Back to home page

Maybankard Visa Debit = Serampang Dua Mata

23 Disember 2009 • 41 Komen Cetak Chenta!
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: Kalau kau ada akaun Maybank dan ada juga Maybankard Visa Debit, maka kau wajib menelaah apa yang ditulis ini agar tidak menyesal di kemudian hari.
---

Hari ini saya gatal tangan untuk mencuba benda baru. Maka saya pun gunakanlah fungsi kad debit yang ada pada kad ATM Maybank untuk mengisi minyak ke dalam tangki motor.

Rupa-rupanya, kita hanya perlu memasukkan kad itu ke dalam pembacanya dan kemudian pam sahaja. Maksudnya tak perlu untuk kita spesifikkan jumlah amaun yang kita mahu terlebih dahulu.

Saya mengisi sebanyak RM4.22 dan sepatutnya inilah jumlah yang harus ditolak daripada akaun simpanan. Sesampai di rumah, saya login ke Maybank2u.com untuk memastikan jumlah yang ditolak.

Dem, kelihatan RM200 ditolak! Apakah yang berlaku?

Saya fikir akaun saya sudah digodam oleh mat bangla Shell yang asyik pandang-pandang saya tadi. Apa yang mat bangla ini hendak pun saya tak tahu. Mungkin dia ingat saya ini main-main gamaknya kerana mengisi minyak motor yang sekadar beberapa ringgit dengan menggunakan kad.

Sebenarnya saya rasa makin malas hendak beratur membayar, di samping pernah terpaksa menunggu selama 5 minit untuk mendapatkan pulangan wang baki. Alasan yang mat bangla Shell itu lafazkan: "Tak ada duit kecil. Tunggu kejap yaa."

Padahal saya menghulurkan sekadar sekeping RM10 untuk mengisi minyak RM5 sahaja, yang mana RM5 ini kemudian dipulangkan dalam kuantiti 2 keping RM1 dan baki RM3 dalam bentuk duit syiling! Tensi dibuatnya.

Daripada himpunan gerai kecil di pasar malam, sehinggalah kepada deretan kafe dan restoran di Bangsar Village, penyakit tak ada wang tukar atau pun tak ada duit kecil ini, mesti berlaku. Ya betul, saya memang wajib dilempang kalau saya komplen tentang seorang peniaga jalanan yang tak ada duit tukar RM50 untuk semangkuk cendol yang saya minum di gerainya. Namun, kita patut melempang pemilik sebuah kedai majalah dan akhbar di KLCC yang tak ada duit tukar RM50 untuk Time Magazine yang saya hendak beli.

Arakian berbaliklah kita semula kepada hal Maybankard. Saya mencari sebab mengapa RM200 boleh ditoyolkan sedemikian rupa. Lalu saya mendapati ia adalah daripada transaksi bernama PRE-AUTH DEBIT.


Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, justeru saya menelefon bahagian khidmat pelanggan untuk meleraikan beberapa misteri yang berbangkit. Di bawah adalah beberapa benda yang saya belajar tentang kejadian pada hari ini. Saya harap, boleh membantu sesiapa yang berkenaan di masa hadapan.


1. Apa benda sebenarnya Pre-Auth Debit ini?
Caj yang akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari ini, hanya dikenakan di 3 tempat sahaja: Stesen minyak, hotel dan hospital. Dalam kes stesen minyak, caj di Petronas ialah RM150 dan stesen selain Petronas ialah RM200.

Benda ini kalau kita hendak faham, lebih kurang macam cagaran. Jadi kalau kita cabut macam itu sahaja daripada hotel dan hospital, maka pemiliknya tidaklah rugi kerana kita sudah pun dikenakan Pre-Auth Debit terlebih dahulu. Namun dalam kes stesen minyak, saya rasa pihak pengurusan atasan Maybank sudah nyanyuk. Kita tidak pergi hotel dan hospital setiap minggu, tetapi kita isi minyak tiap-tiap minggu; malah ada yang 2 hari sekali isi minyak.

Kalau sekarang ini kau isi minyak RM10 dengan menggunakan kad debit itu, akaun kau akan ditolak RM200 terlebih dahulu. Dan katakan 4 jam kemudian kau mahu mengisi RM50 dengan kaedah kad debit juga, maka akan ditolak lagi RM200.

Erk, tak ke gila tu? Melainkan kau ada sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun, janganlah gunakan kad ini untuk isi minyak. Bukan apa, masalahnya tidak ada apa-apa paparan skrin yang mengatakan bahawa "RM200 akan ditolak terlebih dahulu daripada akaun anda apabila mengisi minyak dengan menggunakan Maybankard Visa Debit Card ini. Dan ia akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari".

Nampak tak sekarang bahawa Maybank sesuka hatinya menolak RM200 daripada akaun tanpa kebenaran dan pengetahuan kita. Memang ia akan dipulangkan balik, namun isunya ia dilakukan secara senyap-senyap.

Kalau dalam seminggu kau isi minyak sebanyak 2 kali dengan menggunakan kad ini, dan baki yang ada dalam akaun kau cuma RM500, maka apa jadi? Tak ke menggelabah bila tengok di ATM yang baki akaun kita tiba-tiba berada di bawah RM100? Nak telefon Maybank sudah satu hal. Talian khidmat pelanggannya yang tidak bebas tol itu pun satu hal juga.


2. Selain daripada tiga tempat di atas, adakah Pre-Auth Debit ini akan dikenakan apabila kita membeli-belah secara online atau pun di mana-mana tempat yang ada logo Visa?

Tidak.


3. Kenapa saya tidak perlu memasukkan sebarang nombor PIN semasa melakukan transaksi di Shell siang tadi?
Ini perkara yang paling buat saya gerun. Apa yang cik khidmat pelanggan itu kata, untuk setiap pembelian di internet, nombor PIN akan digunakan. Nombor PIN ini tidak sama dengan nombor PIN yang kita gunakan di ATM. Di Maybank2u.com, sila cari bahagian Maybankard Secure Online Shopping Registration untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memborong secara maya. Sebagai nota tambahan, apabila sudah daftar, akaun Paypal juga sudah boleh dihubungkan dengan kad debit ini.

Yang menjadi masalah besarnya sekarang adalah transaksi yang kita lakukan di stesen minyak, pasaraya, dan mana-mana tempat selain daripada internet. Ini kerana, transaksi tersebut tidak memerlukan kita untuk memasukkan sebarang nombor PIN!

Ini sangat memeranjatkan saya. Ia membuka seluas-luasnya peluang untuk orang lain mencabul dan meronggeng kad kita. Sekian lama saya ada kad tersebut, barulah hari ini saya menyedari hakikat yang sungguh menyeramkan itu. Saya sangka sistem keselamatan kad debit ini sama seperti apa yang saya alami sewaktu di Ireland dahulu, iaitu perlu memasukkan kod PIN untuk sebarang urusniaga yang tidak melibatkan internet.

Cuba bayangkan kau hilang beg duit. Di dalamnya ada kad debit Maybankard Visa. Kalau saya yang jumpa, saya boleh gunakannya untuk beli macam-macam di Giant dan Tesco. Satu-satunya cara untuk menghalang musibah ini daripada berlaku adalah dengan:
  1. Melaporkan kehilangan kad itu kepada Maybank dengan segera;
  2. Atau pun sebelum benda ini berlaku, sila pergi ke ATM dan tukar amaun untuk transaksi kad debit itu menjadi RM0 per hari. Tapi kalau buat begitu, apa relevannya ada kad debit ini?

Bab yang ini sangatlah penting untuk kita fikirkan kerana kad debit dihubungkan secara terus dengan akaun simpanan kita. Ini yang bahayanya. Kalau kau hilang kad kredit dan tiba-tiba ada orang lain yang berjaya menggunakannya, kau tak perlu risau sangat kerana setiap transaksinya akan menggunakan duit bank terlebih dahulu.

Saya bertanya kepada cik khidmat pelanggan itu tentang bagaimana kalau dompet saya dicuri, dan pencuri itu berjaya melakukan transaksi, katakan sebanyak RM1000 dengan menggunakan kad debit saya itu. Kes kecurian ini pula memang telah disahkan oleh polis dan bukan saya sengaja mereka-reka cerita. Maka, adakah saya akan dapat semula RM1000 itu atau ia lesap begitu sahaja?

Cik khidmat pelanggan itu menjawab bahawa dia tak boleh bagi jawapan boleh dapat balik atau tidak. Ia bergantung kepada pihak pengurusan. Sangat menggerunkan..

Melainkan Maybank meningkatkan tahap keselamatan kad ini dengan memperkenalkan sistem PIN bagi semua jenis transaksi, maka saya hanya boleh berharap agar kad ini boleh terus dilupuskan dari diari hidup saya sebaik sahaja tempoh basinya tiba. Munajat saya: Mahu kad dulu-dulu yang lebih old-school. Amin.

41 Komen Tambah Komen↴

Heheh. You are always a genius when it come to this kind of things. Amaze me everytime! :)

Salam gerun, Encik Tawel.
Kes yang berlaku kepada anta ni Tawel memang menggerunkan. Sebagai satu pengajaran terbaru saya sebelum balik ke Malaysia.

Kalaulah kes kad debit anta itu berlaku pada ammu Mesir sebelah rumah saya baru ini, mesti saya dah cakap pada dia, "Padan muka! Berlagak sangat". Tapi rasa tak baik pula, sebab ammu Ahmad, si tuan kedai kata, jiran saya itu kerjanya adalah cikgu sekolah menengah teknik. Kiranya dia itu orang intelek jugaklah. Dem, saya rasa perenggan yang ini tak ada kaitan.

Takkanlah mat bangla tu yang godam. Dia pun entah boleh entah tidak, menaip perkataan sajaha, eh, sahaja.

Oh, akaun paypal boleh digabungkan sekali? Yang ini, saya baru tahu. Ataupun mungkin selama ini saya memang kolot tak tahu.

Kenapa tulis Pesanan Khidmat Masyarakat? Kenapa tak Khidmat Pelanggan? Saya langgan blog ini, tahu tak?

Apa-apa pun, rajin pulak anta update blog sekarang. Cuti ke?
Semoga sukses selalu.

salam.

wah!
saya baru miliki kad debit Maybank ini,
konon nya untuk memudahkan saya.
tapi, chuaks juga bila baca post ini.
di 3 tempat ini, harus di elakkan penggunaan kad debit ini.. :P
boleh ya kad debit ni di-connect kan dengan paypal?
saya ingat kad kredit sahaja boleh..

btw, thanks again.. :)

miss aisya

Tawel,

Jazakillah for the precious info. Btw, jika saya guna Maybankkad di Parkson dll, pin number memang diminta.

@milk and cookies, mana ada genius. Merepek je banyak. Huhu.


@abqori, salam. Lama kita tidak bertegur-sapa. Hehe. Paypal tu memang dah boleh hubung dengan Maybankard Visa Debit. Dulu memang tak boleh, baru-baru ni je boleh.

Mana ada cuti sekarang. Eh baru perasan tetiba macam makin rajin update blog :P Apa pun, dah balik Malaysia nanti, habaq naa. Boleh gua belanja!


@Miss Aisya, boleh tu memang boleh. Tapi dengar-dengarnya, caj bila kita nak ambil duit dari Paypal untuk dipindahkan ke akaun Maybank macam agak mahal. Jadi, kumpul duit banyak-banyak dalam Paypal, kemudian baru pindah :)


@dith, boleh tahu tak 'dll' tu di mana? Saya rasa mungkin beberapa tempat terpilih sahaja yang ada sistem PIN.

Belanja? Kalau macam itu saya nak mahu dibelanja kedai ini. Ada orang kata, vanilla cappucinonya sedap. :D

Alang-alang dah bertegur sapa, saya nak tanya sikit. Dhuat jadi tak temuramah anta hari itu? Takkan dia tangkap gambar saja kot di kedai kopi yang tak bertahu akan namanya itu.

Ni macamana boleh balas komen ini? Bukan ke sekarang ni waktu kerja? Tawel!

ini semua salah anda. sapa suruh gatal tangan.

hahaha.

izinkan saya link blog kamu dalam laman saya??

moga Tuhan beri kebaikan.saya sudah letak pun.

@Abqori, fuh demand nampak! Mana ada temuramah. Lepak borak-borak begitu je. Oit, hari ni saya memang off day. Harap maklum :D

@aintawriter, nak buat macam mana. Ubat yoko-yoko untuk mengubat kegatalan tangan tak ada di sisi.

Salam Tawel,

Lantaran tak nak guna kredit card yang dirasakan sebagai perangkap kekeringan poket, kak su memilih untuk menggunakan kad debit AlRajhi. Paling tidak, kak su tak berhutang dengan bank dan tak ada tarikh bayar hutang yang perlu di ingat.

Diawal penggunaan, kak su memang gunakan untuk mengisi petrol di Petronas. Selepas dapat penyata akaun yang pertama, baru kak su perasan tentang Pre-Auth Debit ni. Kata dia yang kak su hubungi di talian khidmat pelanggan, itu hanya dicaj kalau gunakan kad di petrol pam dan bukan di kaunter. Kalau dikaunter, pekerja stesyen petrol akan terus masukkan jumlah yang nak diisi dan Pre-Auth Debit ni tak akan dikenakan.

Tapi memandangkan tujuan utama kak su guna kad debit di petrol pam adalah kerana tak mahu beratur dikaunter, dan dikenakan caj cagaran itu, maka tak ada gunanya kak su gunakan kad debit untuk mengisi minyak, baik gunakan tunai sajaha, kan? (ops... terikut dgn abqori pulak).

@Kak Suara, saya tak bersalah!

@Tawel, mau tak mengharap. Dah lama dah menunggu. Itu adalah lebih baik daripada temuramah dua orang beradik yang terkurung dalam rumah tentang permainan 80-an ini. Haha!
Hmm, baguslah kalau geng-geng blogger ini dapat jumpa-jumpa. Lepas ini, boleh buat The Hembusan gathering pula. Saya rela terbang balik untuk itu! Serius! :))

salam....

saya tak pernah isi minyak guna kad, setkat ini. Selalu cari masa mengisi minyak, yang bukan peek time. tapi, hari tuh shopping kain kat Kamdar, guna kad CIMB. Masuk no. pin, kuar resit baki akaun. so, tak der masalah... ^^

terima kasih banyak atas info se bagus ini.
selalu jadi silent reader, sahaja hari ni (tgh malam ni)taip komen.

rajin-rajinlah update, hehe

Haha. Adoi... awat la hang pi test kat Pam Minyak. Maka, tidak syak lagilah akaun itu akan ditolak. Kalau beli barang tiada masalah. Tapi bagus juga info ni. Nasib baik hamba belum cuba di pam minyak berdekatan. :D

@Suara, aha betul tu. Kalau dah kena pergi ke kaunter semata-mata tak nak kena pre-auth debit tu, jadi apa poin bubuh self-service kiosk tu kan? Tapi kalau dah pergi kaunter, lagi senang bayar tunai. Tak perlu nak tunggu pengesahan kad dan kena tandatangan lagi. Alahai leceh!

@Abqori, memang la hang balik nanti terbang kan? Maksudnya guna kapal terbang kan?

@Zakuan, hehe baiklah wahai encik zakuan yang suka baca senyap-senyap. Terima kasih :)

@Syafik, haha sebab gua jahil dan inosens.

Assalamu'alaikum,

Kehadapan Encik Tawel yang dihormati.

Setelah membaca pengalaman Encik Tawil dan Cik Suara dan digabungkan dengan pengalaman saya dan beberapa rakan yang lain, dapatlah saya simpulkan bahawa, KESEMUA KAD DEBIT VISA (di Negara kita) akan mendatangkan masalah yang sama, bukan hanya Kad Debit Visa Maybank.

Kebanyakan Kad Debit Visa ini mempunyai dua sistem pembayaran di kaunter, Debit dan Kredit. Jika kita memilih sistem bayaran Debit, maka kita perlu memasukkan nombor PIN, manakala jika kita memilih sistem Kredit, hanya tandatangan yang boleh ditirulah (yang tidak akan disemak oleh penjaga kaunter bayaran) yang akan menjadi pengesah itu adalah kad milik si pengguna.

Beberapa nilai tambah:

1) Jika mengisi minyak menggunakan Kad Debit Visa, janganlah isi "Full Tank". Sila masukkan nilai, jika kita tak masukkan nilai, maka nilai cagaran adalah RM200/RM150. Jika kita masukkan nilai, maka hanya nilai yang kita masukkan itu sahajalah yang akan dipotong. Bukankah ada butang nombor-nombor di sebelah tempat memasukkan kad itu?

2) Sila simpan nombor khidmat pelanggan yang tertera di belakang Kad Visa Debit anda. Ia sangat-sangat membantu di saat anda memerlukan.

3) Jangan dedahkan nombor 16 digit yang tertera di muka Kad Visa Debit anda, terutamanya kepada sesiapa yang menelifon anda. Jika anda "terbaritahu" nombor ini, cepat-cepatlah dial nombor khidmat pelanggan (rujuk perkara 2) dan minta supaya kad anda disita.

4) Jangan dedahkan tarikh luput Kad Visa Debit anda, ini juga boleh mendatangkan masalah besar. ( Haiz! Kenapalah angka-angka musibah ini diukir di atas kad jika tidak boleh didedahkan? Bangang apa???)


Penutup:

1) Semoga komen saya dapat membantu anda agar tidak tertipu.

2) Hendak tahu betul-betul tentang polisi kad-kad ini memang menyampahkan, tetapi perlu juga untuk kita tahu agar tidak tertipu.

3) Mohon maaf kepada Encik Tawel, kerana komen saya hampir-hampir terlebih panjang dari entri.

4) Eh! Encik Abqori pun ada. Lama tak dengar cerita. Apa Khabar?

5) Sebelum saya mengarut, lebih baik saya undurkan diri dulu...

@Aiyrie, wa'alaikumussalam dan kehadapan Enchik Aiyrie yang dihormati juga.

Aha, memang betullah. Saya pun naik menyampah nak baca dan faham betul-betul polisi segala kad yang saya ada. Bila baca dokumentasinya, mesti tulis halus-halus, panjang berjela, dalam bahasa yang kita susah nak faham.

Tapi saya lagi suka kad debit berbanding kad kredit. Al-maklumlah, tak perlu buat hutang macam kad kredit. Yang paling penting, dah boleh guna untuk membeli barangan di internet.

Mahu cuba beli satu dua buku murah di AbeBooks atau Amazon dalam masa terdekat. Tiba-tiba terasa gatal tangan lagi untuk tengok sama ada sistem PIN akan digunapakai atau pun tidak. :)

@Aiyrie, Dah agak dah, mesti jumpa balik abang Aiyrie kita ini di sini. Bila baca entri ini, terus saya teringat entri anta tentang kad anta tempohari. Nak juga saya buat pautan ke situ, sebagai penambah nilai untuk berjaga-jaga, tapi rasa macam entri itu telah dihancurpupuskan. Betul ke?

Saya sihat Alhamdulillah. Anta?

Nota tak penting : Mujur kali ini saya telah faham apa erti Khidmat Pelanggan yang disebut dalam entri ini. Meskipun saya agak was-was dengan frasa Khidmat Masyarakat pada mulanya, biarlah ia jadi rahsia kita. :D

abang saya suka duit dia selalu kena tolak rm200 setiap kali isi minyak sebab katanya nanti taklah risau duit dia cepat habis, kira macam maybank tolong simpan duit dia sekejap. hahaha...

rasanya pendapat camni sesuai untuk orang yang boros je ;)

salam..maklumat berguna..baru jer tau..

salam
kalau yang beli hotel tu, kena tunggu kita check in kat hotel tu ke baru maybank bagi balik duit (sebab kata sebagai cagaran).. ke camner eh? tadi tengok lam akaun tiba2 hotel tu tolak rm 100 sebagai pre-authorization debit.. aish fenim2

Tanpa Nama

Assalamu'alaikum,

Seperti yang Encik Abqori katakan, saya memang ada membuat entri tentang kad debit saya suatu ketika dulu. Entri itu masih ada, cuma pautannya telah bertukar.

http://syok-sendiri1.blogspot.com/2009/05/myeg-penipu-kad-debit-nombor-dan.html

Moga-moga ada sesuatu yang dapat diambil dari pengalaman saya yang tidak seberapa ini.

Aku pun pernah rasa benda yang sama. Ye la, masa tu baru dapat Maybankard Visa Debit, ingat nak cuba-cuba gak la gores kat Petronas. Masa tu memang dah tahu baki ada la dalam RM 200. Disebabkan nak pam minyak RM 50 aje, maknanya ada baki RM 150.

Nak jadikan cerita, esok pagi ada la sedara-mara nak pinjam RM 100, emergency katanya. Maka aku secara baik hati pegi la cucuk kat ATM Maybank, bila nak withdraw, mesin ATM cakap baki tak mencukupi. Apa cuak la juga.

Terus aku call service center dan tanya baki aku. Dorang cakap RM 150 di "tolak" sementara, dalam 2-3 hari akan bagi balik semula. So, itulah kali pertama dan terakhir aku bayar minyak guna kad kat pam... kalo tak ada duit pun, aku pegi la mana-mana ATM Maybank, CIMB ke, BSN ke yang ada dalam Petronas atau Shell cucuk duit...

assalamualaikum,
erm... sebenarnya ada salah faham sikit kat sini...
walaupun aku ni bukan lah dari pekerja bank tp aku ada jawapan
untuk benda ni sebab aku kerja ngan stesen minyak. Ok 1st sekali, korang kena bukak minda sikit.. Mungkin apa yang aku bagi ni agak mengelirukan...

1. Pre-Auth tu sebenarnya jumlah yang di potong masa korang swipe kad tu kat pump minyak. Tujuan dia adalah untuk memastikan bahawa kad korang tu ada duit. So, dia pun potong RM200, mana ada kereta yang isi minyak full tank RM200. Di sebabkan sistem pump tu, kalau isi pakai kad kredit @ debit dia akan jadi pengisian unlimited. selagi korang tak tarik nozel tu, selagi tu la minyak dok masuk dalam tangki kereta korang.

2. Apabila korang dah habis isi, Jumlah dia contohnya RM10.00. Bank akan potong RM10.00 pulak dari akaun korang. Jadi jumlah semuanya adalah RM200 betul tak??.

3. Lepas je korang isi minyak dan chow dari station minyak tu, pihak bank akan buat 1 slip pembayaran masuk akaun korang balik sebanyak RM200. Agak2 la kan 1 cheque boleh clear dalam berapa lama?? dalam 3-7 hari gitu la, buat pulak akaun korang tu bukak kat johor isi minyak kat perlis.. memang confirm seminggu lah baru clear duit korang tu.

Tunggu la seminggu lagi.. Tgk duit korang masuk ke tidak...
klo tak masuk korang gi bank dan claim balik...
klo dah diorang tak tanggungjawab.. report polis dan tv3...
pastu diorang tahu la nasib diorang cam na..
hehehe

ery

Alhamdulillah..nasib baik saye terbace...dah lame ade kad debit maybank..tak penah gune pon..gune utk atm jerk..pasni konfem tak nak guna langsung..thx en tawel..bagi info begune ni...:)

@ery, yang saya tak berapa faham, kenapa perlu ada Pre-Auth Debit kalau nak pam minyak? Tak boleh ke datangkan satu sistem yang bagus sikit, macam:

1) Lepas swipe, kita tentukan jumlah amaun. RM5, 10, 50 atau 100, itu kita yang tentukan dengan menekan butang yang ada di kiosk tu. Susah sangat ke nak program mesin tu supaya proses pengisian tu tak jadi unlimited kalau kita guna kad debit/kredit?

ATAU PUN

2) Kalau bawah RM30, tak perlu kenakan Pre-Auth Debit. Kalau lebih, baru kena. Baru la logik sikit. Ini isi RM3 pun kena potong RM200 dulu.

Assalamualaikum incek tawel..

uiks.. betul ke jadi macam tu? ish2.. ni bahaya ni.. kena bagi tahu akak sy jangan suka nak guna kad tu dengan sesuka hati.. susah juga yer guna kad2 macam ni.. baik bayar tunai aje..

@tawel, pada pengalaman saya la kan.

1) bukanlah tak boleh di adakan sistem yang lebih baik. Cuma kos dia agak tinggi. cuba bayangkan, 1 board = RM 10K.. (1 board utk sebelah pump). 1 pump guna 2 board. Kalau pump tu ada 4 pump? RM 80K. semua tu stesen minyak tu kena tanggung tau.

2) pre-auth bukan nak susahkan pelanggan sebenarnya. dia menguntungkan jugak. kenapa?
- kalau misalnya duit dalam bank ada RM10 tapi kita ingat. Then swipe, kalau dia x pre-auth dan lepaskan transaction tu. pelanggan tu gi isi RM50.00 plak.. Bank akan tetap bayar kat stesen minyak tu RM50 tau. tapi, dapat tak korang bygkan brapa interest yang korang kena bayar untuk lebihan RM40 tu dekat bank?? Bank tak kan bagi chance pny kat orang yang guna duit dia.
- Kalau misalnya tak de pre-auth, customer mungkin akan berasa untung. Tapi, cuba bayangkan.. Stesen minyak tu ada sistem yang boleh set la kan... Nak isi RM 10.. So, setkan la jadi RM10. Thats mean duit dlm akaun dah potong lah RM10 btol tak? Sekarangkan semua stesen minyak buat prepaid. bayar dulu baru isi. tgh2 dok ngisi dalam RM4.00 elektrik plak putus. 1st sekali apa yang korang akan buat?
a. Gi mintak duit balance, kat bangla yang jadi cashier.
b. Tutup tangki minyak dan belah buat tak tahu.
c. Tendang pump sampai dia keluar minyak.
d. Mencarut kat tokey stesen tu dan berjanji pada diri sendiri tak akan isi minyak kat stesen tu dah walaupun stesen tu berada paling dekat dengan rumah.

Kalau ery, ery akan pilih B. sebab jawapan lain semua x munasabah. Memang salah ery pun. yg pi set tu kenapa. dah la bayar guna kredit card. kredit card adalah guna sistem postpaid. Maksudnya guna dulu baru bayar. contohnya kalau gi shopping complex. kita da amik barang2 baru kita bayar betul tak?

Sambung balik pasal kalau ada pre-auth. Mula2 dia potong RM200 dari akaun ery.. Seminggu lagi dia akan pulangkan balik. then nak isi RM 10 tapi xde letrik sampai RM4 je. eri letak nozel dan belah je la. RM 200 tu minggu depan dah dapat balik. Minyak ari ni, dia potong RM4 je. So, stesen minyak xrugi customer pun xrugi..

Sekian~
=)

p/s: Bank kena bagi komisen kat ery ni.. sebab tolong explain kat korang semua.. hehehe

ery

wah! bahaya sungguh segala kad yang wujud di malaysia. Dari kad pengenalan hinggalah ke kad debit....




dengarnya kita boleh membuat transaksi melalui kad pengenalan...
bagaimana pula ya?

@sarah, Meps Cash caranya. Yang ni tak guna PIN juga. Tak tahulah sistem sekuriti apa yang diguna.

zaman ni sume pkai dwit..
ishh3..

Tanpa Nama

salam..sy pengguna kad debit maybank..saya tak baca blog ni sampai abis..panjang sangat.cuma...tentang kes pre-auth debit ni telah ditekankan/dijelaskan oleh pegawai yg membuat kad bank sy tu.dia kata, kad ni boleh digunakan sebagai 'cash' di mana-mana kedai2 terpilih namun bila ingin mengisi minyak perlu dibuat gunakan kad tersebut di kaunter, sebab kalau kita direct trus gune mcm kat petrol pun, dia akan telan sume duit dalam akaun(yg kurg 200) dan maximum 200(jika lebih dlm akaun), saya tanya sekali lagi utk pengesahan takut2 terslh fhm..dan dr awal smpi la skrg, sy msh ingt, dn klu nak isi minyak gune debit kad perlu pergi ke kaunter mintak die isikan, bagi kad tu, dan lepas kuar resit, die akan bagi satu salinan resit yang perlu kita sign dan dia akan simpan sbg rujukan.klu maybank kad dulu, penggunaan dia lagi senang, xyah g kaunter, masukkan kad dan terus tekan brp nak masukkan dan kuarkan kad, kemudian lepas abis pam, automatik resit akan kuar, skrg leceh sket kene gi kaunter, klu kaunter kosong xpe, klu panjang kene la tggu giliran.cume persoalan sehingga kini, bile kad ni da bole gune di petrol pam tanpa di kaunter?sbb yg ni pegawai bank tu xbgtau saya..mm..ataupun mmg utk selama2nya..?

@Cik Te-li-ti di atas,

Maaf lambat balas komen. Memang betul yang kalau kita pergi bayar di kaunter, maka tak ada kena Pre-Auth debit. Tapi kalau dah pergi ke kaunter, lebih baik bayar tunai kan? Kita tak mahu ke kaunter sebab malas nak beratur.

Tak tahu la bila boleh kad tu boleh digunakan di pam sahaja tanpa kena Pre-Auth debit.

Tapi sebenarnya kan, bila fikir-fikir balik, guna kad kredit atau debit di pam tu bahaya. Sedangkan mesin ATM yang ada di bank pun, ada penjenayah boleh letak alat klon dan kamera mini tersembunyi, maka apatah lagi sekadar di pam. Malah masa nak masukkan no pin di pam, kena lebih berhati-hati sebab ruang orang nak skodeng tu lebih luas.

pre-auth ni mmg ada kebaikannya... tapi menyusahkan... mgkin x jd masalah pd org yg byk duit... duit beribu dlm akaun... tapi mcm mana kpd org yg duit dia sikit n tgh sesak?? kita mgkin x alami lg, n mgkin kita akan alaminya... katakan la dlm bank ade 400rm ja tggal... mau x mau isi minyak da kene ptg 200rm... tggl 200rm g...

agak2 la, kalu kita tetiba sesak... nk byr dlm 300rm @ 250rm.... mcm mana??? bank mau bayar ka?? mau mintak utang ka?? sistem ni perlu dikaji lg mendalam sy rasa... sbb menyusahkan... salah ka kalu wat system yg sama2 bleh pkai?? kata 1 malaysia... wat la system yg 1 malaysia bleh pkai... malaysia ni bkn suma org senang... isi 3rm, kena ptg sampai 150rm.. gila ka hapa?? undang2 sapa buat ni??

Tanpa Nama

salam..

kirenya kalau nak bile tiket flight, kene buat online shopping registration eh?

apa plak law kite pegi kat mall?..ad ke die akn mintak num pin yg mcm secure online jugak ke?

arghh tensen kene tolak rm150 td...mase isi minyak kat petronas...isi 15 je pun...balik umah on9 maybank2u tgal ciput je...
haih...nak tgu refund balik bapak lame ;|

tp sungguh ke ni dye refund balik?bimbang r...byk tuh 150 T.T

Tanpa Nama

baru terjadi kat aku tadi. terkejut gak kenapa tetiba hilang RM200. bila google sampai lah ke blog ini. so lepas ini munkin aku tidak akan menggunakan maybank cerry tu kad petrol pum lagi

Damn... aku pon dh terkene.. 200 hinggit duit aku hilang.. Minta share artikel leh.. supaya org lain x terkene..

Tanpa Nama

ha ha....hari ni ana kena juga cam ente2 semua...terkejut juga...ingatkan ada orang curi duit...rupanya ana kena pre auth debit..selalu pakai tunai...hari ni gatal lak nak guna kad debit ni kat petrol stesen...kena tunggu seminggu lagi lah nak dapat refund.....bila baca post ni lega juga...thanks!!!!!

Tanpa Nama

haizzz... thanks for the useful information.. just understood the stupid system..

Tanpa Nama

wooow..gua da terkena hari ini..mujur ada infomer..
tq geng..

En SriHari

saya pun dah terkena...buka akaun ni dah lama...tp mlm tu (02/09/2012) saja gatai tangan nak guna kad..bukan apa saja nak cuba sebab sebelum ni guna kad shopping complex ok pun...minyak masuk rm 30 je...blk check akaun bank potng lebih tu yg hairan tp bila terjumpa laman i baru rasa lega sikit...ingat duit dah kena kebas...tp rasa tak safety la guna kat petrol pump..ari tu sbb tak perlukan apa2 no pin pun cuma masukkan kad..kad dah disahkan keluarkan kad..angkat nozzle..pump banyak mana kita nak..pastu..letak nozzle..terus resit keluar..kalau la kad kita hilang..tak sempat nak report..sapa2 pun blh guna kat kita tu...

puan ani...

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.