Back to home page

Bila Anak Bulan Lahir

25 September 2006 • 25 Komen Cetak Chenta!

Anak bulan telah selamat dilahirkan.


Hari ini kita sudah memasuki bulan Ramadhan, iaitu satu bulan yang sangat mulia di sisi Islam. Pastinya ada di antara kita yang berazam untuk meningkatkan amal ibadah di bulan ini. Alhamdulillah. Mungkin saya boleh mencadangkan satu amalan yang boleh kita amalkan selalu sebagai cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Amalan ini ialah doa.

Surah Al-Baqarah yang bermula dengan ayat 183 hingga 187 telah menjadi dalil kewajiban puasa kepada umat Islam. Namun demikian, Allah juga telah menyelitkan perkara berkaitan doa pada ayat 186. Firman Allah:



Ayat 186 yang terselit di celah-celah ayat berkaitan Ramadan ini, seolah-olah menjadi petanda supaya kita memperbanyakkan doa di waktu bulan yang tersangat-sangat mulia, satu bulan yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun demikian, berdoa ini panjang cerita dan syarahnya. Banyak syarat yang perlu dipenuhi kalau mahu doa dimakbulkan. Oleh itu, tidaklah begitu sesuai untuk disentuh semuanya dalam blog ini.

Banyakkan doa dan istighfar kepada Allah. Andai kata kita berdoa untuk 100 perkara, dan jika Allah hanya menunaikan doa kita untuk selamat di dunia dan di akhirat sahaja, maka ia sudah lebih dari cukup. Beristighfarlah dengan Sayyidul Istighfar (Penghulu Segala Istighfar), kerana ia adalah sebaik-baik istighfar:



Berdasarkan hadith riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad sallahu alayhi wassalam bersabda bahawa sesiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan setiap pagi dan petang, dan sekiranya ia mati di waktu itu, insyaAllah dia akan masuk Syurga.

Mungkin kalian juga boleh membaca istighfar di bawah ini di dalam rukuk dan sujud sewaktu solat. Kalau takut tak sempat baca sebab tok imam agak cepat, maka boleh baca istighfar di bawah ini sahaja, tanpa perlu membaca zikir Subhaana rabbi'yal 'azim (ketika rukuk) atau Subhaana rabbiyal 'alaa (ketika sujud).



Semoga Allah memberikan keampunan dan rahmat-Nya kepada umat Islam di seluruh dunia. Amin.

Jalan-Jalan

In Pictures - Observing Ramadan from various locations of the world.

Duduk di negara bukan Islam yang tiada sistem rasmi bagi menentukan tarikh permulaan Ramadan, Syawal, dan sebagainya, memang agak memeningkan kadang-kadang. Masjid tok Arab nak ikut Arab Saudi. Masjid Pakistan nak ikut tarikh dia juga. Masjid Syiah pula tak mahu ikut ketetapan masjid Sunni. Macam-macam daa..pasal anak bulan pun dah boleh pecah-belah - baik di Amerika mahupun Eropah. Benda yang sekecil macam ini pun tak boleh cari satu kata sepakat, jadi kamu jangan hairan le kenapa isu Palestin tak selesai-selesai sampai sekarang.

Apa pun, kalau nak tahu serba-sedikit tentang hal ini, mungkin boleh baca artikel oleh Sheikh Hamza Yusuf bertajuk Cesarean Moon Births. Dengar audio Moonsighting pun boleh juga. Apa-apa hal, kalau kita ini orang awam, tak payah la pening-pening sangat nak masuk campur perdebatan ulama ini. Dan kalau tak mahu masuk campur pula, maka tak perlulah pandai-pandai buat ijtihad sendiri tentang bila mula puasa, atau bila mula raya.

Jangan jadi macam kat kampung saya sudahlah. Ada satu keluarga, orang belum raya, dia sudah raya. Orang belum puasa, dia sudah puasa. Kalau mata sendiri yang nampak anak bulan tu lainlah cerita. Ini katanya sebab tak mahu ikut ketetapan kerajaan. Kerajaan tak boleh pakai katanya. Aduh, kompleks nak terangkan ni..lagi-lagi si dia ini jenis La Mazhab.

25 Komen Tambah Komen↴

bagi aku, masalah tarikh ni antara sebab utamanya masalah (kurang) ilmu.

boleh juga baca keterangan sidi afifi ni:

http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/moonsighting.htm

aku baca tahun lepas, tahun ni baca lagi tapi tak paham2 jugak. he he.

sms

Oh trimas sms. Aku sebenarnya pun memang pernah baca sekilas lalu artikel Sidi Afifi ni. Dan masa aku tulis entri ni, aku banyak kali cuba ingat siapa yang tulis artikel tu. Tapi tetap tak dapat ingat jugak. Alhamdulillah Allah gerakkan hati kau untuk bagi aku ingat.

P/S: Seperti kau juga, aku pun tak faham bila baca..hehe. Tapi aku rasa macam menarik aje proses melihat hilal ni. Dekat dengan rumah aku ni (dalam 15 minit kayuh basikal), ada bukit. Insya-Allah ada masa dan kesempatan, boleh le aku ajak mana-mana member pergi tengok time akhir Ramadan nanti. Tapi kalau takde ilmu, tak guna jugak pergi. Bulan muncul kat barat, aku pulak silap-silap tengok arah timur.

I am also not an expert in matters concerning ru'ya. The attempt to sight the moon was done as there was no one else, including local masjid committee members, in the whole city who attempted sighting. Since a communal obligation (fardu kifayah) was not carried out, it became a fardu 'ain for able individual to try sighting the hilal locally. (In Msia this is done by state's hilal committee.)

The problem each year would be solved if there is a local hilal committee in each country in Europe. There is currently none except in Bosnia. Local Muslims are divided along sectarian belief and lack of education in fiqh. Among Malaysians, there is an obligation for each ustaz studying here to do the explaination. But like everyone else, there is no strong will. There are shouts for unity, but so far we only unite in our ignorance.

Wrt to Sidi Afifi article, it is well-written and should have clarified many of the confusion we see here. The only part that I am not sure if I comprehend properly is point (c) the precedence of
a sighting [ru�ya] in the East over the local sighting-zone.

In my previous understanding only sighting within matla' will be acceptable for areas within the same matla' (longitudinal areas), but it appears to me that point (c) abrogates this, and the recent Moroccan declaration of Ramadan has also follows this ruling. I have actually asked Sidi Afifi twice, both during the same occasion when I accompanied a sighting, and he affirmed this point.

I have ruminated over this for a few months already and has reached certain assumptions, but alas the author is not around pulak to verify them!

Anyhow, I have checked again Royal Obervatory schedule: http://www.nmm.ac.uk/server.php?show=conWebDoc.16739&navId=00500300f00h. So it confirms that yesterday sighting was not possible in the South of England with naked eye, though those in the north of England may be able to see it with naked eye.

Today seems to be a bit chilly outside, but ROG data seems to suggest visibility is good, so I may want to try it again today if circumstances permit. There is about 18 minutes lag time before moonset which seems to be ample time to sight it!

(I know sighting today will not change timing of fasting, but to see the crescent is an exciting event.)

Anak Alam

I really agreed with with Anak Alam, but to accomplish it it was very hard.

" Unite in ignorence"

Truly very true.

nai

btw: Ramdhan Kareemm, Ramadhan Mubarak.

Kullu Sanah WaNahnu Illahi Aqrabu.Amin

nai

Sebenarnya tak susah.. Di masjid2 negeri kita orang bina menara sekadar sebagai adat dan sebagai tempat letak speaker. Lepas tu sbb ada komiti hilal negeri2, tiap2 masjid tak buat dah ru'yah. Lama2 ilmu ni hilang. Bila anak kampung sendiri merantau ke luar negeri, dan sampai ke tempat macam UK, merekapun tak tahulah macam mana nak tengok anak bulan.

Di Morocco mmg tiap2 masjid masih ada muwaqqit mereka. Dan rakyat tempatan pun masih ikut serta menengok anak bulan. Itu lebihnya negeri Morocco dan Mauritania dan negeri2 sebelah barat Afrika. tengoklah yang cerdik pandai ilmu falak antara imam2 masjid di US banyak orang Mauritania atau Morocco.

Dan anak bulan ni kata orang tak perlu nak susah berkamera dan berteleskop. Kalau ada bagus. Kalau tak ada pergi je lah tengok dengan guna mata. Kalau nampak tu, mmg nampak. Yang dikehendaki dalam agama, kita pergi try tengok. Nampak atau tidak, itu bukan fardunya.

Mudah2an Allah bagilah padaku istiqamah dan lindungi aku dari kata2ku yang tidak disertakan dengan amal.

Anak Alam

Guys, do you know what elation of joy is? I read the following and within the feeling of gloom due to local disunity on Ramadan, what I read on Malaysia lifts me up!

My, 300 orang eh? And it was relayed via Internet too! Why did not we know about it? Eh, nanti Shawwal let us remind each other about this Khawarizmi Observatory online thingy! This news makes me proud of Malaysia! :)

"ICOP member, Mr. Kassim Bahali said: " Hilal sighting was done at Khawarizimi Observatory in Melaka about 130 km from Kuala Lumpur. More than 300 people joined to observe the hilal but it was not seen because the conjuction not happened yet at sunset time. The western sky was cloudy. The hilal sighting was transmitted live via internet at www.khawarizmiobs.com. The first of Ramadhan was announced officially at TV that Ramadhan will begins on Sunday, 24 september 2006."

Anak Alam

Sorry for yet another post! but to encourage people to sight the moon, here is a traditional Malay pantun for you to recite during it:

Ribu-ribu di tepi jalan,
Tanam di ladang kunyit temu,
Kalau rindu pandanglah bulan,
Di situ rindu kita bertemu.

[Warning! - This pantun is strictly speaking dedicated to boys and gentlemen here. Any good-bred Muslimah will not attempt to comment on this pantun in public or to use it with stranger - Muslim ladies are expected to be coy.]

nnydd

aku tak pandai berpantun. ni dari Rumi (diwan as-shams)

Celebrate! The month of fasting has come.
Pleasant journey to the one
Who is in the company of the fasting.

I climbed the roof to see the Moon,
Because I really missed fasting
By heart and soul.

I lost my hat while looking at the Moon.
the Sultan of fasting made me drunk.

O Muslims, I have been drunk
since that day I lost my mind.
What a beautiful fortune fasting has.
What a wonderful glory.

sms

Ramadhan Mubarak!

'Muslim ladies are expected to be coy.'

I thought 'coy' means 'to use cute gestures to pretend to be shy when one is really trying to attract attention' (kita orang Melayu kata 'mengada-ngada'). Oh rupanya 'coy' pun bermaksud malu. Dah lama tak dengar perkataan ni.

Hmm... not too sure how reciting that particular pantun will make someone have the urge to try to sight the hilal though.

On the other hand, Rumi's poems must sound so much better in the original Persian, it is, I believe?

Allhummasolli 'Ala Nabi Yayusallimu Taslima.

JazakAllah for the explanation Anak Alam.


[Warning! - This pantun is strictly speaking dedicated to boys and gentlemen here. Any good-bred Muslimah will not attempt to comment on this pantun in public or to use it with stranger - Muslim ladies are expected to be coy.]

As for the respected quote I taken from bro Sms i want to take this chance as an advice for myself aspecially and others Muslimah as well. ' To be Coy and to be shy has to be done infront of peoples, behind their back, infront of internet, when you are alone holding your handphone, in public or not in public. We have to coy and shy according to the ethical of Islam. What you didn't do or write in puclic there are the same also when you are in private. Everway the taqwa's, wara's and haya' has to be applied except when you want to seek the knowledge. As Saidatina Aisyah R.A said that the most good Muslimah is the Ansarian's because when the seek knowledge they didn't felt shy."

Wallhua'lam

nai

Opss sorry from Bro nnydd.

nai

last year pun, ada ramai juga yg bertelagah bab tentukan awal ramadhan dan hari raya ni. tanpa ada single authority, begitulah nasib umat islam

"On the other hand, Rumi's poems must sound so much better in the original Persian, it is, I believe?"

Indeed.

As a rule, a poem's beauty necessarily lies in its original language. The meters, clever use of homonymy, polysemy, and what-nots are impossible, I believe, to retain in translation.

sms

I think the beauty of his poems are still preserved in English translation. So no wonder Rumi is the number one selling poet in America. Even Madonna got drunken into Rumi's poem.

BTW Anak Alam..I keep wondering. What should I do if I do see a hilal, while the local authority doesn't?

Anak Alam:
Ribu-ribu di tepi jalan,
Tanam di ladang kunyit temu,
Kalau rindu pandanglah bulan,
Di situ rindu kita bertemu.

Tak tahu nak jawab apa la. Tak reti nak pantun :) Cipta sendiri ke?

KKL & Nai:
It is expected of the men to be gentlemanly and of the women to be coy. With the notion of equality these days tend to follow that of the Western's, how great if only all our ladies have the same intelligence as yours.

Sms:
Excellent! And there are more elsewhere e.g. Listen to the emptiness of the reed... (Mathnawi)

Tawel:
According to Sidi Afifi's explanation, secara umumnya you will have to follow local Muslim authority's decision tidak kisahlah samada the decision is right or wrong. The onus is on people to advice the committee of such sighting and for the committee to make decision.

On pantun:
a. Kita insya-Allah akan berasa nak melihat anak bulan ni jika kita tahu sahabat2 kita tak kira di mana mereka berada pun pada hari itu akan keluar melihat anak bulan.
b. Tidak. Ini semua pantun2 tradisional orang Melayu kita. Pantun2 ini tidak ada hakcipta. Boleh dijumpai dimana2 dan tidak diketahui siapa pencipta asalnya. Ana tidak reti nak reka pantun cuma adalah menghafal satu dua pantun supaya tidak dikatakan buta budaya. Pantun bulan diatas ini antara pantun yang dimasukkan oleh Marah Rusli, pengarang Indonesia zaman2 merdeka dulu, ke dalam bukunya Hikayat Siti Nurbaya yang sangat asyik ceritanya.

nnydd

TQ Anak Alam. Wah, baru pertama kali ku dengar nama buku Hikayat Siti Nurbaya. Zaman dulu-dulu bagus. Tulis buku dan kemudian tak payah pening-pening nak letak hak cipta. Nak sebar ilmu pun senang.

Zaman sekarang tulis kitab agama pun dah letak hakcipta. Kalau tak letak hakcipta, ada pihak ketiga ambil kesempatan pulak.

Tapi satu lagi perkara pasal bulan. Kalau ikut pengalamanmu wahai Anak Alam, senang ke nak tengok hilal di UK & Ireland yang mana awannya sentiasa cloudy?

Denda Tawel,

Ya, Marah Rusli itu idolaku. Buku pertama bicharawan Indonesia yang kubacha ialah Merantau ka Deli karangan Buya Hamka. Ternyata Siti Nurbaya terlebih agung dimataku. Ialah yang mula-mula sa-kali mengubah persepsiku terhadap tulisan seberang, menolehkan minatku kapada penulisan angkatan merdeka. Lantas timbunan buku-buku lama mak ayah, auntie dan uncle semua kugeledah. Dari Siti Nurbayalah kumulai membacha dan kemudian-nya mengenal pula tokoh sa-tempat seperti Pak Sako dengan Rumah Besar Tiang Sa-batang dan Anak Mat Lela Gila. Kalau kalian mahu membaca butiran sastra perjuangan merdeka yang tidak pretens, carilah semula mereka-mereka ini.

Sa-betulnya Denda Tawel,
Tradisi meletakkan hak cipta ini tidak bermula dengan idea humanisme Barat. Tetapi bermula dengan tradisi ilmuwan Islam sendiri yang meletakkan tanda nama/cap mohor dsbnya di hujung karya mereka. Kurang-kurang di zaman Sadi sudah ada begitu. Tidak ada celanya, bahkan dipandang elok kerana ada peran dan perasaan kebertanggungjawaban.

Pasal bulan,
Disini memang tak pernah kulihat hilal. Qamar itu biasalah. Cuba baca observation sidi Afifi sendiri, di Moonsighting.com atau di IPCO, yang saban bulan membuat ru'yah dan kiralah sendiri berapa kali dia dapat melihat hilal. Namun begitu, yang pentingnya keluar untuk melihat hilal itu, bukan dapat atau tidak melihatnya.

Anak Alam

Kebetulan sudah terpanjang kalam sebelum ini, biarlah dipanjangkan sedikit lagi.

Supaya mereka yang sempat membaca komen ini, dapat juga kiranya meneliti karangan2 lama karyawan kita kerana zaman ini teruk benar serangan budaya sampaikan anak bangsa kita lebih gemar quote keluaran2 Barat dan habis ditonyohnya karangan orang Melayu kita. Padahal begitu sedap dan indah mutu bahasa al-Fansuri. Begitu juga sedap sekali Gurindam 12 Raja Ali Haji. Kitab sejarah oleh Raja Ali Haji yang bernama Tuhfat an-Nafis itu elok sekali kalau dijadikan koleksi, jadi pasangan Sejarah Melayu, biar dibaca seisi rumah. Kalau anda beli buku2 ini sekarang, 10 tahun lagi buku2 ini akan jadi macam Siti Nurbaya sekarang - buku bermutu yang dilupakan orang bila dah lama akan jadi mahal.

Anak Alam

Terima kasih lah sebab ingatkan aku. Aku masa kat sekolah menengah dulu, ada seorang member yang selalu sangat baca prosa-prosa klasik. Dia pinjam kat perpustakaan negeri. Aku pulak jenis yang tak suka baca sangat prosa klasik sebab ilmu linguistik aku tak berapa bagus.

Jap, Raja Ali Haji dan Raja Haji bukan orang yang sama kan?

Tak sama.

Raja Haji itu jadi Yam Tuan Muda Riau yang ke 4. Ia saudara kepada Raja Lumu, Sultan Selangor yang pertama (cemana orang Selangor tak tahu nih?). Ia masyhur dengan nama Marhum Syahid Teluk Ketapang kerana gugur di sana semasa mengetuai ketumbukan orang Riau menyerang Portugis di Melaka.

Raja Ali Haji pula cucu cicit Raja Haji. Dia ahli keluarga diraja Riau juga, dan ahli agama dan ahli bahasa sampai dinobatkan oleh kerajaan Indonesia menjadi Pahlawan Nasional mereka.

Anak Alam

Wah..hebat sungguh ilmu sejarahmu. Alhamdulillah :) Aku dulu masa sejarah tak mau belajar betul2. Tu yang tak pernah dapat gred A masa PMR.

x ada hebatnya. benda2 ni semua org belajar dlm kelas sejarah. ingat atau tidak ja. point psl raja haji semua ni teringat sebab famili ada sikit la darah Bugis (darah cina masih lebih banyak dr darah2 lain)

Anak Alam

assalamualaikum
kalau karya rumi dalam english, translasi oleh siapa yang baik@agak tepat ya? boleh recommend tak...setakat yang saya cari & baca review, yang ni mcm bagus.. http://www.amazon.com/Masnavi-Book-Oxford-Worlds-Classics/dp/0199552312/ref=pd_bxgy_b_text_b
ye ke?

terima kasih ;)

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.