Wah tak sangka ya. Harian Metro dikatakan sengal oleh anda. Kami di sini amat sukakan Harian Metro sebagai hiburan selain mendapat apa-apa maklumat yang best-best.Komen ini membuatkan saya teringat kepada satu babak yang paling lucu, yang dikatakan antara yang paling memorable dalam sitkom satira politik British yang bertajuk Yes Minister:
Jim Hacker: Don't tell me about the press. I know exactly who reads the papers: The Daily Mirror is read by people who think they run the country; The Guardian is read by people who think they ought to run the country; The Times is read by people who actually do run the country; the Daily Mail is read by the wives of the people who run the country; the Financial Times is read by people who own the country; The Morning Star is read by people who think the country ought to be run by another country; and The Daily Telegraph is read by people who think it is.Terima kasih kepada YouTube, kerana di sana ada terdapat babak yang dimaksudkan ini:
Sir Humphrey: Prime Minister, what about the people who read The Sun?
Bernard: Sun readers don't care who runs the country, as long as she's got big t*ts.
Apa yang perbualan satira ini cuba sampaikan ialah
- Setiap akhbar mempunyai sasaran uniknya yang tersendiri;
- Bagaimana cara kita berfikir di masa hadapan akan bergantung kepada jenis bahan bacaan yang selalu kita baca pada hari ini.
Saya pernah sekali membaca The Sun. Kalau saya nak bagi orang Malaysia faham apakah ciri-ciri utama akhbar ini, saya mengibaratkannya sebagai gabungan majalah Mangga dan Harian Metro, cuma lebih ganas. Pelarisnya adalah berita sensasi picisan, gosip artis, isu seks dan gambar perempuan seksa-seksi yang ada sehingga menayangkan t*ts-nya tanpa tapisan seurat benang.
The Sun memang super sengal. Tapi sekali itu sahajalah saya baca. Itu pun bukan saya beli. Tahu-tahu ia sudah ada di atas sofa di bahagian ruang tamu. Mana saya tahu surat khabar itu begitu sifatnya! Walaupun ia sengal, namun ke muka terakhir juga saya membeleknya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah. Patutlah gua, ooops saya, makin rabun.
Jadi apa yang Bernard kata dalam ayat itu sebenarnya adalah satu sindiran kepada masyarakat UK yang suka sangat membaca The Sun sampai seolah-olah tak kisah apa nak jadi pada negara sendiri. Itulah dia akhbar yang paling popular di UK selepas News of the World yang diterbitkan pada setiap hari Ahad. Hah, ini akhbar apa pula? Wartawan News of the World lah yang mendedahkan kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh genius Matematik, Sufiah Yusuf, yang kita semua kenal.
Kali pertama saya membaca akhbar ini yang dibeli oleh kawan saya, terkejut mat yeh saya dibuatnya kerana aksi-aksi panas Sufiah dipampangkan tanpa tapisan. Ah sudah, ini akhbar al-tabloid al-picisan mirip The Sun rupanya! Rabun lagi saya jadinya. Nak hentikan baca susah pula sebab ini berita memang panas.
Kawan saya itu pun jahil tentang sifat akhbar ini. Dia pun baru membeli akhbar itu buat kali pertama. Tujuannya adalah untuk mendapatkan goodies percuma yang disisipkan bersama. Buat pengetahuan, akhbar dan majalah di sini memang selalu memberikan goodies.
Walaupun dua akhbar yang paling popular di UK adalah bersifat super sengal, namun bangsa ini tetap maju. Inilah dia 2 akhbar yang tersenarai dalam Top 10 akhbar paling laris di dunia:
Sebab itu saya kata bahawa saya tidak akan poyo dengan memandang rendah kepada para peminat Mastika dan Harian Metro, terutamanya yang berbangsa Melayu. Tapi orang-orang Melayu juga jangan lupa bahawa bangsa British ini bangsa yang rajin membaca. Mereka layan The Sun dan News of the World, tetapi mereka juga layan bahan-bahan bacaan ilmiah dan bermutu yang lain. Jangan silap di sini, wahai Melayu.
Jangan lupa juga bahawa selaku umat Islam, kita tidak akan maju sekiranya dosa-dosa kita terlalu banyak. Berhati-hatilah kerana ada sesetengah bahan bacaan pengubat kesengalan yang boleh menarik pahala dan menambahkan pula dosa kita.
Now.. how many wives of the people who run the country will read Hembusan? Kui kui kui.
11 Komen • Tambah Komen↴
Lagi satu tambahan untuk pemahaman mereka-mereka yang tidak pernah melihat The Sun (UK, bukan The Sun, Malaysia). Kalau ada kawan-kawan (atau sesiapa) yang menyebut Page 3, maka ini selalunya merujuk kepada muka surat 3 surat khabar The Sun di mana gambar yang disebut oleh Bernard selalu terpapar. Tak tahu lah kalau sekarang sudah berubah mukasurat...
Memang British bangsa yang suka membaca. Sambil tunggu bas, mereka akan membaca. Duduk di dalam bas (atau keretapi) mereka akan membaca. Hatta sambil berjemur ditaman ketika musim panas (sambil memakai pakaian yang boleh menggugat keimanan) pun mereka masih membaca. Tak perlu pergi jauh. Di dalam blogosphere ini cuba jengok si Sharon Bakar ini. Rakyat Britain yang dah lama bermastautin di Malaysia. Ada sahaja buku baru yang tersenarai diblognya (i.e. yang dibacanya). Tak terlawan kita...
@BanjarRakai, uiks tak pernah pun tahu rupanya ada muka surat khas! Ok, TQ untuk Sharon Bakar tu. Tak pernah tahu pula kewujudan dia sebelum ni. Apa pun, British memang rajin membaca. Irish pun tak rajin macam deme.
wah tak sangka Das Bild boleh duduk top paper outside Japan.Tak dilupakan juga itu akhbar national termurah kat Jerman ni.EUR 0.50 je satu keluaran..edisi harian macam Harian Metro.Punyalah murah sampai aku sendiri tak penah beli.Kalau naik train,pastu bosan takde pape nak bace @ lupe bawak buku,ramai aje yang tinggalkan lepas baca dalam train.Suka berkongsi jugak la..huhu
Salam...
Tergelak kak su baca Tawel jadi semakin rabun dek media ganas kat sana tuh...
Kalau akhbar cam tu pun dah ada gambar 18SX, ngapa ada yg cari majalah playboy lagi?
p/s: Dok berusaha keras untuk merajinkan diri sekarang ni. huhu...
astaghfirulah..astaghfirullah...salah satu punca rabun ialah biji mata yang besar kerana kerap terjojol...alahai tawel, nakal juga biji mata ekau ghuper nyer...ngeh3x
ngeh3x ....
den ta'taw apa citer kat luar negara, tapi kat malaysia tak kurang hebatnya. Kebanyakan akhbar utama terdapat sisipan yg memuatkan cerita artis2 kita ...aksi depa ni kalo posing walaupun masih ada ada dua tiga urat benang kat badan dan tak menampakkan t*ts mereka,tapi mengenakan body shirt yg ketat sehingga ketara bentuk dua ketoi kat dada ,jeans sendat yg nampak timbul kat depan membulat kat belakang membuatkan kita rasa loya.
Kelas saya melanggan akhbar sebagai bahan bacaan tambahan utk pelajar ...letih hari-hari kena tapis sebelum lepas kat depa baca...
nak letak harakah...pentadbiran skolah marah....ntah lerrr
Adik-adik saya semasa remaja pernah melancong ke UK (belasan tahun sudah). Memang mereka terkejut dan termalu nak baca akhbar (entah apa namanya) kerana pada muka depan setiap hari ada gambar wanita tidak berbaju. : )
Suara,
Sefaham saya, di akhbar tu tak nampak semua, hanya bahagian atas. Yang di Playboy... memang DIFOKUS. Rasa saya la.
WA.
pergh...
ramai tau info pasal "surat khabar" yang panas-panas ni eh?
...
tak cakap pape...
:D
adeh..
buku kat malaysia mahal..
satu buku rm 34.90! tu baru novel. kalau buku2 ilmiah lagi mahal! selalunya rm 70 dan ke atas..
mana mampu!
lepas tu, library awam plak, jarang update. mcm buku2 di bhgian pinjaman kat library awam melaka, kebanyakannya buku2 dari era 80's and 90's. mana tahan beb! robert ludlum dah mati, crichton is the hit now!
aihh..second hand bookstore pun tak banyak sangat, banyak pun area kl n selangor je. kat melaka tu, haram susah nak carik..
taperla..pau orang jela.. XD
(lament of a penniless book fan)
Wah..sebuah catatan yang kritis...sungguh menarik..
Er, Crichton pun dah mati.
1st time baca blog ni...
ok dn menarik isinya..
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.