Back to home page

Generasi Friendster

05 Julai 2008 • 4 Komen Cetak Chenta!


Slogan yang dicetak pada baju di atas agak popular sekitar tahun 2004.


Mungkin tidak ramai pengikut baru blog ini yang tahu bahawa saya sebenarnya pernah cuba memberikan kesedaran supaya tidak terlalu terikat, bergantung dan ketagih kepada Friendster (dan yang seumpamanya).

Pada salah satu isi utama esei saya itu, saya menghuraikan bagaimana Friendster ini sebenarnya sedang melakukan proses pencanaian yang tidak sihat kepada minda generasi baru, terutamanya tentang bagaimana kita melihat dan menilai sebuah persahabatan di zaman moden ini.

Salah satu kritikan utama pada apa yang saya tulis itu ialah, "Ini sekadar satu pandangan peribadi penulis." dan "Friendster buat saya senang cari kawan lama." Susah juga sebenarnya saya nak menafikan segala kritikan tersebut memandangkan apa yang saya tulis itu sememangnya lebih berdasarkan kepada apa yang saya perhatikan.

Maka saya berharap, kajian mutakhir yang dikeluarkan oleh Royal College of Psychiatrists dapat memberikan fakta-fakta sokongan kepada teori persahabatan yang saya kemukakan itu. Isi-isi penting kajian itu ialah:

1. Teenagers who were born in 1990 or later have never known a world where you can't surf online and could have a distorted view of the world and their own identity.

Terjemahan: Para remaja yang lahir pada 1990 dan ke atas, tidak pernah mengenali dunia tanpa internet dan ini boleh menyebabkan mereka mempunyai persepsi yang bercelaru tentang dunia dan identiti diri sendiri.


2. Social networking sites like Facebook and MySpace have fostered the idea that relationships and friendships can be formed and destroyed quickly and easily.

Terjemahan: Laman-laman rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace telah memupuk satu idea bahawa hubungan cinta dan persahabatan itu boleh dibina dan dimusnahkan dengan cepat dan mudah.


3. Teenagers who socialise online put less value on their "real world" selves which puts them at risk of impulsive and even suicidal behaviour.

Terjemahan: Para remaja yang bersosial di internet, tidak begitu menghargai kehidupan "real world" mereka, dan ini membuatkan mereka berisiko untuk menjadi impulsive yang mungkin boleh membawa kepada tindakan membunuh diri.


4. They may be less able to form relationships as they do not learn the physical clues involved with communication including body language, tone of voice and facial expressions.

Terjemahan: Mereka mungkin susah untuk menjalinkan sebarang hubungan kerana mereka tidak mempelajari klu-klu fizikal yang terlibat dalam sebuah proses komunikasi, seperti bahasa badan, tona suara dan riak wajah.


5. The new generation raised alongside internet is attaching an entirely different meaning to friendship and relations.

Terjemahan: Generasi baru yang hidup bersama-sama internet ini, sedang memberikan suatu definisi yang baru kepada erti sebuah hubungan persahabatan dan cinta.

---
P.S. Kepada sesiapa yang bertanya bila saya nak menulis/menyambung seperti biasa di blog ini, jawapannya: "Tungguuuu...sebab saya disibukkan sedikit dengan beberapa urusan lain."

Blog ini akan bersifat flip-flop sepertimana sifat keadaan politik di Malaysia sekarang.

4 Komen Tambah Komen↴

Salam,

Mohon di"copy" "paste" kan beberapa article awak dalam my blog. Boleh kah?

I found your writings are really touching, I could never write a more entertaining yet full of the moral values. May Allah bless you.

Nur

Wa'alaikumussalam Nur. Maaf ler lambat sikit balas. Jarang masuk blog sejak akhir-akhir ni.

Segala apa yang saya tulis boleh diletakkan di mana-mana. Masuk majalah Mangga dan URTV pun boleh :)

salam..sy pun pernah menulis pasal social net ni dlm blog saya bersandarkan pandangan dari kawan-kawan dan penggunanya sendiri..memang ada kebaikan dan keburukan..tetapi lebih kearah negatif..saya amat tertarik dengan entry ini. 1 entry yang bagus..tidak dinafikan remaja sekarang lebih puas mencari kawan di alam siber ini..thanks for the info..jadi saya juga ingin keizinan mengambil sedikit maklumat dari blog saudara untuk dimuatkan dalam penulisan saya..saya akan link kan blog ini dlm penulisan saya sebagai idea asal serta sumber maklumat..terima kasih

blhla diterime pakai fakta2 ni.
hehee.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.