Back to home page

Sepanyol II: Barcelona

07 Januari 2005 • 2 Komen Cetak Chenta!
Gambar budak menangis

Sesampainya di Lapangan Terbang Girona, pegawai imigresen cakap bahasa Sepanyol dengan aku. Alamak, mana aku faham. Hmm..mesti tunjuk hebat sedikit. Aku pun buat-buat faham sahaja. Angguk-angguk kepala. Kalau macam pelik sahaja apa yang pegawai imigresen tu cakap, gelengkan kepala sahaja. Dan ini taktik yang sangat berkesan. Tapi kalau sesat, padankan muka sendiri.

Masalah sungguh. Majoriti buta Inggeris walaupun berkomunikasi dengan bahasa yang sangat mudah dan ringkas. Ingatkan mereka tahu perkataan-perkataan yang sangat ringkas. Jauh panggang dari api. Aku nak tanya panduan jalan pun serba-salah sebab masalah bahasa. Aku tanya, mereka jawab dalam bahasa Spain. Serupa tak payah tanya. Nak salahkan siapa? Salahkan diri sendirilah sebab tak belajar bahasa Sepanyol asas.

Jadi, kalau bab tanya-menanya aku serahkan kepada Farid dan Raja. Aku lepas tangan. Bukan apa, mereka tu faham sikit-sikit sebab selalu sangat tonton Telenovela. Raja pula pernah belajar bahasa Spain. Tapi dia dah banyak lupa.

Sesampai sahaja di pusat bandar Barcelona, terus mencari alamat hostel yang sudah pun ditempah awal sebelum ke sana. Sangatlah payah mencari alamat hostel tersebut. Berjalan ke sana-sini sambil mengusung beg yang agak berat. Baca peta berulang-kali masih tak jumpa-jumpa. Akhirnya tanya orang. Aduh, dia jawab dalam bahasa Sepanyol. Aku tak tahulah si Raja faham atau tidak. Aku rasa tak faham sebab lepas itu masih tidak berjumpa juga. Dan kami terus mencari.

Lama mencari, berjumpa juga. Bila masuk, kami disambut dengan bahasa Inggeris oleh seorang wanita berbangsa Sepanyol. Nasib baik dia tahu cakap Inggeris. Selepas memberikan sedikit penerangan, dia menunjukkan tempat tidur kami.

Alamak. Macam sempit sahaja. Dalam bilik itu ada 6 katil. Sewaktu aku masuk ada satu katil yang sudah diduduki dan ada seorang gadis yang kelihatan baru sahaja bangun dari tidur. Waktu itu dalam pukul 12 tengahari. Penat agaknya gadis itu. Buat pengetahuan, bilik hostel yang aku sewa itu jenis mixed. Maknanya lelaki dan perempuan sewa bilik itu. Sebab itu ada perempuan. Ini semua sebab nak jimat. Kalau tak mixed, sangat mahal pula yang perlu dibayar. Janganlah ada mana-mana gadis yang buat benda bukan-bukan waktu malam nanti.

Perempuan yang baru bangun itu keluar tidak berapa lama lepas kami masuk. Ke tandas agaknya. Tidak berapa lama kemudian dia masuk dan mengemaskan barangannya. Dia mahu check-out. Kami masih tidak menegur dia. Aku rasa tak sedap pula kalau tak tegur. Jadi aku buat keputusan untuk tegur dia dan aku memikirkan peluang yang baik untuk memulakan percakapan. Bila dia pandang aku, aku pun senyum. Ini peluang yang baik.

Aku tanya dia: Are u Spanish?, dengan harapan dia akan menjawab 'No'.

Namun dia jawab: It is very cold at night. You better ask for double blanket.

Aku membalas kembali: Ooo...

Aku tak pasti sama ada dia faham soalan aku atau tidak. Tapi dari jawapannya, dia memang ingin sangat beritahu kami bahawa dia kesejukan tidur malam semalam. Tengok dia pun macam menggigil-gigil sahaja lagi. Dari jawapannya itu juga, aku tahu dia berbangsa Sepanyol kerana telornya bukan telor orang yang biasa cakap bahasa Inggeris. Telornya persis telor orang Sepanyol.

Dia kemudian menuju ke arah pintu meninggalkan kami. Bilik itu kini hanya tinggal kami bertiga. Bilik itu kepunyaan kami!

2 Komen Tambah Komen↴

"Kerana telornya bukan telor orang yang biasa cakap bahasa Inggeris. Telornya persis telor orang Sepanyol."

Ayat tersebut buatkan Abqori tergelak-gelak sakan. Betulkah ejaannya 'telor', ke 'telo'? Kalau 'telor' maka orang Pahang seperti saya akan terbahak-bahak membacanya. Yang pasti, maksudnya slang, kan?

Apa-apa pun, saya dalam usaha menghabiskan entri-entri lama di blog ini.

Apa motifnya gambar anak kecil itu?

Aduh orang Pahang ni! Haha macam-macam! Memang telor, bukan telo mahu pun telur.

Saya nak beri bukti tak mampu. Saya tiada Kamus Dewan. Versi online pun sedang down. Maka sila gunakan kaedah Google: Telor percakapan

Gambar anak kecil tu tak ada motif sangat. Sekadar penyeri entri :) Hehe rajin la pula baca entri saya yang lama-lama tu. Banyak masa percuma ke? (free time) :P

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.