Back to home page

Pangkat Datuk Untuk Artis: Satu Penilaian Semula

12 Oktober 2008 • 13 Komen Cetak Chenta!
1. Nak tahu betapa susahnya untuk dianugerahkan pangkat Sir (setaraf Datuk) oleh Kesultanan British? Mari tengok beberapa anugerah yang telah diterima oleh penyanyi dari Britain yang saya minat ini, Yusuf Islam:
  • 2003 - World Social Award untuk kerja-kerja kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak dan mangsa peperangan;
  • 2004 - Man for Peace Award kerana usaha berterusan menyampaikan mesej keamanan dan menentang keganasan;
  • 2005 - Honorary Doctorate oleh University Gloucestershire kerana servisnya dalam bidang pendidikan dan bantuan kemanusiaan;
  • 2007 - Mediterranean Prize for Peace kerana usaha beliau meningkatkan keamanan dunia;
  • 2007 - Honorary doctorate (LLD) oleh University of Exeter sebagai satu pengiktirafan dalam kerja-kerja kebajikannya dan meningkatkan kefahaman di antara dunia Islam dan Barat.
Punya dahsyat anugerah yang diperolehi ini, namun sehingga sekarang masih lagi tidak mendapat taraf Sir. Sebab itu bila Salman Rushdie menjadi Sir, saya berdoa dan berharap agar Yusuf Islam akan mendapat Sir juga suatu hari nanti.


2. Saya tidak kisah kalau yang hendak diberi pangkat Datuk itu, bukannya rakyat tempatan. Asalkan dia telah melakukan sumbangan yang besar kepada Malaysia atau pun masyarakat dunia amnya.

Bono, iaitu ketua kumpulan rock U2 dari Ireland, telah dianugerahkan knighthood oleh Kesultanan British kerana penglibatan aktifnya dalam membasmi kemiskinan dan AIDS di Afrika. Cuma beliau tidak boleh dipanggil Sir secara undang-undang kerana beliau adalah Irish, bukannya British.

Apa pun pokoknya di sini, knighthood itu diperolehi bukan kerana Bono U2 ini popular di seantero dunia, sebaliknya disebabkan beliau menggunakan muzik dan popularitinya untuk menjadikan bumi ini tempat yang lebih selesa dan aman untuk didiami.


3. Saya juga tidak kisah kalau ada artis yang menerimanya. Cuma biarlah nampak jelas apa sumbangannya. Ya, di samping merujuk kepada Shah Rukh Khan, saya juga merujuk kepada Datuk Siti Nurhaliza. Apa yang telah Kak Siti ini buat sebenarnya? Adakah kerana pernah menjadi Duta PBSM? Lalu apa cerita tentang status dutanya pada hari ini? Bak mirip lagu Cindai, "Sekadar bertanam tebu di pinggir bibir kah?"

Atau adakah juga kerana Kak Siti telah berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke Royal Albert Hall di London? Ini lagi saya pelik, sebab sepanjang pemerhatian saya yang tidak dilakukan secara saintifik ini, lebih ramai warga UK yang mengenali Raihan berbanding Siti.

Benar, ada artis yang menerima pangkat keramat itu lebih kerana penglibatannya dalam industri hiburan itu sendiri. Ini seperti mana yang berlaku kepada Tan Sri P. Ramlee. Namun saya melihat, memberikan sebarang gelaran kenamaan kepada golongan artis perlu dilakukan dengan berhati-hati. Pemilihan wajib menimbangkan juga faktor sumbangan seseorang artis itu dalam arena selain hiburan; bukannya memilih kerana lebih disebabkan faktor popularitinya semata-mata.

Ini kerana artis adalah seseorang yang jatuh bangunnya ditentukan oleh golongan yang pro dan anti kepadanya. Kadang-kadang sifat anti ini tidak begitu kuat dizahirkan, contohnya seperti P. Ramlee. Kadang-kala, golongan anti itu amat kuat di peringkat akar umbi, contohnya seperti yang berlaku kepada Siti dan Mawi. Mereka memang popular, namun usah dicakap betapa antinya golongan yang betul-betul anti kepada mereka ini. Maka inilah yang menyebabkan timbulnya perbalahan apabila taraf Datuk diberikan kepada golongan artis hanya kerana dek popularitinya sahaja.

Popular ini juga sesuatu yang berubah-ubah. Hari ini mungkin popular, namun 10 tahun lagi belum tentu. Bandingkan populariti kumpulan lawak Senario yang mencipta nama melalui Sinaran Pasport Kegemilangan, 10 tahun dahulu dan sekarang. Mawi yang sangat popular pada 2-3 tahun lepas juga semakin pudar bintangnya.

Oleh sebab itulah para Sultan, Raja dan Yang Dipertua, perlu berhati-hati memberikan pangkat Datuk kepada artis yang masih muda usianya. Ini kerana jika bintangnya semakin malap dan mungkin terus padam cahayanya pada 10, 20 atau 30 tahun yang akan datang, apa justifikasi untuk si fulan ini terus membawa pangkat Datuk pada pangkal namanya?

Bekas ahli kumpulan The Beatles yang sangat popular itu, Paul McCartney, hanya mendapat pangkat Sir ketika berusia 55 tahun; bukannya ketika The Beatles sedang berada di puncak. Bahkan, Paul McCartney yang menerima knighthood kerana servisnya dalam bidang muzik ini, telah melakukan servis itu secara berterusan dan bukannya semata-mata bergantung kepada kepopularannya ketika masih bersama The Beatles. Bahkan juga, beliau merupakan aktivis pejuang hak asasi haiwan.

Persoalannya, berapa ramai para Datuk di Malaysia yang sekurang-kurangnya pernah terfikir menjadi aktivis untuk membina sebuah dunia yang lebih baik, aman dan selamat berbanding semalam? Semoga para Datuk di Malaysia tidak sekadar berfikir untuk merebut projek-projek kerajaan, sepertimana yang sering digosipkan dari warung kopi di tepi jalan, sehinggalah ke Starbucks Bukit Bintang.

13 Komen Tambah Komen↴

Datuk Sharifah Aini?

sepatutnya anugerah datuk tu beri pada anak tempatan yang layak.contohnya adik beradik sidek yang mengharumkan negara berapa orang yang dapat datuk...?zultek yang banyak jasanya dalam reka cipta kat malaysia khussunya dalam menyediakan kemudahan pada OKU...setahu aku belum penah dapat datuk lagi....Ahli NGO yang banyak membantu rakyat malaysia dan orang miskin..alim ulama yang banyak jasenya....berapa ramai yang tak dapat gelaran lagi....fikirkanlah sebelum rakyat semakin menyampah..

Tanpa Nama

Salam...
Satu lagi yg sia-sia... Gelaran pada orang yang dah mati pun bagi jugak. Macam mana tuh?

Pernah jugak satu ketika dulu bincang ttg hal ni. Gelaran datuk juga seolah satu tiket untuk mendapat kontrak/kepercayaan dlm bisnes/respek dari masyarakat.

Sehingga ada seorang bapa (businessman) nih, bagi nama anaknya Datuk XXX bin XXX. Bila ditanya, katanya itu untuk target bisness jangkapanjang. Jadi bila dah dewasa nanti, tak payah tunggu datuk gelaran, datuk dah memang ada dlm namanya. Senang dapat kepercayaan untuk buat bisnes bila ada gelaran datuk nih. (Betul ke?)

Aduhai... sampai begitu sekali matlamat dunia dipentingkan.

Tanpa Nama

Aduhai..ape kes ni?? berlambak lagi rakyat malaysia yang berjasa pd negara, jasa yg betul2 kita nampak, stkat Shah Rukh Khan tu apelah sangat,dah adat berlakon,serata tempat dia pegi. Tujuan dia bukannye nak promosikan melaka pun,just nak berlakon jer..murah betul yerk gelaran Datuk skang. Ape nak jadi??

Tanpa Nama

Shah Rukh Khan punya kes plg bongok...
entah pape laaa....
Plik betul.....

Bacaan tambahan: Prof Stephen Hawking (saintis paling hebat yang hidup pada hari ini), pernah tolak tawaran knighthood pada 10 tahun yang lalu. Sebab?

1) Tak suka gelaran. Bahkan dia sendiri tak suka konsep memberikan darjah kebesaran kepada sekian-sekian orang.

2) Beliau bengang dengan kerajaan UK yang didakwanya sebagai tak pandai menguruskan dana untuk penyelidikan sains.


Kui3, gua memang respek orang berprinsip macam ni!

بسم الله الرحمن الرحيم

apa yang menarik perhatian saya di sini adalah kenyataan prof.stephen hawking. Ini mengingatkan saya kepada kenyataan Mimar Koca Sinan (kekaguman/respek saya kepada orang berprinsip berlandaskan agama) Arsitek Ottoman, dia pernah berkata;

"janganlah kamu memandang tinggi aku atas apa yang aku bina, tapi pandanglah apa yang aku bina untuk sesuatu yg boleh di manfaatkan buat agamamu. Kalau nak tahu di setiap bangunan yang Sinan bina, di atas bumbung akan ada ayat ni: 'Glory praise to ALLAH who the real creator of heaven/earth without a single pillar'-ayatul quran. Dan bila orang tanya, dia akan kata, pujian itu hanya layak buat ALLAH yang merupakan pencipta sebenar atas sesuatu, dan dia (as architect/engineer) hanya melakukan atas kebenaran ALLAH swt. Dan dia juga menyatakan...sesiapa yang mahu menjadi architect/engineer/designer sebenar-benarnya haruslah memahami agama.

wallahua'lam

asif kalau tiada kaitan dengan entri nta.

p/s: ayah saya juga baru beberapa bulan di anugerahkan gelaran datuk. Anugerah yang di terima kali yang ke 4 :) maaf merepek di sini pula

Salam Tawel Sensei,
Sokong dengan kamu. Aku rasa gelaran datuk itu memang selayaknya untuk orang yang memang hidupnya berkepentingan dunia. Tapi, bila orang yang tak selayaknya didewa agungkan, aku takut generasi muda yang kecil-kecil akan tergerak hatinya untuk menjadi artis sahaja.

Anugerah datuk, cuma akan memundurkan lagi Malaysia kerana ditenggelam alpa yang membiak-biak. Patut dilupuskan terus anugerah datuk ni. Risau.. risau..

Tanpa Nama

salam,
kalau dah sampai siMamat yang luar tu pun dah boleh dapat, gah sangat ker gelaran datuk tu sekarang ni. Maaf ler cakap kalau nak diberi pada artis-artis ni terutama yang ada kat Malaysia ni buat jadi bahan lawak saja, lebih sedap lagi TAK LAYAK. Kembalikanlah rasa hormat pada gelaran Datuk itu pada yang sebetulnya berbakti atau berjasa pada nusa dan bangsa, jangan pada yang popular nanti tidak cukup pingat nak diberikan

Tanpa Nama

Salam
Mengapa perlu pada 'datuk' atau tan sri'. Ini akan mengakibatkan pada penyalahan kuasa. Kesan sampingan seperti riak juga akan timbul. Mana2 pergi mahu di utamakan , kerana ada title ! Tengok negara barat lain yang sudah lama maju. ini semua tidak perlu.

Tanpa Nama

patutnya tewel pun dapat dato gak...he

Tanpa Nama

Salam perkenalan dari Jepun.
Analisa yang bes dan ilmiah. Saya suka membaca blog yang boleh saya dapat input baru sebegini.
Teruskan menghasilkan entri yang menarik ya!

Tanpa Nama

da sesetengah artis ( or org lain ) yg berlagak dgn pangkat dia..
da sesetengah artis ( or org lain ) yg xleh nak fikir pa nak bt dgn pangkatnya...

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.