Back to home page

4 Tips Memberi Nama Blog

20 Julai 2008 • 17 Komen Cetak Chenta!
Mungkin ada yang perasan bahawa blog ini sudah tidak lagi dinamakan sebagai The Forgotten Lessons. Sekarang ini, 100% Hembusan ;). Tujuan utama saya menjenamakan semula (re-branding) blog ini adalah untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita.

Kepada sesiapa yang berura-ura untuk memulakan blog pula, ini 4 tips dari saya ketika memilih URL blog:

1) Kalau boleh, tajuk blog mesti sama dengan URL blog. Ini bagi memastikan identiti blog kita lebih jelas dan mudah diingati orang. Sebelum ini, ada yang memanggil blog saya sebagai Hembusan dan ada juga yang memanggilnya The Forgotten Lessons. Saya mendapati hal ini menyebabkan identiti blog ini seakan terpecah dua.

Blog adalah ibarat sebuah produk. Mempromosikan satu produk dengan 2 nama yang berbeza akan mengelirukan pembeli.

2) Jika anda tidak bercadang untuk sekurang-kurangnya berkongsi secebis daripada kisah hidup anda, maka elakkan dari menggunakan nickname atau nama sendiri sebagai URL blog. Contohnya kalau nama anda Ahmad Ishak dan blog yang anda tulis terlalu menjurus tentang kemelut politik dunia, maka menggunakan alamat AhmadIshak.wordpress.com adalah agak non-sense.

Namun jika anda adalah seorang ahli politik, selebriti atau artis, menggunakan nama sendiri sebagai URL adalah lebih praktikal; baik kepada diri sendiri (memudahkan promosi diri) mahu pun kepada penyokong atau pembenci anda (menyenangkan mereka mencari blog anda).

Sebab utama mengapa blog Shabery Cheek masih tidak muncul [1] di muka pertama carian Google adalah kerana beliau menggunakan URL NotaShabery.com.


3) Jangan letak nombor yang bersifat tahun atau umur pada URL blog. Contohnya hembusan2008.blogspot.com, kerana pada tahun 2010 nanti, URL blog itu kelihatan seperti sudah sangat luput (expired).

Kalaulah Windows Vista dinamakan sebagai Windows 2007 (kerana ia dikeluarkan pada tahun 2007), maka pada tahun 2008 ini, ia nampak seakan sudah ketinggalan zaman. Sebenarnya ini hanyalah sesuatu yang bersifat psikologi. Oleh itu, pastikan nama blog anda itu kelihatan segar sepanjang zaman!


4) Ringkas dan mudah untuk diingati. Kalau boleh di bawah 15 huruf kerana ini akan memudahkan seseorang untuk meng-Google dan melawat blog anda. Contohnya nama blog jiilun-quraanun-fariid, walaupun cantik maksudnya, namun ia amat panjang dan susah untuk orang nak ingat. Kebarangkalian untuk berlaku typos adalah agak tinggi.

Malah nama blog yang sedemikian juga akan menyusahkan proses promosi blog dari mulut ke mulut. Cuba promosikan URL blog kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com pada telinga rakan anda. Mahu terkial-kial dia hendak ingat. Namun jika alamatnya sekadar KalamUmmah.blogspot.com, ini akan memudahkan seseorang untuk menaip terus URL blog ini di Address Bar. Malah nama KalamUmmah ini kelihatan lebih profesional.


---
NOTA KAKI
[1] Keputusan ini mungkin akan berubah di masa hadapan.

17 Komen Tambah Komen↴

Saya pun baru tukar url yang menggambarkan nama blog

Dalam kes hang ni, dan aku rasa dalam kes sesiapa pun, aku rasa (rasa lagi!) orang lebih mengenali NAMA BLOGGER itu berbanding NAMA BLOGnya. Contohnya, orang lebih suka menyebut BLOG TAWEL daripada HEMBUSAN (atau kalau dulu, FORGOTTEN LESSON). Itu persepsi aku la, boleh jadi aku silap, hehe!

Pasal guna nama sendiri tu, aku setuju seandainya individu itu seseorang yang terkenal atau dikenali, memang eloklah dia pakai nama betulnya sebagai tajuk blog, jangan jadi macam Shabery Cheek, dah la URLnya notashabery.com, tajuk blog dia pun notashabery, tak ada Cheek langsung, mana orang nak jumpanya.

Penggunaan nama penuh dalam blog seseorang individu biasa yang memblogkan mengenai sesuatu yang BUKAN mengenai dirinya sendiri, memang banyak dalam Wordpress.com. Pandai sungguh hang membuat contoh! ;)

Dari segi blog politik, antara yang kerap aku jumpa di Wordpress ialah blog milik Dewan Pemuda Pas dari mana² kawasan. Contohnya, katakanlah untuk kawasan New York, alamat URL depa ialah DPPNY.wordpress.com dan blog² mereka akan kelihatan SAMA dengan blog DPP lain, heheh!

Paling tak tahan blog yang URL panjang berjela, siap hyphenated lagi! Udah la tu, siap ada V2 (version 2) la pulak, pastu ada pulak empat angka di belakangnya (nombor IC ka apa tu?). Amboi, canggih sungguh alamat blog dia ya? Kompleks dan komplikated gitu, haha! =)

terima kasih atas tip diatas, amat berguna kepada sesiapa yang masih lagi tidak tahu macam mana nak namakan url blog/laman web mereka.

p/s: nama web saya ni ok ke? ok la kan, sbb blog saya berkenaan pendapat saya. :)

1) menjawab tip no 1, saya panggil blog ni blog tawel-sensei. hahaha!senang nak ingat.. XD
2)walaupun blog saya berkisar dengan kehidupan saya, tapi saya tak guna nama sendiri. tak bestlaa.
3)yang ni saya setuju. dengan menggunakan nombor,bukan hanya menunjukkan tahun blog itu dibuat, tetapi susah nak taip jugak.
4)saya antara manusia yang bersalah menggunakan address blog yang panjang-panjang. mana taknya, saya nak url rockon.blogspot.com, tapi dah ada yang pakai. terpaksa laa taruk yang panjang..XD

@Saladin Convoy, tak banyak blog Dewan Pemuda Pas yang berkualiti sebab rata-rata asyik copy-paste. Artikel yang di-copy/paste tu pula biasanya diambil dari laman-laman politik mainstream yang sering membincangkan politik peringkat nasional.

Sepatutnya apa yang mesti blog-blog DPP ini tekankan adalah aktiviti di sekitar kawasan mereka, apa masalah penduduk di situ, masalah politik yang berlaku di kawasan itu dan apa pula relevannya masalah politik itu dengan isu politik nasional.

Blog-blog politik sekarang ni kebanyakannya terkena penyakit echo chamber; sekadar mengulang-ulang berita yang dah popular tanpa ada sebarang ulasan atau input lain yang original.

P.S. Ooo agaknya hang la yang selalu google blog ni dengan kata kunci "blog tawel." ;)


@Hasbullah Pit, ku rindu Sebolku!


@Izzat, ok saja. Tapi kalau life-experiment-observation tu diletakkan di bahagian tajuk blog, lagi cepat pembaca/pelawat baru nak tangkap apa sebenarnya yang dibincangkan di blog tu.


@Rean, ada beberapa trick kalau url yang kita nak tu orang lain dah ambil. Contoh, letak prefix THE atau I. Jadi, TheRockOn.blogspot.com, iRockOn.blogspot.com

Tapi kalau dari awal memang dan berniat nak buat blog berkisar tentang kehidupan harian, kenapa tak pilih RockOnRean? Lebih catchy, unik dan personal berbanding RockOnAndOut kan? ;)

Untuk rekod, aku tak pernah cari di Google dengan kalimah "Blog Tawel". :D Aku pun tak ingat zaman dolu aku cari macam mana, rasanya aku taip "hembusan blogspot" kot. Dulu la. Sekarang ni taip terus ja URLnya, hehe!

Ya, aku baru saja nak sebut pasal blog DPP yang main copy-paste ni. Yang bukan DPP pun berlambak jugak yang copy-paste. Yang jadi tak syoknya tu, blog² serta entri² ini la yang jadi "Top Posts" di ms.WordPress.com, tak ada variasi langsong! Kita nak jugak kisah yang asli. Kalaupun ada "keaslian" pun, bila dia komen sikit kat dalam entri tu.

Sama la halnya dengan blogger "Islamik" pun. Ada yang copy-paste artikel orang, dan ada yang copy-paste e-mel forward. Paling tak syok bila dia copy-paste e-mel forward yang memaparkan kisah yang tak benar, contohnya kisah kononnya ada mainan Lego yang menghina Rasulullah SAW (siap dengan gambaq).

Ai, nyaris terlari tajuk! =)

salam`alayk~

1. Oh, sudah lama tidak berkunjung ke sini. Banyak sungguh entri2 baru kamu tawel.

2. Tips yang pernah saya dapat dari 'sifu' saya tentang blog ialah...berceritalah tentang perkara2 yang dalam pengetahuan kita. Risau kalau2 tersilap, kita akan didakwa di mahkamah. Heh. ;)

salam

thx for da tips

bg sy, sy sangat tidak suka untuk menggunakan nama sendiri sebagai alamat URL saya kerana saya ada satu perangai untuk tidak menggunakan nama sendiri. kerana

1)kalau saya guna nama sendiri, saya akan guna nama penuh kerana saya seorang yang jujur :>
2)supaya mudah diingati kerana kebanyakan username saya berkaitan dengan url blog saya


anyway thx for da good tips...

satu lagi tips, pastikan nama domain tu tak pelik apabila dibaca sekaligus dalam internet.

sila baca artikel ini untuk dapat gambaran yang lebih jelas.

Bad Domain Names

tips yang baik :)

Lain kali, kalau ada orang minta tolong ajarkan buat blog, mungkin boleh peringat akan penamaan blog ni. Semasa saya mula-mula berblog dahulu, penamaan blog dan pemilihan url adalah berdasarkan nama unik dan mudah untuk diri sendiri mengingati.

Walaubagaimanapun, bagi perkara no 1, saya berpendapat ianya mungkin terpakai bagi pemblog baru. Bagi blogger lama, mungkin pembaca sudah terbiasa dengan tajuk yang diletakkan, meskipun tajuk dan urlnya berbeza. Contohnya bagi blog tuan Tawel sendiri, saya yang terbiasa dengan tajuk "The Forgotten Lesson", berasa janggal apabila ia bertukar kepada "Hembusan". Ingatkan tersalah blog. Huhu.

Pendapat peribadi - tajuk asal "The Forgotten Lesson" itu sangat menarik perhatian berbanding "Hembusan" dan lebih menpati isi kandungan blog :)

Saya juga meletakkan tajuk dan url yang berbeza bagi blog saya..hehehe

@Xara, sebenarnya kalau saya nak teruskan guna "The Forgotten Lessons" tu, ia hanya sesuai jadi tagline.

Nama/tajuk blog = identiti;
Tagline = Menerangkan apa yang ada secara ringkas.

Haa macam tu la. Nanti lama-lama hilanglah janggal tu. Ok, terima kasih banyak-banyak juga kepada para pengomen yang lain-lain!

Salam sedara Tawel..

Tentang nama blog nih yg aku x gemar ni.. Sebab aku punyer ade sikitlah bersangkut paut dengan yang last tuh.. Ade ker nak panjang2.. cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com...

Tapi setakat ni takder org komplen lagi.. cuma baru perasan kt live traffic feed tu.. ramai org masuk blog ni gune google search.. bile tekan kt link tu, tgk diorang search gune Cetusan Minda Seorang pemuda.. alamak.. panjang sgt ker kalau nk tulis kt tmpt url tuh.. ntah mcm manalah boleh terfikir nk buat panjang2 time buat blog tuh.. otak tgk fikir ape ntah.. masyghulun jiddan.

Yang tak bestnya bila terdetik dalam hati nk tukar, baru tersedar yang dah begitu byk orang linkkan blog ana dgn cetusanmindaseorangpemuda dan dah jadi macam trademark ler pulakk.. Karang tukar xder org masuk blog karang..

anyway, tntg copy paste tuh(ceh, saje buat lari tajuk), memang x berapa patut, lagi2 yg artikel islamik... (ceh..wlaupun tidak dinafikan lagi akau antara mereka ygmengamalkannya pd awal2 perkecimpungan dlm arena blogger).

p.s:ok ke ha nama blog aku? ade org cakap dh lawa, tp ader gak suara2 dr kera sumbang yg ckp panjang sgt, dn kalau nk sebarkan ikut mulut pun agak ssh walaupun perkataannya sng jer.. ade yg tulis "cetusanpemikiranseoranghamba" lah, cebisanminda lah.. memacam lagilah gamaknya..

Salam juga NahnuNasrullah! Dengan seriusnya bahawa nama tu panjang sangat. "Cetusan Minda Seorang Pemuda" sebenarnya lebih sesuai kalau dijadikan slogan/tagline, dan bukannya menjadi nama/domain yang mewakili identiti seseorang atau organisasi tertentu.

Ekau ada faham ka?

camne lak dgn limauamaniss? ni tak sengaja..kebetulan je dapat ilham...huhuhu...

salam...camne lak dengan nama limaumaniss ni?
saja nk tanya pendapat tuan punya blog...yg lain2 kalu nk bg pndapat pun boleh jer....:-)

@limaumaniss, unik nama tu. Cuma mungkin boleh buat sesetengah orang keliru sama ada 1 'S' atau 2 'S' di hujung nama tu. :)

Ye tawel.. ana la yang tak best huhuhu www.kalam-ummah.blogspot.com

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.