Back to home page

Sebenarnya, Michael Jackson Tak Pasti Lagi Peluk Islam

25 November 2008 • 29 Komen Cetak Chenta!
Buat masa sekarang, dimaklumkan bahawa berita Michael Jackson masuk Islam adalah sekadar satu gosip sensasi semata-mata. Khabar angin ini pertama kali dipopularkan oleh akhbar tabloid sengal berbahasa Inggeris paling laris di dunia, iaitu The Sun. Untuk mengetahui bagaimana sengalnya The Sun ini, sila baca entri saya yang bertajuk Setiap Negara Ada Akhbar Sengal yang Tersendiri.

Berita ini kemudiannya digemakan di sana-sini oleh media pelbagai jenis dan bahasa, termasuklah akhbar-akhbar tempatan seperti Harakah Daily, Kosmo dan Berita Harian. Proses penggemaan ini sekadar mengulang-ulang isi laporan The Sun. Kesemua media yang mewara-warakan khabar berkenaan GAGAL melaporkan reaksi Michael Jackson sendiri tentang khabar angin tersebut.

Hanya Michael Jackson sahaja yang tahu agama yang sedang dianutinya sekarang. Maka selagi tiada kata putus darinya, kita wajib menganggap segala berita beliau masuk Islam ini adalah sekadar gosip semata-mata. Berita gosip hanya layak masuk di tabloid dan bukannya di akhbar-akhbar berkredibiliti seperti Harakah dan Berita Harian.

Sebab itu sehingga sekarang saya masih tidak melihat berita pengIslaman Michael Jackson di CNN mahu pun BBC! Di BBC, berita terkini tentangnya adalah berkenaan kes saman anak Raja Bahrain ke atasnya. Tak ada pun berita beliau masuk Islam. Ia tiada bukan kerana BBC tidak melaporkan isu sensasi artis. Sebaliknya laporan berita yang dikeluarkan oleh BBC, walau sesengal dan sesensasi mana pun ia, wajib disertai dengan fakta dan bukti.

Kepada para blogger, jika mahu menyebarkan berita tersebut sila nyatakan ia masih lagi satu KHABAR ANGIN, dan bukannya FAKTA. Penat ooo dengar khabar angin ni selama bertahun-tahun.

29 Komen Tambah Komen↴

Betul betul betul...

p.s. masih tak faham kenapa orang suka sangat menyebarkan berita yang tak tentu benar atau tidak.

PiE

Sebenarnye lagi bengang bila ade yang mengatakan Michael Jackson dah buat lagu nasyid.. Dah ar terang2an cilok lagu Zain Bhikha.. waduh.. ape nak jadi..

Anda tidak pernah dgr perkara ini? Sila google Michael Jackson Islamic song .. mesti anda akan dapati ia hanyalah lagu Thanks for Allah nyanyian Zain Bhikha..

@NahnuNasrullah, haha memang banyak kejadian Tipah Tertipu pasal lagu Zain Bhikha tu! Rasanya pertama kali saya tahu kes tu sekitar tahun 2005.

Tapi tu la. Suara Zain Bhikha dan MJ memang agak serupa la.

Ooo...cerita sengal rupa-rupanya. Nasib baik tak sempat den buat kenduri kesyukuran. : ) Silap-silap lepas ini mereka akan sengalkan pula cerita anak Yusuf Qardhawi masuk Kristian (contohnya). Berjuta dollar akhbar tu kaut keuntungan atas dasar sengal saja.

Kalau tak betul, harap-harap Mike saman akhbar tu $ 7 juta, boleh bayar kepada kerabat Diraja Bahrain.

Kalau betul, syukur.

Salam,

Dulu masa michael jackson kena tangkap kes mencabul budak2 tu, dia ada pakai bodyguard dr sebuah persatuan (kononnya) islam yang x bape islamik, N.O.I a.k.a NATION OF ISLAM, dorg kat sana dah cite pasal M.J ni "berminat" dengan islam.

sekarang bila kluar isu ni lak, mcm pelik je. hahaha~

@alexanderwathern, ya kita sama-sama nantikan ulasan dari Pak Jacko sendiri untuk mengetahui kebenarannya.


@Fat Akram, salam juga dan terima kasih untuk komen yang rasanya buat kali pertama di sini :)

Nation of Islam tu ada banyak jugalah kontroversinya. Huhu. Tapi apa pun, kebiasaannya kalau ada Black public figure di US yang masuk/kembali kepada Islam, akan adalah NOI di belakangnya. Contohnya Muhammad Ali dan Malcolm X.

Jadi tak hairanlah kalau MJ guna bodyguard NOI.

Wah..saya ada banyak gosip! Nak dengar? Sediakanlah yoko-yoko sebab memang sengal jugaklah gosip-gosip saya ni...

*Jahat punya senyum*

walaupun sengal, namun mungkin boleh jadi doa, Ameen

Tanpa Nama

Salam tawel...
Memang meragui cerita MJ ni peluk Islam. Kalau setakat masuk tapi tak beramal, buat apa. Kalau nak masuk, harapnya biarlah jadi macam Cat Steven.

Satu lagi yg kak su teringin amat nak pastikan ialah pasal angkasawan Nail Amstrong peluk Islam selepas mendengar azan berkumandang di bulan. Betul ke?

salam

Saya rasa isu michael jackson masuk islam ni kita tunggulah berita selanjutnya.
namun begitu berita kemasukan seseorang ke dalam Islam hendaklah kita sambut dengan gembira.
tentang niat mereka,itu semua hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

wallahua'lam

Firdaus

heh. biar betul Harakah Daily, Berita Harian dan Kosmo tak periksa kebenaran berita tu.

memangla kecoh berita ini di internet, tetapi bukan semua berita di internet boleh percaya. antara 10 berita di internet, belum tentu 1 yang betul. macam kes emma watson pelakon harry potter tu. dulu kan kecoh dia masuk islam, alih-alih, khabar angin sahaja.

tapi, kalau betul MJ nak masuk Islam, silakan. pintu Islam memang terbuka untuk sesiapa pun, termasuklah George W Bush dan Ehud Barak.. XD

salam

la...
berita itu tidak benar lagi ker....

@Suara, berita Neil Armstrong masuk Islam selepas mendengar azan di angkasa, adalah tipuan semata-mata. Err, tapi tak sangka juga Kak Su masih Tipah Tertipu sampai sekarang.


@rean, eh saya pun dulu memang agak percaya la Emma Watson masuk Islam ni. Siap ada orang kata, lepas di masuk Islam, tak lama kemudian dia meninggal. Aduh sengal!

Kebiasaan bagi mereka menjual berita-berita sengal seperti ini. Pokoknya, kita sendiri yang menentukan sama ada mahu sama-sama menjadi sengal ataupun tidak. Saya pasti Tawel bukan 'Sensei Segala Sengal', kan? :D

lerrr....takbetoi rupanya. Kat sini ramai orang dah mengucap rasa shukur, macamana berita tak sohih camtu boleh tersebar merata-rata. Takkan lah cerita masuk Islam pun sesuatu yang nak disensasikan dan nak dikaut keuntungan ? tak bertanggungjawab betol la akhbar tu...

saya ni dari dulu lagi yang namanya Micheal Jackson....saya tak berapa nak 'percaya'cerita-cerita tentangnya....tapi ntah kenapa yang cerita masuk Islam ni saya rasa macam betoi pulak...nampaknya tipah pun tertipu lagi la bang !

saya menanti berita sohih...

@noreena, eh sengal ke saya? :D

@ummuhanah, ada ke akhbar tabloid yang jual berita benar-benar sahih? Hehe. Siapa percaya bulat-bulat berita tabloid, memang senanglah ter-Tipah!

Salam..

begitula.pabila bertindak ikut hati..~

sape michael jackson tu?.. :)

Aduh..begini rupanya!

Yang lebih lucunya En Tawel, akhbar perdana kita papar berita yang masih belum pasti lagi di muka hadapan.

Pasal Emma Watson tu, yang paling kelakar sampai ke tahap tersebarnya email-email palsu yang mengatakan dia diculik oleh Israel dan dibunuh dan dah mati selepas diketahui Muslim. Ingatlagi masa tu di Mesir, dan tak baca lagi Harry Potter.

sape lah yg percaye ngan brite ni?..klu betul die msk islam patutnye suratkhabar tu bubuh lah gamba die time 'convert'tu..kan3.tp mane lah tau,tetibe michael jackson terbace cite ni,trus dapat hidayah msk islam betul2.huhu

good_girl

@alQasam, eh itu ke sebenarnya "kisah sebenar" kenapa Emma Watson meninggal? Hehe. Lucu, lucu!

@good_girl, rasanya MJ dah pun baca berita dirinya masuk Islam pada awal tahun 2007 yang lepas. :) Cuma masa tu, angin yang meniupkan khabar berkenaan, tak begitu kuat.

Saudaraku,

Bagaimanakah kelanjutan kes MJ ni?
dah adakah fakta berita menyertainya?

syukron

@abihasan, kes MJ masuk Islam ni masih lagi khabar angin. Sampai sekarang tiada lagi pengakuan dari MJ.

tapi dalam berita tulis abang kandung MJ sendiri yg jadi saksi waktu MJ buat syahadah.. wallahualam, x sangka kes ni masih x pasti lagi ek..

sebenarnya emma mmg dah lama mnggal.bapa saudaranya sndiri yg bunuh dia.sahabat saya yg dakwah dia.bapa saudara dia pon dah lama kena bunuh...serila tu kan..
alhamdulillah

Tanpa Nama

yg berlakun skarang tu bukan ema.media kat sana x sebarkan crita keislaman ema.kawan saya yg dakwah dia.ema mati diracun bapa saudaranya.bapa saudara dia juga dah mati dibunuh.wallahu'alam

Tanpa Nama

tapi CNN mesti x bgtahu pasal pengislaman MJ tuh punye sbb takut lagi ramai yg msk islam. yg pasal lagu tuh pulak (baca dr blog org) zain bhika yang nyanyi die buat special utk MJ.Spttnya wktu konsert terakhir MJ yg die nk buat tuh die nk nyanyi lagu tuh la pastu nak anounce sekali pasal die dah msk islam tuh.

Tanpa Nama

syukurlah klau btul btul masuk islam

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.