Back to home page

10 Lagu Ibu Yang Patut Anda Tahu

08 Mei 2008 • 42 Komen Cetak Chenta!
Di negara kita, Hari Ibu disambut pada setiap hari Ahad ke-2 dalam bulan Mei. Ini bermakna pada tahun ini, rakyat Malaysia akan menyambutnya pada tanggal 11 Mei 2008.

Maka saya membuat edisi khas untuk menyenaraikan 10 buah lagu tentang keistimewaan seorang ibu yang perlu anda tahu.

Demi ibu-ibu di luar sana juga, maka pada kali ini saya telah menjadi lanun (pengedar lagu). Maafkan ku ibu. Namun jika aku seorang lanun, maka Robin Hood itu adalah saudara seperjuanganku. Ku harap ibu mengerti...




---

1) Bonda – M Nasir

Bonda adalah antara hasil karya terbaik M Nasir. Ketika saya masih di bangku sekolah rendah, saya masih ingat betapa popularnya lagu ini yang sering diputarkan di corong radio dan kaca televisyen. Lalu tidak hairanlah lagu ini pernah memenangi anugerah lagu terbaik kategori Irama Malaysia pada pertandingan Juara Lagu TV3 tahun 1994.

Lirik Bonda:
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh bonda.. bonda..
Download Bonda | Kembali ke panduan

2) Ummi – Haddad Alwi dan Sulis

Lagu ini adalah dalam bahasa Arab yang dinyanyikan oleh penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Haddad Alwi, bersama seorang penyanyi cilik (tapi sekarang sudah besar), Sulis. Dalam banyak-banyak lagu nasyid yang ada di akaun YouTube saya, inilah lagu yang paling popular. Sesiapa yang ada terjemahan lagu ini, harap dapat beritahu saya. 2 orang pembaca blog ini, Budak Baru Belajar dan Pie telah meletakkan terjemahan lagu ini di ruangan komen. Terima kasih.

Lirik Ummi:
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy
Saya tiada mp3 lagu ini. Jadi tonton sahajalah video ini:

Ummi.. ummi.. ummi..

3) Lagu Untuk Ibu – Brothers

Lagu nasyid berentak harmonis ini memang sedap didengar. Ia mengisahkan seorang anak yang sangat berterima kasih kepada ibunya yang telah mendidik agar dia kekal di jalan yang lurus. Maka si anak ini berdoa agar Allah akan sentiasa mengasihi ibunya juga. Lagu ini secara mudahnya dipenuhi dengan tema kasih sayang.

Lirik Lagu Untuk Ibu:
Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini

Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa

Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya
Download Lagu Untuk Ibu | Kembali ke panduan

4) Untukmu Ibu – Exist

2 anggota asal kumpulan Exist yang masih terus aktif pada hari ini ialah Ajai dan Mamat. Sewaktu kumpulan ini muncul, mereka semua masih remaja. Suara pun masih belum garau. Unsur-unsur tidak garau inilah yang membuatkan lagu Untukmu Ibu ini sedap didengar telinga. Kalau tidak percaya, sila dengar lagu ini yang dinyanyikan semula oleh Mamat yang sudah pun berusia 20 tahun lebih. Kurang kick!

Saya tujukan lagu ini kepada mereka yang telah ketiadaan ibu di dunia yang fana ini. Bukan semua orang bertuah dapat menikmati kasih ibu. Ada ibunya yang meninggal ketika bersalin dan ada juga yang pergi ketika sebahagian di antara kita masih terlalu kecil untuk mempunyai memori bersama ibu tercinta. Bagi yang masih mempunyai ibu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita masih ada ibu sebagai tempat bermanja...err dan apa itu..mungkin juga tempat kita untuk tidur sekali-sekala di bawah ketiak ibu.

Lirik Untukmu Ibu:
Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu

Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Di saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Download Untukmu Ibu | Kembali ke panduan

5) Your Mother – Rasheed Bhikha

Lagu ini mempunyai melodi yang sangat ceria dan ia merupakan lagu hits dalam album I Look, I See yang didalangi oleh Yusuf Islam. Kalau mendengarnya, InsyaAllah hati yang gundah akan pasti tersenyum. Your Mother adalah sebuah lagu yang mungkin digubah dengan bersandarkan kepada sebuah hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم


Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Sebagai nota sampingan, Rasheed Bhikha adalah anak lelaki kepada penyanyi nasyid yang terkenal di sebelah Barat, iaitu Zain Bhikha.

Lirik Your Mother:
Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother
Download Your Mother | Kembali ke panduan

6) Ibu Mithali – Nadamurni

Semua wanita boleh menjadi ibu. Namun apa yang membuatkan seseorang ibu itu layak digelar ibu mithali? Bait yang paling saya suka dalam lagu ini ialah "Kau disayangi kerana menyayangi". Mengapa? Kerana kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.

Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?
Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.

Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."

Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."

Kepada mereka yang kurang arif dalam industri nasyid, penyanyi lagu ini adalah Ustaz Asri yang kini mengetuai kumpulan Rabbani.

Lirik Ibu Mithali:
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Download Ibu Mithali | Kembali ke panduan

7) Oh Ibu - Alleycats

Lagu ini membawa mesej yang sangat mudah: Kalau mahu berbakti kepada ibu dan kalau mahu memohon ampun kepadanya, lakukanlah sementara ibu kita masih ada.

Lirik Oh Ibu:
Terhenti dari bicara
Kaku membisu
Sepi seketika

Terbayang wajah tuanya
Membisik rindu
Memanggil padaku

Berita seburuk ini
Adalah kenyataan yang menyedihkan
Inginku kembali ke pangkuanmu
Bermesra dan bermanja

Tetapi apa dayaku
Kerana hidup dan mati
Adalah kudrat Ilahi

Ada yang terkunci di hati
Seperkara lagi
Tak dapat ku penuhi

Oh ibu maafkanlah diriku
Belum sempat tunaikan
Janjiku padamu

Tetapi apa dayaku
Kerana hidup dan mati
Adalah kudrat Ilahi

Kau pergi meninggalkan diriku
Download Oh Ibu | Kembali ke panduan

8) Lagu Untuk Seorang Ibu – Kembara

Lagu ini pernah tersenarai dalam Top 20 'Nasyid' yang Bukan Nasyid dan ia merupakan antara lagu popular dalam album sulung kumpulan Kembara yang diketuai oleh M Nasir. Kenapa lagu ini relevan? Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan ibu bapa mereka dari kalangan orang yang senang dan kaya, biasanya sukar untuk mereka melihat jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Namun bagi seorang anak dari keluarga yang susah, ditambah lagi yatim, pengorbanan seorang ibu mampu menitiskan air mata anak tersebut, mahu pun orang luar yang tiada kaitan darah.

Lirik Lagu Untuk Seorang Ibu:
Ibuku mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun ayah telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerna suria kan pasti menjelma

Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

Ayahku walaupun engkau gugur
Kerna Pertiwi
Namun jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara

Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa ku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah lagu
Untukmu..
Download Lagu Untuk Seorang Ibu | Kembali ke panduan

9) Buatmu Ibu – Aeman

Jarang-jarang saya jatuh cinta dengan sesebuah lagu, terutamanya lagu zaman kini yang semakin tiada kualitinya. Namun sewaktu kali pertama saya mendengar lagu ini di komputer kawan, seraya itu juga saya melafazkan, "Aku nak copy lagu ini!"

Lirik Buatmu Ibu:
Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Download Buatmu Ibu | Kembali ke panduan

10) Ibu – Firdaus

Di samping Ibu, kumpulan nasyid Firdaus juga ada menyanyikan sebuah lagu top yang didedikasikan kepada pengorbanan para ibu dan ayah, iaitu Permata Ayah Bonda. Dari segi emosi, saya lebih menggemari lagu tersebut. Namun oleh kerana tulisan ini adalah khas bagi memperingati ibu, maka lagu Ibu dipilih.

Lirik Ibu:
Oh ibu
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Terima kasih

Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Terima kasih

Tiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih oh ibu
Kasih sayang cinta murni

Sejak kecil hingga kini
Ku dibelai dan diberi sinaran

Oh ibu
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Oh terima kasih

Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Oh terima kasih

Ibu pesanan ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya oh
Tidak ku lupa erti kehidupan
Ibu dikaulah yang tersayang

Akan hukum pegangannya
Tidak ku lupa suruhan Yang Esa

Oh ibu
Oh dengarlah ratapanku anakmu
Terima kasih

Oh ibu
Oh dengarlah ratapan dari anakmu
Terima kasih
Download Ibu | Kembali ke panduan

---

BONUS CERAMAH:

1) Makbulnya Doa Ibu oleh Ustaz Akhil Hayy
2) Adab Anak Terhadap Ibu Bapa oleh Ustaz Ismail Kamus
3) Derhaka Ibu Bapa oleh Ustaz Haji Shamsuri

Kembali ke panduan

UNDIAN

Setelah 24 hari undian dibuka, maka ini keputusan bagi soalan "Saya panggil mak, anda pula?":

Keputusan undian sempena Hari Ibu.

Kembali ke panduan

42 Komen Tambah Komen↴

http://youtube.com/watch?v=d6lfKz70e3Q

Ibu - P Ramlee

assalamualaikum.

sekadar berkongsi ke-confuse-an yg melanda diri semenjak akil baligh, ketika otak ini mampu berfikir sempurna.

perlukah seorang muslim kepada HARI IBU? saya tidak bercakap dalam soal hukum agama antara haram / makruh / harus / sunat / wajib / fardhu , cuma keperluan merayakan dan meng-komersial-kannya (lihat shj siaran TV malaysia).

ini adalah persoalan diluar konteks artikel saudara, tapi ada kene mengena sedikit gamaknye. confuse sket dengan muslim diluar sana.

psstt.. seorang ibu tidak memerlukan HARI ANAK kerana setiap hari adalah HARI ANAK bagi mereka. sekadar berkongsi.

Paracletos

Salam.

Alahai En.Tawel... Saya tak boleh nak mengundi la... tak de dlm senarai. Patutnya ada satu lagi...'lain-lain panggilan':(

Teringat sms yang pernah dihantar oleh seorang teman sempena menyambut hari ibu tahun lepas. "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Ayah dan ibu tak pernah meninggalkan kita, walaupun ada antara mereka tiada disisi kita. Di setiap saat nadi bernada, disetiap kali nafas dihela, disetiap sudut bayang tercipta, disetiap langkah bumi dipijak, disetiap inci langit dijunjung, disitulah wujud ibu dan ayah yang mengalir menjadi darah dalam diri, bersama kenangan, amanah dan pesanan, juga harapan bahawa mereka teramat ingin melihat kita bahagia..."

Untuk seseorang yang begitu istimewa kedudukannya didalam hidup kita, rasanya setiap hari perlu dijadikan hari ibu, kan?

Semoga Allah merahmati roh arwah bonda saya yang telahpun pergi 23 tahun yang lepas. Al-Fatihah.

salam..
dalam 10 lagu ibu saya cuma tahu 2 sahaja.. ummi-haddad alwi dan sulis dan untukmu ibu-exist mungkin kerana saya ni jenis orang yang jarang dengar kepada lagu sebab itu markah saya 2/10.. =)

saya juga ada terjemahan lagu ummi dari haddad alwi dan sulis.. memang sudah tertulis di booklet di dalam cakera padat yang telah dibeli bertahun-tahun dahulu... tetapi ianya di dalam bahasa indonesia, tapi insya allah boleh difahami..

ummi

Ummi, lagu yang paling kugemari
Irama yang selalu ku dendangkan
dimana saja,kapan saja, aku mengingatnya
selalu dan selalu aku nyanyikan

Ummi, jiwa dan hidupku
pemberi kebahagiaan dan harapan
sekarang, dan juga di masa mendatang

Allah memerintahkan kepadaku,
dalam kusendiri atau terbuka
bersikap membahagiakan
berlaku sopan kepadamu dan berkasih sayang

Namamu wahai ibu terpahat di hatiku
cintaku padamu membawa kepada jalan yang benar
dan doaku selalu,
semoga Allah senantiasa menjagamu

sekian.

budak baru belajar

Wah. Mesti makan masa nak buat research lagu-lagu untuk ibu ni.
Terima kasih ceramah bonus tu ya?

mine is duhai bonda by nowseeheart. kalau dengar musti tingat kat mak aku pastu rasa nk nangis.. uhuk uhuk..

ibu p.ramlee punya tak kira?

Salam.

Nak tolong lengkapkan koleksi lagu ibu dalam entri ini. Ini lagu Ummi dari Haddad Alwi dan Sulis,

Haddad Alwi dan Sulis - Ummi

Dan ini terjemahan lagu tersebut,

***
Ibu, lagu yang paling kugemari
irama yang selalu kudendangkan
di mana sahaja, aku mengingatinya
selalu dan selalu aku nyanyikan...

Ibu, wahai jiwaku dan hidupku
pemberi kebahagiaan dan harapan
sekarang, juga di masa hadapan...

Allah memerintahkan aku
dalam ku sendiri atau terbuka
supaya bersikap membahagiakan terhadapmu, dan mengasihimu...

Namamu wahai ibu terpahat di hatiku
cintaku padamu membawaku ke jalan yang benar
dan doaku selalu, semoga Allah sentiasa menjagamu...

***

Kalau ada sesiapa yang mahir bahasa Arab, harap dapat betulkan jika ada kesilapan terjemahan yang menyimpang jauh dari maksud asalnya. Namun berdasarkan pengetahuan bahasa Arab saya yang cetek ini, rasanya terjemahan itu sudah betul.

Wassalam.

PiE

@Paracletos, Hari Ibu memang telah menjadi sesuatu yang terlalu dikomersilkan. Sebab itu, pengasas Hari Ibu sendiri, Anna Jarvis, sehingga mahu meletakkan hakcipta pada tarikh Hari Ibu.

@Suara, okeh kejap lagi saya tambah lagi satu pilihan dalam undian tu..hehe. Al-Fatihah juga untuk roh bonda Suara. Moga Allah merahmatinya.. Amin.

@budak baru belajar dan Pie, terima kasih terjemahan tu.

@SangPelangi, buat research taklah lama sebab semua lagu tu saya tahu dan ada. Nak tulis tu aje yang macam agak lama.

@intan, haha lupa pula lagu tu padahal ada aje dalam komputer ni. Lagu tu memang best! Lagu Ibu P Ramlee, ada dah abang Ahmad letak kat awal-awal komen tadi. Rasanya sebab sasaran nak buat 10 lagu, itu yang terlupa lagu yang lagi dua tu.

Okeh TQ para pengomen sekalian.

Di antara 10 lagu ini, hanya pernah dengar 5 lagu sahaja. Terima kasih di atas lirik lagu.

salam tawel....alahai tulisan anda kali ini begitu menyentuh rasa hati seorang ibu seperti hamba...apa sangatlah dengan erti sebuah lagu ibu maupun sambutan hari ibu berbanding perasaan istimewa keibuan anugerah tuhan ini yang jauh lebih besar ertinya...ah istimewanya memiliki perasaan seorang ibu...yg pasti tak mampu utk en. tawel merasainya...kerana en. tawel takkan jadi ibu buat selama-lamanya...ah istimewanya memiliki perasaan seorang ibu...u takkan tahu tawel...takkan pernah tahu...hu..hu.hu

ummuhanah

soutus sofwa menyanyikan semula lagu klasik Al Arqam.Terdapat juga versi Siddiq.

Aku sayang Ummi, ummi kusayang ummi,
Sayang sayang ummi, ummi kusayang.

http://youtube.com/watch?v=5tjeTvLQJro

Lagu "Mama" nyanyian Spice Girls tak tersenarai ka? Atau lagu "A Song for Mama" nyanyian Boyz II Men? Wah, teringatnya zaman hamba melayan lagu² Inggeris di (dahulunya dikenali sebagai) Hitz FM.

...

Hmm... dalam banyak² lagu dalam senarai ini, hamba minat lagu M. Nasir tu saja. Memang molek sangat la Tuan Guru Sensei letak nombor satu dalam senarai ni! Lagu lain (yang pernah didengar la) lebih berirama sedih, tak minat la hamba lagu² sedih (biarpun menginsafkan) ni. Jiwa kering kot.

Lagu M. Nasir tu pun sedih ka? Tak tau la hamba, sebab lirik² lagu M. Nasir tu tak pernah straight-forward, jadi mungkin hamba yang tidak berjiwa seni ni tak paham maksudnya. Bagus jugak tak paham, boleh enjoy tanpa rasa bersalah kalau² lirik lagu itu membawa ke arah maksiat (seperti kebanyakkan lagu sekarang).

Yang pasti, irama dan susunan liriknya tu memang masyuk! Kesian, M. Nasir dah kehilangan "regu" dalam berkarya untuk menulis lirik untuk lagu²nya.

...

Apahal pun, selamat hari ibu, dan selamat hari SENSEI (guru daa)!

...

P/S: SULI? Siapa SULI? Bukan nama dia tu SULIS ka? =))

@Ummuhanah, yela saya tak boleh jadi ibu. Eh tapi kalau saya jadi bapa, nanti bila saya pulang dari kota, saya boleh belikan anak saya sebuah kereta kecil warna merah yang boleh dibawa ke sekolah..hehe ni lawak advanced sikit. Kalau tak faham nasib le.

@Ahmad, ok TQ atas satu lagi tambahan.

@Return of Saladin Convoy, ada mana-mana Empire Strikes Back ke sebelum ni? Apa pun, TQ untuk pembetulan Suli --> Sulis dan 10 lagu tu disusun dalam bentuk rawak. Jadi tak semestinya Bonda adalah no 1 ;)

ummi - dato shake?
tak boleh masuk kategori ke?

salam,rasanya ada lagi satu lagu tak salah oleh sami yusof ke.Sgt menyentuh perasaan.hanya dgn membaca lirik nya mampu membuat ibu ini menitiskan air mata.cuba cari dan post kan di sini.title nya 'mother'

Tanpa Nama

salam...

ade lg satu lagu ibu yg best...
HIJJAZ...IBU...

lagu ni syahdu gak la...
boleh la masukkan sekali lagu nih...

syifa'

Antara lagu2 yg ada dalam list tu, misoSoup sangat suka lagu dari M Nasir, Exist & Rasheed Bikha :)

Oh, ada lagi satu lagi tentang ibu yg misoSoup suka. Tajuk dia 'Satu Rindu', nyanyian Opick & Amanda

At this point, misoSoup is really missing her mum!

salam`alayk~

Sekadar satu perkongsian.

Ibu: Along, potonglah buah mangga yang beli kat pasar petang tadi. Semalam dok cari je buah mangga.
Saya: Ok ma, nanti lepas isya' Erin potong. (tersengih)

Lepas solat isya'...

Saya: Eh, sape yang potong buah mangga ni? Fariq eh? (Fariq adalah adik saya)
Fariq: Taklah. Mama yang potong tadi.
Saya: ....

Kadang-kala ucapan 'terima kasih' sudah cukup untuk menggembirakan hati ibu. Terima kasih pada semua atas perkongsian yang amat berharga.

Banyak betul lagu2 dedikasi untuk ibu kan :) dari 10 lagu yg disenaraikan tu, cuma 1 je yang tak ada dalam simpanan saya - Oh Ibu by Alleycats.

Setuju dengan Intan, Anonim & Syifa'; lagu Duhai Bonda (NSH), Mother (Sami Yusuf) & Belaian Ibu (Hijjaz) pun sangat indah senikatanya. Lagu Mother tu boleh buat mengalir air mata.

And kumpulan Far East ada 3 lagu tentang ibu - Hanya Untukmu, Kasih Ibu & Azimat Ibunda. Saya suka ketiga2nya, mungkin sebab saya jenis yang suka lirik2 puitis. Adui, banyak la lagi lagu2 ttg ibu ni, itu pun belum cukup nak gambarkan penghargaan terhadap ibu..

Btw, menjawab soalan sdr tawel sekitar 2 tahun lepas; saya bukan adik Fahd Razy :)

~Hani/kHa

Tanpa Nama

salam..
dato' shake
sami yusuf
opick
spice girl!
hehe nampaknya sensei kena tambah lagi 10 la lagu ibu dalam senarai tu ;)

p/s: mummy monster - 1 vote?! hahaha biar betik!

Salam.

Bro Tawel, aku paling jaki dengan "direct link" yang enta buat ni. Klik kat tajuk a'la thul ke lirik..

Yang paling jaki, enta buat di dalam ruangan posting..

Kenapa enta ni tawel? Suka buat ana jaki? ;-)

Saladin Convoy transform.... "SULI" CONVOY!!!

Aha, transformasi sementara ini adalah untuk menyenaraikan lagu² ibu dari negara seberang, disebabkan aku masih lagi terkenankan drama² sinetron, jadi wajarlah aku menambah lagu² KEIBUAN yang tidak disenaraikan oleh Sensei dan yang lain.

BTW, terima kasih Sensei atas pembetulan itu, kerana disebabkan itulah maka aku bisa memakai nama "Suli" ini untuk seketika! Dan, bukannya "empayar", tetapi aku sendiri yang akan STRIKE BACK! ;)

Dalam usaha untuk STRIKE BACK ni, izinkan aku mengepos lirik untuk TIGA lagu mengenai ibu dari negara seberang.

...

Haa... seperti yang diutarakan oleh misoSoup, lagu SATU RINDU nyanyian Opick dan Amanda sangat menyenangkan telinga mendengarnya. Setakat yang aku tahu, belum ada sinetron (kalau ada) yang menggunakan lagu ini sebagai lagu tema yang disiarkan di Malaysia.

Memandangkan polisi aku untuk tidak berkongsi lagu secara... tuuut... di Internet, maka aku cuma teringin nak pautkan ke videonya di Youtube. Malangnya, bukannya sebab ianya tak ada langsung di situ, tapi disebabkan oleh ada individu mana entah yang buat video gambar artis yang tak berkaitan atau tak releven, pastu diselitkan dengan lagu SATU RINDU tu. Nak aku pautkan ke situ, sat lagi apa pulak orang kata.

Maka, boleh dengar la lagu ini di sini. Dan ini dia liriknya...

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu


...

Untuk lagu seterusnya, ini merupakan lagu tema bagi sinetron berjudul SURGA DI TELAPAK KAKI IBU lakonan Desy Ratnasari dan Onky Alexander yang baru saja disiarkan di RTM2 bulan Ramadhan yang lalu. Hmm... sungguhpun judulnya sedemikian, tapi ianya tidak menggunakan lagu yang sama judulnya dengan tajuk sinetron ini sebagai lagu temanya.

Sebaliknya, judul lagu tema bagi sinetron ini ialah IBU, nyanyian kumpulan Sakha yang diuruskan oleh aktres Rianti Cartwright... eh, tersyasyul pulak (jangan marah Sensei, aku udah nyebutin namanya itu! ;D)! Maksud aku, oleh aktres Inneke Koesherawati!

Ya, Inneke Koesherawati ni, sejak beliau bertudung, banyak sungguh kerja² dakwah (dalam kapasiti beliau) yang beliau buat, termasuklah menubuhkan kumpulan "nasyid" yang bernama Sakha ni. Yang herannya, ahli kumpulan ni, yang gadis, tak bertudung pun! Tapi bila direnung balik, sedangkan Inul Daratista, Acha Septriasa dan Irwansyah pun pernah buat album "nasyid", maka kehairanan tu pun mulalah berkurangan sedikit!

Apahalpun, aku doakan agar beliau dapat la cahaya mata beliau sendiri, dan akhirnya berjaya beroleh gelaran "ibu" (ataupun BUNDA!) setelah sekian lama berusaha.

Biarpun namanya dinyanyikan oleh kumpulan Sakha, tapi lagu ini sebenarnya dinyanyikan sorang² oleh Siti Novita Rizki yang bersuara... err.. aku tak tahu apa jenis suaranya tu... soprano kot? Entahlah, aku ni buta seni suara sikit orangnya, hehe!

Dipetik dari album pertama mereka.

Haa... lagu ini memang confirm tak boleh dicari videonya di mana² pun, melainkan ianya boleh didengar di sini. Dan ini liriknya:

Sebening tetesan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bila kutatap wajahmu ibu
Ada kehangatan di dalam hatiku

Air wudhu' selalu membasahimu
Ayat Suci selalu dikumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdo’a untuk putra putrinya

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang kucinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah seperti menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan
Di dunia juga di akhirat


...

Lagu terakhir, hahah, peminat di Malaysia pasti tersangat familiar dengan lagu ini! Bahkan aku pernah dah bubuh kat komen aku kat entri mana entah, pasal lagu nasyid kot.

Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan New Sakha (dinamakan "New" sebab sorang anggotanya iaitu penyanyi dan aktres muda, Marshanda sudah keluar dari kumpulan tu kot), dipetik dari album kedua mereka. Nyanyian sepenuhnya oleh Siti Novita Rizki jugak.

Ya, itulah dia lagu tema kedua dan juga lagu penutup, bagi sinetron Mutiara Hati, yang berjudul MUTIARA HATI juga adanya!

Dulu aku pernah memautkan ke videonya di Youtube, di blog ini jugak, tapi sekarang video itu sudah tidak ada, dibuang, "due to a copyright claim by Viacom International Inc". Entah siapalah mangkuk hayun yang bernama "Viacom" ini (pura² tak kenal).

Tapi tak mengapalah, video itu masih boleh ditonton di sini, cuma kena tengok "iklan" dulu la selama 12 saat, ces! Boleh jugak tengok muka comel si penyanyinya tu (sekali imbas, nampak macam muka Ustazah Nik Salida Suhaila la pulak!) Apahal pun, diharap tak ada pihak "Viacom" yang menyibuk nak padam video tu di situ sudah la no?

Takpun, dengarkan terus di sini.

Lagu yang menyentuh hati, terutamanya bagi mereka yang kehilangan ibu.

Oh, lupa lak, liriknya...

Kurindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilangku mutiara hati

Kuingin berjumpa denganmu
Bunda t'lah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
'Tuk menghapus semua rinduku

Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
'Tuk membimbing menuju ridhoMu

Pancarkanlah cahyaMu
Pada jiwaku ini
'Tuk dapat rahmat karuniaMu

Ya Allah berikanlah aku
Bunda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
'Tuk membimbing menuju ridhoMu

Sebagai ganti dia yang pergi
'Tuk membimbing menuju ridhoMu


...

Sekian, terima kasih... B-)

Soalan tambahan untuk Ahli Parlimen Hembusan, YB Sensei:

Ooo, rupanya di Ireland "sambutan" hari ibu ni disambut pada hari Ahad keempat dalam LENT ya? Maknanya dah lepas la ya? Hoho, kalau diterjemahkan secara langsung ke Bahasa Melayu, bunyi hari "sambutan" itu ialah "Mengibukan Hari Ahad"! =))

Wah, terima kasih pada Wikipedia, baru aku tahu bahawa "sambutan" hari ibu/bapa/guru ni tak sama dan tak selaras di seluruh dunia. Patutlah tak pernah disebut "Hari Ibu/Bapa/Guru SEDUNIA"! Yah, masuk satu lagi informasi yang tak begitu signifikan, ke dalam otak aku ini!

Kat negara seberang kita, hari ini disambut pada setiap 22 Disember. Kita pulak pada setiap minggu kedua bulan Mei, patutlah aku tak pernah "terhafal" tarikh hari ibu ni dengan tepat!

Entah hapa² la sambutan merapu ni. Ini memang betul² benda "bid`ah", wakaaka! =))

Err... negara anti-bid`ah tu pun sambut jugak ek? Pada 22 Mac setiap tahun! Aik, hari itu leh sambut, Mawlid Nabi tak bagi sambut? Musykil... musykil... :roll:

salam tawel

akak teringat pada lagu nasyid
ibu mithali yang selalu rtm
pasang kat tv dulu masa akak kecik2
mungkin tawel tak lahir lagi gamoknya

sedikit lirik dia yang akak still ingat:

ibu mithali, ibu sejati
tunggak pada keluarga bahagia
kaulah pemimpin pembimbing penyatu

kalau tak salah, ini lagu rasmi
untuk anugerah tokoh ibu mithali
zaman dulu-dulu :)
suka sangat lagu ni

Wa'alaikumussalam Kak Ida dan yang lain-lain. Rasanya masa tu saya tak lahir lagi. Terima kasih kepada internet kerana lagu itu berjaya diwariskan kepada generasi masa hadapan :)

Download Ibu Methali - Orkes Sinar Murni

@Convoy, ni pasal pulak hang gi transform? Haha okeh apa-apa sajalah namamu janji hang tetap Convoy yang ku kenal. Yup sambutan 'bidaah' hari ibu ni memang tak sama di satu dunia. Dulu pun saya penah confuse juga. Ok TQ untuk tambahan lagu-lagu tu yang sebenarnya hamba tak pernah tau dan dengar pun nama penyanyinya!

Walaupun hang tak kongsi lagu secara..tuut..di internet, tapi bak kata Glen dalam filem Transformers 2007: "So I downloaded a couple thousand songs off the internet! Who hasn't? Who hasn't?"

@Ibnu Ali, alahai jaki ke? Sabar ye sabar. Jangan sampai terbagi 'ain kat blog ni dah la..hehe.

@KaaMyL. Lagu pasal ibu ni kalau nak kita senaraikan, dalam pelbagai bahasa, 1000 pun kita boleh dapat. Yang penting, saya tak undi untuk mummy monster ;)

@Anonymous/Hani/Kha, bila ingat-ingat balik, rasanya saya memang pernah ada tanya soalan tu. Tapi cuma dah tak ingat kat siapa saya tanya. TQ jawab selepas....2 tahun.

@noorena, tu la..lain kali bila mama suruh, jangan cakap nanti. Huhu, walaupun saya pun ada juga kekadang buat camtu!

@misoSoup, eh lama tak nampak :)

Dan yang lain-lain, tq atas komen.

10 lagu ni mainstream sangat. Sebab saya ni anti-mainstream, lagu ibu yang saya suka adalah daripada Nahwan Nur dalam album Terlerai Kabus di Terbit Fajar, hehhe ;)

Kasihmu Ibu
Album : Terlerai Kabus Di Terbit Fajar
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com


Ibuku kaulah pelita
Yang dulu kini selamanya
Kau beriku kasih kau beriku manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah ibu yang kusayangi
Kasihmu mekar harum mewangi
Menghiasi taman hati
Bak lilin membakar diri
Menyinari hidup ini

Sejak dulu ku dibelai dimanja
Bersarat cinta padat di dada
Walaupun penuh sengsara bertemankan air mata
Berkorban jiwa dan raga

Kasihmu ibu tiada duanya
Kasihmu ibu tiada bandingnya
Mendidik kami dengan kesabaran
Kepayahan dan keperitan ditanam di jiwa

Kasihmu ibu tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu di dalam keadaan duka
Hapuskanlah air matamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai tertusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini

Kasihmu ibu bak mutiara
Pasti berkilau selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu ibu yang kurindukan
Penawar hati di kala duka
Kupohonkan restumu setitis doa suci
Mengharap kasih Ilahi

Kasihmu ibu kusanjung selalu
Pengorbanan yang kau curahkan
Setulus hatimu
Sehingga kini kasih yang suci
Tetap bersemi di hati ini
Seharum kasturi

Kini setelah dewasa
Masa dan detiknya telah tiba
Untukku membalas segalanya
Buat ibu tercinta
Semoga kau bahagia

Lagu : Nasation Abdullah
Lirik : Nasation Abdullah / Sofian Alias
Vokalis : Nasation Abdullah

Pengirim : Asyraff Hafdzan

Salam.

Terkadang saya terfikir, perlukah ada sambutan hari ibu untuk menghargai seorang wanita yg melahirkan kita? Bukan saya nak menidakkan kepentingan ibu dengan memperkecilkan hari ibu, cuma saya rasa hari ibu sepatutnya diraikan setiap hari, bukan hanya satu hari dalam setahun.

p/s: saya cuma sempat dgr lagu ummi dan ia telah buat saya menangis, jadi saya buat keputusan tak mahu dgr lagu lain lagi, sbb saya bimbang saya akan meraung... aduh... rindunya saya pada arwah...Al-Fatihah

@Suara, sambutan hari ibu tidak diperlukan sama sekali sekiranya majoriti manusia dapat menghargai ibunya pada setiap hari. Sabarlah ye cik suara. Walau hilang di dunia, moga bertemu di akhirat sana. :)

Sejak menjadi ibu barulah ku faham perasaan ibu.waktu remaja dulu,tak sempat-sempat nak terbang jauh mengembara.bila anak sendiri dah remaja,alangkah gubranya hati memikirkan anak-anak jauh dari mata.kesian ibuku dulu.Sampai bila pun ibu akan menjaga anaknya walau anak dah bercucu..always a mother's girl

Oh ya, untuk makluman sahabat di luar Malaysia (Tawel lah tu), di ketika ini , di Malaysia, khasnya peminat xfresh.fm, kami amat menggemari lagu ini UMMI oleh Kumpulan Skala.

http://youtube.com/watch?v=L7OYaV52QOA

Silalah nikmati video ini :)

Hadoi, sorry kumpulan Niskala, bukan Skala yer.

Kak suara, saya cadangkan anda mendengar lagu "kau bilangku MUTIARA HATI, wowowowo..."!

...

Aku juga ingin ambil kesempatan untuk mohon dikirimkan Al-Fatihah pada arwah Tok (gelaran bagi nenek di Utara, kot² la ada yang tak tahu) aku yang dah setahun kembali (pada tanggal 12 Rabi`ul Awal tahun lepas.. yep, hari Mawlid Nabi). Biarpun dia bukan Tok aku dalam ertikata sebenar, dan dia tidak berpeluang menjadi ibu sebab tiada zuriat, namun anggaplah kami cucu² penakannya ini yang diasuhnya sejak kami kecil ini sebagai "anak"nya.

...

Hari Ibu, Hari Ibu juga. Jangan lupa hari ini, 12 Mei, ialah HARI JURURAWAT SEDUNIA (wah, ada pelarasan SEDUNIA!). Maka ingin aku ucapkan kepada ibu aku, SELAMAT HARI JURURAWAT!! =)

Assalamuaalaikum anak emak."
Takkan cukup nak nyanyi lagu aje?.
Emak saya dah lama meninggal, dah 23 tahun, takkan saya saya nak nyanyi kat dia, mestilah saya hadiahkan al-fatihah setiap kali lepas solat. Bukan bila hari ibu aje.
Tapi kalau nak pilih lagu mestilah saya pilih lagu hari raya,...pasal ibu saya meninggal pada hari raya aidilfitri 1985. Baru semalam je.....
"Korang takpe le ade ibu...hu..hu..hu, aku dulu masa mak aku ade aku tak panggil ibu, aku panggil cik..Tak tahan dah nak nangis ni"
KAshulworldrock

Tanpa Nama

bro tawel...koleksi yg best..

thanks utk entry ni..

salam.

maaf baru jawab soalan tu. kalau ada tarikh luput, agaknya dah expired pun. siap tumbuh segala jenis fungus lagi :) sebenarnya baru perasan soalan tu bila baca balik salah satu entri lama sdr tawel. apa pun, selamat maju jaya :)

~Hani

Tanpa Nama

LAGU yg MESTI didengar jgk..

1) UMMI- Dato Shake'
2) My Mother -Yusuf Islam
3) Mother - Sami Yusuf
4) My MoM is Amazing -Zain Bhika
5) My Mother- Ahmed Bukhatir
7) Belaian Ibu- Hijjaz

Tanpa Nama

salam singgah.

good².

ley jadi modal nk tulis lam kad mother's day taon ni. ;)

ini lagu ciptaan sendiri. yah.. belum digarap secara prefesional si. tapi moga bisa saling mengingatkan lewat nasehat-nasehat bernada ini. http://dc183.4shared.com/download/A4qHUAYK/El-Hilal_Bunda.mp3?tsid=20110130-224730-3c7f2635

irul

ada lagu ibu, soundtrack sintron "surga di telapak kaki ibu" tahun 2003, tahu judulnya gak? kalo tw, tolong kirim k email saya ya,,,
JIska70@joblog.web.id

assalamualaikum.. dlm 10 lgu nie!
bgy aku yg top skli ummi, untukmu ibu....
Tiap kali dgr lgu ummi msti bulu roma naik... rasa nk sgt jdi bdk blk...

untuk lelaki pula... ''as-solah as-solah waamalakat aimanukum'' renung2 kn


@Bero

nice info.. ibu-ibu-ibu.. . Merinding bulu roma aku dgr lgu 'ummi' nie, nk nanges pown ad, haha,


para lelaki 'as-solah as-solah waamalakat aimanukum'

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.