Di United Kingdom, bagi setiap 5 petisyen penceraian yang difailkan, 1 daripadanya ada sangkut-paut dengan Facebook.Tengok-tengok hari ini, rupa-rupanya sudah ada kes keretakan rumah tangga yang berlaku di Malaysia gara-gara Facebook. 14 tahun berkahwin, kemudian isteri menyertai Facebook untuk mencari rakan lama. Bila sudah berjumpa, semakin kerap main Facebook dan melayan rakan-rakan lelaki lama yang sudah pun jadi suami orang, akhirnya galak bergayut di telefon pula.
Ini sangat menyedihkan.
Dahulu kita pernah ada isu kes cerai melalui SMS. Boleh ke tak boleh. Sah ke tak sah. Tak lama lagi gamaknya kena ada fatwa tentang hukum menceraikan isteri melalui status Facebook. Benda ini sudah pun pernah dibuat oleh Neil Brady pada awal tahun 2009 di UK. Status tersebut berbunyi:
Neil Brady has ended his marriage to Emma Brady.Hal ini tak mustahil boleh berlaku juga di negara kita apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang internet-savvy, contohnya makcik cleaner di tempat kerja kawan saya yang asyik bergaya dengan iPhone cap Apple-nya itu.
Dahulu, saya pernah menyarankan agar tak terlalu sangat melekat di Friendster (artikel ini ditulis ketika Facebook masih tidak begitu dikenali lagi oleh orang kita).
Kalaulah ia ditulis pada tahun 2010, pasti saya akan menutup artikel itu dengan memberikan saranan agar membunuh diri anda dengan Web 2.0 Suicide Machine.
Patutkah kau membunuh dirimu sekarang? Goyangkan pokok dan tanyalah pada hati sendiri. Tapi kalau kau lebih kenal 'kawan-kawan' Facebook berbanding jiran-jiran terdekat, kau memang ada masalah besar.
Apa pun, kepada insan-insan yang asyik menyuruh saya menyertai Facebook, ini mesej untuk kamu sekalian: "Kalau kau kawan sebenar aku, kau patut tahu macam mana nak hubungi aku. "
Heh, untuk nota sampingan, ingin aku khabarkan apa yang seorang Pak Tua beritahu aku:
Sentiasa bersederhanalah dalam apa jua perkara (termasuklah bersederhana dalam sederhana itu sendiri).
35 Komen • Tambah Komen↴
heh,i dont have facebook.
punya lah kawan2 dok pujuk ni tu, x terdetik pun nak buat.
[bagus, tetap pendirian!! haha~]
the reason; lebih selesa contact kawan2 by phone & mail. dan, x berapa suka join social networking site.
Hmm...sesuatu yang sangat menyedihkan. Manusia lebih dekat dengan komputer drpd Allah, lebih khusyu' berchatting dgn kawan lama drpd pasangan n ahli keluarga sendiri, lebih gemar memberi komen di wall facebook drpd membuat koreksi diri...carilah di mana kita letakkan teknologi...teknologi itu HAMBA kita@kita yg jd HAMBA teknologi?PERINGATAN BUAT DIRIKU YG SELALU LUPA...anda bagaimana?
'Chenta' mengapa ada versi untuk facebook?
Sekadar tertanya-tanya hehe
Entry yang bagus ini(juga entry lain anda yang saya kira bermanfaat) telah saya konsikan bersama sahabat saya di facebook.
Jom facebook! eh jom teh tarik hehe
--'''
salam.
ah, sungguh terkena dengan post anda.
minta kebenaran untuk menggunakan post anda di blog saya.
terima kasih
huhu..
dahsyat btol teknologi skang..
teknologi pon leh makan diri kalo x reti guna dgn sebaik nyer..
dulu tak terfikir nk berfb, tp lepas ada satu kes gambar yg x brapa best( dr segi kesantunan melayu) brsama kawan2 diupload ke fb, dan takde sapa kesah nk bgtau sehinggalah sy terlihatnya melalui fb kawan, maka sy bukaklah akaun fb sndiri. kini fb dah jd tempat utk moderate gamba2 yg diupload oleh kawan2,selagi mana sy di'tag', kalo x brsesuaian, maka bolehla bgtau trus supaya dibuang aja gamba tu dr facebook. dlm dunia skrg bilamana semua kwn pun berfb, dan upload gamba2 kita brsama mrk sesuka hati,nak taknak, utk jaga maslahah sndiri, mcm terpaksa pulak berfb, aduhai...
Hehe En Tawel,
Saya dah terFacekan face saya dalam facebook. Bahana housemate.
ada kekurangan dan kebaikannya facebook ni.lebih lagi mencari kawan,saudara dan jiran yang terpisah.agak sukar nak mencari kawan tanpa face book ni.aku ada sorang kawan duduk tak jauh dari umah..bila tepon tak dijawab dan asik berubah - ubah.pegi rumah tak de sape yang jupe wak s.....katanya dia pun dah jarang jupe..kawin pun sonyap2...mana mau jupe kawan macam nie...ada yang dah keje lansung tak pikir jiran2 dan aktiviti masyarakat..apatah lagi kawan sekampung..mgkn dgn face book ni sedikit sebanyak boleh membantu
Ada fb tp tak bape gemar sgt lepak sana.
Wat pun sbb nk ushar fb org lain. Hehehe!!!
Tawel, saya hapuskan akaun Friendster masa tahun 2006 selepas baca entri kamu. Tak sangka sekarang tersangkut dengan En Mukabuku pula! Adoi laa.. Gara-gara mahu mencari kawan lama la ni. Terima kasih atas nasihat. Aiyoh.. perlu kurangkan berada di 'situ'.
PS: Or should i say bye bye aje pada FB? Oh perlu kuatkan hati!
Askum Sidi,
Something to take a peek into to:-
http://roskiman.com/blog2/?p=92
More than religious issues (on FB's matter) it is more into physiological, sociology and pysho-spiritual problem. As for me, I really wavered what this sort addiction can done to me. Don't mention about Facebook, even a simple namely -blog- can make us wavered from ALLAH. Even when we talk/write of good things. That how delicate the barrier of not to put world matters within your heart. I fear for my own self mostly.
I don't care about other's social networking. But FB has a slight difference for my taste. Despite my usage of 0000.1% before and have put it aside for almost 7-8 months before I still considered it as a soft addiction that can harm your soul and mind if you are not controlling yourself.
Setiap perkara dunia. Hatta perkara kebaikan sekalipun (i.e: menulis tentang dakwah dan ilmu dalam blog) jika sudah meletakkannya dalam hati, menyintainya serta ia menyibukkan hati dari mengingati ALLAH, makanya sangat berbahaya pada perjalanan menuju ALLAH. Wajah (Picture) yang membawa kita lari dari fokus pada ALLAH berbagai-bagai namun kessannya sama.
Bagi saya, sifirnya mudah. Any kind of mu'malat asalnya adalah harus. Selagi mana tidak ada dalil mengharamkannya. Untuk meletakkannya apa yang sesuai dengan diri kita dan (our iman) timbang dengan neraca maqasid. Maslahah vs Mudarrah. Mana peratusannya tinggi untuk diri sendiri, maka dahulukan yang itu.
Contohnya. Blog (beri ilmu: 30. addiction: 70) hukumnya mudarrah itu lebih besar. FB (networking : 40 addiction: 60) atau (networking: 90% addiction: none 10%: ikhtilat lelaki perempuan ?) maka hukumnya menjadi berbeza-beza mengikut individu.
Bentuk-bentuk muamalah teknologi yang asalnya harus sukar ditentukan kriteria yang boleh membawa kepada hukum lain. In short, kena ada dhowabit (guideline) syara' dan tidak menjadi soft-addiction. Minta fatwa pada hati namun JANGAN pula beralasan dengan nafsu!
Allahua'lam.
salam,
akak ada facebook, baru je mula....sebulan yg lalu.
Memang seronok jumpa kawan-kawan lama, tengok muka dan tanya pasal ahli keluarga....tu yg paling baik apa yg akak rasai dgn facebook ni.
tak banyak yg huduh ttg facebook ni sebab akak dpt yg baik-baik belaka setakat ni...Alhamdulillah.
kalo nak selamat rumahtangga...biarkan pasangan kita ada facebook gak, add dia sebagai rakan, dan saling share password....
bolehlah kalo nak saling menyiasat. Bila dah camni keadaannya, tiadalah kita nak gelenya sangat dok bertenggek kat facebook sebab ada yg boleh lihat apa yg kita buat.
bernas tak idea akak ni ??
"Sentiasa bersederhanalah dalam apa jua perkara (termasuklah bersederhana dalam sederhana itu sendiri"
Memang bijak pak tua tu dgn quote ini...tapi bila kita bersederhana dalam sederhana, bukan kah dah menjadi terlampau bersederhana? Takut terkeluar dari had sederhana.
(my 2 cents)
Alhamdulillah, kak su masih belum termakan pujukan teteman dan kekawan untuk join fb. Jawapan kak su mudah je... "Saya tak ada gambar yg menarik nak kongsi, tak ada perkembangan baru nak bagitau... so, tak guna ada fb."
salam..haa, aku ada fb gak, tapi sekarang dah tak berapa nak layan. Sebabnya..kadang2 benda yang diborakkan dlm tu bukan ada faedah pun..cuma bual kosong jer...
Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Agak lambat baru saya hendak balas. Apapun..
@dhuat79, nasib baik baca komen anda. Kalau tak saya mesti terlupa nak masukkan kata-kata Pak Tua tu. Dari awal lagi ingat nak masukkan, entah macam mana boleh terlupa. Banyak sangat minum teh tarik kot!
@Cacim Pokodot, Flickr Blocker mungkin adalah jawapan untuk kegusaran anda! Heh :)
@Ibnu Ali, jangan face-off kan muka, sudahlah.
@Al-Qasam, peringatan yang baik untuk direnungkan bersama. Lama tak jenguk sini sejak kahwin. :)
saya masih bertahan dgn asakan FB. X tergoda dgn FB..insyaallah. Melihat kpd FB, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Lepak kat dpn 2 berjam2. Keje ape pn x jadik..
salam tawel, lama tak join
secara jujurnya memang akak dah sangkut dengan fb
tapi bukan bab berkenal-kenalan tu
akak sangkut bercucuk tanam, jaga akuarium dan bukak restoran
sungguh menduga iman, especially bila ranking jatuh huhu
@ida_zy, salam juga. Aha memang lama tak nampak menjenguk leher tu di sini. Erm bercucuk tanam, jaga akuarium dan buka restoran? Kalaulah isunya bukan Facebook, pasti saya sangka Kak Ida adalah usahawan bumiputera alaf baru. Hehe :)
salam...
setiap apa yg berlaku adalah ketentuan ALLAH, jgn salahkan sesuatu kemudahan itu. kalau sesuatu perhubungan itu x kekal lama itu sebenarnya dari sikap individu itu sendiri.. kita dengar beberpa kes tentang perceraian napa x buat kajian lak berapa ramai yang telah membina masjid melalui fb ni lak. kalau sesuatu yang tak baik itu berlaku ianya dari sifat individu itu sendiri...fb juga satu laman bagi menyampaikan maklumat dan sebagainya... cuba buat perbandingan sendiri..sebagai contoh berapa ramai orangkah yang telah mati krn terkena renjatan elektrik? mengapa kerajaan x haramkan penggunaan tenaga elektrik..guna jer lah pelita...lu pikirlah sendiri...
@man'is brutal, semua benda yang berlaku di dunia ni memang lah ketentuan Allah. Sekarang ni, kita bincang tentang asbab. Kalau pencemaran air berlaku, kita kena cari asbab ia berlaku. Contohnya mungkin sebab buangan sisa toksik dari kilang. Jadi, bukanlah kita nak salahkan kilang 100%. Tanpa kilang pun tak boleh juga. Kilang memajukan ekonomi, menjadi sumber pendapatan penduduk.
Kita bincang tentang asbab bro. Jangan mematikan perbincangan dengan memberikan hujah "setiap apa yg berlaku adalah ketentuan ALLAH". Nanti orang malas mengkaji, malas berfikir; lalu jumudlah kita.
Memahami asbab membuatkan kita faham sama ada ia sebenarnya sekadar perkaitan (correlation), atau pun penyebab (causation). Baca: Correlation does not imply causation.
Bila dah faham, satu pelan tindakan boleh difikirkan bagi mengurangkan kesan negatif sesuatu perkara yang turut memiliki aspeknya yang positif.
salam bro,mintak kebenaran salin artikel nak posting kat blog saya...
http://ballerexx.wordpress.com/2009/12/02/i-gotta-go-facebooking/
shud read this too :)
salam..
erm..ade pro & kontra nyer fenomena 'mukabuku' nie.yg pentingnye pada empunya diri..selagi tahu jaga batas diri, insyaAllah kurangla keterlibatan kearah perkara yg xelok.xselamat utk yg psg dua kot..takut terjumpa gambar 'suamiku bf kamu??'..ops..
kte x ley la ckp cam2,facebook ni bagus pe...kte ley knal owg dr sluruh pelusuk dunia yg kte x taw...aa,kwn lme yang dah lme lost cntact ngen kte pown ley cri..kte owg banyak kepentingan r pd sume yg sememangnya mengikuti perkembangan it
Salam..
sebelum facebook popular telah lama adanya friendster,myspace,tagged, dsb. tetapi kewujudan laman web tersebut semuanya tidaklah salah. Cuma penggunanya sahaja yang tersalah guna. kelalaian dan kehancuran semuanya berpunca dari pengguna itu sendiri, sedang perkara2 yang baik bukankah lebih mudah utk disebarkan dengan wujudnya laman web seperti itu? Sesuatu perkara itu boleh menjadi Harus sekiranya ianya boleh membawa kebaikan, dan begitu juga sebaliknya. Paling cantik kalau Islam yang ada bukanlah islam yang ketinggalan dgn teknologi semasa. kalau boleh Islam berkembang selaras dengan teknologi semasa. Gunakan kemudahan yang ada utk kebaikan bukan utk keburukan atau kerosakkan diri.
salam.
aku delete facebook aku tahun lepas tapi sebenarnya facebook takleh nak delete sepenuhnya, bukan seperti friendster dan myspace, sekali tekan delete, walah!! dah settle tapi facebook tak bagi kita delete account kita tu, katanya nanti kita nak bukak balik pada masa akan datang, kejadah la diorang tak nak bagi delete, private network la sangat facebook ni. (aku yang bengang takleh delete facebook)
@hansuke, salam juga.
Bunuh diri je. Memang tak boleh delete, tapi kau akan tak boleh masuk lagi lepas tu. Haha.
salam...saja nak berkongsi ni..cubalah buka laman web ni, ada cakap pasal facebook, pastu suami bunuh isteri dia sebab, isterinya declare cerai apa entah..hoho.
dasyat gak bahana teknologi ni...http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/politics/lawandorder/4579387/Husband-murdered-wife-and-killed-himself-after-she-ended-marriage-on-Facebook.html
Salam...
Bru 2 bln join fb dan bru smggu delete fb. Mulanya terikut ajakan kwn2 utk join fb. Tgk diorng dpt cntct kwn2 lma rasa tringin jgak nk join. Bila dh join, mcm2 boleh buat sehingga byk hbskan masa dgn fb. Dismping game brcucuk tnam, ikan2 yg sntiasa lpar, kucing yg nakal dan yg pling mengkhusyukn bila berlumba2 nk kumpul duit bnyk2.. nk ranking naik.. heheh. Kwn2 kat ofis berebut2 nk guna pc pasal nk berfb. Ada yg ltak gmbr mnarik. pnduan berguna, nsihat berguna.. begitu jgak gmbr2 yg sngt x menarik.. kata2 yg kurg syok nk baca.. so.. pikir2 kan lah..Kdg2 keje x dpt siap pasal berfb. TAPI, ada jgk kwn2 yg ada fb boleh kontrol nfsu, kdg smggu skali je bkak sebab nk tgk kot2 ada brita baru. Tapi, saya jenis yg x boleh nk kontrol diri.. kalau ada msti 24 jam je nk berfb. So... sume ni dtg dr dlm diri sndri, kalau rasa boleh kntrol dan tak menyimpang jauh dr lndasn masa, ilmu pengetahuan..go on. Tp bg yg rasa diri dh TERlebih2 je.. renung2kanlah smentara msh awl... Facebook, Frienster, Myspace or etc... sume ada kebaikan jika pandai mengolahnya tapi boleh membawa padah jika tersilap langkah..
Minta maaf kalau silap taip.. bersamalah ingat mengingati terutama untk diri saya..
salam en. Tawel,
sebagai seorang pengguna internet yang tegar, saya tak suka facebook.
tapi sukaa sangat lepak kat irc...
apekah >.>
@rean, masih selalu lepak di irc sampai sekarang ke? Haha memang old school habis ni. ASL please? ;)
LOL!ASL is soooo 97!! XD
sekarang ni dah tak asl lagi, we just jump into conversation XD
Dulu masa zaman irc, bercemahuk laki bini bergaduh.
Sekrang, dah ada Facebook, bercemahuk juga lagi.
Nak salahkan siapa?
Teknologi sentiasa memintas akal waras manusia, kan?
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.