Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Memaparkan catatan dengan label shakespeare. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label shakespeare. Papar semua catatan

    Pedagang Dari Venice - 1

    25 Jun 2007 • 6 Komen
    I am a Jew.
    Hath not a Jew eyes? Hath not a Jew hands, organs,
    dimensions, senses, affections, passions; fed with
    the same food, hurt with the same weapons, subject
    to the same diseases, heal'd by the same means,
    warm'd and cool'd by the same winter and summer
    as a Christian is?

    If you prick us, do we not bleed?
    If you tickle us, do we not laugh? If you poison us,
    do we not die? And if you wrong us, shall we not revenge?
    If we are like you in the rest, we will resemble you in that.

    If a Jew wrong a Christian, what is his humility?
    Revenge. If a Christian wrong a Jew, what should his
    sufferance be by Christian example? Why, revenge.
    The villainy you teach me, I will execute,
    and it shall go hard but I will better the instruction.

    (Merchant of Venice, Act III, Scene I)



    Semasa di Tingkatan 4, saya sedar bahawa betapa pentingnya bagi saya untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris. Malangnya, saya telah overestimate kemampuan diri saya waktu itu dengan memilih untuk membaca karya-karya William Shakespeare. Akibatnya, buku itu tersadai beberapa tahun tanpa mata ini membacanya.

    Hari ini, setelah mengetahui bahawa langit itu tinggi atau rendah, maka saya membuat kesimpulan bahawa karya-karya William Shakespeare dalam bentuk dan bahasanya yang asal, adalah tidak sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam misi untuk menguasai bahasa Inggeris. Membaca Alice in Wonderland adalah jauh lebih mudah. Buat pengetahuan, saya khatam membaca novel Alice in Wonderland pada usia 21 tahun.

    Karya Shakespeare yang saya beli itu adalah versi yang sudah diringkaskan dan dipermudahkan, bertajuk Tales from Shakespeare: Children's Classics. Ya, saya membaca Children's Classics di waktu usia saya 16 tahun. Walaupun sasarannya adalah kanak-kanak, tetapi saya beritahu sungguh-sungguh; saya mengalami kesukaran yang maha dahsyat untuk memahaminya pada waktu itu. Saya sendiri juga tidak pasti mengapa saya memilih buku itu. Saya kira, saya membelinya setelah tertarik membaca karya Macbeth dan Romeo & Juliet dalam versi yang maha ringkas lagi maha mudah difahami. Tetapi mungkin juga kerana harganya yang maha murah; dalam RM 10 jika saya tidak maha silap.

    Merchant of Venice

    Artikel ini bukan bertujuan untuk sembang sastera, apatah lagi untuk menganalisa karya Merchant of Venice. Jadi mengapa pula saya memetik perenggan dari Merchant of Venice di bahagian prolog entri ini?

    Perenggan tersebut diucapkan oleh watak utama cerita tersebut, iaitu Shylock yang berbangsa Yahudi. Bangsa Yahudi yang tinggal di Venice mengalami layanan yang buruk dari orang-orang Kristian yang menjadi majoriti di situ. Inilah sinoposis yang sangat ringkas tentang Merchant of Venice dan ia tidak akan dipanjanglebarkan lagi. Sekarang kita akan masuk kepada bahagian yang paling penting.

    Sheikh Hamza Yusuf adalah seorang ulama Amerika yang turut mengkaji karya-karya sastera yang dihasilkan oleh William Shakespeare. Beliau mengkajinya bukan kerana mahu mengagung-agungkan Shakespeare, sebaliknya adalah untuk mencari seribu satu hikmah yang mesti dicari dan dimiliki oleh orang-orang Islam. Maka tidak hairan dalam banyak ucapan, temuramah dan tulisannya, kita akan terjumpa beberapa idea dan isi yang merujuk kepada karya-karya Shakespeare.

    Di dalam temuramah Who Speaks for Islam bersama Link TV, beliau ada merujuk perenggan tersebut (rujuk minit 5:45 - 6:00 atau 52:05 - 51:50)




    Holier Than Thou

    Apa salah satu masalah umat Islam hari ini? Bagi saya ia: Holier than thou, atau pun secara mudahnya ia adalah satu sifat yang mudah memandang diri kita ini lebih baik atau lebih mulia dari orang lain. Jika dalam konteks perbincangan kali ini, orang Islam memandang diri sendiri lebih bagus dari bukan Islam, dan orang Islam memandang saudaranya sebagai lebih cikai dan lebih rendah tarafnya. Ini akan menimbulkan 2 jenis masalah. Pertama, dakwah tersekat. Kedua, meningkatkan permusuhan.

    1) Dakwah Tersekat
    Beritahu saya, bagaimana gegendang telinga kita akan terbuka pada nasihat jika orang yang mahu menasihatkan kita itu awal-awal lagi sudah melabelkan diri sendiri sebagai holier, lebih mulia, lebih hebat, lebih bagus dan lebih berpengetahuan dari kita? Kamu mahu berdakwah kepada bukan Islam, tetapi awal-awal lagi kamu rasa diri lebih bagus dari mereka! Ini bukan cara dakwah para pendakwah silam.

    Mereka (iaitu bukan Islam) yang sedang kita dakwah itu mungkin satu hari nanti akan mati sebagai Islam. Kita yang sedang dalam Islam pula belum tentu lagi akan mati dalam Islam juga. Maka selagi akhir hayat kita belum tentu lagi baik buruknya, kita tidak ada hak untuk menilai baik buruk seseorang itu di sisi Allah. Hanya Allah yang berhak melakukannya. Imam al-Qurtubi pernah berkata:
    "Ketika Umar al-Khattab sedang sujud kepada berhala-berhala yang ada di Mekah, beliau sudah pun disayangi oleh Allah." [1]

    Mungkin orang terakhir yang kita jumpa sewaktu berdakwah, rupa-rupanya mereka adalah jauh lebih mulia dari kita di sisi Allah. Maka sebab itulah Habib Omar menasihatkan salah seorang anak muridnya di Darul Mustafa, Yaman yang mahu pergi ke Amerika dan berdakwah kepada golongan bukan Islam di sana, supaya tidak sama sekali melakukan dakwah, melainkan ia dilakukan dengan kita memandang mereka sebagai manusia yang lebih baik dan lebih bagus dari diri kita sendiri.

    Dan inilah salah satu rahsia bagaimana Islam mampu tersebar di serata dunia suatu masa dahulu. Ya, suatu masa dahulu, bukan suatu masa sekarang.

    2) Meningkatkan permusuhan
    Secara lumrahnya, kita sendiri secara automatik akan rasa meluat dan benci (sekaligus meningkatkan api permusuhan) kepada orang yang asyik merasakan diri sendiri/jemaah/kumpulan mereka sahaja yang lebih bagus. Orang lain semua sesat, orang lain semua salah. Jika tiada salah satu pihak yang mahu mengalah, pasti boleh ada darah yang tertumpah.

    Saya bagi satu contoh. Contoh ini berlaku kepada saya sendiri. Ia berlaku kira-kira setahun yang lepas. Ada seorang hamba Allah yang tidak pasal-pasal menuduh blog ini menyebarkan akidah sesat (boleh masuk neraka) kepada umat Islam di Malaysia. Saya dituduh sebagai pelaku bidaah, doktrin akidah saya rosak lagi cacat. Puncanya? Saya dikatakan sebagai agen penyebar fahaman Nur Muhammad, di samping dituduh sebagai penyebar ajaran sufi sesat lagi bidaah. Aduh. Ini kes berat.

    Saya sendiri tidak ambil pot dalam perdebatan Wahhabi-Ahlus Sunnah dalam perkara yang berkaitan Nur Muhammad. Bagi saya, membaca buku Ayah Kaya, Ayah Miskin oleh Robert Kiyosaki adalah lebih berfaedah dan produktif, baik bagi diri sendiri mahupun kepada ummah ini. Apa yang saya tahu, isu Nur Muhammad cumalah satu perkara khilaf yang diperselisihkan di kalangan ulama dan tidak perlu bagi satu pihak untuk menyesatkan pihak lain yang tidak satu kepala. Namun, saya tetap dituduh sesat oleh hamba Allah itu di dalam blognya.

    Bersambung di bahagian 2...
    ---

    Nota Kaki

    [1] Purification of the Heart. Bab Derision.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »