Back to home page

Hah? Kau Kata Holocaust Itu Tahyul?

10 Januari 2010 • 28 Komen Cetak Chenta!
Humor di sebalik gambar kucing di atas boleh dihayati sekiranya i) Anda kenal siapa dalang utama Holocaust; dan ii) Anda arif bagaimana bentuk misainya. Sekian adanya.


Apa itu Holocaust? Ringkasnya, ia adalah detik hitam sejarah manusia yang tercetus ketika Perang Dunia Ke-2. Dianggarkan sebanyak 6 juta penduduk Yahudi di Eropah telah dipupuskan oleh gerombolan Nazi yang kejam.

Kenapa ia berlaku? Adolf Hitler selaku pemimpin terutama Parti Nazi ketika itu, amat bencikan Yahudi. Maka gerakan menghapuskan Yahudi secara besar-besaran terus dilancarkan sebaik sahaja beliau naik junjung.

Arakian dimaklumkan bahawa saya adalah antara sebahagian individu waras yang percaya bahawa kisah Holocaust ini memang benar-benar terjadi. Sebaliknya, gerakan Holocaust Denial yang wujud pada hari ini cuba menafikan sejarah tersebut. Kata mereka, Holocaust itu tahyul. Kata mereka, Holocaust itu auta, dan bukannya fakta.

Dalam erti kata lain, Holocaust bagi mereka, adalah satu konspirasi terbesar orang-orang Yahudi!

Terima kasih kepada sebilangan kecil ustaz, ustazah, tok sheikh, mak sheikh, dan pemimpin dunia Islam yang sengaja atau pun tidak, yang telah mengompangkan lagu Holocaust Denial di sana-sini. Akibatnya, fahaman tersebut semakin menular dan diterima bulat-bulat oleh sekelompok umat Islam dewasa ini. Mentang-mentanglah isu Israel-Palestin masih tertangguh di jalan buntu, maka adakah dengan itu kita sewenang-wenangnya boleh mempercayai kesemua tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Yahudi [1]?

Bagi saya, Holocaust bukanlah suatu konspirasi global Yahudi untuk menagih belas kasihan umat dunia. Bukanlah ia juga sebahagian daripada perancangan mamat-mamat Yahudi untuk membuatkan kita semua lupa tentang derita saudara seIslam kita di bumi Palestin.

Bahkan kepada sesiapa yang terlalu anti kepada Yahudi, saya sering mengingatkan bahawa musuh sebenarnya bukan Yahudi, tetapi Zionis. Maaf, saya bukan hentam kromo dalam membuat kenyataan ini kerana Sheikh Yusuf Qaradawi turut tidak menafikannya.

Eh, ada apa-apa ke saya mempertahankan Yahudi ini? Oh tidak, saya tidak disogok dengan sebuah komputer Dell berkuasa Intel. Saya juga tidak diberikan kupon-kupon percuma oleh Starbucks. Cumanya, saya bukan jenis manusia yang senang-senang membuat kesimpulan tentang sesuatu isu tanpa melihatnya daripada setiap sudut yang saling bertentangan, lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan teori konspirasi seperti Holocaust Denial ini [2].

Apa pun, bukanlah tujuan saya untuk bersurah kepada anda semua tentang kenapa saya percaya Holocaust benar-benar terjadi. Sebabnya yang pertama, saya bukan pakar sejarah Yahudi. Kedua, ini blog, bukan buku. Ketiga, bila kau cari sendiri jawapannya, dan bukan disuapkan, maka secara metaforanya nasi kosong yang dimakan akan terasa lazat seperti mana kau menjamah Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang [3]!

Namun demikian, ingin saya petik beberapa perenggan daripada sebuah tulisan oleh Sheikh Hamza Yusuf [4] yang bertajuk Holocaust Denial Undermines Islam:
In the case of the Holocaust, the facts are clear and transmitted from multiple sources. Tens of thousands of Jewish and other individuals who survived the death camps and other horrors of Nazi Germany lived to tell of it. Nazis were brought to trial, evidence was presented in court, and they were convicted. Mass graves were found, and gas chambers were discovered...

...I have personally met many Holocaust survivors and their children. I have seen tattoos. I have also heard firsthand accounts of the horrific events. The numbers and details of such events may be legitimate areas of research and inquiry for scholars, but questioning whether the events took place at all undermines the epistemological basis of our collective knowledge..

...Muslims, of all people, should be conscious of this as their religion is predicated on the same epistemological premises as many major events in history, such as the Holocaust. To deny such things is to undermine Islam as an historical event. That a “conference” examining the historicity of the Holocaust should take place in a Muslim country hosted by a Muslim head of state is particularly tragic and, in my estimation, undermines the historicity of the faith of the people of that state...

...In our inherent contradictions as humans, and in order to validate our own pain, we deny the pain of others. But it is in acknowledging the pain of others that we achieve fully our humanity...
Macam yang Sheikh Muhammad al-Yaqoubi pernah bilang dalam satu ceramahnya, yang mana maksudnya boleh disimpulkan sebagai begini, "Hari ini aktivis Islam rata-ratanya dirasuk oleh rasa amarah dan benci; yang dirasuk dengan ilmu masih kurang".

Maka inilah sebabnya di negara kita, ada 'aktivis Islam' yang main pijak-pijak kepala lembu sebagai tanda protes dan benci kepada rakyat beragama Hindu. Padahal sewaktu Sunan Kudus (salah seorang daripada sembilan Wali Songo) berdakwah di Indonesia yang masih dibelenggu dengan Hinduisme, beliau melarang umat Islam daripada menyembelih lembu untuk dimakan. Bahkan, beliau juga pernah menambatkan lembu di hadapan masjid sebagai tanda pekanya terhadap kepercayaan penduduk tempatan di waktu itu.

Oh, teringat pula satu gambar seorang muslimah di Iran (rasanya) yang melakukan demonstrasi jalanan bagi mengutuk pendudukan haram Zionis. Dalam sepanduk yang dipegangnya, tertulis mesej yang mengagung-agungkan Hitler. Rasanya, muslimah ini terlalu bersyukur di atas jasa Hitler melakukan genocide ke atas orang-orang Yahudi. Inilah dia bahana kejahilan!

Tammat.
---

Nota Kaki

^[1] Teringat pula kisah sewaktu melawat Madrid beberapa tahun lepas. Di hostel tempat saya menginap, entah macam mana boleh ditakdirkan saya berkongsi sebilik dengan seorang pemuda Yahudi berusia 20-an yang berasal daripada Jerusalem. Dia datang ke Madrid kerana mahu menjual hasil lukisannya. Katanya, di Jerusalem tak boleh cari makan sangat.

Pada mulanya dia tidak mengetahui saya ini orang Islam. Namun entah macam mana dia boleh ternampak saya menunaikan solat Isyak walaupun pada ketika itu penglihatannya patut dihalang oleh sebuah almari baju yang terletak di tepi katil tempat dia sedang berbaring. Pada malam itu juga, dia bertanya, "Are you a Muslim?" "Yes, indeed", jawab saya ringkas.

Di lewat malamnya, sebelum saya memejamkan mata, saya berdoa agar janganlah esoknya di Utusan Malaysia terpampang tajuk utama "Warga Malaysia mati ditikam Yahudi di Madrid".


^[2] Pernah dengar tentang teori konspirasi Manusia Tidak Pernah Mendarat di Bulan? Dulu-dulu saya pernah percaya. Tapi kini, tidak lagi setelah saya melihatnya daripada dua sudut berbeza. Oh ya, kepada sesiapa yang masih mempercayainya, sila tonton juga eksperimen yang dilakukan oleh geng Mythbusters.

Oh ya, tentang sebuah lagi khabar angin lama yang mengatakan Michael Jackson memeluk Islam pada tahun 2008, ada lagi yang masih percaya ke? Sebenarnya, dua saksi penting yang wujud dalam khabar angin yang mula disebarkan oleh The Sun, iaitu Yusuf Islam dan Dawud Wharnsby Ali, telah pun sejak sekian lama menafikannya:
Contrary to persistent press rumours, I was not at any kind of conversion ceremony for Michael Jackson... Granted, I was in Los Angeles at the time these rumours first appeared – but I was busy filming a video for a new song, Boots & Sand.
- Yusuf Islam


Lastly – many have been in touch with me over the past year to inquire about my personal relationship with Michael Jackson. A November 21, 2008 Sun (UK) article spread internationally stating that Michael had adopted the religion of Islam through friendship with both myself and my colleague Idris Phillips during recording sessions in Los Angeles.

For the record: Though our professional circles did cross-over slightly with various common professional acquaintances – I never had the honour or pleasure of meeting Micheal Jackson personally, nor did we ever correspond on matters of our professions, personal lives or faiths.
- Dawud Wharnsby Ali
Kenapa pula saya ungkit khabar angin ini di sini? Kerana boleh pula wujud sebuah teori konspirasi yang mengatakan bahawa "Michael Jackson memang sudah peluk Islam. Tapi dia tak nak mengaku secara rasmi kerana dirinya diugut."

Apa pun, kalau ada kawan tanya lagi tentang berita pengIslaman Michael Jackson itu, sila sebut bulat-bulat apa yang dua orang di atas ini kata, ok?


^[3] Orang kata nasi ayam di kedai ini amat sedap. Waktu bulan Ramadhan yang lepas, ingat mahu cuba rasa. Tengok-tengok pada pukul 6 petang, mejanya sudah habis ditempah orang! Aduh kempunan, berbuka di Pantai Dalam sahaja jadinya.


^[4] Respek saya amatlah tinggi terhadap sheikh yang merupakan pengasas Zaytuna Institute & Academy di California ini. Bahkan, jarang-jarang ada ulama dari Barat sepertinya yang mempunyai pengaruh signifikan dalam dunia Islam di Timur Tengah. Sejak sekian lama, sesekali tulisan saya di blog ini ada yang tertempias sedikit dengan hujanan idea pemikiran beliau.

28 Komen Tambah Komen↴

Setuju dgn pandangan ko..
nota kaki pon mantap!
Pasal yg mendarat ke bulan tuh, memang sah2 penipuan terhebat abad lepas~

Bila baca notakaki yang petama itu, saya bersyukur kerana masih dapat membaca tulisan incek tawel hari ini.. (^__^).. apa jadi selepas pemuda yahudi tu tahu yang incek tawel ni muslim?

:)
nasihat yang baik :)
P/S: Nasi Ayam Hainan sedap dimakan tatkala lepas ronda di lowyat plaza mencari gadgetx2 duniawi yg ntah apax2.

a'aah, kesimpulan saya adalah kita tak boleh malas mencari maklumat dan tak boleh malas berfikir. Apapun Encik kHucing di atas mmg comel!

Salam Tawel...
First time kak su baca tentang Holocaust. Tak boleh nak komen tentang hal ni sangat.

Cuma nak bagitau nasi ayam yang kak su rasa paling sedap kat Shah Alam ni ialah Nasi Ayam Pak Mal kat seksyen 10. Cubalah... Harganya pun berpatutan. Selain tu, di Sunway... kat Restoran Jaring (sebelah Domino Pizza). Sos nasi ayamnya macam Chinese style sikit.

hik hik..ada dengar juga ahmadinejad berkata holocoust adalah palsu....setelah aku mencari2x malumat diruang maya..
ternyata aku lebih condong mengtkan benda ini berlaku..dan aku mengerti,yahudi bukan zionis namun banyak yahudi yang korup..hohoo

aku rasa yahudi itu mungkin berkenalan dgnmu..kerana dari penulisanmmu aku rasa pakcik berpegang
"friendship has no religon"...heeh

@kyo_9, ada salah faham pada apa yang saya tulis eh? Sebenarnya, saya percaya NASA dah hantar manusia ke bulan.

@Faarihin, lepas dia tahu, terus dia berusaha menumbuk tulang rusuk kiri saya. Saya tepis dan cuba melancarkan serangan balas ke atas tulang belikatnya pula. Kena! Dia kesakitan. Lepas tu dia pun tidur :)

@Yondie, aha dah agak mesti kau tahu di mana tempatnya!

@Cacim Pokodot, kucing comel dan internet tak dapat dipisahkan.

@Suara, hehe terima kasih atas info anda. :) Kepada Dhuat, adakah anda sudah membaca info tersebut? Apa lagi...

@Perokok Soleh, Ahmadinejad memang antara salah seorang tokoh yang buat budak-budak Malaysia kita di Timur Tengah terutamanya, sekadar bertaklid buta ke atas dakwaaan tersebut. Mujur kome tak terkena! Eh, adakah 'pakcik' itu merujuk kepada diri ku?

yahudi tak sama dengan zionis..untuk lebih jelas...sila pergi ke mistisfile.blog

Awanama

tenkiuu for the info. Bain terus jadi follower sini ye ^_^

salam.

saya tidak setuju dengan tawel sensei dalam isu ini. saya akan bentangkan hujah saya kemudian hari di dalam diari saya.

p/s: inshaAllah saya akan tinggal di shah alam nanti lepas grad. kalau saya sakit, nak pergi berubat ngan tawel sensei.

salam tuan sensei..info yg bagus utk semua..

Salam.
Setelah lama berkecimpung dalam bidang membaca blog Hembusan ini. Akhirnya saya perasan bahawa entri Tawel ini adalah bertitik tolak dari pengalamannya dengan seorang budak di dalam baju tidur yang dibog#lkan.

Tak sangka Tawel telah telah dibrainwashed oleh budak dalam baju tidur yang dibog#lkan itu. Haha.

Hakikatnya, saya pun tak tahu tentang teori Holocaust ini, samada betul atau tak. Saya juga tak tahu mahu memandang dari sisi mana untuk memastikan yang ianya benar-benar berlaku. Hinggalah saya terbaca teks Syeikh Hamza Yusuf itu. Saya mula yaqin.

Saya sangat siqah (baca : percaya) dengan Syeikh Hamza. Apatah lagi beliau adalah seorang yang melalui lorong-lorong sufi. Saya sudah lihat bagaimana orang-orang Amerika yang mengaji sama di Yaman dahulu sangat-sangat menyanjung beliau. Ceramah-ceramah beliau dalam ipod-ipod mereka. Oh!

Hakikatnya juga, saya pun agak meluat melihat orang-orang yang melaung-laungkan Holocaust Denial ini, terutamanya daripada golongan segelintir yang dimaksudkan Tawel ini. Mereka bercakap bagaikan mereka benar-benar tahu, walhal mereka masih di permukaan.

Apa pun, tolonglah jangan sebut pasal Nasi Ayam-Nasi Ayam ini kepada pembaca-pembaca di luar negara. Sensitif. Tambahan lagi, kalau Kak Suara pun ada turut mebacanya. Aduh, perit. Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir menyantapnya. T__T

P/S : Jangan kira saya tidak tahu beza antara striped dan stripped. Cuma menterjemah sebegitu sebagai mengingati kembali terjemahan pertama yang terlintas di minda saya sewaktu membaca tajuknya. Lucu betul!

aku setuju pasal org skrg yg ckp tanpa ilmu. mksdnya xtau ape tah yg diperjuangkan. konon2 mujahid sejati. cnth; aktivis dan ekstremis. bg aku kalau xtau apa2 atau just dgr khbr2 angin atau tau sikit2 je xperlu ckp berdekah2 n mcm pandai sgt. diam2 sudah. mcm aku yg xtau apa2 ni aku diam je no komen. eh tp ape yg aku buat ni klu bkn komen? ngeh ngeh. saje nk menyibuk. hihi.

salam sensei,

Mahu membaca ulasan sensei Tawel tentang
isu terkini!

Kalimah Allah
Dr. Asri

Ke guane :)

salam
pe tu holocaust ut?terang mendlam sikit boleh?
ni email
pen_guin_r_me@yahoo.com

Awanama

@Abqori, eh ini macam sudah menganalisis pemikiran hamba. Betul la tu. Bertitik tolak daripada dakwaan tuan hamba ketika hamba mencadangkan filem tersebut di Twitter :)

Jom makan nasi ayam!

@Abuyon, insyaAllah kalau ada masa. Agak tak berkesempatan. Hehe :)

@Tanpa Nama / pen_uin_r_me, dengar-dengarnya Sheikh Google boleh cerita secara biasa-biasa, mahu pun dalam-dalam tentang Holocaust.

Assalamualaikum.

Holocaust, baru nak buat kajian sikit.

Sementara tu, kalau ada masa, cari dan tontonlah filem yang bertajuk The Pianist.

salam, lemme share pendapat aku laks k....srry ada sedikit pjg, harap korunk dpt baca dgn sabar n tenang.


holocaust denial pendapat aku, diwujudkan hanyalah semata-mata utk kelirukan lagi org ramai yg dah aware ttg freemason/illuminati (penyembah Dajjal dan Iblis) nie. Holocaust itself mmg was a masonic plot for zionists(si penyembah Dajjal dan Iblis nie) to reinstate israel through Balfour's lahanat sptmana yg jews penah rasa pd zaman Nabi Allah Sulaiman a.s....Pengistiharan Israel as a state is the first step kemedian nxt step definitely another holocaust in waiting (WW3 la tuh kot) sblm depa bethroned Dajal al masih.


Apa tuh definition holocaust, greek: holo = whole, caust burnt. So holocaust nie dlm greek "a burnt sacrificed offered to god"


Zaman kuno mesir (firaun, before firaun even claimed himself as god yg sembah god i.e. Horus) depa believe Horus sbgi tuhan, Horus nie tuhan pale burung helang ler gamaknye (Sky God), so the believers (kafirun) believe that Horus nie akan turun ke dunia selepas hasil dari korban nyawa yg sgt ramai (burnt sacrificed). Kekadang Horus disimbolkan sebagai mata satu, Wedjat, eye of horus, ala mcm all-seeing eye kat american dollar tuh.....

...bersambung

-seman-

Awanama

....So rasanya korunk mgkin penah stumble upon statement pengkaji illuminati (cth mcm documentary the arrivals) yg mengaitkan Horus dan Dajjal al Masih....Sheikh Imran Hosein quote dr hadis, bahawa Rasullulah saw penah bersabda tiada 1 org nabi pun diutus ke atas umatnya, tidak mengkhabarkan berita perihal Dajjal, sume akan mengingatkan umatnya tentang Dajjal, that's why gelaran Al-Masih diberikan pd Dajjal as said by Sheikh Imran Hosein and additionally he added Dajjal dah ada dr zaman Nabi Allah Adam a.s. lagi as the sheikh tafsir the hadis.


So...biler Horus nak turun, kena buat korban nyawa banyakkan i.e. Holocaust (a burnt sacrificed offered to god)? lets kaitkan ngan world war 1 dan 2 serta kuasa pemerintah terhebat yg muncul natijah dari kekejam aktiviti masonic nie termasuklah kat mana dajjal tuh berada.


Biler 1st world war terjadi sapo eh telah muncul sbgi kuasa terbesar? (summon the kraken)....British ler....kat situ la Dajjal and his minions governed the entire world at that period of time slepas hasil dari kematian 15 million of ppl through Holocaust (yg mati hasil dr perang, perang pakai apo eh? senjati api la kan, victim jadi apo? jadi the burnt sacrificed).

...bersambung

-seman-

Awanama

....Tp ado ke org nmpk Dajjal time tuh....x, Dajjal is the hidden of the hidden hands....So Horus (Dajjal) ada kat pulau British (read tafsir from Sheikh Imran Hosein ttg hadis Rasullulah saw ttg Tamim-ad Dari pasal Dajjal di sebuah pulau yg kena ikat dlm satu monastery) dan perintah dunia dr situ (an island) through the hidden hands. The sheikh said the pulau is Britian.



the 2nd world war terjadi kuasa terhebat dunia slowly berpindah ke US (that was where Dajjal and his minions were), British slowly becomes second, wpun historians (org depa gak tulis "his story" nie kan, ekekeke) kononnya stated US and British as the 2 superpowers yg emerged dr WW2, tp kuasa lbh tertumpu dan berpindah ke US..


...Hasil kematian WW2? 70 million of ppl dead, jews holocaust itself contributing to 6 mill of nyawa korban. The stage? entire world la kan, tmasuk le tanah malaya nie ha penyumbang kepada figure sacrificed burnt nie......So kat mana Horus (Dajjal) skang? P US la kan....dr situ again Dajal through his hidden hands governed/s the entire world....NATO diujudkan sbgi NGO Dajal je....

...bersambung

-seman-

Awanama

the 3rd world war is predicted to be happened before the Israel emerge as the single ruling superpower selepas US through WW3. So Lehman Brothers nie just early plot to start orchestrating the biggest plot...another holocaust through WW3, this one will be MASSIVELY MASSACRE, lagi huge! dr WW1(15mill) n WW2 (70mill) . Some of the funds (USD700bil) was believed to save Lehman was actually went to Israel (USD400bil), what for? utk WW3 ler..


...n afterward Dajjal will shown his physical appearance to public eyes to be seen and bethroned as the "Al-Masehi" whom the zionists believe Dajjal (the false al-maseh) akan reinstate the glory day that the jews had had during zaman Nabi Allah Sulaiman a.s...


.....bersambung

-seman-

Awanama

..Tuh israel dok sibok nak runtuh masjidil Aqsa utk bangunkan solomon temple (walhal asalnya bukan temple, tp masjid yg didirikan oleh Nabi Allah Daud a.s. sblm dibesarkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s.)...



...the israels had been told yg depa akan menjadi sgt glory spt zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. dengan kedatangan penyelamat mereka iaitu al-masih (it's actual Nabi Allah Isa Al masih was sent to them after the jews heard the news through Nabi Allah Daniel a.s., tp the jews said how the son of (nauzubillah) "adulterer", maryam, can be the messiah atau al-masih? So depa rejected and assassinated "isa al masih" bersama2 org nasrani yg kena tipu tuh. Teringat ustaz zahazan habaq, yahudi nie pandai tukar kitab, nasrani pandai ikut kitab yg telah ditukar oleh yahudi (tmasuk le injil)....mmg patut le US backup Zionists kan....sb dah turun temurun camtuh, nak marah apa kejadahnya hubung symbion depa lah kan....:X


So kesimpulan dr pdpt aku.....Horus (Dajjal) akan buat kemunculan (termasuk peralihan kuasa pemerintah) dr satu2 tmpt ke tmpt yg laen selepas persembahan korban nyawa yg banyak (sacrificed burnt) i.e. WW1 and WW2. Once kuasa Dajal berpindah ke Israel after WW3, baru kte akan nampak Dajal as kite nampak org lain and by that time the day dajal perintah dunia akan dikira mengikut hari hari biasa. Bukan lagi 1hari=1tahun, 1hari=bulan, 1hari=minggu tapi 1hari=1hari mengikut tafsiran Sheikh Imran Hosein dr hadis Rasullulah saw.....quoted lg, sheikh nie slalu dok baca jews post tgk keadaan tasik galilee (galilee sea; fresh water lake), last jan 2009, the lake was said to reach 16inch above critical point of no return, israel has been drought for 5 years consecutively. Nape tasil galilee nie, sbb tasik nie la yg dimentioned dlm hadis Rasullulah saw pasal kesah Tamim ad-dari.


So apa perlu kite buat eh? Marilah sama2 beristigfar dan kembali kepada Allah swt, roh dan jasad. Sembahyang jemaah jgn tinggal, dirikan sembahyang sunat2 muaakat termasuk semayang malam, berzikir pagi dan petang, recite quran try to improvising our recitation by attending classes klu buleh, forget the lagu first n whatnots if kite br nak baca smula quran, btulkan sebutan huruf, harkat, hukum. Dan jangan luper berdoa banyak2 pd Allah, doa pun amal ibadat gak....klu boleh time semayang malam, kte nangis depan Allah agar diselamatkan kite semua dunia dan akhirat.

wallahuallam

-seman-

Awanama

Jap, jap!
Holocaust tu sama ke dengan camp Auschwitz?
tengah confuse jap.
Honestly, nothing, nothing in the world that justifies Holocaust.
Dan satu lagi, sekarang di internet banyak orang-orang yang bukan Islam tengah membenci Islam. Sebab utamanya, salah orang Islam sendiri, terlalu cepat melatah, dan setiap kali ada masalah, nak selesaikan dengan cara yang ganas.

"Islam is religion of peace! I will kill you for offending my religion!"

fenin sket bace neway tq seman

Awanama

@rean, lebih kurang sama sahaja. Lebih tepat lagi, Kem Auschiwitz menempatkan orang-orang Yahudi untuk dikorbankan dalam tragedi Holocaust.

Eh, please don't kill me!

lol theory conspiracy lol
suka sangat theory conspiracy! freemason tu takde apa2 sebenarnya lol

... saya tak suka bunuh orangla, Tawel. banyak sangat darah! XD

Salam,

Tawel, aku agak sokong dengan penulisan ko dalam entri kali ini. Zionis yg jahat sebenarnya. Komuniti Yahudi Orthodoks juga menentang mereka dari segi demonstrasi mahupun penulisan. Aku terjumpa satu laman web yg dikemaskini oleh golongan-golongan Yahudi Orthodoks ini. Sila layari www.nkusa.org untuk lebih lanjut. Kita perlu ingat, Rasulullah juga mengkehendaki umat Islam berbuat baik dgn penganut agama lain selagi mana mereka tidak menentang Islam.

Daripada: Telem0th

Awanama

http://menjejakharapan.blogspot.com/2010/02/hanya-menunggu-saat-saat-tentera-panji.html


baca ini....

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.