Back to home page

Adakah Michael Jackson Mati Dalam Islam?

27 Jun 2009 • 17 Komen Cetak Chenta!
Susah mahu cakap.

Ketika khabar beliau masuk Islam diperkatakan di seluruh dunia pada bulan November 2008, saya sudah pun menjelaskan bahawa beliau belum pasti lagi seorang Muslim. Beliau mungkin ya seorang Muslim, dan mungkin juga tidak.

Ini memandangkan sesudah 7 bulan berlalu, masih tiada langsung pengakuan daripadanya sendiri tentang agama yang sedang dianutinya. Geledahlah segala jenis media - TV, akhbar, internet - dan kita tidak akan menjumpai satu pun pengakuan daripada mulutnya sendiri. Justeru, saya pun rasa susah untuk menerima berita itu dengan serius.

Sekarang Michael Jackson sudah pergi. Maka persoalan sama ada beliau ini Muslim atau bukan, hanya boleh terjawab sewaktu beliau akan dikebumikan nanti. Jadi rasanya buat masa ini, adalah lebih selamat bagi kita untuk menahan dahulu sedekah Al-Fatihah kepada beliau.

Namun abangnya, Jermaine Jackson dalam sidang medianya ada menyebut bahawa "May Allah be with you, Michael, always." (t=1m 33s).



Semoga Michael Jackson benar-benar meninggal dunia sebagai seorang Muslim, dan Allah lebih mengetahui. Amin.
---

P.S. Oh, saya mengarang entri kontot ini sambil melayan Black or White. Malah pada pagi tadi, saya ada membaca beberapa berita di BBC tentang pemergiannya, sehinggalah saya membaca artikel bervideo ini:

Soalan: Kenapa ada logo NTV7 di New York? Ada kes ciplak logo ke ni? Aduh, satu lagi misteri!

17 Komen Tambah Komen↴

salam...
memang ada rasionalnya.. selagi tiada pengesahan dari wakil pihak M, kita tunggu dan lihat. bukan semua berita itu boleh dipercayai dan diterima sebulatnya.. kalau dia Muslim, it will be okay and if not...
think about it

Ain

NTV7 yang ambil logo ABC..ABC dah lama ade, sebelum NTV7 lagi..

Sudah ku agak Tawel akan cepat-cepat menulis tentang ini di Hembusan. Apa pun, hanya Dia yang tahu di mana letaknya kepercayaan agama En MJ.

PS: Eh, betul ke itu kamu yang saya terserempak Khamis lepas?

Pandangan gua..

Islam atau tidak Micheal Jackson semua tue milik Allah S.W.T... kalau ditakdirkan dier Islam.. tapi dikebumikan secara Kristian... itu tidak menjadi masalah.... Allah Maha Mengetahui...

Semoga Allah S.W.T merahmati dan mengampunkan segala dosa beliau...

C++

salam tawel.. ape khabar ko?? lama tak dengar khabar berita.. menulis pun dah jarang.. bz eh?? dublin rase mcm pelik pulak tanpa ko.. chewah.. anyway, aku kat msia ni.. tgh cuti..

ttg keislaman michael tu, hanya Allah je laa yg Maha Mengetahui.. sape laa kite nak menafsir keimanan seseorang tu kan.. ape2 pun, kite tunggu je laa mcm mana cara dia akan dikebumikan nanti..

soal iman hanya Allah yang tahu.
yang pasti banyak cerita dia dah memeluk islam.
biarlah, jika itu hanya spekulasi.
tapi kita mendoakan sahaja sebagai muslim dengan muslim.
jika tipu pun, biar Allah je yang balas.

wallahua'lam..
Islam atau tidak MJ adalah urusan dia ngan tuhan..
dewasa ni ramai yg mengaku Islam tp perlakuan kalahkan orang atheist..

hurm...entry yg bagus...tp terlebih2 elok dan tersangat elok jika kita xperlu ungkit ttg keislaman M.Jacko.bersangka baik pada beliau.sbb beliau pernah mencari ttg Islam.Tp sebaliknya kalau kita kafirkan beliau,tapi sebenarnya beliau adlh Islam,jadi kafir tu balik kpd kita.nauzubillah.

Tanpa Nama

jgn kita menghukum keislaman dia berdasarkan cara pengebumian dia. yg dikebumikan hanya jasad, mungkin rohnya islam.tetapi kalo berdasarkan ucapan abang dia tu mmg 99.99% dia dah islam 0.01% tu syak wasangka yg masih ada sebab kita tak confirm status sebenar.islam 100%.moga dia mati dalam keadaan dia dah islam.

@noorena, haha sayalah itu! :p Cari apa di SACC Mall?

@Jhaz, eh kat Malaysia? Hehe agak sibuk jugalah, tapi taklah sangat. Cuma tak dapat idea untuk habiskan artikel-artikel yang dibuat. Haa aku dengar-dengar pun dari member yang tak balik masa musim cuti panas ni, Dublin pun macam agak berbeza sedikit bila kau balik!

Ok terima kasih kepada para pengomen yang lain juga :)

Contoh cerita 1

Habad:Ohh kau tau tak, King kita ada saham arak di Seven E.
Ahmad:Oh ya...

Ahmad:Pakcik Omar, Pakcik Omar tau tak yang King kita ada saham arak.Seven E puan akaun dia.

P Omar: Kau ada bukti? Surat penyata. lihat depan mata atau kamu sekadar penyampai berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Ahmad:Betul Pakcik, Kawan saya pun ramai yang bercakap demikian.

P Omar:Ginilah Ahmad, anak saudara kesayanganku. Jangan berbuat dosa dengan mengkhabarkan apa yang kau tidak tahu asal usul berita dan juga kebenarannya.Kelak kau yang menanggung dosa.Walaupun kecerendungan berita seakan-akan fakta dan benar, kalau kamu tak lihat,dengar DEPAN MATA sila BERHENTI BERCERITA SERTA MERTA!!!

Ahmad.Baik Pakcik. Saya insaf :(

@Tawel, saya cari kamu lah! :p Baru ku tahu kewujudan Al-Amin Kids di situ. Sayang lokasinya agak tersorok.

@Bro Dhuat, hm.. ada cerita 2 ke?

salamullahi'alaik..tuan empunya blog..

pernah tahu tidak micheal jackson ada membuat suatu lagu yang menyatakan dia menantikan panggilan ALLAH untuk mendekati dinding ka'bah..sila cari artikel,video dan mcm lagi ye bru anda itu berhak menilai saudara semanusia begitu..sesungguhnya Allah dan malaikat itu sebagai saksi..

maka ingatlah kamu di saat Allah bertanya apakah perihalnya kamu berbincang soal manusia tetapi tali kasuttmu masih tidak terikat..

dan INGATLAH tuan empunya blog..

[heh..aku pulak emo..ahahaah..maaf hanya membuat luahan setelah satu hari hati tak tenteram..maaf kerana anda mendapat tempias..'asif jiddan alaik!!]

@akuBUKANkau,

salamullahi'alaik..tuan empunya blog..

Wa'alaikumussalam tuan empunya komen.


pernah tahu tidak micheal jackson ada membuat suatu lagu yang menyatakan dia menantikan panggilan ALLAH untuk mendekati dinding ka'bah..sila cari artikel,video dan mcm lagi ye bru anda itu berhak menilai saudara semanusia begitu..sesungguhnya Allah dan malaikat itu sebagai saksi..

Saya tak tahu. Yang saya tahu cuma satu lagu Zain Bikha bertajuk Gives Thank to Allah yang pernah difitnah sebagai lagu nyanyian Michael Jackson.

Apa kata anda tolong saya dan yang lain dengan memberikan artikel, video dan macam-macam lagi tu kepada saya? Dengan ini anda kelihatan lebih matang dalam memberikan pendapat dan komentar.

Sekian adanya.

aq ada terbaca artikel mengatakan Jacko pernah berjumpe ngan yusof islam dan bertanyakan pasal Islam.. tp bru2 nie lak aq baca yusuf islam mengaku yang dia x pernah jumpe pun dgan Jacko.. btw kalau btl dia Islam semoga rohnya dicucuri rahmat.. peace..

wah..maafkan saya kerana berfikir secara tidak matang..nampaknya.saya berfikir bagai mentaliti masyarakat melayu..'asif jiddan 'alaik..! kathiran!!

baik..saya tahu..dunia hiburan amat kritikal..maafkanlah saya kerana menyergah dengan melulu bagai arnab mencari lobak..ahah..iya sekali lagi saya kata..

"anda benar..saya yang salah..maaf"

dan dengan ini..suatu pengajaran sudah dipelajari..! thummalhamdulillah..moga dapat manfaatnya..!

dan soalan terakhir..apakah anda tidak bosan??

Logo ABC 7 tu dari NEW YORK adalah betul dan NTV7 ambil dari mereka dan ABC 7 dalah milik yahudi (ILLUMINATI)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.