Back to home page

Fatima Si Gadis Arab

04 Mei 2008 • 12 Komen Cetak Chenta!
Mula-mula, saya rasa comel tengok Fatima. Memang ramai pun orang kata budak ni comel. Tapi bila ada soalan "Di Mana Allah", ada juga rasa tidak sedap di hati. Saya teruskan menontonnya, dan bila 2 soalan lain diajukan:
  • Apa hukum menggunakan biji tasbih (dijawabnya bidaah),
  • Apa hukum menyambut Maulid Nabi (juga dijawabnya bidaah),

Lalu membuat saya tertanya-tanya, siapalah yang ajar Fatima benda-benda macam ni. Perlu sangatkah bagi budak berumur 2 tahun ini didedahkan dengan hukum-hakam beberapa amalan Islam yang terdapat khilaf ulama padanya? Dan yang lagi dahsyat, terus dibasuh otak budak ni bahawa amalan-amalan itu adalah bidaah (dalam konteks di sini, ia dirujuk kepada bidaah sesat).

Adik Fatima, kalau kau faham Bahasa Malaysia, abang nak pesan satu sahaja:
"Bila dah besar nanti jangan sikit-sikit nak bidaah orang dah le."

12 Komen Tambah Komen↴

2 year old, apa yg dia tahu? cuma me'luah'kan apa yg di'suap'.

hanya budak kecil. jgn la ambil hati sangat, hehehehe..

Tanpa Nama

sian budak ni, cikgu manelah ajar bidaah tu hukum. Ishx2 patutnye udakx2 kecik ni ajar karouke nasyid Raihan lagi pekdah.

salam`alayk~

Kalau begitu, naik kapal terbang @ kapal laut nak ke tanah suci Mekah pun bid'ah la juga sebab zaman Rasulullah dulu tiada benda-benda ni semua. Hurm... Jom kita pakat jalan kaki ke Mekah! :D

Berbalik kepada kisah adik Fatima tadi, ternyata tahap pembelajaran terpenting adalah dari rumah. Jadi, bersiap sedia lah untuk menjadi ibu dan ayah yang benar ajarannya.

salam tawel...biaq pi la...budak lagi tu...orang faham bidaah ni ialah apa saja yg tak dibuat oleh Rasulullah s.a w...dan bidaah ni pun banyak kategori jugak...anak murid saya bila ditanya kenapa tak pakai stokin ?...bidaah, jawabnya..maka saya kata kat dia esok kamu mai skolah naik unta la, jangan naik keta..sebab bidaah...saya sutuju perkara bidaah jangan dok besar2kan sangat...tapi yg saya rasa lagi besar dalam video tu ialah bila ditanya dimana Allah....yang tu kena jelas betul-betul sbb malibatkan aqidah...patut bapak dia jawab Allah ada di mana-mana....cara bapak dia tanya soalan pun akak tak berkenan..macam peguam...tak de sifat kebapaan langsung..huh!

Tanpa Nama

Assalamu'alaikum

Saya suka nak ajak kita tengok kembali bahagian yang terakhir. Takbir. Nampaknya, cikgu dia ajar bab cabang yang lebih, tapi cara takbir tak diajar.

Lalu, akhirnya...

Penyoal: "Takbir!"
Adik Fatima: [terdiam sekejap, mungkin mengingat kembali yang dia tak pernah diajar bertakbir] "Takbir!"

salam..
baru2 ni, saya ditegur sebab nak pakai tudung time baca alqur'an.
bid'ah dikatanya, sebab dia kata itu adalah hukum yang dibuat-buat.
cuba jugak bawak berbincang, tapi dia tetap tegas dengan pendirian tu

haih..apo nak dikato. tak dapek den nak nolong ==

assalamualaikum

mujurla Fatima si gadis arab.kalau Fatima Si Gadis Melayu, mahu terasa juge teman...

takpe, Fatima Si Gadis Melayu ni takder Sikit-sikit nak Bidaah org.

Tanpa Nama

Wahai Cik Anonymous atau nama sebenarnya "Fatima Si Gadis Melayu"... hamba rasa macam hamba kenal dengan anda ini, apakah mungkin anda bisa berbahasa Jawa? Hehehehe! =))

...

Waw, cekapnya budak ni menghafal! Memula tu, dengan namanya itu, dengan "bahasa" yang budak tu guna, hamba ingat ini budak dari negara Iran sana. Rupanya beliau bercakap Arab dengan telo bebudak, keh keh keh...

Wah, bagusnya, budak ini sudah diajar Islam seawal usia ini. Siap boleh tahu apa yang Sunnah, Haram, dan BID`AH! Err... sejak bila "Bid`ah" menjadi HUKUM? Ahaks, tak perlu jawab, hamba dah dapat jawapannya daripada Syeikh Nuruddin Al-Banjari!

Sementara itu, anak² kita pulak dibiarkan sebebas²nya sejak usia kecil. Apabila masuk sekolah, mereka jadi biadap pada guru, tak hormat rakan sebaya (ejek, kutuk, ngata nama bapa, mencarut), bergaul bebas lelaki dan perempuan pada peringkat seawal sekolah rendah, sementara ibu bapa pula campur tangan sampai susah guru di sekolah nak "didik" bebudak ni. Pastu bila dewasa... kita sedia maklum apa jadi, hehehe...

...

Wahai Y0nd13, camna la nak suruh budak ni "karaoke" lagu Raihan? Takkan tak perasan salah satu soalan yang diajukan ialah "apa hukum dengar muzik" dan dijawabnya "HARAM"? Nah, tertutup sudahlah peluang Raihan nak promosi lagu mereka kat keluarga budak ni, hohoho!

Betui ka Convoy budak tu jawab haram? Hamba dengar 'hayaam'.

salam...
Maaf, saya tidak pandai berbahasa Jawa melainkan sepatah dua kata cuma. mungkin Fatima Si Gadis Melayu lain yang Encik Saladin kenali.


Kesian beno teman tengok ' adik' teman Fatimah Si Budak Arab tu...ayahanda dan bonda teman pun tak ajo lagi apa benda bidaa'h tu masa teman di alam kanak-kanak rebina dulu.Kesian 'adik'teman yang dipaksa menjadi 'dewasa' sebelum sampai masanya.

Bak kata Arena Wati dalam karyanya Sandera-" Jangan paksa buah supaya masak, dia masak sendiri bila tiba waktunya,"....

Semoga Fatima Si Budak Arab ini tak dijadikan idola oleh teman-teman sebayanya...


Fatima Si Gadis Melayu

Tanpa Nama

Kepada Cik Nur yang komennya tak diluluskan, jangan marah aaa. Cuma tak nak bawa atau jawab isu off topic yang sangat besar tu di bahagian komen ni. Dan saya sebenarnya pun tak berkesempatan lagi nak ikuti perkembangan isu tu.

Assalamualaikum sdr. Hembusan.

Pada hemat ambo.. adalah tidak pelik seorang budak mengulang sebut kembali apa yang telah dia hafal atau belajar tanpa mengetahui sama ada apa yang diperkatakannya itu salah atau benar.

Tetapi amat pelik dan dan tak masuk akal bagi seorang yang dewasa dengan mudah mengulang sebut apa yang telah dia dengar atau pelajari tanpa mengetahui sama ada apa yang dia sebut tu salah ataupun benar.

Tetapi itulah berlaku.. dah ramai kiranya ambo bertemu dengan mereka yang sewenang-wenang menghukum itu bidaah, ini bidaah.. itu sesat.. ini sesat sedangkan apa yang dihukumkannya itu bukan berdasarkan ilmu sebenar yang dia miliki tetapi sekadar cedukkan kata-kata seseorang penceramah daripada Tulisan buku, blog, VCD atau kaset!. Lantas apabila ditanyakan tentang apa yang dia perkatakan dengan lebih mendalam... diam seibu bahasa... Wallahualam.

Salam Ukhwah.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.