Entri terbaru The Big Picture memuatkan 35 keping gambar tentang sambutan Ramadhan di banyak tempat di seluruh dunia. Kalau tak tengok gambar-gambar tu memanglah rugi. Ini sekadar 3 keping gambar yang ada di sana. Perhatian: Gambar yang saya muatkan di blog ini adalah bersaiz kecil dan rendah kualitinya berbanding di sana.
Kanak-kanak Palestin yang cacat penglihatan sedang membaca al-Quran dalam tulisan Braille di sebuah sekolah agama di Ramallah.
Blog ini akan berehat seketika. Insya-Allah akan bersambung kembali sekurang-kurangnya dua minggu setelah berlalunya 1 Syawal (tapi tak tentu lagi, bergantung kepada pelbagai faktor. Mungkin juga lebih lama). Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi! Andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa, maafkanlah daku ini.
Saya dedikasikan lagu ini buat pembaca blog saya yang baru mahu pun lama :)
Raihan & NowSeeHeart - Satu Pagi Di Hari Raya
KEMASKINI:
Terima kasih kepada sesiapa yang buat dedikasi Aildilfitri untuk saya di ruangan komen. Saya tak mungkin dapat membalas dan mengucapkan terima kasih bagi setiap dedikasi. Namun kalau identitinya saya ketahui, insya-Allah saya akan balas sama ada di blog masing-masing, atau pun menerusi e-kad, tetapi bukan di ruangan komen di bawah ini :)
Sebenarnya kalau boleh, saya nak juga buat dedikasi menerusi Radio IKIM. Tapi memandangkan saya jauh dan tiada pula kabel besar dan gugusan kroni di stesen radio berkenaan, maka terpaksalah daku kuburkan cita-cita ini. Okeh terima kasih sekali lagi.
P.S. Pembaca senyap blog ni pun janganlah malu-malu kucing nak hantar dedikasi!
18 Komen • Tambah Komen↴
Assalamu'alaikum...
Dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari raya khasnya kepada Tuan blog Hembusan, Encik Tawel dan 2 ekor haiwan peliharaannya (anak penguin dan burung). Tidak lupa juga kepada blogger-blogger yang saya kenali menerusi laman blog ini seperti Encik Saladin dan Ustaz Alexanderwarthern dan yang lain-lain.
Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada komen-komen saya melaui bog ini mahupun di blog-blog yang lain ataupun melalui tulisan di blog saya sendiri yang mengguris perasaan pembaca.
Semoga dengan berlalunya Ramadhan tahun ini, kita telah mendapat rahmat dari Allah serta diampunkan dosa-dosa kita oleh-Nya agar terhindarlah kita daripada siksaan api neraka-Nya.
Aiyrie @ Mohd Rizalman
Mambang Diawan, kampar
Perak darul Ridzuan
Salam Tawel. Saya dah lihat gambar-gambar tu. Superb! Bila kamu lihat, kamu akan terasa sesuatu.
Saya juga nak minta maaf dari kamu dan semua. Kata-kata (penulisan) kadang-kadang lebih tajam daripada mata pedang. Hm.. Ada kurang daripada 8 hari sebelum Syawal. Kejarlah apa yang dikejar kerana selama ini kita (saya lah) sering terkejar-kejar. He. Apa-apa je la.
Selamat Hari Raya Aidilfitri! (in advance) :)
Salam Ramadhan penuh keberkatan...
Buat adinda Tawel (muda dari saya, jadi adinda lah kan?)dan juga para pembaca yang lain samada berpangkat adinda atau kekanda (errr... abangnda tu kekanda jugak kan!?? atau kanda??)Yang saya kenal dan tak kenal, yang kenal saya dan yang tak kenal saya juga....
Seboleh mungkin saya cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa, namun saya perlu akur bahawa tanpa saya sedari dan sengajakan, mungkin ada hati-hati yang tercalar akibat kata-kata saya. (Ada ke?)
Lalu saya ingin melayangkan dan menayangkan permohonan maaf saya di tempat-tempat yg saya selalu singgah. Mungkin saya tak dapat nak berkelana dari satu blog ke satu blog untuk menyusun kata dan memberikan ucapan. Jadi disini saya ingin melontarkan (macamlah kata-kata tu berketul-ketul, boleh dilempar) ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin (standard ucapan dlm kad raya. Biasa lah tu...)kepada semua.
Ucapan tambahan. Sebulan lepas dah puasa sakan, tiba masa nak beraya dan makan, tapi jangan sampai semua benda nak ditelan, hanya pesanan, ingat-ingatlah jugaklah kat Tuhan.
(Ingatan untuk saya juga nih...) ;)
Aslkm.
Uuuuuuu... sedih sedih! Ranmadhan dah sampai ke penghujung, Syawal pulak masih malu-malu untuk bertandang.
Bagus betul gambar-gambar tu, boleh 'curi' masuk ke dalam laman Satu Umat. : )
Akhirnya, saya mohon maaf banyak-banyak kepada semua atas salah silap. Selamat Aidil Fitri. : )
Assalamualaikum
Selamat menghabiskan pose dengan baik. Semoga kita tergolong dalam 3 peluang yang ada dalam bulan pose ni.
Blog semakin ngancam.. jeles aku. Biler aku nak teror ni..
Assalamualaikum..
Selamat mencari Lailatulqadr, lailatul jaizah dan hari raya.. Moga Ramadan dan Eid kali ini membawa kita kembali kepada fitrah asal kita..
Jangan lupa doakan untuk kami semua yang mengomen. :D
tanak raya!!
uuuuu!!
selamat menyambut syawal encik Tawel dan rakan-rakan!
saya bakal balik malaysia nanti! bahagianya!! XD
eid mubarak!
semoga bahagia raya tahun ni dengan biri-biri lagi
hahaha
takabbalallah huminna wa minkum...eid mubarak
please forgive me for any wrong doings, atas sedar atau dalam sedar saya...
kullu sanah wa antum bilkhair
Eidak Mubarak, taqabbalallah minna w minkum..
Pohon maaf atas 32 kesalahan yang telah dilakukan..!
Dan yang bakal dilakukan..dengan sengaja! Har har..
Minta maaf zahir batin kepada bro Tawel.
Bilalah kita nak berjumpa 'mano o mano' ni?
Hendak juga mendakap/tanya khabar bro as if we're close brothers.Kat internet ni tak real lah haha.Gua tinggal kat Shah Alam jer, tak jauh dari Kampung Jawa :)
Hmnn saya dah terberangan nak buat projek short film bersama Tawel hehe(Anda menjadi Hero teraju)Saya hero tua haha, 'rough' sinopsis dah ada dalam kepala.Juga Tawel menjadi penerbit/penulis skrip/co-DJ untuk rakaman untuk dunia 11.
Salam aidil fitri. Gambar yang menarik.. :D
Mana gambar en Tawel sendiri ttg ramadan :) Mungkin lagi ganas
Tawel, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..
@areMal, untuk gambar Ramadhan yang ganas, rasanya kena pergi Iraq atau Palestin. Sini tak berapa ganas la.
@Ahmad, haha insya-Allah bila sampai takdirnya bertemu jua kita akhirnya. Saya tak mau la jadi hero. Sogan den!
Salam Aidlfitri,
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam. Nak 'menyibuk' sekejap kat sini, nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua, Maaf Zahir dan Batin walaupun kita mungkin tak pernah bersua muka pun. Hehe. Semoga semua bergembira di Hari Raya, tapi jangan dilupa mereka yang kurang bernasib baik.
cantik gambar tuu... saya dah ambik beberapa gambar dari boston.com tu dan letak dalam satu laman forum...comeyy..
Rasanya belum terlambat nak ucapkan salam Aidilfitri dan maaf zahir batin pada semua, khususnya tuan blog ini
Saya doakan kita semua bukan sekadar menjadi insan Ramadhani...bahkan kita akan menjadi insan Rabbani...Insyaallah.
Salam abang tawel. Selamat Hari Raya!. Saya menyambut seru Abg tawel sebagai pembaca senyap di galakkan memberi komen. :)
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.