Back to home page

Harian Metro Yang Sengal

07 Oktober 2008 • 18 Komen Cetak Chenta!
Gua kalau nak baca berita skandal seks, isu anak muda runtuh akhlak, promosi (secara tak sengaja) laman 18SX Melayu, orang kena bunuh, orang kena samun dan tipu, gua memang cari Harian Metro.

Gua seperti lu orang juga, ada masa-masa sengalnya. Gua juga tak akan poyo seperti sesetengah orang yang merumuskan bahawa antara sebab bangsa Melayu mundur adalah kerana terlalu sangat mengulit bahan bacaan ala-ala Mastika dan Harian Metro. Sebab gua dah kata dulu, Melayu tak semestinya macam tu.

Bila gua cakap yang gua sedang sengal, ini bermakna gua sedang malas nak baca dan fikir benda-benda berat. Ini bermaksud, gua dalam fasa menerima bulat-bulat apa yang gua baca tanpa gua mahu mempertikaikan isinya.

Tapi hari ini, lu buat gua marah dan kecewa betullah! Gua datang laman web lu untuk sengal-sengal, tapi apa yang lu tepek di muka depan hari ini buat gua tengok lu sangat-sangat ketinggalan zaman sebab lu mensensasikan benda yang lapok.

Gua tak kisah lu nak sumbat akhbar lu dengan berita-berita sengal, tapi lu janganlah sodok berita yang tak tepat kepada pembaca. Gua tahu yang keuntungan akhbar lu adalah berkadar langsung kepada berita-berita sengalnya. Tapi sesengal mana pun berita itu, lu tolonglah suruh para editor, wartawan dan jurnalis lu supaya buat kerja sekolah betul-betul.

Lu kata dalam tulisan yang menjadi berita utama lu hari ini (7/10/2008) bahawa:
Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel...
Maka lu dah kantoi dengan gua. Untuk pengetahuan lu, emel scam (sebenarnya lebih menjurus kepada hoax) ini sudah lama wujud semenjak tahun 2004 lagi. Ini bukan taktik licik terbaru. Gua pun dah banyak kali dapat.

Malah, Bill Gates yang ada aset sebanyak USD 58 bilion ini, lu panggil dia jutawan? Adeh, abang Bill Gates tu dah la pening kepala sebab Vista tak laku, lu lagi nak buat dia kecik hati dengan menggelarkannya sekadar jutawan.

Gua tahu tujuan lu adalah untuk menyedarkan orang ramai supaya berhati-hati di internet. Sebab itu lu sanggup telefon awek bernama Norhafizah untuk mengesahkan kesahihannya. Tapi gua pelik sebab lu punya jurnalis tak ada kemahiran meng-google yang baik untuk mengkaji kisah yang selanjutnya. Kalau lu drebar bas, gua tak pelik.

Eh satu lagi. Itu gambar mamat tengah tengok monitor komputer yang gua curi dari berita lu itu, adakah itu pekerja lu? Kalau dia pekerja lu, lu tolong nasihatkan dia agar beralih ke GMail yang lebih bagus spam filter-nya. Bila kurang spam, lu pun akan kurang diserang oleh rantaian emel scam dan hoax.

Aduh, kecewalah gua dengan lu Harian Metro. Lu dah buat gua tertulis blog pada hari ini dan lu dah buat gua terguna kata ganti nama gua/lu yang gua mahu gunakan dalam entri yang akan datang. Gua dah tak caya sama lu lagi.

Apapun lu jangan risau dengan golongan-golongan elit intelek yang selalu mengkritik lu, sebab gua berspekulasi bahawa pasaran akhbar untuk orang-orang yang sengal seperti gua di Malaysia ini akan bertambah besar dalam tahun-tahun yang mendatang. Jika tidak, masakan Berita Harian dan Utusan Malaysia juga semakin mensensasikan berita-berita yang sengal-mengal? Eh, betul ke teori gua ni?

Apa pun, lu teruskan sahaja usaha lu. Bila lu makin maju, lu akan buat banyak duit. Bila buat banyak duit, lu boleh menambahkan lagi bilangan Melayu glokal, bahkan lu juga mudah-mudahan boleh membantu lebih ramai Melayu yang masih berada di bawah. Bila lu dah buat begini, golongan elit intelek itu akan terduduk senyap. Kui kui kui.

Terima kasih Harian Metro dan teruskan usaha lu! Walaupun gua kecewa dengan apa yang lu buat, namun gua akan tetap melawat laman web lu sebab lu lah satu-satunya pengubat kesengalan gua yang kesepian ini.

18 Komen Tambah Komen↴

Gua caya sama lu la brader! Gua pun kadang dapat email tu. Yang hampehnya yg send tu geng2 gua yang pandai2 pulak. Sengal betul lah.

Tanpa Nama

Salam Syawal penuh kemeriahan...

Tawel, kot ye pun terluka dek tulang ikan terubuk bakar tu dan terpelanting dek sepakan sup kaki lembu, jangan le sampai menyengalkan diri cam ni sekali. Lu gua.. lu gua... ish... nak tergelak pun ada, tak suka pun ada jugak... tapi ye lah.. gua faham blog ni lu yg punya... (ops... tengok, dah berjangkit kat kak su pulak)

Err... sapa Norhafizah tu? Atau sesaja letak nama dia untuk menambahkan sedap cerita? Tetiba terkonfius lak.

Eh... Tak tahu pulak yg Harian Metro tu boleh mengubat kesengalan untuk orang-orang yang kesepian...

Apapun Tawel... Sempena kita masih di dalam mood Syawal ni, kak su nak mintak maaf kalau ada ketika tersepak tersandung dalam berbahasa masa tulis komen kat sini.

Tanpa Nama

En tewel pun ada mase sengal.....haaa...

Tanpa Nama

huih..main kasaq juga..kui2

@Kak Suara, don't worry. Gua maafkan semuanya kalau ada :D. Norhafizah tu adalah orang yang dipergunakan namanya dalam emel tu.

@Ikhwan, gua tahu, musti akan ada orang yang caya sama gua. Kui kui kui. Gua salut lu.

Hahah..tak mampu nak kata apa-apa...
Kan ke dah kelakor tu...
Hehe..

aduh...aku pn xpaham la kenapa diorang ni suka sangat forward2 benda tuh..email ni pn aku dh berjuta kali dapat dah...nak jer aku reply balik kat semua orang cakap benda ni hoax...camana la bill gates tuh nak track dia nyer forward email bebanyak tuh...hehe

Tanpa Nama

ish.. ish.. ish.. tak sangka incek tawel pun ada guna nama gua/lu ni... terkejut gak bile membacanya.. lame tak menyemak kat blog ni.. eh lupa plak nak ucap..

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin..
biskut raya dan duit raya tak ada ke.. hehehe..

pelik tetiba baca entri dari tawel guna gua lu..haha..

nak buat macam mana, ada diantara mereka tak up-to-date ngan info-info macam ni.. adeyh..

tapi saya jarang baca metro sebab berita dia la..

Tanpa Nama

selama aku kenal gan tewel ni dari sekolah rendah sampai menengah ...tak penah dengar dia cakap lu/gua....geng kitorang je yang cakap cam tu....hee..lagi satu awek norhafizah tu namanya sebijik gan nama jiran aku rakan sekampung tewel...dia ke..

Tanpa Nama

Aiseh bro... tak rock la sekadar gua lu gua lu jer... kena la guna gak 'cenggini' ker (untuk begini) dan perkataan-perkattan lain yang sewaktu dengannya. Barulah ada feeling...

Gua caya lu!!! :D

Tanpa Nama

wah tak sangka ya..harian metro dikatakan sengal oleh anda...kami di sini amat sukakan harian metro sebagai hiburan selain mendapat apa2 maklumat yang best2....

"Lu dah buat gua tertulis blog pada hari ini dan lu dah buat gua terguna kata ganti nama gua/lu yang gua mahu gunakan dalam entri yang akan datang."

Apa tajuk entri akan datang? Masih rahsia kah? ;)

@Nooreena, gua pun dah tak pasti nak guna atau pun tak. Tengoklah, gua istikharah dulu!

Selamat Hari Raya tawel~em...harian metro mmg menjadi pengubat sengal saya selama ni..bgus la diorg wat kuar berita tue jd front page. berTambah sengal la org y sk membacanya..hmm...

"Zaman dah berubah, dunia semakin maju." Petikan dialog dalam iklan akhbar terkenal di Malaysia. Perkataan maju itu merujuk kepada apa agaknya?

Sepatutnya...
"Zaman dah berubah, dunai semakin sengal." Heh.

Harian Metro wadah sensasi...nak cerita pasal laman lucah teruk tapi tanyang alamatnya..haduhaii...

Rempit Cyber sokong lu brader!!! Harian metro macam cikaro lah!!!

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.