Back to home page

Calon Gambar Paling Misteri Bagi Tahun 2010

19 Januari 2010 • 36 Komen Cetak Chenta!

Gambar aneh ini ditangkap di pasaraya Giant Seksyen 18, Shah Alam. Sudah nampak apa yang misterinya? Nampak tak yang putih-putih, dan ada warna kehitaman sedikit tu?

Masih tak nampak? Ok, ini dia:


Sungguh misteri! Makin kurang gula, makin mahal jadinya. Hukum ekonomi apakah ini namanya?

Saya ada membandingkan label pemakanan kedua-duanya, dan tiada apa-apa kelebihan bagi jenis kurang gula. Bermaksud: Tiada tongkat ali, kacip fatimah, akar ginseng, sarang burung, spirulina, mahu pun habbatus sauda yang menjadi ramuan tambahan. Ia memang semata-mata kurang gula (justeru lebih murah kos untuk menghasilkannya).

F&N sudah kencing manis sama kita semua. Betul kah kerajaan mahu kita semua berubah kepada diet yang lebih kurang bergula? Kalau begitu, kenapa bila kandungan gula , harga ? Pak Ismail Sabri, tolong jelaskan.

Tak lama lagi rasanya, kita boleh jumpa produk susu kacang soya 'sihat' yang mengandungi 0% gula, tetapi dijual pada harga sama atau pun lebih mahal berbanding susu kacang soya yang memiliki kandungan gula normal. Minta selisih malaikat empat puluh empat!

36 Komen Tambah Komen↴

aku pun sungguh tidak faham knp kurang gula harga lg mahal. bangang ke apa?

haha.. musykil gak nih~

"Makin kurang gula, makin mahal jadinya"

haha..betul2

bagi saya, yang warna packing warna kuning itu saja yang sedap. yang lagi dua tu tak sedap..

mungkin F&N menimbangkan dari segi kerugian mengeluarkan produk less sugar-tak mendapat sambutan sangat, maka dia dah ups kan siap2 harga minuman tersebut. mungkinlah..

salam Tawel Sensei,

Waduh! satu pembongkaran yang tak terperasankan kita semua. Terima kasih Tawel. Moga saya lebih berhati-hati. Atau barangkali tersalah label kot, barangkali.

Ke guane :)

p/s : Tunggu ulasan kalimah Allah - yang padat, yang bernas, yang benar!

salam.

haha.. teringat saya rancangan National Geographic 'Meet The Native' kisah orang asli dari Tanna datang ke UK & USA. terdapat satu episod, mereka menemani penduduk tempatan membeli ayam turki untuk Thanksgiving. mereka pelik dengan harga ayam turki yang makan biji-bijian asli lebih tinggi daripada ayam turki yang makan makanan khas yg diproses secara kimia (macam ayam suntik). bak kata mereka, makanan khas yang diproses itu sepatut nya lebih mahal sebab ada lebih tambahan.. :D

miss aisya

Assalamu'alaikum,

Kehadapan Encik Tawel yang budiman,

Kemisterian yang sebegini telahpun menyelubungi diri saya sejak dari beberapa bulan yang lalu. Saya mengalaminya di TESCO, dan ia terletak di bahagian susu kultur yang berasal dari Negara Sensei (Jepunlah tu!).

Terpengaruh dengan nasihat Encik Zainal Arifin Ismail supaya hidup tanpa diselubungi misteri, sayapun telah membuat andaian sendiri bahawa ada bahan lain yang digunakan tanpa melihat senarai kandungan. Maklumlah, kultur hidup memerlukan makanan, jika tiada gula pasti ada bahan lain yang digunakan sebagai bekal buat si kultur hidup - itulah andaian saya bagi menghilangkan rasa kemisterian yang ada.

Namun jika air soya kurang gula juga menjadi begitu, ini tentulah satu misteri yang sukar dirungkai.

ana pun fening la...

Tak guna betul..asyik menipu je kerja depa ni...

Rasanya nak pegi ceri jugak la

pakcik bukan nak pertahankan F&N atau pak menteri atau giant. Fakta; sebenarnya dah lama dah harga macam ni. yg less sugar mahal sedikit.sebelum harga gula naik dan sebelum disarankan kurangkan gula. reason: utk pengetahuan, produk less sugar belum mendapat tempat kat masyarakat kita yg bermulut manis, produk cmni dikuarkan pada kuantiti yg sedikit berbanding produk bergula biasa. Kalo ikut hukum pembuatan n perniagaan, kalo produk yg dikuarkan dalam kuantiti sedikit,kosnya lebih mahal berbanding yg dikuarkan dalam kuantiti yg banyak.sekian tq

Good job Tawel!

hmmm...kurang gula maknanya lebih healthy dan 'lebih berkualiti' ..itu pasal lah harga dia ada mahal skit bang,...semacam la dgn air berkarbonat dlm tin....coca cola yg kurang gula lebih mahal oooo....
sshhhyy....tapi ini cerita saya langsung tarak rasa ajaib. tempat saya ada cerita laaaagiii pelik...

itu kantin skola ada jual teh tarik sama saya. Bila gula naik harga 20 sen skilo, teh tarik satu gelas juga naik harga 10 sen lebey dari biasa...ayoyo..
dia tarok setengah kilo gula ka dlm teh tarik saya?? padahal saya sikit tarak nampak dia letak gula la bang, susu pekat saja dia taro sama saya punya teh tarik... huhuhu

tapi.... dia punya kuih donat sama kueh keria langsung tarak naik harga, ....manyak pelik laa...

@Park Chick, saya yakin hukum pembuatan dan perniagaan yang dimaksudkan tu merujuk kepada economy of scale kan? Apa yang jelas, kedua-dua produk yang menjadi isu di sini mempunyai product lining yang hampir-hampir sama. Bermaksud, dalam production line dia, hanya dua parameter yang perlu diubah:
i) Jenis pembungkusan,
ii) Nisbah campuran gula kepada air.

Maka, adakah untuk menukar kedua-dua parameter ini memerlukan F&N melabur dan melakukan penyelidikan sehingga berjuta-juta ringgit? Kita tak bercakap tentang sebuah syarikat yang baru sahaja bermula yang mempunyai susu kacang soya tanpa/kurang gula sebagai produk utamanya.

Kita juga tak bercakap tentang product lining yang betul-betul berbeza. Misalnya: F&N 100Plus vs F&N Seasons Soya Bean Milk.

nilaaa penangan isu gula skang ni...^_^

pelik-pelik.. mahal pula tu walaupun beza sepuluh sen.
Lagi tak ada gula lagi mahal, tak tanya ke kepada penjual dia, kenapa harga air tu berbeza, incek tawel?

uh... susah nak jawab soalan ni...
kita tgu dan lihat je la nnt tok sabri jawab cam ner~

salam..berdasarkan hukum pengeluaran makanan yang saya pelajari, makanan yang lebih tinggi nilai nutrisi akan menjadi lebih mahal berbanding makanan yang kurang nilai kesihatan. contoh lain, susu rendah lemak adalah lebih mahal berbanding susu biasa,bukan begitu? kedua, gula yang digunakan bukan sahaja untuk memberi rasa manis tetapi sebagai bahan tambah untuk melanjutkan tempoh hayat makanan tersebut.maka tanpa gula, pihak pengeluar perlu menggunakan teknologi yang lebih hebat dan kos lebih tinggi untuk memanjangkan tempoh makanan tersebut..selebihnya Allah lebih Mengetahui.. nota kaki: tahniah kpd en.tawel kerana tersenarai dalam senarai blog yang paling saya gemari&terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberi..

salam ziarah....memang pelik, mesti de something wrong somewhere...haahhahaa...

Assalamualaikum..
saya pula memendangnya dari sudut macam ni...
Saya pengemar susu kacang soya biasa..so saya akan comparekan ngan beberapa brand yang ada di pasaran..Saya hanya akan membeli apabila budget saya adalah equal ataupun lebih dari harga..kalau yeos murah ttp kualiti sama ngan yg lain, saya pilih yang murah....
So sbg pengeluar, wajar bagi kita untuk mencas barangan based on reservation price of consumers and competative price yang ada...Satu lagi kita kene faham betul2 elasticity consumer pada barang tersebut...kalau perasa biasa standardnya Rm 2.09 saya tak boley cas daripada itu sbb nanti org g beli brand lain...sbb consumers adallah elastic kalau kita berbicara ttg kacang soya perasa biasa...

Tp, bila kita bercakap ttg kurang manis, pelangan adalah inelastic...Jarang anatara kita memilih kurang manis kecuali kalau kita menjaga tahap kesihatan kita..Sbg pengemar susu kacang yg concern ttg kesihatan saya akan beli kacang soya yang kurang manis walaupun harganya mahal...So wajarlah producers cas tinggi kalau consumers adalh inelastic ttg harga....Nak tau lebih lanjut, sila baca buku itermediate microeconomics tajuk pricing with market power.....heee (",)v

Saya tak faham kenapa pak ismail sabri kene jelaskan perbezaan ttg harga 2 benda ni?? Kalau harga goreng pisang kat kg saya naik, nak suh dia jelaskan jugak ke???(",)

@Suhaila, contoh susu rendah lemak vs susu biasa bukan analogi yang terbaik dalam kes ini. Menghasilkan susu rendah lemak adalah tak semudah mengurangkan kadar kuantiti gula dalam produk. Salah satu teknik untuk menghasilkan susu rendah lemak adalah dengan mengambilnya daripada lembu yang memang mempunyai genetik untuk menghasilkan susu jenis tersebut. Ini sudah jelas lebih rumit berbanding menukar parameter pada mesin yang menambahkan gula kepada susu kacang soya, bukan?

Kedua, saya tak berapa pasti sejauh mana makanan yang lebih nilai nutrisi akan menjadi lebih murah berbanding yang kurang nutrisi. Kalau betul begini, sepatutnya KFC dan McDonald boleh menawarkan harga yang lebih murah dan kompetitif kepada pelanggannya. Apa yang saya pasti, konsep economy of scale mempunyai peranan yang lebih penting dalam menentukan kompetitif harga barang makanan/minuman di pasaran.

Ketiga, tentang gula sebagai konsep pengawet makanan. Gula yang diletakkan kepada makanan akan menarik air keluar daripada makanan tersebut melalui proses osmosis. Bila kurang air, maka bakteria akan susah untuk membiak di dalam makanan tersebut. Kepekatan gula yang tinggi di dalam air juga akan melambatkan proses pembiakan bakteria. Saya faham konsep ini.

Cuma saya nak tahu, adakah osmolaliti gula dalam susu kacang soya biasa itu kepekatannya adalah sangat astronomikal untuk membolehkan gula itu bertindak sebagai pengawet? Adakah juga dengan mengurangkannya sebanyak kira-kira 30%, maka ini akan mengurangkan shelf life nya dengan sangat signifikan?

@Safira, saya tak tahu sejauh mana Safira mengikuti perkembangan semasa tentang kronologi kenaikan harga gula sejak Disember 2009, yang didakwa kononnya tidak akan naik dalam masa terdekat.

Tapi saya yakin Safira sedar apa alasan utama Najib untuk mengurangkan subsidi gula kan? Iaitu mahu rakyat Malaysia lebih sihat. Kementerian yang terlibat dan juga banyak NGO telah menyarankan kepada pengusaha industri F&B yang bertaraf taikon besar mahupun IKS supaya: "Walaupun gula naik 20 sen sekilo, tapi janganlah naikkan harga produk dengan mendadak. Kenaikan ini boleh ditampan dengan mengurangkan kandungan gula di dalam makanan/minuman yang dihasilkan".

Di sini, 2 mesej telah disampaikan. Satu kepada pengguna agar mengurangkan pengambilan gula. Satu lagi kepada pengeluar agar mengurangkan kuantiti gula dalam produk.

2 faktor ini, jika dimainkan dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan juga Kementerian Kesihatan) dan juga NGO, ia berupaya menjadikan susu kacang soya kurang gula (dan juga apa-apa lagi bahan makanan yang kurang gula) kepada satu jenis barangan yang lebih elastik sifatnya pada kesan turun naik harga.

Kalau pun Safira tak faham kenapa Pak Ismail Sabri kena jawab soalan ini, sekurang-kurangnya Safira boleh menghargai kesan retorik pada sesebuah tulisan, kan?

P.S. Kalau kita sentiasa menilai benda yang berada di sekeliling kita dengan berdasarkan apa yang kita belajar dan baca daripada buku semata-mata, kita boleh juga buat penaakulan yang silap walaupun "Buku kata macam tu".

(",)Setahu saya harga memang telah di tetapkan pada Rm 1.65 bagi semenanjung dan RM 1.75 bagi sabah&sarawak. (kalau ada jumpa lebih dari itu, hendaklah di laporkan kepada persatuan pengguna ya, saya tau en tawel kan pengguna yang peka & bijak). Jadi tidak perlu menyalahkan kerajaan kerana kerajaan dah tetapkan harga,enguatkuasaan pun giat dijalankan. andai kata barang makan naik, itu salah pengusaha makanan bukan kerajaan)

Saya memang menyedari akan alasan yang di berikan oleh kerajaan iaitu mahu rakyat lebih sihat. Bukan itu menyeru ke arah kebaikan?? Gula boleh menjadi Negative Externalities kerana pengambilan yang berlebihan akan membawa kemudaratan. Dan perlu kita sedari kemudaratan atau cost yang di tanggung bukan pada pengguna sahaja..tetapi juga pada kerajaan yang terpaksa bebelanja untuk merawat pesakit dan penyediaan ubat-ubatan bagi pesakit diabetic.Dah lah tanggung subsidi, kos perubatan pun kerajaan tanggung.Kalaulah sistem kesihatanya seperti di US, ada insurance baru boleh mendapat rawatan, rasanya rakyat Malaysia dengan sukarelanya akan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan mereka.

Subsidi memang baik kalau kita letakkan sumber subsidi pada orang yang selayakkanya mendapatkan subsidi. Ini tidak, kerajaan dah bagi subsidi..seludup pula kat negara jiran..Mana kerajaan tak rugi. Lagipun mesti en tawel sedar akan perbandingan harga gula dengan negara jiran..siapa lagi murah?? Kerajaan siapa lagi prihatin??

jumlah subsidi gula sahaja bagi tahun 2009 menjangkau RM720 juta..En tawel boleh bayangkan berapa banyak hospital boleh didirikan, berapa banyak sekolah, rumah kos rendah, pelaburan, biasiswa dapat di berikan kalau subsidi di mansuhkan. Lagipun, doktor tak cakap kita akan mati kalau tak akan gula sehari, sebulan, setahun..Jadi buat apa nak melatah??? Lain lah kalau subsidi beras...saya orang pertama melatah (",)

Kesimpulanya...tidak dapat di simpulkan apa-apa sebab kita mempunyai dua pendapat yang berbeza..Mungkin orang lain rasa pendapat en betul, mungkin orang lain rasa pedapat saya rasional juga.. Abaikan segala yang tertulis kalau tulisan ni hanyalah penaklukan silap semata-mata. Saya hanya berniat untuk mengaplikasikan ilmu yang saya pelajari dengan merujuk teori yang terdapat pada buku teks dan tidak mahu menebarkan ilmu yang silap semata-mata.Kerana ilmu yang baik itu bercambah seperti pohon yang akan menghasilkan buah yang lebat dan ranum..

Oh ya, kalau saya jadi mereka yang design sistem ekonomi negara, saya akan hapuskan subsidi dan akan cari alternative yang lebih berkesan untuk menolong golongan berpendapatan rendah dan tengah secara adil dan saksama. (",)v Alahai terlebih sudah...

owh..ak rase ade bguihnye diorg nek kn harge gula sbb supaya kita dpt mengurangkn pengambilan gula dlm seharian..klu rank 1 penyakit stroke org german,mlaysia pula diiktiraf sebagai no 1 didunia yg paling bnyk menghidap kencing manis..smpai mat saleh ckp diorg suka mknan malaysia..mknan mlysia pling sodap sekali di abad ini..maka xhairan la klu peratusan yg mnghidap pnykit kncing manis kt sini 95%..jadi renung2kan lah..tp ptut dorg xyah la nek kn gula..diorg wat la kempen kesedaran len..

Nasib saya suka minum teh bunga. :D Tapi mahal juga. Kena beli di Maidin baru murah. Er.. Shah alam ada Maidin tak en. tawel? Maiden klang agak menakutkan la.

salam
ada banyak lagi barang lain macam ni
cuba tengok biskut cap ping pong kat kedai
biskut yang takde gula lebih mahal dari biskut yang ada gula
hehe

memang minuman kegemaran kau tewel sejak sekolah....air soya...tu yang otak intelegent...sampai harga ni pun dapat bezakannya....aku pun suka gak air soya.....pasni kalo nak murah soya tanpa gula atau ade gula...tempah je kat wak syam...rm1 dapat satu balang penuh...

Tanpa Nama

Itu maknanya pihak Yeo's terpaksa membayar pampasan kepada pihak Felda (pemilik monopoli gula Malaysia) sebab tak pakai gula..eleh..macam kerajaan kena bayar pampasan kat PLUS, dan pihak lebuhraya lain sebab diaorang tak dibenar naikkan harga tol... Amacam? Logik tak?

Nick

memang selalu cm tu kalau pasaraya beso beso ni
kalau tak caya cek list harga masa bayar tak kira la beso mana pasaraya tu apa jenis pun

hi salam kenal

salam..yelah tuan..patutnya makin murah la kannn..bengong betul diorang nih..

of topic..

bila mahu update blog ini incek tawel?
hehehe..
Sibuk ya?.. (^__^)

less sugar maknanya dia pure soya
with sugar maknanya dia soya + air tebu... sebab ada perasa tebu kat soya tu

semestinya perasa yg pure mahal

Tanpa Nama

ini bukan pasal harga gula turun harga produk pun akan turun. ini ialah teori asas ekonomi,sekarang ni semua orang nak jaga diet,nak kurang penggunaan gula,jadi demand tinggi.Pengeluar kapitalist apalagi,naik kan harga produk dia..

Tanpa Nama

sebulan masa berlalu...
masih tiada cerita baru ke??

ery

Dia (Ismail Sabri) kata pengguna seharusnya tidak perlu merungut dengan kenaikan harga gula kerana rakyat perlu mengubah cara hidup dengan mengurangkan pengambilan gula sekaligus mengurangkan subsidi gula yang perlu ditanggung oleh kerajaan. So, adakah rakyat kita ni nak kurangkan gula semata2 nak jaga kesihatan ke atau nak kurangkan kos atau subsidi gula?

Tanpa Nama

kalau beli ape2 pun, mane yg healthier memang lg mahal. tak faham kenape.

saye selalu beli red beans dr ayam brand. ade dua choices. satu yg biase, satu lagi less fat ke label ape tah, lupe plak - tp yg healthier alternative tu lagi mahal. nutritionally, takdelah beza mane pun.

hampeh sungguh.

Tanpa Nama

ter-stumble ke sini. ada pandangan tambahan ttg dua jenis air yg dipaparkan.

mengapa yang kurang gula/tanpa gula lebih mahal?
-mudah saja, gula asli(fructose atau gula harian yang kita gunakan) lebih murah

- gula sintetik ( aspartame, gula yang dibuat secara sintetik dan mahal berdasarkan jenis susunan karbon yang dihasilkan)

-gula sintetik yang berkualiti(bukan macam kat coke atau pepsi) agak mahal harganya. < sama lah untuk air yang claim no calories,no sugar~~semua pakai aspartame. tapi, untuk aspartame yang lebih menyerupai gula asli ( kurang rasa pahit) memerlukan proses penyulingan yang banyak.

pandangan sahaja~

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.