Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD 1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki...Ya, 1 trilion. 1 trilion ialah nombor 1 yang diikuti dengan 12 sifar di belakangnya (1, 000, 000, 000, 000). 1000 juta = 1 bilion. 1000 bilion = 1 trilion.
...Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD 1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki.
Angka ini terlalu besar dalam keadaan ekonomi dunia yang sedang meracau. Kalau pun ia sedang tak meracau, saya masih susah nak percaya. Belanjawan 2009 yang baru dibentangkan pun hanya diperuntukan sebanyak RM 207.9 bilion. Itu RM, bukan USD. Jika 5 kali belanjawan berikutnya menggunakan peruntukan sebanyak itu pun, nilainya masih lagi tidak dapat mengatasi USD 1 trilion. Sungguh tidak rasional apabila FDI melebihi belanjawan negara dalam jumlah yang sangat besar.
Bahkan dalam tulisan Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan yang ditulis oleh Pak Anwar sendiri, ada menyebut bahawa:
Pelaburan asing di Malaysia merudum ke RM14.69 bilion tahun lepas dari RM17.09 bilion pada tahun 2004, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB di dalam Laporan Pelaburan Dunia 2006.Nilai pelaburan asing pada dua tahun yang berbeza itu, jika dicampurkan pun, masih lagi jauh dari nilai USD 1 trilion yang mungkin masuk sekiranya Pakatan Rakyat berjaya meraih kuasa. Nilai FDI pada USD 1 trilion adalah terlalu besar bagi sebuah negara, yang mana ia adalah hampir bersamaan dengan nilai FDI Global pada tahun 2007.
Pada akhir tahun 2009, nilai ini adalah anggaran kos yang perlu ditanggung oleh Kementerian Kewangan Amerika untuk menaja misi perang di Iraq yang sudah pun memasuki tahun ke-5.
Pada tahun lepas pula, The New York Times menganggarkan kos total peperangan di Iraq adalah sekitar USD 1.2 trilion. Di bawah adalah gambarajah daripada laporan tersebut untuk membolehkan kita melihat betapa besarnya nilai USD 1.2 trilion itu:
Kos tahunan yang Amerika belanjakan untuk Perang Iraq jika dibandingkan dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.Segala fakta-fakta ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada lidah Pak Anwar tersasul, atau sengaja bluffing, atau penulis Harakah itu telah tersalah taip, atau dia tersilap dengar dan faham. Apa yang pasti, salah satunya mungkin betul.
KEMASKINI:
Ini komen saya dalam tulisan Hembusan Ditipu Harakah oleh Hasbullah:
Anwar main psikologi di sini. Bila Anwar sebut ada pelabur yang "mewakili aset yang berjumlah USD 1 trilion", hal ni seolah-olah boleh buat orang-orang kampung faham bahawa pelaburan akan masuk sebanyak USD 1 trilion.¶ Teruskan membaca entri ini »
Pengarang Harakah yang sepatutnya boleh lebih faham sikit-sikit tentang ekonomi berbanding orang biasa pun, boleh tertipu!
Sekarang giliran saya pula nak main psikologi. Saya ada aset sebanyak USD 50 bilion. Tak banyak, cuma kurang USD 8 bilion saja berbanding Bill Gates. Saya mahu melabur di Malaysia. Jadi sekarang, ada sesiapa yang terfaham yang saya nak melabur sebanyak USD 50 bilion di Malaysia?






