Back to home page

Pedagang Dari Venice - 1

25 Jun 2007 • 6 Komen Cetak Chenta!
I am a Jew.
Hath not a Jew eyes? Hath not a Jew hands, organs,
dimensions, senses, affections, passions; fed with
the same food, hurt with the same weapons, subject
to the same diseases, heal'd by the same means,
warm'd and cool'd by the same winter and summer
as a Christian is?

If you prick us, do we not bleed?
If you tickle us, do we not laugh? If you poison us,
do we not die? And if you wrong us, shall we not revenge?
If we are like you in the rest, we will resemble you in that.

If a Jew wrong a Christian, what is his humility?
Revenge. If a Christian wrong a Jew, what should his
sufferance be by Christian example? Why, revenge.
The villainy you teach me, I will execute,
and it shall go hard but I will better the instruction.

(Merchant of Venice, Act III, Scene I)



Semasa di Tingkatan 4, saya sedar bahawa betapa pentingnya bagi saya untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris. Malangnya, saya telah overestimate kemampuan diri saya waktu itu dengan memilih untuk membaca karya-karya William Shakespeare. Akibatnya, buku itu tersadai beberapa tahun tanpa mata ini membacanya.

Hari ini, setelah mengetahui bahawa langit itu tinggi atau rendah, maka saya membuat kesimpulan bahawa karya-karya William Shakespeare dalam bentuk dan bahasanya yang asal, adalah tidak sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam misi untuk menguasai bahasa Inggeris. Membaca Alice in Wonderland adalah jauh lebih mudah. Buat pengetahuan, saya khatam membaca novel Alice in Wonderland pada usia 21 tahun.

Karya Shakespeare yang saya beli itu adalah versi yang sudah diringkaskan dan dipermudahkan, bertajuk Tales from Shakespeare: Children's Classics. Ya, saya membaca Children's Classics di waktu usia saya 16 tahun. Walaupun sasarannya adalah kanak-kanak, tetapi saya beritahu sungguh-sungguh; saya mengalami kesukaran yang maha dahsyat untuk memahaminya pada waktu itu. Saya sendiri juga tidak pasti mengapa saya memilih buku itu. Saya kira, saya membelinya setelah tertarik membaca karya Macbeth dan Romeo & Juliet dalam versi yang maha ringkas lagi maha mudah difahami. Tetapi mungkin juga kerana harganya yang maha murah; dalam RM 10 jika saya tidak maha silap.

Merchant of Venice

Artikel ini bukan bertujuan untuk sembang sastera, apatah lagi untuk menganalisa karya Merchant of Venice. Jadi mengapa pula saya memetik perenggan dari Merchant of Venice di bahagian prolog entri ini?

Perenggan tersebut diucapkan oleh watak utama cerita tersebut, iaitu Shylock yang berbangsa Yahudi. Bangsa Yahudi yang tinggal di Venice mengalami layanan yang buruk dari orang-orang Kristian yang menjadi majoriti di situ. Inilah sinoposis yang sangat ringkas tentang Merchant of Venice dan ia tidak akan dipanjanglebarkan lagi. Sekarang kita akan masuk kepada bahagian yang paling penting.

Sheikh Hamza Yusuf adalah seorang ulama Amerika yang turut mengkaji karya-karya sastera yang dihasilkan oleh William Shakespeare. Beliau mengkajinya bukan kerana mahu mengagung-agungkan Shakespeare, sebaliknya adalah untuk mencari seribu satu hikmah yang mesti dicari dan dimiliki oleh orang-orang Islam. Maka tidak hairan dalam banyak ucapan, temuramah dan tulisannya, kita akan terjumpa beberapa idea dan isi yang merujuk kepada karya-karya Shakespeare.

Di dalam temuramah Who Speaks for Islam bersama Link TV, beliau ada merujuk perenggan tersebut (rujuk minit 5:45 - 6:00 atau 52:05 - 51:50)




Holier Than Thou

Apa salah satu masalah umat Islam hari ini? Bagi saya ia: Holier than thou, atau pun secara mudahnya ia adalah satu sifat yang mudah memandang diri kita ini lebih baik atau lebih mulia dari orang lain. Jika dalam konteks perbincangan kali ini, orang Islam memandang diri sendiri lebih bagus dari bukan Islam, dan orang Islam memandang saudaranya sebagai lebih cikai dan lebih rendah tarafnya. Ini akan menimbulkan 2 jenis masalah. Pertama, dakwah tersekat. Kedua, meningkatkan permusuhan.

1) Dakwah Tersekat
Beritahu saya, bagaimana gegendang telinga kita akan terbuka pada nasihat jika orang yang mahu menasihatkan kita itu awal-awal lagi sudah melabelkan diri sendiri sebagai holier, lebih mulia, lebih hebat, lebih bagus dan lebih berpengetahuan dari kita? Kamu mahu berdakwah kepada bukan Islam, tetapi awal-awal lagi kamu rasa diri lebih bagus dari mereka! Ini bukan cara dakwah para pendakwah silam.

Mereka (iaitu bukan Islam) yang sedang kita dakwah itu mungkin satu hari nanti akan mati sebagai Islam. Kita yang sedang dalam Islam pula belum tentu lagi akan mati dalam Islam juga. Maka selagi akhir hayat kita belum tentu lagi baik buruknya, kita tidak ada hak untuk menilai baik buruk seseorang itu di sisi Allah. Hanya Allah yang berhak melakukannya. Imam al-Qurtubi pernah berkata:
"Ketika Umar al-Khattab sedang sujud kepada berhala-berhala yang ada di Mekah, beliau sudah pun disayangi oleh Allah." [1]

Mungkin orang terakhir yang kita jumpa sewaktu berdakwah, rupa-rupanya mereka adalah jauh lebih mulia dari kita di sisi Allah. Maka sebab itulah Habib Omar menasihatkan salah seorang anak muridnya di Darul Mustafa, Yaman yang mahu pergi ke Amerika dan berdakwah kepada golongan bukan Islam di sana, supaya tidak sama sekali melakukan dakwah, melainkan ia dilakukan dengan kita memandang mereka sebagai manusia yang lebih baik dan lebih bagus dari diri kita sendiri.

Dan inilah salah satu rahsia bagaimana Islam mampu tersebar di serata dunia suatu masa dahulu. Ya, suatu masa dahulu, bukan suatu masa sekarang.

2) Meningkatkan permusuhan
Secara lumrahnya, kita sendiri secara automatik akan rasa meluat dan benci (sekaligus meningkatkan api permusuhan) kepada orang yang asyik merasakan diri sendiri/jemaah/kumpulan mereka sahaja yang lebih bagus. Orang lain semua sesat, orang lain semua salah. Jika tiada salah satu pihak yang mahu mengalah, pasti boleh ada darah yang tertumpah.

Saya bagi satu contoh. Contoh ini berlaku kepada saya sendiri. Ia berlaku kira-kira setahun yang lepas. Ada seorang hamba Allah yang tidak pasal-pasal menuduh blog ini menyebarkan akidah sesat (boleh masuk neraka) kepada umat Islam di Malaysia. Saya dituduh sebagai pelaku bidaah, doktrin akidah saya rosak lagi cacat. Puncanya? Saya dikatakan sebagai agen penyebar fahaman Nur Muhammad, di samping dituduh sebagai penyebar ajaran sufi sesat lagi bidaah. Aduh. Ini kes berat.

Saya sendiri tidak ambil pot dalam perdebatan Wahhabi-Ahlus Sunnah dalam perkara yang berkaitan Nur Muhammad. Bagi saya, membaca buku Ayah Kaya, Ayah Miskin oleh Robert Kiyosaki adalah lebih berfaedah dan produktif, baik bagi diri sendiri mahupun kepada ummah ini. Apa yang saya tahu, isu Nur Muhammad cumalah satu perkara khilaf yang diperselisihkan di kalangan ulama dan tidak perlu bagi satu pihak untuk menyesatkan pihak lain yang tidak satu kepala. Namun, saya tetap dituduh sesat oleh hamba Allah itu di dalam blognya.

Bersambung di bahagian 2...
---

Nota Kaki

[1] Purification of the Heart. Bab Derision.

6 Komen Tambah Komen↴

salam.. orang asyik cakap tasammuh je, atau tahalluf kadang2.. tapi orang lupa nak tawaduk.. ish ish celakalah aku kalau tak bertaubat..

Teruskan kajian anda tentang 'apa sahaja' dan manfaatkan ia untuk Islam insyaallah.

Sepertimana pada suatu ketika dahulu Al Ghazali mempelajari disiplin teori Logic/filsuf klasik Greek hanya untuk mematahkan serangan filsuf yang berbahaya meracuni ummat.Antara kitab beliau,

(Maqasid al-Falasifah)-overview filsuf
(Tahafut al-Falasifah)-membidas filsuf yang bertentangan dengan Aqidah islam.

Bahkan ada juga sebenarya ilmu itu dimanfaatkan untuk Islam.

Seperti intro kepada bukunya Usul al-fiqh, diselitkan al-Mustasfa(disiplin logic).Kaedah logic ini digunakan untuk memantapkan 'pencarian' usul fiqh.

Wallahhua'lam...

Sedih bila yang lebih2 melabel orang itu dan ini adalah mereka yang ikut belajar sikit2 kat masjid dan surau.
Sedih juga bila berlaku perdebatan antara yang disebut 'golongan muda' dan 'golongan tua'.Kadang2 yang ini nampak lebih benar dan kadang2 yg itu lebih kuat hujahnya.Tapi kedua2nya adalah ulama' yg saya kasihi dan hormati.
Maka berdiam diri lebih saya sukai,biarlah ulama' yg bedebat.Semoga dengan perdebatan itu,keluarlah ilmu2 yg terpendam dan dapat dipelajari oleh golongan biasa seperti saya.

Tanpa Nama

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,karena dia melihat dirinya serba cukup.

maksud ayat 6&7 surah al-alaq

Tanpa Nama

Assalamualaikum..
Saya tertarik dengan tajuk ni saudara. Selalu saya terfikir tentang tawadu'. Apa tawadu' itu? Saya tak faham, or maybe faham tapi tak sampai pada haqeeqat tawadu' itu lagi. Saya risau. Apakah saya termasuk antara mereka yang ada pikiran" hollier than thou" atau tidak?
Jadi, saya minta izin dari saudara untuk copy and paste entry ini di blog saya. For personal use. Nak muhasabah diri sendiri...Boleh? Thanks in advance and jazakallah, may Allah reward u!

@Itminaan90, wa'alaikumussalam. Silakanlah meng-kopi-pasta-nya :)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.