Back to home page

Dakwah Si Protaz & Uspro 2

12 Jun 2006 • 29 Komen Cetak Chenta!
Sambungan dari episod 1...

Fitnah Protaz

Jika kamu dari golongan yang mahu berfikir, pasti kamu akan dapat memahami fitnah yang boleh dibawa oleh seorang Protaz. Analogi si Uspro Sulaiman sudah cukup bagi mencelikkan minda kita. Tetapi bolehkah kita membandingkan ilmu perubatan vs ilmu Islam - adakah logik perbandingan yang saya karang dalam kisah Sulaiman itu? Dan apakah wajar bagi seseorang itu mengatakan bahawa: "Mendalami ilmu perubatan itu lebih mudah dari mendalami ilmu agama kerana perubatan ini bukan sekadar teori, tetapi memerlukan praktikal dan pengalaman juga"?

Pertama sekali, anda mesti faham bahawa definisi saya dalam ilmu sekular vs ilmu Islam terletak kepada bagaimana ilmu itu membentuk individu, masyarakat dan umat ini. Segala ilmu, tidak kira ilmu hadith, ilmu fiqh, ilmu tajwid, ilmu matematik, ilmu perubatan, ilmu astronomi, dan sebagainya, hanya menjadi sekular apabila ia membawa seseorang itu jauh dari mengingati dan mentaati Allah.

Kedua, dalam kisah Sulaiman, apakah wajar bagi saya untuk membandingkan ilmu perubatan dan ilmu Islam?

Kewajaran Perbandingan

Perbandingan yang dilakukan itu adalah logik. Apa yang menjadi masalah apabila kita melihat bahawa mendalami ilmu perubatan itu sukar, dan mendalami ilmu agama itu pula mudah. Soalan saya: "Siapa kata mendalami ilmu agama itu mudah?"

Sekali pandang, mendalami ilmu agama nampak mudah jika anda rasa ia cukup setakat mendengar kuliah agama mingguan di masjid, atau pun membaca Majalah-I, atau pun setakat mendengar ceramah Ustaz Shamsuri dan Ustaz Ismail Kamus tiap-tiap malam sebelum tidur, atau pun dengan membaca kitab-kitab hadith seperti Sahih Muslim dan kalau ada masa lebih, menyelak kitab tafsir Al-Quran oleh Ibnu Kathir.

SOALAN: Apakah ini yang dimaksudkan dengan mendalami ilmu agama?

Kalau inilah definisi kamu dalam 'mendalami ilmu agama', maka saya tak hairan kalau kamu kata mendalami ilmu agama ini mudah, tetapi mendalami ilmu perubatan itu sukar dan tak wajar dibuat perbandingan. Oleh itu saya juga boleh kata, mendalami ilmu perubatan itu cukup kalau kamu baca buku seperti 'Mari Mengkaji Anggota Tubuh Badan Manusia', 'Gizi yang Sihat & Seimbang', 'Bagaimana Mendapat Jantung yang Sihat dalam masa 30 Hari', dan juga 'Mengenali Bakteria dan Virus di Sekeliling Kita'. Kemudian apabila kamu sudah khatam betul-betul buku ini, apakah kamu sudah boleh jadi seorang doktor?

Saudari-saudariku, mendalami ilmu agama tidak semudah yang difikirkan - lebih-lebih lagi untuk mencapai tahap seorang mujtahid. Dan fenomena yang berlaku hari ini, sudah mula muncul Protaz-protaz yang mahu jadi Imam Mujtahid!

Protaz Versi Wannabe Mujtahid

Dunia Islam hari ini memerlukan begitu ramai golongan ustaz dan juga Protaz. Kita patut bersyukur apabila sudah semakin ramai golongan Protaz yang dapat dilahirkan. Tapi, masalah timbul apabila wujud sesetengah Protaz yang ingin tunjuk belang dan taring dalam bidang yang bukan dalam cakupan kemahirannya.

Mengapakah wujud Protaz (dan tak ketinggalan juga ustaz) yang suka sangat membicarakan perkara-perkara khilaf? Mengapakah wujud Protaz yang mempertikaikan sistem dan kaedah perundangan Islam yang sudah lama disepakati sejak beratus-ratus tahun lamanya? Mengapakah wujud Protaz yang asyik menilai semula hukum-hakam dalam Islam? Mengapa wujud Protaz yang sibuk sangat nak mencari hukum mana yang lebih rajih? Mengapakah lahir golongan Protaz versi wannabe mujtahid? Apakah si Protaz ini sudah begitu kemaruk ingin menjadi Imam Mujtahid?

Mengapakah wujud si Protaz yang tidak berguru ini, yang begitu lancang berfatwa itu bidaah, ini haram, itu bukan sunnah, para ulama tak tahu hadith ini, hukum tiada dalam hadith dan Al-Quran pada perkara-perkara yang terdapat khilaf dan perbahasan padanya? Apakah Protaz jenis ini yang kita mahu?

Apakah si Protaz ini tidak sedar bahawa para ulama silam begitu takut untuk mengeluarkan hukum dan fatwa? Apakah mereka tidak pernah mendengar kisah bahawa pernah sekali Imam Malik rahimahullah hanya menjawab 3 soalan dari 18 soalan yang diajukan kepadanya? Dan yang bakinya beliau setakat menjawab "Aku tidak tahu". [Baca kisahnya di sini]. Zaman sekarang, bila ditanya 18 soalan, dijawabnya 180 soalan (dalam hati mungkin kata: 'Tanyalah lagi...saya sudi menjawabnya).

Dan sekarang ini, sikap suka mengeluarkan fatwa dan hukum sudah mula berjangkit kepada budak-budak IPTA dan IPTS yang tak pun jadi profesional lagi. Bebudak hingusan ini buka satu dua halaman dalam kitab Sahih Bukhari, dan kemudian berjumpa dengan hadith yang bertentangan dengan hukum fiqh dalam mazhab Shafi'i, dan akhirnya membuat ijtihad sendiri dari hadith tersebut serta mengatakan mazhab Shafi'i telah salah dan tak jumpa hadith ini. Alasannya: Ia hadith sahih dari Sahih Bukhari dan sudah pastilah kita mesti mengikut sesuatu yang sahih.

Inilah akibatnya apabila mereka tidak belajar ilmu Islam dengan kaedah yang betul, dan yang paling haru-baru apabila mereka belajar tanpa guru. Ilmu usul fiqh pun tak tak tahu, tapi nak juga tiru imam mujtahid. Bagi mereka asal sahih wajib kita ikut. Apakah mereka ini tidak sedar ada hadith sahih, malah ayat Al-Quran yang tidak boleh dijadikan hukum, iaitu apabila ayat al-Quran atau pun hadith sahih itu telah dimansuhkan?

Dan yang paling saya pelik, mengapakah mereka ini begitu fanatik dalam ilmu fiqh dan hadith? Apakah mereka tidak sedar bahawa ilmu Islam ini bukan semata-mata fiqh dan hadith? Dan apakah mereka ini tidak sedar (atau pun bodoh sombong) bahawa proses membuat ijtihad - iaitu proses mengeluarkan hukum dalam Islam - bukan setakat dengan ilmu hadith?

Apakah dengan sekadar belajar ilmu hadith, maka ia sudah cukup untuk Protaz ini menjadi pakar dalam agama, dan seolah-olah suara dan pandangannya mesti menjadi suara autoriti? Dan dengan kaedah analogi yang sama juga, apakah cukup dengan sekadar belajar ilmu anatomi, kita sudah boleh menjadi pakar dalam dunia perubatan?

Mengapakah jika dalam bidang perubatan kita boleh faham sebetul-betul faham bahawa pelbagai jenis cabang ilmu - pharmacology, anatomy, physiology, microbiology, surgery, pathology, biochemsitry, dan banyak lagi - diperlukan sebelum seseorang itu boleh menjadi doktor, tetapi apabila masuk dalam hal-ehwal agama Islam yang berkaitan dengan proses membuat ijtihad dan mengeluarkan hukum, kita berasa seolah-olah cukup dengan sekadar ilmu hadith?

Dan mengapakah dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, matematik, arkitek, dan lain-lain, hatta belajar jadi tukang jahit sekali pun, kita boleh appreciate betapa pentingnya kehadiran seorang guru, tetapi dalam hal-ehwal keagamaan, kita jadi begitu angkuh dengan mengatakan bahawa tiada apa salahnya jika belajar tanpa guru. Beritahu kepada saya siapakah ulama agung dan imam mujtahid dari dulu sampai sekarang yang belajar tiada guru?

Kalau niat betul, tapi cara salah, inilah yang berlaku - kewujudan Protaz gubra yang merapu lagi meraban dalam wilayah yang masih tidak betul-betul difahaminya. Sila jawab dengan hati yang ikhlas: Protaz bagaimana yang mahu kita lahirkan?

Dan kepada Protaz dan bakal Protaz di luar sana, kamu jangan kacau sistem keilmuan Islam yang sudah pun cantik dan comel ini. Kalau kamu tetap tak puas hati dan tetap percaya bahawa sistem ini ada silap dan cacat-celanya, maka silalah cari guru dan belajar betul-betul. Dan ketahuilah bahawa dengan izin Allah, kamu sendiri akan sedar betapa kerdilnya kamu. Akhirnya kepala kamu akan tunduk ke bumi setelah menyedari betapa tingginya tahap ilmu yang diperlukan bagi mencapai tahap seorang imam mujtahid.

Bukan Sekadar Teori

Dan seperti yang dikemukakan di awal tadi: "Mendalami ilmu perubatan itu lebih mudah dari mendalami ilmu agama kerana perubatan ini bukan sekadar teori, tetapi memerlukan praktikal dan pengalaman juga", sudah pun dijawab separuh - mendalami ilmu perubatan dan ilmu agama itu sama sahaja susahnya, dan kedua-duanya mesti mempunyai guru.

Akhir sekali, ketahuilah bahawa Islam itu bukan ilmu teori semata-mata. Ia juga praktikal dan memerlukan pengalaman. Seperti yang sudah diketahui ramai, Imam Shafi'i sering menziarahi makam Imam Abu Hanifah. Apabila di sana, beliau tidak melakukan doa qunut ketika solat Subuh demi menghormati Imam Abu Hanifah (Imam Abu Hanifah berijtihad bahawa tidak disunatkan membaca doa qunut ketika solat Subuh).

Andainya Islam ini ilmu teori, sudah pasti Imam Shafi'i tetap membaca doa qunut ketika di sana.

Wallahu'alaam.

Bersambung dalam Episod 3

29 Komen Tambah Komen↴

terima kasih tawel.semoga Allah merahmatimu.

jika aku menyatakan di sini bahawa aku menyokong tawel dalam hujahnya dalam entri kali ini,bukan kerana aku taksub akan tawel atau mengkagumi dirinya...tapi pandangan tawel itu selari dengan apa yang aku fikirkan..

dan tidak pula aku menyokong tawel kerana mahu menghentam protaz2..bukan itu niat aku..

mcm yg aku sebut sebelum ni,aku juga kalo diizinkan Allah,aku juga ingin jd protaz...tp bkan protaz yg gila untuk berijtihad dan kuarkan fatwa..

tp biarlah aku jd protaz untuk amar makruf nahi mungkar..

mencari hikmah dalam berdakwah dan redha Allah dalam berjuang..

aku harap jika ada pembaca blog hembusan ini yang kenal rapat dengan mana-mana protaz...harap minta protaz tu nukilkan kisah ini dalam majalah I yang seterusnya,berilah tajuk "apa erti aku jadi protaz?" dan bincangkanlah.

Saya suka Protaz,jika mereka berperanan sebagai Daie, bukan sebagai Ulama. Saya rasa bagus kalau kita semua (termasuk saya sendiri) tahu our limitations, and work within them.
Another useful analogy is trying to learn martial arts from books alone. Memangle mission impossible.

Semoga Allah memperkenankan cita-citamu juga wahai Muhammad Fakhrul Razi, yang mana pada hari ini barulah daku sedar bahawa MFR itu adalah singkatan namamu ;)

Kenakelayan, satu pandangan yang sangat bagus - Protaz memang harus berperanan sebagai dai'e, dan tak semestinya berperanan sebagai ulama.

Tapi ramai yang salah faham hari ini. Mereka ingat bila nak jadi dai'e, maka dia kena jadi ulama - mesti tahu mengapa hukum ini jadi haram, halal, harus, sunat dan sebagainya, kena tahu dalil bagi setiap hukum fiqh, bagaimana mengeluarkan fatwa, and so on.

salam...
still,sy rase mungkin cik tawel x bc sampai abes isi yg ditulis oleh mereka..

imam syafie pun pernah kate yg die tarik balik kate2 die yg bertentangan dgn quran dan sunnah samade ketika idup ataupun mati.. itu yg dimaksudkn oleh protaz yg kate 'mungkin imam syafie akan ubah ijtihad'

imam malik penah kate camni;
kalo kamu ikut pendapat ulama itu dan pendapat ulama ini,yg kamu dapat hanyalah celakanya sahaja..

so kesimpulan nye..
kte amek hanyalah pendapat yg berdasarkn quran n sunnah..

cik tawel..if x belajar hadith,cemane nk tau pasal as-sunnah?
ke cik tawel mimpi jumpe nabi tiap2 malam?belajar ilmu ladunni dan kashaf ke?

dalam Islam, yg boleh dijadikan hujjah hanyelah quran n sunnah...bukan mimpi ataupun pendpt ulama..

bacela on both sides of arguments dan amek yg plg dekat dengan quran n sunnah..

dan diingatkan proses menuntut ilmu dulu dan sekarang adalah amat lain...

kalo cik tawel gune hadith 'siapa yg berguru dgn kitab,gurunya adalah syaitan'.ketahuilah..itu hadith palsu yg dicipta oleh glgn sufi..

sekian Allahu a'lam..
semoga Allah merahmati dan memberi kefahaman yg soheh kepada kita smua..

Pendapat kakashi yang hanya menyatakan bahawa al-Quran dan Sunnah sebagai hujjah adalah pendapat yang keliru lagi rancu. Semua imam-imam mujtahid menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ijtihad mereka. Walau bagaimanapun, hasil ijtihad mereka berbeda-beda. Antara sebab perbezaan pendapat ini ialah perbezaan pemahaman dan kemampuan dalam menghasilkan ilmu, perbezaan dalam penguasaaan ilmu bahasa Arab, khilaf dalam berhujjah dengan sumber-sumber fiqh, khilaf dalam qaedah-qaedah Usuliyyah dan lain-lain. Adalah sesuatu yang bakal menjadikan dunia Islam huru-hara sekiranya pendapat kakashi itu dilaksanakan, di mana orang awam yang jahil ilmu bahasa Arab, seperti, nahu dan balaghah hanya ingin merujuk terus al-Quran dan al-Hadith tanpa tunjuk ajar faqih. Adalah satu malapetaka sekiranya seorang yang jahil dalam nasikh dan mansukh al-Quran dan al-Hadith sekiranya dia hanya mahu terus merujuk al-Quran dan al-Hadith tanpa panduan seorang faqih.

Contohnya, seorang pemuda/i yang baru memeluk Islam dan tidak mengetahui tentang ayat-ayat hukum al-Quran tetapi mahu melakukan ijtihadnya sendiri telah membaca firman Allaa yang bermaksud: "Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui."
Maka dia beranggapan, bahawa apabila melakukan solat, dia boleh menghadapkan ke mana saja yang disukai. Kemudiaan, ada seorang 'ulama' menegurnya kerana kesalahfahamannya itu. Tetapa dia tetap berkeras dengan 'ijtihad'nya dan hanya mahu mengikut al-Quran dan al-Hadith. Ia bukan mengikut al-Quran atau Hadith, tetapi hawa nafsu dan egonya.

Allah s.w.t telah berfirman tentang kepentingan golongan ahli 'ilmi ('ulama') dalam masyarakat: "Tidak sepatutnya bagi orang-orang beriman itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka , beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya?" (al-Taubah; 9:122).

Imam Syafi'i telah menghuraikan kepentingan Ijma' 'ulama' di dalam ktabnya al-Risalah. Di sana Imam Syafi'i mengemukakan sebuah hadith yang menyentuh tentang sekumpulan manusia yang boleh memahami sesebuah hadith dengan lebih baik:

Sufyan bin Uyainah memberitahu kami dari Abdul Malik bin Umair dari Abdul Rahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi kemakmuran kepada hambaNya yang mendengar kata-kataku, mengingatnya, menjaganya, dan menyiarkannya. Beberapa perawi boleh jadi bukan orang-orang yang ahli, tetapi mereka dapat meriwayatkan kata-kataku kepada orang lain yang boleh memahami dengan lebih baik..."

Berkata Imam Malik:

"Hormatilah para Imam itu dan janganlah kalian mendebat mereka!. Kalau setiap orang yang datang kepada kita dengan membawa argumentasinya, lalu kita terima dengan mudah, maka kami mengkhawatirkan bahwa argumentasi yang kita singkirkan itu adalah Jibril a.s."

Berkata Sufyan bin Uyainah:

"Taat kepada para fuqaha adalah keselamatan dalam agama." (Dipetik dari "Melacak Akar Perbedaan Madzhab", karangan Syaikh Muhammad Awwanah, pensyarah Universiti ar-Raudhah, Aleppo, Syria, hal 56-57, cetakan I, penerbit Pustaka Hidayah. Cf. http://bahrusshofa.blogspot.com)

Dan sekali lagi ditegaskan, mempelajari ilmu agama adalah dengan cara berguru.

Berkata al-Imamul Muhaqqiq Ibnu Arafah al-Maliki:

�Bahawa Ijma� telah menyimpulkan bahawa ilmu agama itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan sengaja mengambil ajaran guru.�

Malakian

terima kasih sebab tegur..
sy tidak maksudkn tafsir al-quran dan as-sunnah ikut kpale otak sendiri dan se-enak perut mereka..

yg sy maksudkn hujjah yg dirct kpd al-quran dan as-sunnah berdasarkn pemahaman salafussoleh..

sememangnya para ulama berijtihad di atas quran dan sunnah..
tetapi adenye qiyas dan sebagainya
membawa kpd ikhtilaf..

Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : �Adapun hadits yang telah disebutkan �Perselisihan umatku adalah rahmat� adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.� (Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61).

� Berkata malik (imam Malik) Demi Allah kebenaran itu hanyalah satu dan perkataan dua orang yang berselisih itu bagaimana mungkin wujud sahih kedua-duanya ? Tiadalah benar dan sahih melainkan satu !!!

dan sy juga tidak menyeru belajar agame tanpa guru...

sekian terima kasih..

kakashi_sensei

tambahan...

Sikap " Hormati pendapat orang lain dengan tidak mengkritik, tidak menjelaskan kesalahan dan tidak menzahirkan pendirian pada hal yang menjadi dasar Ahlul Sunnah Wal Jamaah" maka sikap ini bukanlah sikap Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

i. Ibn Sirrin ra menutup telinga dari mendengar kata-kata seorang ahli kalam dan muktazilah
ii. Ibn Mas�ud mencela perbuatan umat Islam berzikir di masjid secara beramai-ramai dan meninggi suara

Ahlul Sunnah Wal Jamaah sentiasa tetap di atas manhaj dan jalan salaf soleh serta menerima sesiapa yang berjalan selari dengan jalan yang dibawa dan menolak dengan jalan yang berbeza dengan apa yang dibawa oleh rasulullah dan sahabat radiallahuanhum dan inilah jalan yang selamat.


Sekiranya sampai RIWAYAT YANG SAHIH berkenaan pegangan rasulullah, sahabat dan tabien dalam sesuatu PERKARA AGAMA dan riwayat serta kisah itu SAHIH pada sanad maka AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH MESTI MENERIMA DAN BERAMAL DENGANNYA dan jika berlaku pertembungan di antara dua riwayat yang sama SAHIH TETAPI BERLAINAN HUKUM DAN KAEDAH maka DIPAKAI SALAH SATU YANG PALING TEPAT dan yang menentukan yang manakah yang lebih TEPAT ini ialah tugas para ULAMA dan selama wujud dalil dan hujah dari riwayat rasul dan sahabat maka sekalipun pendapat itu diputuskan kurang tepat oleh ulama tetapi selama ada riwayat yang sahih menyokong maka DIMAAFKAN dan bagi pendapat yang kurang tepat serta tidak pula ada RIWAYAT YANG SAHIH kemudian telah pun tahu ada RIWAYAT SAHIH YANG MENYALAHINYA maka jika diamalkan juga maka tidak BOLEH DIMAAFKAN SEBALIKNYA MESTI DITENTANG.

sekian ..Allahu a'lam

Athar Abdullah Ibnu Mas'ud tersebut adalah dhaif menurut Abdullah Fattah Abu Ghuddah di dalam kitabnya Sibahatul Fikri fi Jahri Bizzikri.

al-'Allamah al-Hifni di dalam risalah Fadlu Tasbih menyatakan athar itu tidak thabit kerana di dalam kitab al-Zuhd Abdullah menafikannya dengan beliau sendiri berzikir kuat.

Pendapat yang keliru kakashi yang mengatakan pendapat 'ulama' tidak boleh dijadikan hujjah kerana ia adalah pendapat yang pelik dan ganjil. Bahkan perkataan beliau sendiri bercanggah apabila beliau sendiri menderetkan kalam-kalam 'ulama' dan imam-imam mujtahid. Ini satu lagi kerancuan yang jelas.

Tanpa Nama

maaf silap bg link, ni baru betul

klik sini

boleh pulak copy paste yek kakashi sensei..hehe

moga-moga dikuriniakan hidayah berterusan buat kita.

Syeikh Ali Jum'ah berpesan, kita mengekalkan sistem talaqi dengan masyaiekh2 yg pelbagai kerana kita ingin memahami turath ilmu dengan apa yang benar dan sepatutnya. Bukan dengan apa yang sekadar kita baca.

Carilah ilmu dengan sistem talaqqi seperti ulama'ulama' silam. Berguru dengan ramai orang, mengharapkan Redha Allah. Pasti akan temui kebenaran.

me

ada jg membaca post tersbut.perasan juga sama.

me

Benar, Imam Malik RadiyAllahuanhu menjawab hanya soalan tertentu shj. Alangkah tingginya sifat zuhud dan tawadu' para ulama'-ulama'.

me

Wah, macam mana boleh masuk perbincangan pasal mazhab pula ni?? Saya suka sebab ia boleh membuka minda, tapi cerita pasal nak ikut mazhab atau tidak, kita sembang dalam pos lain.

Sekarang ini, mari kembali semula kepada topik Protaz - apa erti jadi protaz, protaz bagaimana yang kita mahu, apa yang patut seorang protaz capai, dan yang sewaktu dengannya.

Mazhab kita sembang lain kali. Tak nak ikut mazhab, itu terpulang. Tapi jangan tertipu dengan diri sendiri sudahlah. Kalau nak ikutkan, saya memang banyak nak utarakan. Tapi topik ini dikhususkan untuk PROTAZ.

Hanya ingin sentuh dua perkara sahaja yang diutarakan (atau di copy-and-paste) oleh Kakashi Sensei.

1) Tidak timbul soal saya berhujah dengan hadith palsu 'Belajar tanpa guru itu ibarat belajar dengan syaitan'. Ini kerana saya sendiri tahu taraf hadith tersebut.

Sekarang, lupakan persoalan taraf hadith tersebut. Apa yang penting, apakah belajar tanpa guru itu kaedah yang betul? Adakah ini cara yang ditunjukkan oleh para ulama salafus soleh, dan para ulama yang datang selepas zaman salaf sehinggalah hari ini?

2) Kemudian tentang hadith "Perselisihan di antara umatku adalah satu rahmat" adalah batil dan palsu. Kakashi sensei, hadith ini ada perbahasan padanya. Jangan hanya kerana Ibnu Hazam kata begitu, maka ia sudah cukup kuat bagi mewakili pandangan Islam secara keseluruhan.

Kita lihat pandangan jumhur ulama bagaimana. Boleh baca artikel Sheikh Gibril Fouad Haddad iaitu "Differences of Opinion are a Mercy"

Lihatlah betapa kerdilnya ilmu kita. Kita fikir, dengan mengetahui apa yang Ibnu Hazam kata tentang hadith ini, maka ia sudah boleh kita jadikan hujah sana-sini.

kita sebenarnya banyak yang tidak tahu dan bodoh pula dalam selok-belok agama ini. Fahamilah dan jadilah lebih merendah diri.

InsyaAllah dengan adanya sifat ini, semakin mudahlah bagi kita mendapat ilmu.

Apa pun, fokuskan minda kita kepada isu protaz semula.

best'. kalaulah byk lagi umat islam berotak kritikal seperti ni. -.- haiz apalah nak jad dgn umat islam skrg *.*

hantu

akh ade bace x buku
yg kate athar itu dhaif?
sy da bace buku tersebut..
bace juga syarh soheh muslim by imam nawawi tentang isu itu..
bacelah..akh akan tau kebenarannya..

neway..cik tawel yakin ke itu jumhur ulama?
ade ayat quran yg menyokong hadith tersebut?
dtgknla satu ayat quran yg kate berselisihlah kamu..kelak akan mendpt rhmt dari Tuhanmu..
(yakin xde)

yg ade..firman allah surah al-anfaal:46~
jgnlah kamu berselisih dan berbantah2,kelak hilang kekuatan kamu..
Dan berpgang teguhlah kamu sekalian kpd tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai;...'Ali Imran 102
Dan jgnlah kamu mnjadi spt org2 (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dlm agama mereka) sesudah datang kpd mereka kterangan2 yang jelas nyata..[�Ali Imran:103-105]
Jgnlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka....Ar-Rum 31-32

dan bacelah tafsir salafsoleh...jgn tafsir se-enak perut dan ikut kepala sendiri..

cik tawel bacela buku yg ditulis protaz2 ni dan datangkan satu fatwa dibuat oleh protaz terbabit
dan fatwa itu salah dan bertentangan dgn quran n sunnah..

insha Allah akan diperbetulkn sbb kalo kutuk2 kat sini sampai bile2 pun x sudah...(at least protaz terbabit ade usaha mendekati dan berbakti pd Islam)
dan sy juga yakin protaz2 ini bukanlah belajar tanpa guru...

adakah cik tawel tau bgmane proses menerbitkn buku2 protaz2 ini?ape sumber2nya,bgmana semakannye,siape yg menyemaknye,brape ramai yg menyemaknye,brape lame masa menyemak?

"Dan jgnla kamu mengikut sesuatu yang kamu x ketahui krn Sesungguhnya pndengaran kamu, pnglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan. Al-Isra : 36

p/s:belajarlh dr guru yg soheh pegangan agamenye..kita same2 belajar dr kesilapan spy x ulang slh yg same...

kakashi_sensei

Kerancuan pemikiran kakashi semakin kritikal. Setelah melakukan copy and paste tanpa menjelaskan sumber pengambilannya, ia menolak penerangan 'ulama'-'ulama' muktabar tentang perselisihan pendapat di kalangan umat adalah rahmat. Mungkin dia terlupa bahawa Nabi pernah bersabda, "'Ulama' adalah pewaris para Nabi." Nampaknya anda sendiri tidak membaca tentang protaz dengan teliti. Salah satu dari mereka dalam Majalah I mengakui dia mempelajari agama tidak melalui guru tetapi merujuk buku dan berkata yang penting adalah ikhlas.

Abu Umar daripada al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, katanya:

"Aku tidak suka jika sahabat Rasulullah s.a.w. tidak berbeza pendapat, kerana jika mereka berpegang pada satu pendapat sahaja ia akan menyebabkan orang awam berada dalam keadaan tersepit sedang mereka (sahabat) merupakan barisan hadapan yang diikuti. Sebaliknya, jika seseorang menerima pendapat seseorang daripada kalangan mereka, ia akan membawa keringanan."

Ia, memang benar, di antara dua pendapat, mestinya ada pendapat yang benar atau yang menghampiri kebenaran. Tetapi, apakah ilmu yang perlu ada seseorang untuk mengetahui di mana antara ijtihad yang tersebut yang paling benar. Ini bermakna, seseorang itu perlu memenuhi kriteria untuk melakukan ijtihad.

Tanpa Nama

Assalamualaikum,
Mencelah bukan mahu berhujjah.Mahu mengingatkan diri sendiri bahawa dalam dunia ini ramai yg mencintai agama.
Ramai yg sudah mahu mendengar bacaan ayat suci biarpun bermula dari 'lagu-lagu'ramai yg sudah mahu memanjangkan waktu mendengar bicara qalam indah mutiara hikmah peninggalan Kekasih Allah S.A.W.
Qalam Allah di awalnya membentuk budaya, tertegak budi oleh akhlak, halus jiwa oleh sentuhan qalam dan hikmah mutiara...
Di perkukuhkan ingatan di pertajamkan fikiran adalah untuk melemahlembutkan bicara lidah.
Apa yg amat di tuntut adalah bagaimana kita mahu bersama membawa semua insan agar sentiasa bersedia kembali kpd PenciptaNya.
Kita tidak mahu menjadi pakar yg mendapat pengiktirafan dunia tetapi bersama berdoa agar menjadi penasihat diri yg bermanafaat yg mendapat pengiktirafan Allah dan mendapat syafaat Kekasih Allah S.A.W...di hari kita di bangkitkan semula. Sama-sama mendapatnya bukan sekadar yg Pro saja.

Tanpa Nama

Dan tambahan lagi, pada zaman Rasulullah s.a.w., iaiut pada zaman Bani Quraidhah di mana baginada s.a.w. bersabda kepada mereka: "Janganlah ada orang bersembahyang 'Asar kecuali apabila sampai pada Bani Quraidhah". Ada sesetengah sahabat mahu menunaikan solat dahulu, kerana takut waktu solat akan luput, dan ada di antara mereka berkata, kita mesti perlu sampai ke Bani Quraidhah terdahulu sebelum menunaikan solat 'Asar. Apabila perkara ini sampai kepada baginda s.a.w., beliau tidak memarahi mana-mana kumpulan. Jelas, Rasulullah tidak mengeji ijtihad yang dilakukan mereka, sebaliknya mengatkan kedua-dua kumpulan tersebut adalah betul. Kita perlu menghormati ijtihad imam-imam mujtahid selagi mana hasil ijtihad itu tidak terkeluar dari neraca Syariah.

Tanpa Nama

Hai..terpulanglah.. Saya dah bagi link untuk artikel itu. Nak baca atau tidak, terpulanglah. Apa yang penting, isu itu tak pernah pun dibangkitkan selama lebih seribu tahun. Kalau difikirkan elok-elok pun, apa pentingnya umat Islam berdebat dalam athar/hadith tersebut.

Kamu tetap nak berpegang tidak boleh ada perbezaan pendapat dalam umat ini, peganglah. Tapi biasanya dengan orang-orang yang begini saya tanya soalan begini sahaja:

SAYA: Kamu ada kamera digital tak?
DIA: Ada.

SAYA: KAmu buat apa dengan kamera tu? Kamu guna untuk tangkap gambar kenang-kenangan ke?
DIA: Ya.

SAYA: Mulai hari ini, kamu ada dua pilihan dan kamu hanya boleh pilih satu sahaja.
DIA: Apa dia?

SAYA: Sama ada kamu ikut fatwa yang mengharamkan fotografi sama sekali, seperti dari Sheikh Albani, atau pun kamu ikut fatwa yang mengharuskan fotografi.
DIA: Saya pilih fatwa yang mengharuskan fotografi.

SAYA: Jadi fatwa yang mengharamkan fotografi tu kamu nak tolak atau kamu berlapang dada dalam perkara khilaf ini?
DIA: Saya rasa saya berlapang dada sahajalah.

SAYA: Aik? Boleh pula berlapang dada? Apa pasal kamu tak tengok dulu fatwa mana yang menggunakan dalil yang LEBIH SAHIH? Apa pasal kamu nak bertaqlid dalam perkara ini? Kamu kata umat Islam jadi mundur sebab asyik bertaqlid sahaja.
DIA: Saya rasa kedua-dua fatwa guna dalil-dalil yang sahih. Dan saya masih tak mampu untuk mengetahui kesemua dalil dari kedua-dua pihak.

SAYA: Pulak dah.. Faham pula kamu bahawa ijtihad yang berlainan boleh timbul dari sumber yang sama-sama SAHIH. Jadi macam mana sekarang? Adakah perbezaan pendapat ini bukannya satu rahmat? Kalau tak ada perbezaan pendapat ini, sudah tentu kamu tak boleh merakam gambar kenang-kenangan waktu kamu pergi bercuti di sana-sini.
DIA: Errr...

bak kata Faisal Tehrani..."haa..kantul.."

Kantul? Apa tu? Adakah kantul=kantoi?

ha ah..kantoi versi sastera kot...faisal tehrani sebut sebagai kantul...dah-dah balik pada topik..protaz..

sambung cerita si DIA kat atas.

lalu, DIA pun berazam hendak pergi berumrah. setelah genap segala persiapan, beransurlah DIA ke tanah haram.

apabila DIA nak mengambil gambar masjidil haram, dia dilarang oleh pak guard di sana. bahkan, kanak2 kecil yang berlari-lari keliling masjid turut melaungkan ' tasweer.. haraam'..

kemudia, DIA berjalan lagi. terjumpa satu pejabat kerajaan berhampiran masjid. mungkin pejabat pengurusan masjid. DIA menjenguk ke dalam, masya Allah, ada gambar king fahd yang dibingkaikan, besar tergantung di dinding...

Yang mana lebih menyerupai asnaam? gambar masjid atau gambar orang terpampang besar di dinding?.. maka DIA pun pening kepala...

zacharias

Zacharias, contoh yang kau berikan memang mencuit hati aku la :) Tapi kekadang pelik juga, kenapa tak boleh tangkap gambar masjdil haram? Dah pernah ke sana ke?

tu real story tuh.. tapi aku bawak pouch, bawak gak camera.. huhu

zacharias

sfa-sina
assalamualaikum....
nampaknya saya terlambat untuk mengikuti isu ini...padahal saya dah lama baca artikel tentang protaz dlm majalah I.....saya tak pandai nak bagi apa-apa komen pun...bukan tak pandai tapi memang tak tahu apa....bagus sangat sebab saudara/i semua boleh beri pendapat masing-masing,....dan saya tak pernah terfikir macam apa yang saudara/i.....

Wa'alaikumussalam..
Takpe..no hal :) Yang penting keinginan untuk menambah ilmu tu ada. Dari kita cakap sesuatu yang kita tak tahu, lebih baik kita diam kan..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.