ber-argue dengan orang Mesir. Aduhai! Risau betul terbawa-bawa balik perangai ni.

Apa-apa pun, di Mesir kami(saya pun orang Mesir juga) masih lagi menggunakan not Pound 20. Senang dan mudah.

Memandangkan saya dah berblog semula, dan memandangkan juga entri ini ada bau-bau macam entri yang saya akan bubuh, saya nak buat iklan awal. Nantikan dari Abqori, "Wang Dan Krisis Identiti".

1st komen yeay!! ok skang baru nak baca haha....

huhu.. kt Jpon pon not kertas dia 1000, 5000, pastu 10000..
dulu pon ade gak not 2000 tp memang jarang2 aa jumpe.. maybe dah kene lupuskan gak kot.. tp kt sini jarang aa kene soal "ade duit kecik ke x?" hatta kalo g kedai 7-E pastu keluarkan not 10000 sekalipun, dia akan terima.. mungkin sebab harga barang2 kt sini mahal kot.. ;)

komen sebenar:
teringin nak malaysia ada sistem bayar pakai kad debit/atm...
xyh pening nak ada duit besar atau duit kecil huhu

@Abqori, tahniah la sudah aktif semula. Ingatkan saya je orang-orang veteran yang masih kental menulis blog. Hehe. Apa pun tahniah juga kerana masih sempat merasa sisa-sisa bayi 80-an. :)

Mana ada argue sebab kesan duduk luar negara. Sengaja je nak cari geruh dengan brader kaunter yang kerek tu ;) Ok, gua nantikan entri lu. Lama sangat dah blog tu terperam.


@Amal Asyura, maaf le. Bro Abqori lebih pantas. Haha. Eh tapi kan kita memang dah ada sistem kad debit? Cuma tak berapa meluas lagi je.


@kyo_9, aku kat Ireland dulu pun sama. Tak pernah langsung ada orang kedai yang tanya aku ada duit kecil ke tak. Padahal selalu je aku beli barang dalam 2-3 Euro tapi bagi mereka duit 20 Euro.

Apa pun aku tak faham sangat sistem duit Jepun macam mana sebab angka dia terlalu besar la. Haha. Cuma banyak je mata wang utama dunia yang ada dalam nilai 20, macam USD, Euro, Pound dan Dinar.

Kembalikan RM20!

Wah! Cepat pula Abang Tawel balas komen saya ni. Siap sempat tulis komen pula di blog saya. Ho ho ho! Apa-apa pun, saya memang pantas kali ini. First time jadi first commenter di blog Abang Tawel ni. Sesuatu yang memberangsangkan (Mentang-mentanglah saya tengah cuti).

Tunggu! Tunggu! jangan tak tunggu. Tapi "Wang Dan Krisis Identiti" itu macam lambat sikit lah, sebab saya nak cerita dulu tentang "Qibti dan Stress", "Terusan Suez" dan juga tanah tumpah darah tercinta "NDC" (New Damietta City).

Sejak saya rajin berblog semula malam, saya rasa macam makin suka baca cerita-cerita orang yang duduk di perantauan. Hinggalah saya terjumpa blog ini. Saya rasa lebih kurang saja hidup Abang Tawel di Ireland dulu dengan hidup tuan punya blog berkenaaan. So saya tahu, per-argue-anmu itu tiada kaitannya dengan orang-orang Irish. Cuma yang saya baru tahu, mahal rupa-rupanya nasi lemak di UK. Nasib baiklah saya di Mesir. Boleh makan hari-hari dan murah except kalau makan di Embassy. Oh!

Apa pun, saya kadang-kadang rasa kurang selesa melihat kawan-kawan bertanya dengan cara orang Mesir bertanya "ada duit kecil tak?" dalam lahjah Mesir.

"Fi fakkah?"

Ada ke patut dulu seorang kawan saya kata saya mencarut.

Lahir tahun 80-an is the best.

Nota kaki : Keropok Super Ring adalah keropok kegemaran saya. Keropok ini wujud lagi ke?

Nak duit raya RM20! :D

Tawel, jawab la balik pada orang kaunter tu:

"Maap la. Ni je duit paling kecik saya ade."

Hehe. Mesti bengang je dia!


@Abqori,
Keropok Super Ring memang best la! Ada je lagi rasanya kalau tak 'dimansuhkan'. ;D

@Abqori, mana ada mahal. Biasa la tu harga nasi lemaknya. Kalau nak convert bulat-bulat harga nasi lemak daripada 4 Pound kepada RM20, convert la juga bulat-bulat gaji paling cikai yang orang UK boleh dapat, iaitu dalam 1200 Pound atau pun RM6000.

Haha kerja sapu sampah di sana pun boleh dapat RM6000 beb!

@Nooreena, saya kalau boleh nak hulurkan dia duit RM500 atau RM1000. Tapi malangnya duit ni pun dah pupus :(

P.S. Saya pernah pegang sekali je duit RM1000. Anda pernah ke? Haha.

@Tawel Great point Tawel. Menepati dengan teori saya di dalam “Wang Dan Krisis Identiti”. Macamanalah saya boleh lupa yang anta dah ulaskan tentang hal ini dalam artikel tentang krisis minyak dahulu. Bagaimanalah saya boleh lupa. Ini kuat makan Super Ring lah ini. Aduhai. Inilah nasib bayi 80an.

@Nooreena Saya amat risau jika mereka memansuhkan Super Ring ini. Udahlah sekarang ini pun mereka sibuk nak mansuhkan SPM dan PMR. Dulu saya ada menceritakan tentang Super Ring yang super mahal harganya yang saya jumpa di Mesir ini dengan harga 8 Pound. Cuba Google, Abqori Orang Parsi. Saya susah nak pautkan sebab saya guna hp kawan saya. Beliau di dalam tandas. Alamak, beliau sudah tubik. Saya kena pergi. Salam.

Kertas kelabu seperti gambar diatas tu masih ada dalam simpanan kami, sengaja simpan buat kenangan. Sebenarnya keluarga hubby kak su memang suka simpan duit lama buat collection.

Duit RM1000, pernah pegang jugak. Itulah kali pertama dan terakhir. Tak lama lepas tu terus dimansuhkan.

Tetiba rasa tua je... sbb sempat pegang duit yg lama dimansuhkan. Uhuks...

p/s : Kak su cadangkan simpan satu kad touch and go. Tak payah nak beratur untuk beli tiket bila terdesak macam ni.

salam

saya rasa mcm pernah berhdapan dengan situasi mcm ni. dan agak tebal juga purse bwk not kertas 1 ringgit tu.
haih! betulll, kalau dia ckp elok2 kan senang, kita tak sakit hati, dia tak sakit hati, dan urusan berjalan dengan bahagia. tapi, bila dah berlagak bagus semacam dan mcm poyo je, perasaan nak naik komuter@lrt tu dah tawar dah..


budi bahasa budaya kita??

saudara

kawan saya ada lagi simpan rm20 ni as kenang kenangan. sebenarnya kalau diwujudkan kembali note ini, saya lah orang pertama yg akan menggunakannya. memang betul note 50 agak besar. syabas kerana mengutarakan pendapat saudara

Salam

Pada pendapat saya, rm2 juga harus diwujudkan bagi memudahkan urusan jual beli. Rimas saya kalau ada byk rm1 di dalam saku. Kalau tercicir pun, tak perasan agaknya. =/

Nice post! Keep writing all types of genre. =)

RaRa

@RaRa, saya setuju. Kuih pun sekarang dah mula dijual lima biji RM2. RM1 ni memang merimaskan. Beli barang RM1, kita bagi RM10, selalu sangat juga saya dapat baki 9 keping RM1. Tebal dompet. Hehe.

@Tawel, wah nak kerja sapu sampah kat UK! Saya tak cukup kaya la nak pegang RM1000. Kalau kaya pun, tak cukup umur. (dengan kata lain, muda lagi masa tu) hehe.

@Abqori, tak elok la selalu makan Super Ring. Nanti kamu akan jadi super-hyper dalam penyakit dalaman. Oh super takut! Nanti saya pergi lawat blog kamu ya.

@Kak Suara, akak awet muda. Jangan risau. ;)

Assalamualaikum:

Lain pula halnya yang berlaku di Mesir. Duit syiling kembali digunakan. Sejak saya dari ke Mesir ni duit syiling orang tempatan tidak menggemarinya. Duit syilingnya ialah LE0.25, LE0.50 dan LE1.

Rasanya setahun sudah, duit syiling ini kembali digunakan. Sebelum itu jika saya berikan wang syiling kepada konduktor bas atau membeli air tebu, mereka akan pandang semacam dan ada yang menolak kembali dan mahukan wang kertas.

Di Mesir LE.010 pun ada wang kertas. Jadinya dulu memang penuh poket dan wallet dengan wang kertas LE0.50, nampak tebal tapi jumlahnya LE5-LE10 sahaja hehe.

Tapi berat pula poket dengan syiling LE1 bila dapat baki beli air tebu LE49. 49 keping wang syiling dalam poket. Nak marah, tak jadi, bila difikirkan semula, saya akan gunakan wang syiling tu untuk kegunaan harian untuk tambang ke kuliah.

Mesir masih ada guna wang sekeping LE20...

Salam En. Tawel.

Saya sebenarnya sudah lama mengikuti blog ini, tetapi agak liat untuk memberi komen kerana mungkin malas untuk memerah otak untuk merumuskan kembali tulisan saudara.

Saya sebenarnya membayangkan pemansuhan yang dibuat terhadap RM 20 adalah untuk menjimatkan pengeluaran not bagi wang kertas Malaysia. Mungkin disebabkan tak ramai yang merungut kesukaran mendapatkan wang baki, maka saya hampir tidak mendengar isu yang diutarakan encik Tawel ini.

Isunya adalah sikap penjaga kaunter tersebut. Benar, kadang-kadang saya pun akan bersikap biadap kembali pada orang yang tak tahu nak jaga adab. Saya pun kadang-kadang serba salah untuk menghulur wang besar, sebab itu mungkin apabila saya hendak menggunakan pengangkutan awam, saya akan menukar siap-siap wang bernot besar.

Apa-apapun Tahniah Encik Tawel. Tulisan anda memang best!

@MS Rizal, terima kasih kerana memberikan komen yang pertama. Dan terima kasih juga kerana tetap mengikuti blog yang jarang-jarang ada entri terbaru ni. :)

apek jual paper pun tak kisah kalau kita hulur rm50.. walaupun bertanya tapi tetap senyum..

Tanpa Nama

sependapat dengan MS Rizal...mmg perlu kerah otak untuk mengkomen dalam blog ni...tapi dah tebiase berbahas gan en tewel sejak dari sekolah lg ... gagahkan jugak perah otak untuk beri komen...ramai pemerhati kat blog ni...tak ramai yg komen...malas nak perah otak

SabiqJr

salam tuan blog.
ura2 dari BNM untuk mengeluarkan nilai wang RM20,kabar angin dah ada tapi kepastian belum tahu lagi mungkin dalam proses pembincangan.jangan salah faham aku bukan kerja atau kakitangan pihak bank...cuma kolektor biasa.kami (kolektor banknote) pun berharap nilai wang RM20 akan diwujudkan semula.sama ada BNM buat atau tidak kita nantikan saja.

betul lah.. peniaga2 ni suka tanya ada duit kecil tak.. bila kita jawab tak ada.. muka dia bengang aje.. hohoho..

btoi..baik kembalikan rm20 tu bali..mudah semua urusan

salam tawil.. ni kawan lama kat eire.

Daku rasa sebab pelupusan duit 20 riyal tu sebab taknak harga barang naik. Sebab yg sama gak duit 2 ringgit dimansuhkan. Kalo duit 2 ringgit ada... makin senang peniaga nak naikkan harga barang yg dulunya seringgit kepada dua ringgit sebab senang nak bayar. Jadi inflasi makin tinggi. Wa bukan org ekon, tapi hanya guna otak kurniaan allah.

@Saudagar mimpi, rasional juga sebab tu! Tapi daku dah tertanya-tanya ni, siapakah kawan lama ni ye? Alamat blog tak boleh buka pula.

Encik Tawel,
biasalah. sesiapa pun kita boleh tgk, di mana2 kalau kita hulur duit rm 50, tentu tanya soalan emas tu. bila kita hulur rm 10 pun sama. hulur rm5 pun sama. haih!
betul..saya hanya melihat rm 20 ni sekitar tahun 90-91 dulu. masa tahun 90 dulu saya di darjah satu di sebuah sekolah di bachok. saya agak saudara lahir tahun awal dari saya setahun.

ada memori di sebalik duit rm 20 itu. mungkin entry terbaru will be "memori rm 20"..


http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com

Oh ya, maafla. setiap kali dtg sini baca entry yang dah bertahun2, saya seperti dikurniakan idea untuk buat entry lain bila dtg sini :)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.