Back to home page

Barcelona III: Dublin vs Barcelona

09 Januari 2005 • 2 Komen Cetak Chenta!

Duduk sebentar kerana lutut aku dah longgar. Tercabut pula nanti.


Agak besar Barcelona. Cantik. Lebih cantik berbanding Dublin. Ia adalah sebuah bandar besar. Fadhlil pernah menulis di dalam blognya yang mengatakan Dublin adalah bandar seni. Aku pun ingat sama macam Fadhlil. Bila di Barcelona, barulah aku tahu yang Barcelona ini lebih berseni dan unik berbanding Dublin.

Di Dublin, Grafton Street menjadi tumpuan manusia yang cintakan seni. Di Barcelona pula, La Rambla menjadi lokus. La Rambla lebih panjang dari Grafton Street. Boleh kata 5 kali lebih panjang. Di sepanjang jalan ini kita akan jumpa ramai penggiat seni. Pelukis, patung manusia hidup, pemain muzik, dan banyak lagi menunjukkan bakat masing-masing. Mereka ini mungkin melakukannya demi minat atau pun kerana itulah cara mereka mendapatkan rezeki. Kalau nak cerita semua yang aku jumpa dan nampak, memang tak tahu bila nak habis. Jadi, aku letakkan sahaja beberapa gambar yang diambil sepanjang La Rambla ini.

Askar
Aku tertarik nak kasi duit pada askar-askar jalanan ni sebab muka mamat sebelah kiri tu mirip muka junior aku masa di sekolah menengah dulu. Ke dia sebenarnya?


Pelukis
Pelukis ni berbangsa China. Lukisannya nampak sangat hidup. Perhatikan tangannya yang sedang melukis itu. Dia tak guna berus. Cuma guna cebisan hujung kertas yang dilipat menjadi bentuk segitiga.


Peti Ais
Demi minat atau demi duit? Aku pun bagilah beberapa sen kat dia.


Cuma satu yang paling meninggalkan kesan dalam diri aku. Bagi aku, lelaki itu memang sangat hebat. Dia memainkan sebuah piano kecil (dimensi lebih kurang 30 x 20 x 15cm). Tapi dia tidak memainkan piano itu secara terus dengan jarinya. Sebaliknya memainkannya dengan menggunakan seekor katak boneka. Dengan kata lain, dia mengawal katak itu supaya bermain piano. Memang hebat skill dia.

Tapi sayang, baru sahaja aku ingin tangkap gambar ketika katak itu bermain piano, pertunjukkannya tamat. Nak tunggu dia main lagu seterusnya entah bila. Tempat banyak tak pergi lagi. Akhirnya, tak dapatlah tangkap gambar puppet katak main piano.

Barcelona adalah satu bandar yang terletak di tepi pantai. Dapatlah tengok pantai dia. Sempat juga memegang air Laut Mediterranean. Farid tak habis-habis kata 'Ya Allah..Laut Mediterannean ni. Ni lah yang kita dengar masa belajar Geografi dulu.'

Di tempat aku bermain-main dengan air dan pasir lautan Mediterranean ini, di hujung sana terdapat beberapa negara Islam yang turut berkongsi lautan ini; Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia dan Mesir. Bagi Maghribi pula, Islam di sana banyak dipengaruhi oleh kebudayaan orang-orang Moorish yang menjadi nadi kepada kerajaan Islam di wilayah Andalusia, Sepanyol.

Pantai
Bermain pepasir di pantai.


Bagi aku kalau pergi Sepanyol, Barcelona adalah sebuah tempat yang tak rugi kalau dilawati. Ada orang nak tengok banyak gambar. Jadi aku letaklah banyak gambar sedikit.

Paip
Seorang lelaki sedang mengambil air di paip awam. Paip macam ni senang dijumpai di Barcelona.


Paralimpik
Aku tak pasti monumen ni dibina sebab apa sebab dalam Spanish. Kalau tak silap (aku agak aje) untuk memperingati sukarelawan sukan Paralimpik.


Basikal
Seorang ayah... Seorang anak... dan sebuah basikal tua..

2 Komen Tambah Komen↴

Wah, Laut Mediterranean.

Sebelah rumah Abqori saja laut tu. Kenapa tak beritau Abqori awal-awal yang En. Tawel mahu ke sana? Boleh Abqori jerit dari sini. Biar angin yang menyampaikan jeritan itu.

Ceh, bajet macam Saidina Umar. Sedarlah diri, wahai Abqori!

@Abqori, kamu memang tidak takut dilambung ombak kerana berani berumah di tepi pantai! Kalau jerit pun, macam dah ada saja di sana masa tu ;)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.