Back to home page

Surat Terbuka & Pak Anwar

15 Julai 2008 • 4 Komen Cetak Chenta!
Walaupun saya tidak pernah membeli Islamica Magazine, namun saya adalah antara pelanggan mailing list-nya. E-mel terbaru yang saya terima daripada penerbit majalah bertaraf antarabangsa ini adalah berkenaan isu Anwar Ibrahim.

Data visualisation berdasarkan kenyataan media Anwar Ibrahim yang ini dan ini
berkenaan mee segera Sodomee.


E-mel berkenaan adalah tentang satu surat terbuka yang ditandatangani oleh ramai nama-nama besar dunia Islam. Saya tidak begitu kenal semuanya; antara saya dan mungkin ramai di antara kita yang tahu adalah seperti Habib Ali al-Jufri (orang kuat Darul Mustafa, Yaman), Yusuf Islam (penyanyi dan aktivis keamanan), Sheikh Faraz Rabbani (pengasas SunniPath) dan Sheikh Nuh Ha Mim Keller (terkenal sebagai penterjemah kitab Umdat al-Salik).


Walaupun saya tidak begitu cenderung ke arah kisah-kisah politik, namun pada masa kini, agak sukar untuk terlepas pandang isu-isu semasa di Malaysia, sedangkan mereka di luar sana juga tidak pernah buta:
Indeed, perhaps precisely because of Malaysia’s prominence within the Ummah and the world, we would like to point out that the global Muslim community is paying close attention to the way our respected and honorable brother Dr. Anwar Ibrahim is treated.

Read the open letter, and endorse if you agree with them.

4 Komen Tambah Komen↴

Salam...

Erm... Letih memikirkan politik Malaysia.

Semoga Allah memberikan kita semua mata hati yang jelas utk melihat dan menilai kebenaran... moga diberikan kekuatan untuk menghadapi segala anasir dalam dan luar yang melemahkan.

Negara jadi begini dizaman ini, mungkin kerana kealpaan kita dengan ajaranNya. Jangan keterlaluan... ingatkan Tuhan... mohonlah keampunan... (seruan yg sering bergema dlm hati)

Tanpa Nama

Hmm... "kuat" juga yang menyokong surat ini. Habib Ali, Faraz Rabbani, Yusuf Islam, Nuh Ha Mim Keller, Muzammil H. Siddiqui, semua ni aku "kenal" dan salut akan ketokohan depa.

Kalau individu bertaraf ulama sebegini boleh menyatakan keprihatinan depa terhadap Anwar Ibrahim, logik akal aku mengatakan bahawa tak logik Anwar Ibrahim ini adalah seperti yang difitnahkan ke atasnya itu.

Apapun, kebenaran akan tetap terzahir dan keadilan akan tetap tertegak. Yang menzalimi akan tetap dihukum, kalaupun tidak di sini, pastinya dengan cara yang lebih dahsyat di sana.

Ya, bunyi macam retorik, tapi benda ini mesti diulang berkali² kan? ;)

Sudah muak tambah lali ngan senario politik Malaysia. Rasa gerun gak camane nak ajar adik-adik supaya mari membaca surat khabar jika berita-berita muka depan dipenuhi dengan perkataaan-perkataan dan ayat-ayat yang kurang sesuai.

@offtopic:

Interesting, What software or scripts are you using to generate the data Visualization?

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.