I - Drama Melayu
Demi Masa, Bahagian 1/9
Saya seorang sahaja yang rasa, atau pun semua orang sebenarnya rasa bahawa telemovie Demi Masa yang ditayangkan di Cerekarama TV3 baru-baru ini, idea dan plotnya 95% serupa dengan kisah seorang anak dan ibunya yang buta sebelah, yang sering disebarkan melalui e-mel? Suratan atau kebetulan?
Kisahnya:
My mom only had one eye. I hated her. She was such an embarrassment. She cooked for students and teachers to support the family. There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me?! I ignored her, threw her a hateful look and ran out.
The next day at school one of my classmate said, "Eee, your mom only has one eye." I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear.
So I confronted her that day and said, "If you're only gonna make me a laughing stock, why don’t you just die?!" My mom did not respond!! I didn't even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feeling.
I wanted out of that house. So I studied real hard, got a choice to go to Singapore to study. Then I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life.
Then one day, my mom came to visit me. She hadn’t seen me in years and she didn't even meet her grandchildren. When she stood by the door, my children laughed at her. I screamed at her, "How dare you came to my house and scare my children! Get out of here! Now!" And to this my mom quietly answered, "Oh, I'm so sorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared out of sight.
One day, a letter regarding a school reunion came to my house. So I lied to my wife that I was going on a business trip. After the reunion, I went to the old shack just out of curiousity. My neighbours said that my mom died. I did not shed a single tears. They handed me a letter that she had wanted me to have.
"My dearest son, I think of you all the time. I'm sorry that I came to Singapore and scared your children. I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get out of bed to see you. I'm sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up. You see, when you were very little, you got into an accident and lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you having to grow up with one eye. So, I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.'
With my love to you,
Your Mother
II - Iklan Jam
Selepas ini kalau nampak mana-mana iklan jam, cuba perhatikan waktu yang disetkan.
III - Masa yang Aneh
Saya seorang sahaja yang rasa, atau pun semua orang sebenarnya rasa bahawa masa itu satu konsep yang sangat aneh? Mengapakah masa ini terlalu paradoks sifatnya, yang mana konsep masa ini adalah sesuatu yang sangat membebankan bagi mereka yang paling kurang memilikinya?Mungkinkah golongan yang paling terbeban dengan masa adalah mereka yang sudah pun didatangi dengan 5 perkara sebelum sempat melakukan persediaan yang sebaiknya di waktu mereka sihat, muda, kaya, lapang dan hidup?
15 Komen • Tambah Komen↴
Assalamualaikum.
i- Saya rasa yang pertama ini, saudara Tawel sahaja yang rasa. Sebab bagi saya, saya tak rasa macam itu. Mungkin kerana, kali pertama saya mengetahui tentang drama berkenaan melalui blog ini. Rasa betul juga pandangannya yang dikuatkan dengan fakta surat khabar itu. Agaknya kalau saya mendengar tentang drama itu dari saudara Tawel, mungkin saya menyebelahi saudara. Dan mungkin saya akan menganggap drama itu ciplak dan adalah ditiru bulat-bulat daripada cerita di atas. Kiranya dalam kes rasa-rasa yang ini, ia bergantung pada siapa dulu yang membrainwashlah. Saudara lambat sikit saja. Mujur. Huhuhu.
Tapi sungguhlah, bila saya terbaca entri di blog itu, saya terus mencari drama berkenaan. Tinggal di luar negara seperti sekarang ini membuatkan saya agak kurang arif tentang drama-drama Malaysia ini. Yalah, bila buka televisyen di sini pun semuanya cerita Arab, dan kalau ada yang ajnabi pun, semuanya tajaan Amerika belaka. Tapi kalau yang kaki download drama-drama Malaysia itu, semuanya mereka tahu. Jadi saya hanya tanya pada mereka, dan dengan sinisnya saya diperli, “Kami dah tengok lama dah.” Hai, mujurlah saya bukan kaki tonton.
Tapi bila tonton drama itu, sedih juga, saya baru tengok sampai bab yang dia cakap tipu pada emaknya tentang dia tidak dapat pulang bercuti kerana ada kelas atau sth like that. Tak tengok habis lagi. Rasanya tak tengok dah kot. Biarlah.
Bercerita tentang televisyen di tempat saya ini, rupa-rupanya sudah ada rancangan-rancangan dari Malaysia yang ditayangkan. Tapi bukan drama, cuma rancangan masak-masak. Rancangan masak-masak versi Baba dan Nyonya Melaka. Itupun Bahasa Omputih. Yang Melayunya, perkataan Santan dengan Serai. Tak tahu perlu bangga atau tidak dengan itu. Tapi, tak tahu Orang Mesir tengok atau tidak, sebab Channel di sini terlampau banyak. Tara saya yang pakai Parabola yang ditapis itu saja, sudah ada lebih 240 channel. Seluruh channel negara Arab ada. Channel dari Eropah pun tak terkecuali. Tapi pelik,rancangan masak-masak Baba Nyonya itu hanya ditayangkan di tengah malam. Agaknya, lepas ini, kerajaan kena kaji baliklah samada berjaya atau tidak program Cuti-cuti Malaysia tahun lepas. Sebab kalau berjaya dan telah ramai pelancong datang serta mereka semua telah terpikat dengan masakan kita, pasti sudah banyak permintaan untuk ditayangkan rancangan yang mengajar cara-cara memasak masakan Malaysia. Ini tak habis-habis, kalau tayang rancangan memasak luar negara, tayang cara memasak nasi beriyani yang pelbagai dari India. Tak pernah lagilah tengok mereka tayang cara-cara memasak Nasi Lemak. Ingat sikit, Nasi Lemak adalah makanan maskot negara kita.
ii- Yang ini saya juga rasa, dari kecil lagi. Siap saya buat teori sendiri lagi waktu itu dan sebarkan pada rakan-rakan. Ops, mungkin bukan teori tapi teka-teki atau apa-apa sajalah. Saya namakan kes itu sebagai waktu global. Sekali lagi, saya katakan ini teori saya waktu kecil-kecil saja. Teori seorang kanak-kanak . Sebabnya, pergilah ke negara mana pun, walaupun waktu negara itu berbeza dengan negara kita, tetap di negara itu akan ada jam yang menunjukkan waktu yang sama ditunjukkan di sebuah kedai jam di Malaysia. Jadinya kalau ditanya pada mana-mana mat saleh, jam sekarang pukul berapa. Jangan marahlah kalau dia kata sekarang pukul 10:10 walapun waktu itu tengah azan maghrib. Sebab dia mungkin baru lepas beli jam. Memang menarik khilaf di Google Answer itu.
iii- Saya setuju dengan apa yang saudara rasa. Tambah-tambah lagi itu adalah Hadith Nabi. Pergh, memang insaflah bila dengar hadith itu. Dahulu saya pernah rasa amat sempitnya masa. Nak baca buku tidak sempat. Nak ziarah orang tak sempat. Macam-macam tak sempat. Tapi bila lihat ulama’-ulama’ silam yang mampu menulis kitab-kitab yang tebal, walhal kalau diukur pada umur mereka yang pendek dan sedikit, rasa amat pelik. Oh, rupa-rupanya meraka menjaga amal ibadat. Waktu solat terus ke rumah Allah, menunaikan ibadat. Baru perasan. Oh, di situ rupanya berkat. Bila jaga amal ibadat, maka waktu-waktu yang lain akan jadi berkat. Bila sudah waktu itu diberkat, apa lagi yang dikatakan kesempitan. Seingat saya saudara Tawel ada menulis artikel tentang cara-cara ulama’-ulama’ menjaga amal ibadat. Seingat saya ia tentang Imam Al-Gahazali, macam itulah. Kalau saudara ingat, tolong lampirkan semula. Nak baca baliklah. Nak cari, banyak sangat.
Terima Kasih atas semua entri –entri saudara sebelum ini. Saya amat hargainya. Lagi satu, Terima Kasih kerana letakkan setiap update blog saya di ikhwan tajdid segar.
Assalamualaikum.
Assalamu'alaikum...
1) Drama Melayu
Saya rasa tersangat hairan dan tertanya-tanya, betulkah ada budak-budak (remaja mahupun kanak-kanak) yang tahap kekurangajarannya sampai menghina orang yang cacat sebegitu rupa (contoh: seperti dalam klip video +/- 2.15). Ini kerana sepanjang +/- 26 tahun saya hidup di dunia ni, belum lagilah saya terjumpa kumpulan yang tidak berakhlak sebegitu rupa dan saya harap saya tak akan pernah terjumpa.
Oleh itu, apa kepentingan plot-plot yang sebegitu rupa. Banyak drama-drama Melayu yang memaparkan plot yang sebegitu. Saya khuatir, ini akan membawa kesan yang buruk.
Berkenaan kesamaan antara jalan cerita drama dengan sebaran e-mail, saya tak pasti kerana versi drama saya tak tengok, versi e-mail pun saya tak dapat.
2) Iklan Jam
Saya ni kurang teliti dalam menonton TV. Selalu ambil "general idea" sahaja. Nanti kalau tengok iklan jam, saya akan cuba perhatikan.
3)Masa Yang Aneh
Memang masa itu aneh. Ia adalah makhluk yang baharu. Ia bukan Khalik. Ia juga adalah sesuatu yang subjektif. Orang yang sibuk seperti ulamak-ulamak silam, masih mempunyai masa untuk beribadah. Orang yang tidak sibuk seperti penagih dadah pula, merasa seperti tidak cukup masa, padahal dia yang membiarkan masa berlalu begitu saja.
Selalu saya katakan pada diri, Allah itu maha kuasa. Dia menciptakan malaikat dengan kelajuan yang tak terjangkau oleh akal. Tetapi, cuba kita buka gambar galaksi Bima Sakti di skrin komputer kita dan lalukan tangan kita dari satu hujung galaksi tersebut ke hujung tang lagi satu. Cepat bukan. tak sampai satu saat pun, jari kita telah merentasi galaksi Bima Sakti.
Ruang (tempat) juga adalah sesuatu yg aneh. Kenapa kita hendak menisbahkan Allah kepada ruang. Sedangkan ruang juga adalah makhluk. Maha suci Allah dari apa yang mereka perkatakan.
Analoginya seperti seorang askar di dalam "red alert". Dia merasakan dia berada dalam satu kawasan yang ada waktu dan ruang yang tersendiri, sedangkan dia tidak pernah tahu bahawa dia hanyalah berada di alam maya. Apakah ruang dan masa yang menempati askar itu sesuatu yang hakiki? Sedangkan, masa dan ruangnya itu hanyalah khayalan. Fana. Ini hanya Analogi. Jangan kata saya terpengaruh dengan "The Matrix" pula.
Nasib baiklah Allah sudah memberikan peringatan supaya tidak memikirkan tentang zat-Nya. Dia hanya menyuruh memikirkan tentang Makhluknya. Sedangkan memikirkan tentang makhlukpun kita dah tak mampu, janganlah ada hati hendak memikirkan tentang Tuhan.
ni nak kongsi pasal masa yang ke 2 tu..masa sy pegi UIA utk 1 program tahun lepas, ada seorang akak 'usher' kitorg yang bagi fakta yang sangat menarik(?)
dia cakap, "korang perasan tak, semua iklan jam mesti tunjuk pukul 10:10?" kitorg semua pon terpegun la dengar fakta tu..tapi dengan taatnya, kitorg dengar je la lagi apa yang dia nak cakap..
pastu dia cakap lagi, "korang tau tak apa makna iklan tu? Pukul 10:10 tu kan bentuk "V" kan?ha~'V' tu untuk 'victory' @ kejayaan..so, maksudnya, kalau kita guna masa dengan sebaik-baiknya, kita semua akan mencapai kejayaan!!
kesimpulannya=
huhu~taktau la camna dia boleh come up with that..tapi menarik juga masa dengar dia cakap!sungguh2 dia bercerita!hohoho~
artikel yang menarik. walaupun ada tiga subtopik tapi masih berkaitan dengan topik 'masa'.
1. Tidak pernah lihat cerita tu lagi tapi pernah terbaca emel tersebut. Mesej yang ingin disampaikan adalah bagus untuk renungan kita bersama :)
2. Tidak pernah pula terfikir mengenai iklan dan kaitan dengan jarum jam. Mungkin lepas ini akan lebih tekun menganalisis iklan di media massa.
3. Konsep masa ini unik. Ada orang merasakan masa terlalu cepat berlalu dan sebahagian lagi berpendapat masa ini terlalu lambat.
Contohnya, sebelum peperiksaan, kebanyakan pelajar akan mengalami situasi di mana masa itu terlalu cepat berlalu. Jika seseorang menunggu sesuatu seperti menunggu bas dan teksi atau menunggu ketibaan orang yang tersayang, penantian itu suatu penyeksaan = masa itu sangat lambat berlalu.
Masa itu sungguh aneh kan ;)
Hoho akhirnya ade juga jumpa orang lain yang merasakan konsep masa dari presepsi yang berbeza.
Uslub masa itu suatu yang mistik. Tetapi memandangkan manusia atau makhluk berjasad besar (dan ada yang nak dekat sama cam gajah cam saya) tak boleh lari dari dua belenggu iaitu time (masa) and space(ruang) . Iklan ASWJ: "Maha suci Allah daripada memenuhi ruang dan masa"
Adakah kita dapat mengukur masa? Not really yang kita ukur hanyalah moment atau kadar bagi satu jarum jam berubah sudutnye .
Jadi mengapakah ada orang merasakan masa itu lapang dan ada orang merasakan masa itu singkat/pendek ?
Sebagaimana ada yang merasakan tempoh di alam kubur itu lama dan ada yang merasakan tempoh di alam barzakh itu pendek.
So konklusi saya yg tidak konkrit lagi tak mungkin menang Nobell.
masa == clock ..untuk mengukur kadar perubahan sesuatu objek..
masa adalah relatif dengan keberkahan hidup. (dan definisi inilah yang menyatakan ade org merasakan masa sedikit dan ada orang yang menyatakan masa banyak)
Aslkm Tuan Tawel,
Sedih aih baca e-mel yang difilemkan tu...
Memang menginsafkan.
Wa'alaikumussalam semua dan TQ atas respon yang diberikan..hehe.
@Abqori, betul ke nasi lemak adalah maskot makanan Malaysia? Ingatkan roti canai. Tapi malangnya roti canai kita tak sempat naik roket. Entri tentang masa tu rasanya yang ini.
@Aiyrie, yup babak tu tersangatlah tak realistik. Setahu saya, sejahat-jahat kawan saya yang pernah hidu gam, pecah rumah dan lawan cikgu, tak pernah mereka biadab sampai macam tu sekali pada orang kurang upaya.
@al-Ikhsan, kalau baca perbincangan di Google Answers tu, salah satu jawapannya yang berdasarkan pendapat veteran WWII, memang sebab dia tunjuk "V". Sebelum WWII, amalan set jam pukul 10:10 tak pernah dilakukan ;)
@Hafiz, hai Hafiz, macam sedang terseksa tunggu ketibaan orang tersayang aje..hehe!
@Yondie, konklusi saya yang mungkin tak menang mana-mana anugerah juga:
masa != clock. Clock is a tool to measure time. Macam kita gunakan pembaris untuk mengukur jarak.
Iklan ASWJ tu memang bagus ;)
Alhamdulillah, baru habis menonton cerekarama tu. Memang bagus betul cerita tu. Bergenang juga air mata, cuma tak menitik je. : )
Saya ingin kongsikan maklumat ini setelah membaca entry pasal jam randik yang waktu terteranya pastilah 10:10
Sahabat saya, yang berbelas tahun juga bekerja di bidang pengiklanan, saya tanya beliau setelah membaca entry ini.
Beliau tersenyum dan berkata mestilah posisi begitu yang paling menarik sejak sekian lamanya.
Bayangkan jarum menunjukkan pukul 3.Boring posisi tersebut.
Pukul 6:30 posisinya boring juga.
Nah, cuba jam 12 tepat.Huh statik bangat deh!
Ya sudah pastinya juara disandang oleh 10:10!
:)
Salam...
Sbnrnya ada satu drama bersiri Indonesia yang gunakan tajuk yg sama tapi ceritanya jauh berbeza.
Email ttg kisah ni saya dah baca tahun 2006 lagi. Ini bermakna cerita tu dah agak lama tersebar. Cerita yang mmg menyayat hati...
Kebiadaban seorang anak... sesungguhnya itu adalah ujian untuk ibubapa.
Masa... laluannya ibarat jalan sehala. Kalau benar ada orang yang mahu mencipta mesin masa seperti yang selalu dikisahkan dan difantasikan dlm movie, mmg orang tu suka buang masa.
1. tak pernah tau pun pasal email tu.mgkn kalau ada senggang masa,saya akan tonton cerekadrama tu.
2. 10:10 = V
3. persepsi masa berbeza dengan umur.budak2 kecik selalu rasa masa tu terlalu panjang.
salam`alayk~
Perkara I - Saya tidak rasa sebab tidak menerima emel tersebut. Maka pada awalnya, saya amat mengkagumi jalan cerita telemovie berkenaan. Persoalan suratan atau kebetulan itu harus diajukan kepada penerbit. Kalau sayalah, pasti saya menjawab, "Idea dan plot cerita ini 100% saya punya. Awak nak kena saman?!" Haha.
Perkara II - Yang ni saya pernah rasa masa muda-muda dahulu. Sampai sekarang tak tahu sebabnya. Menyentuh tentang masa, suka saya berkongsi hobi minor saya di sini iaitu menunggu jam menunjukkan masa 12.34, tak kiralah tengah hari ataupun malam. Saya seorang sahaja yang rasa, atau pun semua orang sebenarnya rasa bahawa bertuahnya dapat menikmati saat itu?
Perkara III - Konsep masa sungguh aneh. Persoalan mengapa masa itu bersifat paradoks sukar untuk dijawab kerana saya bukan orang yang arif. Adik saya kata, masa itu macam aiskrim, mencair dan akan tumpah kalau kita tak memakannya (memanfaatkannya). Seronok bukan kalau masa itu pun boleh dibekukan macam aiskrim?
Eh, adakah kamu sedang didatangi keadaan di mana masa itu sangat mencemburui kamu?
@noreena, adik noreena tu memang boleh jadi ahli falsafah!
Macam tahu-tahu aje masa mencemburui saya. Jika masa ini adalah seorang kekasih, memang dah lama manusia menceraikannya ;)
@Ahmad, hehe buat susah-susah aje sampai tanya kawan. Tapi rasanya kalau sejak dulu lagi semua orang buat pukul 12 tepat, nanti kita rasa pukul 10:10 boring bangat deh!
assalamualaikum
ini hanya sekadar pendapat dari ana yang faqir
kes 1 : sama tapi tak serupa...mungkin. Apapun, kita ambil pada manfaatnya. InsyaALLAH itu semua merupakan contoh variasi dalam usaha berdakwah.
Kes 2 : Si haqir faqir ini sejujurnya tidak mengetahui tentang iklan jam yang banyak menunjukkan 10:10, sungguh ini suatu info menarik buat diri ana untuk sama berfikir. Apapun, ana tertarik dengan kata-kata seorang ustaz. Dia kata, jam, saat, minit, jam etc itu semua hanya satu titik yang di letakkan oleh manusia sebagai tanda dan 'pembimbing' bagi MASA. Namun, apa yang penting, masa dalam islam,yang 5 itu (kes 3 anda)
kes 3 : adapun kes masa yang pelik..hmmm, konsep masa ini adalah sesuatu yang sangat membebankan bagi mereka yang paling kurang memilikinya? atau mungkin ia terlalu ringan dan enteng bagi mereka yang berasa terlalu memiliki? ana seorang sahaja yang rasa?
in a nutshell:
1 mesej dari sahabat ana, 'Saat yang lepas milik yang Esa, yang akan datang dalam rahsia DIA, yang kita miliki hanya detik ini...'
Namun apa yang penting untuk di hitung adalah:
1. Adakah setiap saat yang lepas walau penuh ranjau dan punya dosa,ada pengajaran yang kita ambil dalam muhasabah dan memperbaiki diri untuk masa kini dan akan datang?
2. Adakah masa yang akan datang, akan lebih cerah dan diredhai berbanding semalam dan detik ini, masih di takuk lama atau semakin kelam?
Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata; 'perkara yang paling menyesalkan aku adalah apabila tibanya hari baru, namun iman dan ibadahku tidak bertambah dan masih seperti dahulu'.
3. Adakah detik ini yang kita miliki mendapat kebaikan dengan barakah ILAHI? Dan adakah ia mampu kita miliki dalam sebenar-benar erti?
Wallahua'lam
Encik Tawel, babak berkenaan kejian oleh budak-budak sekolah tu, pada saya ianya realistik. Dalam satu batch pelajar, mesti ada satu group pelajar yang perasan dia cantik dan bagus serta suka memandang hina orang lain.
Semasa saya bersekolah dahulu, ada seorang budak lelaki yang memakai kaki palsu. Budak-budak mengejeknya si Tempang, sebab tak tahan dibuli. Ya, si Tempang itulah samseng di sekolah yang membuli orang lain. :D
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.