Back to home page

Dugaan Allah Buat Inul Daratista

19 Julai 2008 • 3 Komen Cetak Chenta!
3 tahun yang silam, saya pernah mencipta satu teka-teki:
Belakang tidak boleh,
tapi depan boleh.
Apakah gerangannya?

Jawapannya:
Goyang gerudi Inul di Stadium Merdeka pada 1 Mei 2005.

Dari mana saya dapat idea teka-teki ini?
Sekalipun bergelek, penyanyi berusia 26 tahun itu menghadkan pergerakannya termasuk tidak bergoyang gerudi dengan membelakangi penonton seperti yang ditetapkan.

(Inul Daratista tetap hebat tanpa goyang gerudi - Utusan Malaysia)

Sabarlah Inul.. Kali ini syaratnya tidak selonggar dulu. Mungkin betul kata-katamu ini:
Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah.

Insya-Allah dugaan Allah buatmu itu mampu mengelakkan dugaan menguji keimanan buat para pria di negara jiranmu ini. Sesungguhnya gerudimu itu jauh lebih berbisa berbanding aksi Alak dari Carburetor Dung.

3 Komen Tambah Komen↴

Ahahaha...betul ke apa yang aku baca ni? (hehe..sori aku tak baca paper)

Ahmadi

ya betul apa yang anda baca kerana saya telah membaca artiker akhbarnya di harian metro. inul hampir pitam kerana tidak percaya dengan apa yang dia dengar yang bahawa konsertnya dibatalkan pada saat-saat terakhir. Tetapi yang peliknya, dia bukan ke dah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji? Adakah dia tidak merasa sedikit pun cahaya hidayah yang Allah beri sehingga dia sanggup menggoyang gerudi lagi?

hermm.....satu soalan yang sukar untuk dapat jawapannya.....:<

tak berupaya tahan geli hati bila baca teka teki tu..

"belakang tak boleh
tapi depan boleh,
apakah gerangannya?"

pandai juga ya tawel sensei buat teka-teki!lawak sungguh!ha!ha!ha!(sambil tergolek-golek berketawa)

kata-kata inul pun sama lawak la!inul,inul..
macam mana la dia boleh cakap sampai macam tu sekali?;

"Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah."

hanya boleh cakap;

"ha!ha!ha!"

lawak,lawak..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.