Back to home page

Mengenali Tokoh Kemerdekaan: Dr Burhanuddin Al-Helmy

03 September 2006 • 23 Komen Cetak Chenta!
Sempena merdeka ini, ada baiknya juga kalau kita memahami serba sedikit tentang seorang tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang banyak berjasa kepada kita. Dengan memahami dan mengenali tokoh ini, semangat juang dan patriotik kita pasti akan lebih teruja daripada kita sibuk tak tentu pasal mengibarkan Jalur Gemilang di motor kapcai masing-masing, padahal isi dalaman kita macam tong kosong. Dan sebagai ramuan tambahan, kita juga akan lihat sepintas lalu sejarah parti-parti politik di tanah air kita.

Walau bagaimana pun, separuh dari tulisan saya kali ini adalah bergenre kopi-dan-pasta (copy paste) sebab enjin idea dan tulisan saya lambat benar nak panas dek kerana lama tak menulis. Tokoh yang saya maksudkan di sini adalah Dr Burhanuddin al-Helmy. Antara mutiara kata beliau yang selalu disebut-sebutkan orang ialah: "Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka."

Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temah seperti kebanyakkan protaz hari ini.

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.

Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya. Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.

Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj Abbas Alias.

Jadi, apa perkara pokok yang saya ingin bawa sebenarnya dengan mendedahkan kisah Dr Burhanuddin al-Helmi dan sejarah parti politik tanah air secara sepintas lalu ini?

1) Kalau nak berjuang untuk Islam, pastikan bukan berkaitan perkara yang sangat remeh-temeh. Berjuang biar betul-betul. Kita lihat Protaz Prof Dr Burhanuddin. Beliau tahu apa prioriti zamannya, iaitu mendapatkan kemerdekaan. Sebab kalau Tanah Melayu tak merdeka, habis punah akidah anak-anak Islam. Dan habis juga kekayaan Tanah Melayu diambil oleh si puak penjajah. Sekarang kita lihat zaman kita pula. Apakah prioriti kita? Kita jangan terikut-ikut style Protaz zaman sekarang yang kadang-kadang tu mengarut-ngarut idea perjuangannya.

2) Ketahui sejarah kita yang sebenarnya. Jangan fanatik dengan mana-mana parti, baik PAS, UMNO, Keadilan, Gerakan, MCA, MIC, dan sebagainya. Pastikan kita faham dan selidik terlebih dahulu kenapa kita memillihnya. Jangan main ikut-ikut orang. Pendirian jangan ala-ala lalang ditiup angin.

3) Ketiganya, Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang tokoh terbaik untuk memberikan kefahaman kepada kita semua mengapa kaum muda/'Salafi'/Wahhabi (atau apa pun kamu nak panggil sebab nama tak mengubah apa-apa), bukanlah pilihan terbaik untuk kita mengembangkan Islam ini di seantero dunia. Artikel di bawah ini, yang saya petik dari blog Malakian, amat menarik untuk kita semua baca:
Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara'a al-taba'ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara'nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara'nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula 'ulama-ulama' kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba'ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot.

Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid'ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang 'Malaya jadi Palestin kedua' masih kedengaran diperkatakan orang.

Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa'i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu 'Ata'illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada 'ulama-ulama 'Syafi'i dan 'ulama-ulama' tasawwuf, sama ada 'ulama-ulama' itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui 'ulama-ulama' fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan 'ulama-ulama' tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

(Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr. Burhanuddin, hlm. 35-38)

Oleh itu, ahli-ahli PAS jangan mengada-ngada nak terikut-ikut dan terbawa-bawa fahaman Wahhabi ke dalam parti. Ikut nasihat mantan Presiden PAS ini. InsyaAllah selamat hidup kita di dunia dan di akhirat.

23 Komen Tambah Komen↴

hmm.. sudah lama aku tak kaji politik tanah air.. adakah benar ada golongan dalam pas mahu bawa dan terikut-ikut fahaman wahabi..?

mengikut kajian kasar aku dulu, golongan wahabi di malaysia tidak sukakan politik pas-umno..

betulkan andai aku salah..

Bagus petikan tulisan ini..

Saudara MFR:Pada ana, memang puak Salafi ni tidak meminati politik, namun apa yang saudara tawel maksudkan pd pandangan ana, bila ada di dalamnya yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.

Allahua'lam

me

Terima kasih Me sebab tolong jawabkan. Nak terangkan memang panjang sebenarnya. Tapi kita buat ringkas aje la.

Memang ada golongan dalam PAS yang terikut-ikut fahaman Wahhabi ni. Ada yang sedar, dan ada yang tak sedar.

Bagi yang tak sedar, sebenarnya diorang tu pun macam aku jugak dulu - tak tahu sangat pasal perbezaan Wahhabi dan ASWJ. Asal Islam aje, asal ulama aje, semua boleh ikut. Padahal tak tahu pun apa yang diikuti itu sebenarnya berlawanan dengan pegangan dan iktikad ASWJ. Ini kebiasannya berlaku pada anak-anak muda yang baru nak mengenali Islam. Mereka sama ada mendaftar menjadi ahli PAS, atau pun sekadar menyokong PAS tetapi tidak menjadi ahli.

Bagi yang sedar, I don't really sure what they are up to. Wahhabi adalah satu fahaman yang menolak sistem demokrasi. Bagi mereka, demokrasi itu haram dan tidak wujud pada zaman salafus soleh. Ini masalah Wahhabi. Para ulama Wahhabi tidak mahu mengkaji idea-idea demokrasi Barat. Dan mereka tidak dapat membezakan Demokrasi Barat dan Demokrasi Islam. Apa yang mereka tahu: Demokrasi itu HARAM!(Saya tidak mahu membincangkan lebih jauh tentang perbezaan demokrasi itu di sini). P/S: Ada satu cerita di salah sebuah IPTA, yang mana seorang ustaz berfikrah Wahhabi melarang anak-anak muridnya dari pergi mengundi dalam Pilihanraya Kampus.

Oleh itu, saya berpendapat, ada dua jenis pemuka Wahhabi (iaitu yang sedar bahawa dia tu berfikrah Wahhabi). Jenis pertama, dalam hal demokrasi mereka boleh berlapang dada dan tak menganggap sistem itu sebagai satu bida'ah sesat.

Jenis yang kedua pula, adalah jenis musuh dalam selimut. Contohnya sekarang ini, Hizbut Tahrir sudah mula memasuki Malaysia. Dan ada yang sudah menyelinap masuk dalam PAS secara senyap-senyap. Mereka secara diam-diam menarik ahli-ahli PAS untuk menyertai Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir adalah pertubuhan yang memusuhi demokrasi dan pilihanraya dan ia juga menolak sistem ulama, di samping menggalakkan ahli-ahlinya melakukan ijtihad sendiri.

Tapi apa yang sangat ironi di UK, pertubuhan Hizbut Tahrir (sangat kontroversi di sini), bergerak begitu subur, padahal UK adalah sebuah negara DEMOKRASI. Tapi di kebanyakkan negara-negara lain, malah negara Islam sendiri, Hizbut Tahrir diharamkan dari bertapak di sana. So irony..

Apa pun, agak salah sikit kalau kata puak Wahhabi ini tidak meminati politik. Mereka ada agendanya yang tersendiri.

Kadang-kadang, satu perkara lucu yang saya fikir tentang perangai puak-puak Wahhabi di Malaysia ini ialah mereka punya la sokong PAS, sokong Dr Yusuf Qardawi (beliau antara ulama yang menyokong sistem demokrasi berasaskan Islam), tapi tak tahu langsung betapa teruk Dr Yusuf Qardawi 'dibelasah' oleh Wahhabi yang lebih strict di luar sana. Akhirnya, puak-puak Wahhabi ini semakin tikam-menikam antara satu sama lain tanpa mereka sedari.

Jangan negara kita jadi macam Arab Saudi sudahlah. Kononnya sistem politik berasaskan sunnah salafus soleh, tapi ia antara negara yang mana kebajikan rakyatnya tak terjaga dengan baik. Arab Saudi sudah menjadi semakin jumud walaupun ulama kat sana tak habis-habis bertempik menyuruh umat Islam jangan jumud (sebab mereka melihat jumud tu dalam aspek ilmu fiqh sahaja. Tapi tak risau sangat kejumudan dalam aspek-aspek lain).

Kelakar juga. Masa pilihanraya tempatan (saya boleh mengundi di sini tapi tak dapat mengundi di Malaysia.. ada sahaja halangannya, pelik kan?) ada email forward liar yang menuduh sesiapa yang mengundi/participate dalam pilihanraya, maka dia adalah Kufur Akbar. Saya baca dan gelak berguling-guling. Sedapnya mengkafirkan orang lain. Laa ilaaha illAllah...

Ailh-alih kan British National Party yang bencikan orang luar dan orang Islam meningkat bilangan kerusinya.. gara-gara orang Islam tak nak mengundi.

Itulah dia kalau ambil ilmu agama dari salah tempatnya...

lagi satu entri mantap dari tawel. trimas.

lagi satu, HAMKA pun kaum muda kan? boleh tak ulas sket aliran kaum mudanya bagaimana? terima kasih.

HAMKA? Aku tak berapa pasti la. Apa yang aku tahu, tulisannya kadang-kadang mengecam Kaum Tua, kadang-kadang menyokong, dan tak ketinggalan juga membenarkan perjuangan Kaum Muda.

Apa yang aku pasti, beliau menolak tarikat, cenderung ke arah pemikiran Sheikh Muhammad Abduh. Tetapi, ayahnya berpegang kuat kepada tarikat dan ilmu tasawwuf.

Boleh tanya brother Abu Muhammad di bahrusshofa.blogspot.com kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hamka.

Assalamu'alaikum,

PAS atau UMNO? Pada saya sebenarnya kalau "dipercentagekan" PAS mungkin ada kekuatannya sendiri,jika mahu berlapang dada dan tidak mengkafirkan sesama Islam. Tapi, Alhamdulillah sekarang ini tidak berlaku lagi. Wahabi-Salafi pula adalah alat yang akan menusup ke jiwa sesiapa sahaja kalau mempunyai jiwa terburu-buru. Fikirkan fakta ini. Tun Mahathir membaca buku 'alim pondok iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sentiasa merujuk kepada Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, Pasir Mas,walaupun sesama mereka mempunyai pendapat yang berlainan yang mana akan kita fahami jika menelusuri tulisan penyelidik khas Pondok Lubuk Tapah yakni saudara Mohd. Zaidi Abdullah. Jadi fikirkan sendiri. Dalam PAS ada wahabinya,syiahnya dan lain-lain lagi fahaman. Begitu juga dalam UMNO. UMNO pula dah tersasar jauh dari perjuangan asal. Apa kata kita nilai keikhlasan diri dan terima keikhlasan PAS or UMNO tanpa fanatik mana-mana. Biarlah ILMU,ADAB,AKAL dan sentiasa kita BERPERANG DENGAN DIRI SENDIRI. Tetapi secara peribadi fahaman wahabi dan salafi ni banyak buruk dari baiknya kerana mereka tidak "memahami" apa yang hendak diperjuangkan oleh ulama terdahulu,terutamanya kaum tua kita di Tanah Melayu dulu. Keikhlasan mereka (kaum tua) luar biasa sekali. Sanjungilah mereka kalau beriya-iya nak tajdid sana dan sini. Fahamilah jika Al-Buwaiti yang boleh jadi mujtahid mutlaq pun sanggup dan lebih senang menjadi mujtahid muntasib sahaja. Kenapa? Kerana hormatkan Imam Syafi'i. Bayangkan bak kata Syeikh Nuruddin Al-Banjari, Imam Syafi'i sanggup meninggalkan qunut subuh pada satu ketika semata-mata kerana menghormati pendapat Imam Abu Hanifah yang berpendapat qunut subuh tidak perlu dek kerana sedang solat dalam masjid yang mana masjid itu kebetulan berdekatan dengan kubur Imam Abu Hanifah. FAHAMILAH. Berlapang dadalah. Tolonglah. Kajilah. Penat dan lelahkan minda kita masing-masing! Wallahua'lam..

Tanpa Nama

Terima kasih untuk komen di atas. Kaum tua tak memerlukan brand 'tajdid' untuk melakukan dakwah. Apa yang mereka buat itu sendiri, dengan cara melihat prioriti zaman mereka, adalah salah satu ciri-ciri tajdid yang penting.

Zaman sekarang, istilah tajdid sudah seolah-olah hanyak dimiliki oleh satu golongan Islam sahaja (iaitu Wahhabi). Konon-kononnya, apa yang mereka buat itu semua tajdid. Orang lain buat pula, tak tajdid sangat. Jumud katanya..

Kita mesti membersihkan istilah tajdid dari terus dimonopoli oleh satu puak yang berfikiran holier than thou ini. InsyaAllah.

Assalamu'alaikum.

Tawel, pasal Prof. HAMKA tu ada kesilapan fakta kat komen anda bertarikh September 13, 2006.

Bukan ayah Prof. HAMKA yang bertarikat, bahkan ayah Prof. HAMKA yang menolak tarikat. Datuk beliau yang bertarikat naqsyabandi.

Ayah Prof HAMKA bernama Syeik Abdul Karim Amrullah, salah seorang pemuka kaum muda.Nama sebelum Syeikh Abul Karim ni sebelum naik haji ialah Muhammad Rasul, oleh itu ada juga yang panggil beliau Haji Rasul.

Datuk Prof. HAMKA bernama Syeik Amrullah atau dikenali juga sebagai Tuan Kisa-i.

HAMKA tu singkatan bagi Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Mereka memang dari keturunan ulama' di Minang kabau.

Walaupun Haji Rasul dan anaknya Prof. HAMKA dari golongan kaum muda,tapi lebih baik dari keturunan ulama' lain yang langsung tidak berjuang demi Islam, itu lah yang dikatakan oleh Uztaz Wan Mohd Shaghir.

terima kasih kerana menjelas kan tentang kemerdekaan kepada saya

Tanpa Nama

terima kasih atas menceritakan kepada saye tentang kemerdekaan

Tanpa Nama

Wahhabi menolak Nasionalisme/Kebangsaan, mereka menyalah tafsirkan Asobiyah sebagai Nasionalisme. Itu semua adalah perancangan British supya umat Islam lupa diri dan hilang identiti mereka. Rujuk buku ini,

Confession of a British Spy

Buku ini adalah pengakuan pengintip British tentang bagaimana British menipu Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan seterusnya mencipta "Wahhabi".

Tanpa Nama

Saya ingin tanya bahawa fahaman Pas ini ada berbalah dengan parti islam yang lain di dunia ke?

Tanpa Nama

Banyak bicara, memang terzahir kecetekan ilmunya... bila kita bicara yg bukan dlm bidang kita, sedikit demi sedikit syaitan masuk campur... tnpa disedari kita bercakap ikut sedap mulut serta nafsu dan tanpa khabar yg betul2 sahih. Akhirnya apa yg terucap drpd mulut kita hanya mendapat dosa!! lebih baik diam.

Tiada yg salah dalam Tasawuf mahupun pun Wahabi, malah semuanya dlm Ahli Sunnah Wal Jamaal, tetap tidak lari drpd ajaran Islam.Lain pula dgn Syiah,Muktazilah atau Khawarij, itu sudah tentu terpesong.

Kita memang tidak faham dgn tasawuf dan aliran wahabi, walaupun pndpt mereka agak jumud tpi mereka tetap benar. Manusia sehebat HAMKA pernah mengatakan kpd Seorg Ahli Sufi bahawa ahli sufi ini tak betul(sesat) tetapi apabila Ahli Sufi itu ajak HAMKA mengadu kpd Allah bersama-sama dgnnya untuk mnntukan bahawa dia(ahli sufi) itu betul. HAMKA tidak berani menyahut. Kerana kalau tuduhan HAMKA itu salah maka serta merta(direct mse tu jugak) HAMKA akan diberi balasan atas tuduhannya oleh ALLAH.


tentang sejarah penubuhan Wahabi baik dikaji semula... kerana kebanyakannya tidak sahih. Apalagi kalu sejarah itu diutarakan oleh org British, Jgn percaya!!

sejarah renaissance dan lain-lain pon bukanlah betul sgt... ada cerita yg disembunyikan. Sama juga sejarah Malaysia, bnyk prkara yg disembunyikan. Wallahualam...

tentang demokrasi sbnrnya, mmg boleh diharamkan... mengikut ilmu yg cetek sya nie... iya merupakan Saddu Zara'ik, mgharamkn sesuatu yg boleh mmbawa kpd keburukan. Dgn demokrasi dan pilihanraya, rakyat senang ditipu dan dibodek kgn bantuan sana sini. Padahal boleh jdi pemimpin itu sbnrnya tidaklah seikhlas mana(kbyknnya bgitu). Kan sistem pemilihan khalifah zaman dulu itu lebih baik diikuti.

Tntg Nasionalisme dikatakan assabiah pon tidak salah... asalnya Nasionalisme betul, cintakan negara separuh drpd iman, tpi mna lebih penting NEGARA atau AGAMA. Walaupun Wujud Satu Malaysia, assabiah tetap ada... pernah satu ketika kerajaan dikejutkan dgn satu kenyataan oleh ahli PAS
"Kami sedia kalau perdana menteri dipegang oleh org India(Muslim)"

Mulalah org melayu melenting. Kata negara Islam, tak salah kalu diperintah oleh org India Muslim sbb negara kita mmg negara majmuk. Cukup sbgi Islam untuk menjdi PM... sbb kita nk perjuangkan Islam.

tumpang tanya, dimanakah saya boleh mendapatkan buku2 tulisan dr Burhanuddin atau biografi mengenainya?

email saya di keeperofthegrove88@yahoo.co.uk

Tanpa Nama

soalannya saya hendak mencari tokoh tokoh tentang hari kemerdekaan dan komennya pula ialah manaq tokoh tokoh hatri kemerdekaan yang saya igin kan

Tanpa Nama

dimana nak cari nme nme tokoh yg lain....tidak ade dalm ini ok

Tanpa Nama

di sini saya mahu mencari antara tokoh kemerdekaan yang banyak berkorban demi tanah melayu ini berserta dengan biodatanya yang lengkap

Tanpa Nama

wah.....maklumat yg saya cari untuk menyiapkan buku skrap fuuh....ada nasib baik ia memang berguna

Tanpa Nama

emm......sye suke, sye suke dan banyak ilmu pengetahuan yang sye dpt. terima kasih................lain kali bagi byk siket tau!!!!!!

Tanpa Nama

mohon copy & share tqvm

sungguh brsyukur...........

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.