Back to home page

Subuh (Gajah & Ikan Paus) - 1

08 Jun 2007 • 19 Komen Cetak Chenta!
Kadang-kala agak rumit juga mahu menerangkan kepada mereka yang duduk di bahagian Khatulistiwa bumi seperti di Malaysia, tentang bagaimana panjangnya waktu siang musim panas dan bagaimana pula panjangnya waktu malam musim sejuk di sini. Di negara-negara yang lokasinya berdekatan dengan garisan Khatulistiwa, maka panjang siang dan malam adalah lebih kurang sama sahaja setiap tahun. Apabila kita semakin menjauhi garisan Khatulistiwa, dengan kata lain kita semakin mendekati bahagian Kutub Utara atau Kutub Selatan, maka jumlah perbezaan jam bagi waktu siang dan malam akan semakin berbeza dan ketara, lebih-lebih lagi pada musim sejuk dan panas.

Kita ambil contoh di Malaysia. Sepanjang bulan Januari hingga Disember pada setiap tahun, panjang malam adalah lebih kurang 12 jam (iaitu dari pukul 7 malam hingga 7 pagi) dan panjang siang juga dalam lingkungan 12 jam (iaitu dari pukul 7 pagi hingga 7 malam). Fenomena ini turut dialami oleh negara-negara lain yang lokasinya terletak dalam cakupan garisan Khatulistiwa seperti Indonesia, Kenya, Somalia, Republik Congo, Brazil dan Maldives. Rujuk garisan merah (iaitu garisan Khatulistiwa) pada peta dunia di bawah ini:



Sekarang kita perhatikan Ireland yang letaknya agak berhampiran dengan Garisan Artik (Arctic Circle) di bahagian Hemisfera Utara. Pada musim sejuk, waktu malam terpanjang (dan siang terpendek) jatuh pada bulan Disember. Pada tarikh 15 Disember setiap tahun, waktu Subuh di Dublin, Ireland jatuh pada pukul 6.39 pagi, Syuruk pada pukul 8.33 pagi dan Maghrib pada pukul 4.09 petang. Ini bermakna pukul 8.30 pagi baru nampak matahari, dan pukul 4 petang matahari semakin menghilangkan diri = 16 jam 30 minit malam.

Oleh kerana agak susah bagi sesetengah orang untuk membayangkannya, maka untuk penerangan musim panas, saya sertakan gambarnya sekali. Pada musim panas, waktu siang terpanjang (dan malam terpendek) jatuh pada bulan Jun. Pada tarikh 15 Jun setiap tahun, waktu Subuh di sini jatuh pada 2.48 pagi, Syuruk pukul 4.54 pagi dan Maghrib pada pukul 9.58 malam. Jadi, pukul 5 pagi matahari sudah mula naik, dan pukul 10 malam baru matahari mahu pergi = 17 jam siang.





Jadi apa signifikannya penerangan saya tentang berapa lama malam dan siang di sini dengan tajuk entri pada kali ini? Jawapannya: Kerana pada musim panas, sindrom Subuh Gajah dan Subuh Ikan Paus sangat mudah berlaku kepada kami.

Subuh Gajah dan Ikan Paus

Istilah Subuh Gajah mungkin tidak termaktub dalam mana-mana kitab agama yang klasik mahupun kontemporari. Akan tetapi, kita semua tahu apa maksud Subuh Gajah; iaitu solat Subuh yang dilakukan oleh orang yang liat sangat nak bangun Subuh sampai waktu Subuh tamat. Jika waktu Syuruk tamat pada pukul 7 pagi, maka Subuh Gajah biasanya dikerjakan dalam lingkungan 1 jam selepas itu, iaitu di antara jam 7 - 8 pagi.

Gajah adalah haiwan darat terbesar pada hari ini. Haiwan laut yang terbesar pula adalah ikan paus biru. Dan ikan paus biru pula lebih besar dari gajah. Oleh itu, Subuh Ikan Paus boleh didefinisikan sebagai solat Subuh yang dilakukan lebih dari 1 jam selepas waktu Subuh tamat. Jika Syuruk tamat pada pukul 7 pagi, maka Subuh Ikan Paus dikerjakan dalam jam 8 pagi ke atas. Apa pun ini cuma definisi yang bersifat satira semata-mata, maka sila jangan gunakan ia dalam mana-mana hukum fiqh.

Bangun pagi pada lingkungan jam 6-7 pagi adalah suatu perkara rutin yang dilakukan oleh majoriti manusia di dunia ini. Oleh kerana waktu Subuh di Malaysia (dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran Khatulistiwa) jatuh dalam lingkungan waktu ini juga, maka sindrom Subuh Gajah dan Subuh Ikan Paus jarang-jarang berlaku kepada mereka. Masalah timbul apabila tibanya musim panas bagi kawasan-kawasan yang lokasinya sangat berhampiran dengan Garisan Artik dan Garisan Antartik. Saya lampirkan waktu solat lengkap di Dublin, Ireland pada 15 Jun setiap tahun (iaitu pada kemuncak musim panas):
  • Subuh: 2.48 pagi
  • Syuruk: 4.54 pagi
  • Zuhur: 1.27 petang
  • Asar: 5.54 petang
  • Maghrib: 9.58 malam
  • Isyak: 11.28 malam
Seperti yang kita boleh lihat, beza antara waktu Isyak dan waktu Subuh cuma dalam 3 jam 20 minit sahaja. Apabila Subuh jatuh pada waktu yang sangat awal, maka timbul pula konflik - mahu tunggu Subuh baru tidur atau tidur dulu selepas Isyak kemudian bangun Subuh?

Jika tidur selepas Isyak, paling awal terlelap mungkin pada pukul 12 malam. Untuk bangun pada lingkungan jam 3 -5 pagi untuk solat Subuh memerlukan keazaman dan kecekalan yang sangat tinggi. Apabila terlepas waktu Subuh, maka terjadilah sindrom Subuh Gajah (dikerjakan dalam 5-6 pagi) dan Subuh Ikan Paus Biru (dari 6 pagi dan ke atas). Jika tidur selepas Subuh, maka sindrom Subuh Gajah dan Subuh Ikan Paus dapat dielakkan.

Solat Berjemaah di Masjid

Pada musim panas, Masjid Dublin melakukan solat Subuh berjemaah pada pukul 4 pagi tepat. Di sini sebenarnya ada satu fatwa yang membenarkan umat Islam menjamakkan solat Maghrib dan Isyak (pada musim panas sahaja). Amalan ini dilakukan di pusat Islam merangkap masjid terbesar di Ireland, iaitu Masjid Clonskeagh. Malangnya, Masjid Dublin tidak pula mahu menggunapakai fatwa tersebut selalu. Maka solat jamak Maghrib dan Isyak pada musim panas hanya dilakukan apabila hari hujan sahaja.

Saya sendiri tidak tahu mengapa Masjid Dublin tidak mahu melakukan jamak pada setiap hari seperti Masjid Clonskeagh. Padahal, fatwa itu sangat-sangat memberikan kemudahan kepada umat Islam; mereka boleh berehat dan tidur lebih awal selepas Maghrib untuk bangun Subuh pada keesokan pagi. Entahlah, mungkin mereka anggap akan jadi bidaah sesat jika dibuat selalu (NB: Masjid Dublin banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Wahhabi).

Oleh itu kalau mahu solat berjemaah Subuh pada pukul 4 pagi di masjid, kenalah terus tidur selepas solat Isyak berjemaah yang selesai kira-kira jam 11.30 malam. Bagi yang menunggu untuk tidur selepas Subuh untuk mengelakkan Subuh Gajah atau Subuh Ikan Paus, maka terlepaslah peluang untuk berjemaah di masjid. Bukan ramai yang sanggup untuk stay up sampai pukul 4 pagi semata-mata untuk tunggu solat berjemaah.

Saya pernah beberapa kali stay up hingga jam 4 pagi. Tetapi tak sanggup buat selalu memandangkan Tok Imam sering sangat baca surah yang panjang-panjang, ditambah lagi dengan tempoh sujud dan rukuk yang agak lama. Sejak Tok Imam mengimamkan solat Subuh pada jam 4 pagi selama kira-kira 20 minit (selalunya dalam 15 minit), saya nekad untuk tidur dahulu sebelum Subuh. Saya sendiri tidak faham mengapa Tok Imam tersebut mahu baca surah yang panjang-panjang belaka di kala Subuh musim panas. Bukankah itu agak membebankan jemaah?

Bersambung di bahagian 2...
-----

Fakta Sampingan

Bumi memiliki lima garisan latitud iaitu:
  • Garisan Artik (Arctic circle)
  • Garisan Sartan (Tropic of Cancer)
  • Garisan Khatulistiwa (Equator)
  • Garisan Jadi (Tropic of Capricorn)
  • Garisan Antartik (Antarctic circle)

19 Komen Tambah Komen↴

Subuh Gajah selalu juga dengar, tapi ini baru pertama kali dengar pasal Subuh Ikan Paus.

Pasal jama' solat Maghrib & Isya masa musim summer, misoSoup secara peribadi x amalkan sbb sblm ni org2 yg ajar boleh dijama'kan solat Maghrib dan Isya ni berlandaskan sebab 'akak/abang senior dulu bagitau'. Hm, tahu x mana2 sumber yg mengkonfemkan solat Maghrib dijama'kan dgn solat Isya pada waktu summer ni ialah fatwa dari sunni mazhab?

Tanpa Nama

dugaan besar tu Tawel nak bangun subuh sekarang ni.tp insyaAllah dpt ganjaran dari Allah swt.

Tanpa Nama

@Pauhfc: Yea..memang dugaan. Hehe.

@MisoSoup: Kalau tanya pasal dalil yang mengharuskannya, saya ingat sikit-sikit aje penerangannya. Jadi tak boleh la nak confirm. Tapi sama ada mahu jamak atau solat pada waktu yang ditetapkan, ini semua khilaf pada ijtihad oleh para ulama yang berkelayakan.

Setakat yang saya tahu, fatwa membenarkan jamak ini dikeluarkan oleh European Council for Fatwa and Research. Cuma saya tak dapat nak search fatwa tu di website rasmi Majlis Fatwa ni memandangkan website mereka menggunakan 99% bahasa Arab. Amat pelik apabila satu badan yang mahu menguruskan hal ehwal umat Islam di Eropah, di samping mahu menjalinkan kerjasama dan meningkatkan kesefahaman dengan dunia Barat, tetapi tidak menggunakan hatta salah satu dari bahasa utama di Eropah: English, French dan Spanish.

Setiausaha ECFR ialah Sheikh Hussein Mohammed Halawa, yang juga merupakan Tok Imam di Masjid Clonskeagh yang sememangnya menggunakan fatwa untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di waktu musim panas bagi kawasan yang terletak di kawasan berlatitud tinggi. Dalil keharusannya pasti ada, tetapi carilah orang yang betul-betul terer kalau nak tahu :)

assalamualaikum. bro tawel, mmg berlaku sindrom subuh gajah di negara2 yg 4 musim, tp istilah subuh ikan paus lagi best... tu tahap lambat sesangat tuh...

Andai tinggal berseorangan, amat mudah subuh ikan paus.
Andai tinggal berjemaah, amat mudah sahabat mencurahkan air untuk mengejutkan.

Extra Tips:Tidoq kat masjid

:)

antara perkara yang dimaafkan adalah terlepas solat kerana tertidur.

antara perkara yang tak boleh dimaafkan, menidurkan diri walopun tahu sudah masa waktu bersolat.

dgr kan lagu raihan:
Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

p/s-nasib baik aku buat part time keje anta paper.tiap2 mlm aku jd burung hantu, masuk blog,masuk forum,kepala penin. tp waktu ptg, aku tidor dlm kelas.lebur duit rakyat biasiswa aku.

di terengganu sekarang 6.30 pagi tu dah nampak matahari terik. so kalo stay up sampai pukul 2.30 pagi tu biasanya minum kopi utk stay sampai masuk subuh pukul 5.30. kalo tak, terus jadi subuh dinosaur kul 7.30 baru bangun. kunci 3-4 jam keliling kepala pon tak sedar.
setan-setan berdansa menepuk tangan..

ما حكم الجمع بين صلاتي المغرب والعشاء؛ لتأخر وقت العشاء، أو انعدام علامته
الشرعية في بعض البلاد.؟

انتهى المجلس إلى جواز الجمع بين هاتين الصلاتين في أوروبا في فترة الصيف حين يتأخر وقت العشاء إلى منتصف الليل أو تنعدم علامته كلياً، دفعاً للحرج المرفوع عن الأمة بنص القرآن، ولما ثبت من حديث ابن عباس في صحيح مسلم "أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، وبين المغرب والعشاء من غير خوف ولا مطر. قيل لابن عباس: ما أراد إلى ذلك؟ قال: أراد ألا يحرج أمته". كما يجوز الجمع في تلك البلاد في فصل الشتاء أيضاً بين الظهر والعصر لقصر النهار وصعوبة أداء كل صلاة في وقتها للعاملين في مؤسساتهم إلا بمشقة وحرج. وينبه المجلس على أن لا يلجأ المسلم إلى الجمع من غير حاجة، وعلى أن لا يتخذه له عادة.
الدورة الثالثة]

Tanpa Nama

BismillahiMasyAllah..

Bagus tulisan terbaru ni. Buat kami yg tak berada dekat negara2 latitude yg tinggi makin menghargai waktu Isya yg panjang. Alhamdulillah..

1) The arabic text that I have been posted above is the fatwa's given by
European Council for Fatwa and Research as bro Tawel has mentioned earlier.( Tolong perbetulkan boleh tuan site, senget benget textnya sebab ana paste ja.Minta maaplah ya) thanks to bro tawel, sekurang-kurangnya kita mencari ATAU linknya ini:-

http://www.e-cfr.org/index.php?option=com_content&task=view&id=163&Itemid=26

2)Rukhsah dan " tatabuk' Rukhas" sangat berbeza. Rukhsah sangat disenangi Allah andai kita lakukkannya sedangkan " tatabu; Rukhas" tidak digemari atau digalakkn oleh para Ulama kerana membawa kepada mengambil mudah dn mempermainkan syariat.

Di sini Fatwa dikeluarkan berdasarkan Ijtihad Makan or tempat tu sendiri dan telah ditegaskan
dengan DUA SYARAT:-

1)tidak boleh dijadikan adat dan tidak DAN

2) org Islam tidak membuatnya tanpa hajat dan keperluan. Ianya berdasarkan hadith riwayah Muslim. " أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، وبين المغرب والعشاء من غير خوف ولا مطر. قيل لابن عباس: ما أراد إلى ذلك؟ قال: أراد ألا يحرج أمته"


Fatwa berubah-ubah mengikut tempat, keadaan dan masa, dan tidaklah boleh bagi tempat, kawasan atau situasi yang berbeza-beza untuk mengambil fatwa ini demi alasan rukhsah kerana ianya akan membawa kepada " tatabu' rukhas" yg sangat tidak disukai dan digalakkan dalam Islam.

Tetapi, ini bukan bermakna Islam itu tidak memudahkan Ummahnya. Ya, Islam memudahkan Ummahnya, i.e " Bacaan Subuh sepatutnya dipendekkan-dlm situasi bro Tawel" TETAPI tidak MENGAMBIL MUDAH hukum-hukum dan fatwa juga ijtihad tanpa mengetahui methodoligi pengeluaran ijtihad tu sendiri.

Tentunya jug setiap fatwa sangat mengambil berat akan situasi uruf atau adah dan juga keadah Maslahah dan Mudarrah juga pertembungan di antara keduanya [yg berjalan di bawah panji " Maqasid Syara"
( Objektif)juga " Qawaed Feqhiah" ] berdasarkan sesuatu tempat dan kawasan tertentu.

3)ECFR, benar agak pelik juga ya mengapa tidak menggunakan bahasa yg maklum menjadi majoroti penggunaannya di negara Eropah..hemm perlu di tanya tu..

Wallahu'alam

Minta maap terlebih panjang pula komen kt sini.

Tanpa Nama

Apa beza subuh gajah dan ikan paus???

Tanpa Nama

kalau ikut geografi tak silap saya siang dan malam terpanjang... kemuncak sepatutnya 22 Jun dan 22 December ... ekuinoks n soltis...

Tanpa Nama

Lebih kurang time tu le :). Tapi tak banyak beza pun antara 22 Disember vs 15 Disember, dan 21 Jun vs 15 Jun dari segi panjangnya waktu.

Cuma rasanya, equinox melibatkan musim bunga dan luruh kan? Syarahan dari Ustaz Wikipedia:
An equinox in astronomy is the event when the Sun can be observed to be directly above the Earth's equator, occurring around March 20 and September 23 each year.

Salam Sdr. Tawel,

aku dh x igt penah tggal komen kat blog ko ni atau tidak..mgkin pernah tapi gune nick lain..wutever..

ni ade musykilah..biasanya student oversea ni gune program athan untuk menentukan waktu solat. spesifiknya aku nak tanya untuk waktu summer: kalau kita perhatikan dalam program tu ade beberapa method kiraan: Muslim World League, Ummul Qura,Egyptian authority, Universities of Islamic Sciences Karachi, dan Islamic Society of North America(ISNA). Kesemua kaedah yang digunakan mempunyai beberapa perbezaan dari kadar penentuan waktu Isya dan Subuh (twilight angle etc etc), by default kami biasanya menggunakan Muslim World League, tapi akhir² ni aku dapati kiraan Umm Qura bagi waktu summer ni lebih menyenangkan. Bolehkah kita tukar menggunakan kaedah ini dan kemudiannya waktu winter kita kembali pada biasa?

Maaf kalau silap tempat bertanya, tapi mgkin ko lebih tahu. Lagipon kita berada dalam situasi yang lebih kurang sama.Thanx.

Waalaikumissalam.
Hai, tak pernah lagi kot tinggal komen kat sini.

Sebenarnya, aku pun tak install Athan software tu sebab waktu solat dia selalu sangat lain dari waktu solat kat sini. Jadi aku pun tak boleh la bagi apa-apa nasihat. Kenapa tak ikut waktu solat masjid kat Jerman tu aja?

oh iye..rase cam pernah

'Faktor jauh'^_° lagipon orang turki(masjid kat cni jagaan komuniti turki..foreigner muslim cume kami dan beberapa african) ni berbeza juga waktu dia start solatnya..cntoh zohor sekarang masuk dalam 1330 tapi dirg solat dalam kol 1430, kalau Jumaat kol 1500..waktu lain ada yg lebih kurg ada yg lain...berbeza dgn ko, imam kat cni bace pendek2 je surah dan umumnya(kat bandar2 lain kat cni yg bermasjidkan imam turki) speed solat diorg mmg laju:kena rasa sekali terawikh diorg, 20 rakaat 20 minit!!

jadinya selain faktor td, x pergi masjid jugak sebab faktor lain dari kebiasaan gaya malaysia^_^..nak2 solat yg berlangitkan kegelapan(subuh maghrib isya)

once again,saje tny pendapat.

20 rakaat 20 minit? Ekspress tu! Kat sini 8 rakaat dalam 70 minit. Tapi tak tahulah pulak camne nanti bila bulan Ramadan jatuh pada bulan 6 dan 7. Takkan nak tunggu Isyak yang masuk dalam pukul 11 malam baru nak solat terawih.

haha..exactly ape yg kami rasa..tapi solat fardhu xdelaa selaju itu..cuma terkejar jugakla sikit..lagi-lagi kat rukun sujud dan duduk antara dua sujud.

Ramadhan time tu insya Allah dah xde kat sini..rasanya lagi 3 tahun kot.tahun depan baru sampai bulan 8.

Assalamualaikum
rasanya yang tak benarkan jama isya dalam waktu maghrib tu ikut hanafi. dan hanafi mereka sembahyang subuh 30-sejam sebelum syuruk dan mereka memperpanjangkan rakaat subuh. sebabnya:

1. jamak mereka tak sama dgn syafi'i. kalau dlm travel pun mereka akan tunggu akhir waktu zohor dan sembahyang waktu zohor dan apabila masuk asar, mereka sembahyang asar.

2. sembahyang subuh dan asar lambat kerana mereka berpendapat bahawa lebih baik kerana sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.

3. rakaat yang panjang - kerana membolehkan org utk sembahyang sunat sebelum subuh yg banyak pahala dan kalau bole sembahyang subuh berjemaah dgn rakaat pertama.

tidur sebelum zohor kejap utk refresh. insya allah :D

Tanpa Nama

betul2 informatif..
cara penerangan walaupun macam main "subuh gajah" tapi diterangkan secara profesional..

haha. teruskan usaha -> hembusan blogspot

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.