Back to home page

Dakwah Si Protaz & Uspro 1

02 Jun 2006 • 27 Komen Cetak Chenta!

Apa Itu Protaz dan Uspro?

Protaz adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Majalah-I. Protaz adalah gabungan perkataan profesional dan ustaz. Uspro pula adalah istilah yang dipopularkan oleh blog hembusan.blogspot.com - tapi masih tidak begitu popular. Uspro adalah gabungan kalimah ustaz dan profesional. Di antara Protaz yang terkenal di Malaysia adalah Hafiz Firdaus, Dr Danial Zainal Abidin, dan di kalangan wanita pula seperti Dr Harlina Haji Siraj.

Jadi Apa Bezanya?

Uspro dan Protaz adalah gabungan dua perkataan yang sama - iaitu ustaz dan profesional, jadi apa yang membuatkannya berbeza?

Seseorang dikatakan Protaz apabila dia menjawat jawatan profesional terlebih dahulu, seperti doktor, jurutera, peguam, pilot, kemudian barulah dia menceburkan diri dalam bidang hal-ehwal agama Islam. Mereka juga boleh mendalami ilmu Islam dan profesional pada masa yang sama, tetapi keutamaan diberikan kepada bidang profesional. Dan mereka mesti terlibat dalam kedua-dua bidang itu pada masa yang sama.

Uspro pula lebih kurang sama dengan Protaz dari segi penghuraiannya. Apa yang bezanya, Uspro mendalami ilmu agama terlebih dahulu, dan kemudian barulah masuk ke dalam wilayah profesional seperti doktor, pilot, dan sebagainya.

Jadi Apa Masalah Protaz?

Untuk memahami fitnah yang boleh dibawa oleh Protaz, saya akan menjelaskan melalui Uspro. Tetapi harus kita faham bahawa tak semua Protaz bisa mengundang fitnah. Fitnah hanya berlaku apabila seseorang Protaz itu mengganggu-gugat sistem yang sudah dipersetujui dan disepakati oleh ramai ulama.

Katakan ada seorang Hamba Allah yang bernama Sulaiman. Sulaiman adalah seorang Ustaz yang mengajar di UIA. Bidang pengkhususan Sulaiman adalah Ilmu Hadith. Sebut sahaja apa-apa hadith, dalam sekelip mata Sulaiman dapat memberikan sumber dan taraf hadith tersebut. Sulaiman sebenarnya sudah sampai kepada tahap seorang Sheikh, tetapi beliau tidak suka orang memanggilnya Sheikh. Cukuplah gelaran Ustaz baginya. Guru-guru yang mengajar Sulaiman juga bukan calang-calang orangnya. Lebih 15 tahun beliau merantau di Mesir, Syria, Yaman, Mauritania, dan India bagi mencari khazanah ilmu Islam.

Satu hari Sulaiman tiba-tiba berminat untuk mendalami bidang perubatan. Maka si Sulaiman pun pergi ke kedai buku untuk mencari buku-buku perubatan. Dia beli buku anatomy, physiology, biochemistry, pathology, microbiology, neuroscience, psychiatry, surgery, paediatric, obstetrics & gynaecology, rheumatology, orthopaedics, dan banyak lagi. Kini Sulaiman terpaksa membina sebuah perpustakaan mini di rumahnya bagi menempatkan segala kitab-kitab perubatan tersebut.

Demi minatnya dalam bidang perubatan, Sulaiman sentiasa mempelajari, mentahkik, mentarjih, dan menghafaz kitab-kitab perubatan yang dibelinya itu siang dan malam. Namun demikian, disebabkan kesibukan sebagai seorang ustaz yang keluar berdakwah, Sulaiman tidak mampu untuk mempelajari ilmu perubatan dengan berpandukan guru - dengan kata lain, Sulaiman belajar sendiri melalui buku. Bagi Sulaiman, tidak ada salahnya belajar ilmu perubatan tanpa guru. Bagi dia, buku-buku itulah gurunya. Dan Sulaiman belajar dengan kaedah sedemikian buat beberapa tahun..

Setelah beberapa lama, Sulaiman sudah yakin dengan ilmu perubatan yang dipelajarinya sendiri. Masyarakat juga telah mengkagumi beliau kerana ilmu Islam dan perubatan yang ada dalam dadanya. Sulaiman kini adalah seorang Uspro. Di samping menulis buku-buku agama, beliau kini sudah menulis buku-buku perubatan sebanyak 10 buah kesemuanya. Tindakan Sulaiman ini telah mengegarkan dunia perubatan Malaysia. Sulaiman kini dikritik oleh ramai doktor tanah air.

Buku paling kontroversinya, iaitu Treat Your Depression, begitu banyak disanggah oleh para doktor tanah air. Di dalam buku tersebut, Sulaiman telah menulis bahawa seseorang yang mendapat depresi, haruslah diberikan ubat Tricyclic Antidepressent, tanpa memberitahu kelompok pesakit yang tidak boleh diberikan ubat tersebut. Malah Sulaiman juga pernah memberikan ubat tersebut kepada seorang pesakit jantung, padahal ubat itu tidak boleh diberi sama sekali kepada mereka.

Doktor-doktor yang menyanggah Sulaiman berhujah bahawa ilmu Sulaiman dalam bidang perubatan begitu cetek, lebih-lebih lagi dalam bidang pharmacology (semak semula buku-buku yang dibelinya. Tiada buku pharmacology!). Tetapi seperti biasa, Sulaiman membidas kenyataan doktor-doktor tersebut bahawa mereka rasa tergugat apabila dia memasuki wilayah perubatan.

Dan Sulaiman terus menulis buku-buku perubatan yang begitu banyak bercanggah dengan kaedah dan sistem klinikal yang telah disepakati oleh ramai doktor di seluruh dunia...

Bersambung di Episod 2

27 Komen Tambah Komen↴

tawel, sekali lagi pandangan hang selari dengan jiwa dan pandangan aku...cuma yang membezakan aku susah nak xplen pandangan aku disebabkan ilmu yang cetek dan sifat malas membuat kajian@ cuba mengkaji tapi tak kaji abis sampai bole menyampaikan pandangan dgn ilmiah..aku amat menyokong hang menulis kisah protaz dan uspro ni sampai ke akar umbi sampai peminat-peminat protaz buka mata bahawa "usaha mencari kebenaran itu tidak sama dengan usaha menunjukkan kebenaran".. dan aku nak puji hang jugak (tapi hang jgn kembang kang aku sekeh!)sebab wujudkan istilah uspro ni dalam memperkatakan tentang protaz..

semoga kita semua tidak cepat merasakan diri kita tahu semua dan tidak cepat merasakan orang yang tahu itu tidak tahu dan kita lebih tahu...hu...huhuhu

kesian betul "sulaiman" tue, belajar pharma (hadith) jer kot. tapi clinical medicine (usul feqh) tak belajor. tue sbb reti action n S.E (shohih, dhoif)jer dah pandai2 prescribe drug utk treatment(fatwa). ubat(dalil) tue betul dah. Tapi nak bagi treatment (fatwa) bukan tgk ubat (dalil) jer pakcik sulaiman oii.. itu clinical medicine (usul feqh)kena tau. kalau tak mampu belajar terima jerlah treatment(fatwa) yg doktor (fuqaha) bagi. Jgn byk tnyalah treatment (fatwa) ini kenapa tak guna ubat(dalil) nie. Itu ubat(dalil) mmg potent (shohih) tapi ini satu lagi ubat(dalil) kena consider jugak maa.. kesian tul pakcik sulaiman.ehh..rasanya muda lagi "sulaiman" tue.ingat ada satu library penuh buku pharma dah leh buat buku "treat Your Depression" ker.(Ingat library penuh kitab hadith dah leh nak buat kitab "cara2 bermazhab feqh islami"* ker)
ajar sket "sulaiman" nie tawel. ingat pandai sgt medic agaknya..

P/s:*buku nie takde pasaran yer..saje ambik misal.tp bunyi dekat2 tue adalah.kui2.

schistosoma_malayi

sebenarnya, golongan protaz ni muncul sebab mereka mendalami kedua2 bidang spt yg kita tahu..pastu memberi sumbangan kpd org ramai, sy sendiri pernah membaca kisah pilot yg menulis buku agama, beliau berpendapat kebanyakan golongan profesional sebenarnya ,mudah untuk mendalami ilmu agama..oleh itu beliau menyeru supanya gol. profesional tidak membodohkan diri dlm bidang agama..terus terang sy katakan mendalami ilmu agama lbh mudah bebanding mendalami bdg profesional..krn ilmu agama berkait rapat dengan diri kita sendiri sebagai org islam. Kes sulaiman tu, bkn yer mudah nak mendalami ilmu perubatan, kerana ia bukan sekadar teori tetapi pratikal dan pengalaman turut memaminkan peranan yang penting, so jangan golong ustaz2 merasa tegugat dengan kehadiran protaz spt mana kononnya golongan doktor2 tergugat dgn kehadiran sulaiman..(walaupun hny contoh shj)..kerana anda diperlukan untuk menegakkan syiar islam. Sebenarnya hadirnya golongan protaz ini adalah sbg langkah yg baik untuk menyeru gol2 profesional di luar sana mendalami ilmu agama seca detail lagi..wasalm

syila87my

Syila87my, tulisan ni belum habis lagi. Insya-Allah ada empat episod kesemuanya, tapi mungkin juga lebih. Dan episod terakhir akan saya bentangkan artikel "Asking for "Evidences" is a Clear Daleel of Your Ignorance", oleh Sheikh Ridwaan Saleem, seorang doktor pakar psychiatry, yang juga pernah berguru dengan Sheikh terbilang dari Syria, iaitu Sheikh Muhammad Yaqoubi.

Artikel itu telah pun saya siap saya terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Saya terkesima dengan kata-kata syila, iaitu "terus terang sy katakan mendalami ilmu agama lbh mudah bebanding mendalami bdg profesional."

Syila, sila datang lagi ke blog ini bagi membaca keseluruhan empat episod. Dan kemudian insya-Allah saudari akan dapat faham dan lihat bahawa ada sesetengah ilmu agama itu yang memerlukan masa yang lebih lama, malah lebih susah dari menjadi seorang doktor.

Saya juga terkesima dengan komen Syila yang ini: Kes sulaiman tu, bkn yer mudah nak mendalami ilmu perubatan kerana ia bukan sekadar teori tetapi pratikal dan pengalaman turut memaminkan peranan yang penting.

Soalan saya: "Apakah Islam itu adalah satu ilmu yang teori sahaja, tetapi tidak praktikal, dan tidak memerlukan pengalaman?"

Dan saudari juga akan dapat faham apakah sebenarnya yang PATUT dan TAK PATUT seorang protaz lakukan.

Oh ya, saya juga pernah membaca kisah seorang pilot yang menulis buku agama :)

Hmmm... baru je dengar syarah Sheikh yang memang berilmu. Saya terkesima dengan ketinggian ilmunya, pengalamannya dan akhlaknya. Memang betul rasa malu nak menunjukkan ignorance by asking daleels. Instead I just asked him to explain to me my doubts. Dekat 20 minit jugak dia mengexplain :). Alhamdulillah, semoga Allah memberkatinya, dan meningkatkan darjatnya, amin.

p/s: InshaAllah Sheikh Yaqoubi datang ke UK bulan depan. Sila lihat:

http://www.gatewaytodivinemercy.com

Excited tak?

Sheikh Ridwaan Saleem is among the best figures to show to the world, and Malaysia in particular, the REAL defintion of PROTAZ. However, I don't like to put the prefix of PROTAZ in the begining of his name ;), but one may classify him as PROTAZ, USPRO, or PROPRO (Protaz + Uspro).

So now why in the world one may call him PROPRO? Figure it out by yourself *And now I got a bad habit of making innovation in Malay vocab*

It's nice to live in UK - you got an easy access to renowned and highly god-conscious scholars! *Weeping in silent here...*

Tak excited la kak kenakelayan..time tu dah balik Malaysia *yeaaaa*. Ingin sungguh nak tengok Sheikh Yaqoubi depan mata. Insha-Allah one day. May Allah grant His bless on these two great scholars!

wallahualam...
siapalah ana yang dhaif ini nak beri komen di dalam blog yang hebat ini...
kalau dibaca setakat itu aje artikel ni, ana kurang setuju..
mungkin disebabkan ada sesetengah protaz yang buat kesilapan, kesannya mudah pula kita pandang negatif terhadap golongan protaz.
islam itu syumul, kalau dipisah profesional dgn ust (islam), dh jadi macam fahaman sekular pula
(memisahkan agama dengan kehidupan dan profesionalisma). cth: seorg engineer, jgn kita mudah terima tarbiah, pendapat atau ilmu berkaitan agama darinya hanya kerana dia tu xde basic agama sebagai profesionnya. (ana pernah minta pendapat dgn seorang ust yg ahli agama, tapi mcm inilah jawapan yg ana terima, sungguh mengecewakan)
pemerhatian ana, kdg2 ustaz2 yang mmg ahli agama ni, agak ramai yang ego, susah nak terima pendapat atau tarbiyah dari org lain hanya kerana mereka merasakan, agama bidang mereka, jd siapalah org lain yg bukan basicnya agama nak menegur atau beri tarbiyah.
yg ana tahu ust ada dua kategori. 1-ust tarbiyyah (yang bukan background bidang agama tapi terima tarbiyyah dr guru2 agama yang ahli).
2-ust yang dilantik sistem (yang mmg ahli dan profesionnya bidang agama)
ust yg kategori 1, alhamdulillah setakat ini yang ana jumpa, betul2 pegang tarbiyyah yg diterima, dan sedar diri kurang ilmu, sentiasa islah diri dan tidak bongkak. sungguh2 usaha untuk bantu org2 yang jauh dari islam untuk dekat diri dan islah terhadap Allah.
ust kategori ke 2, (walaupun bukan semua) tapi ramai juga yang mengecewakan. terima ilmu agama sekadar ilmu dan bahan untuk berhujjah, tapi mereka tak berjaya untuk jadikan ilmu itu untuk tolong mereka buat amal-amal yang mampu mentarbiyyah diri sendiri. ada satu ceramah tu kata ust jenis ini ust udang -lantang bersuara ceramah sini sana, kiri kanan, syubhah dan haram hebat suruh orang2 lain tinggalkan, tapi rugi betul, bila apa shj dihadapan mata sendiri di ngappp aje, tanpa mengira halal ke, haram ke, syubhah ke...
sebab dah ramai juga ust jenis ini dalam dunia hari ini, buat org pandang rendah dan jadi fitnah pula pada golongan ust yang lain

kan hebat kalau ada ust yg kategori ketiga, ahli agama, tapi tidak sombong terima tarbiyyah, walaupun bukan dari orang yang ahli agama, berjaya jadikan setiap amal dan ilmu bukan sekadar ilmu, tapi amal dan ilmu yang tarbawi.

atau ust kategori keempat, yang bukanlah profesional agama, tapi usaha sungguh-sungguh untuk jadi profesional dalam bidang agama, dalam masa yang sama kekalkan memegang tarbiyyah.

sebab ramai orang terlupa bila mereka merasakan diri mereka dalam keselesaan.

wallahualam ~tak berniat nak burukkan sesiapa, reality yang saya nampak, begitulah buat setakat ini.

kdg2 takut juga tersalah sangka...
sbb ada istilah ustpro dengan protaz ini...
terfikir2 diri ini... adakah "disebabkan aku yang bukan ada basic agama (dari sudut ilmunya byk terima ilmu secular..)"walaupun hati ini Allah aje yang tahu betapa aku minat ilmu agama" aku terhalang untuk jadi insan yang berusaha untuk mencari hujjah.. punya ilmu tak banyak, sedikit ilmu2 Allah, yang boleh jg jadi arif ilmu al-quran dan as-sunnah jika dibimbing oleh orang yang pakar.

kecewa dan rasa mcm tak adil pula... esp bila baca komen2 kat shoutbox. mcm tu ke pandangan org2 yang pakar agama terhadap org yang tak pakar agama tapi usaha untuk tingkatkan ilmu agama?

terfikir2 pula...
atau mungkin ana yang dah salah faham...

Yamina, Protaz dan Uspro ni diperbincangkan di sini bukan kerana nak halang orang-orang yang tidak mengkhususkan dirinya dalam bidang Islam, untuk mendalami selok-belok ilmu dalam Islam.

Sebaliknya seperti yang ana kata dalam siri ini: "Fitnah hanya berlaku apabila seseorang Protaz itu mengganggu-gugat sistem yang sudah dipersetujui dan disepakati oleh ramai ulama."

Setia disiplin ilmu itu ada sistemnya yang tersendiri.

Dan juga, tidak berlaku pemisahan ilmu Islam dan ilmu profesional dalam perbincangan ini. Kerana bagi ana, ilmu Islam ataupun sains, matematik, dan sebagainya, hanya menjadi sekular apabila ia membawa seseorang itu jauh dari mengingati Allah.

Ustaz ada bermacam-macam jenis, ada yang baik, ada yang kurang elok sikit. Protaz juga begitu.

Takpe Yamina, kita sambung di episod-episod akan datang :)

but dont worry bro tawel
ana tahu sbb u tulis artikel ini adalah untuk membanteras wahabism..
cuma takut mungkin ada org yang bukan wahabi n x sokong wahabi tapi lebih kurang mcm ana, yg bukan basic agama, tapi insyaAllah nak usaha juga utk tingkatkan ilmu yg tak berapa ada dlm diri demi Allah... akan terasa bila tersalah faham. mungkin artikel ini sinis terhadap sesetengah pihak, tapi sbb agak bersifat general. org yang tak berkenaan mungkin turut terasa... wallahualam.

Ya Allah Syila, apakah untuk menjadi pakar dalam bidang agama (fiqh, usul fiqh, usuluddin, etc) itu begitu mudah? Imam Suyuti berguru dengan lebih kurang 650 orang. Kenapa Imam Suyuti belajar dengan 'alim 'ulama' yang banyak, bukankah anda katakan belajar ilmu agama itu mudah? Imam Malik menerima lebih kurang 100 orang 'ulama' athar dan berguru kepada 300 'ulama' tabi'in. Kenapa Imam Malik berguru dengan sebegitu ramai orang, bukankah anda kata mempelajari ilmu agama itu mudah? Imam Ahmad Bin Hanbal berguru dengan tidak kurang 100 orang 'ulama' besar. Mengapa Imam Ahmad berguru dengan sebegitu ramai orang, bukankah anda katakan belajar agama sebegitu mudah? Yang jelas, 'ulama' salaf belajar agama melalui berguru. Bukan hanya melalui buku. Ikhlas sahaja tidak cukup untuk menjadi bekal untuk mendalami agama, sekiranya ilmu alat tidak mencukupi. Manusia apabila hendak mendapatkan rawatan yang terbaik, mesti mahu mendapatkan doktor yang terbaik, doktor yang mendapat ijazah yang diiktiraf, dan kalau boleh doktor dari institusi yang dipaten dan berprestij. Tetapi apabila mereka mahu menuntut ilmu agama, mereka hanya mahu cari jalan yang mudah, hanya berpandukan Syeikh Google dan al-Ustaz Yahoo.Com.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah pernah berkata di dalam kitab yang berjudul Raf'ul Malam 'an al-A'immatil A'lam: "Kita khuatir akan datang suatu zaman di mana orang-orang dungu dan bodoh akan menempati kedudukan sebagai ahli ilmu dan ahli fatwa. Itulah yang diperingatkan Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

"Allah tidak akan mencabut ilmu dari para hambaNya sedemikian rupa, akan tetapi akan mencabutnya dengan mewafatkan 'ulama'. Pada saat tidak ada lagi 'ulama' yang tinggal, orang-orang dungu akan diangkat sebagai para pemimpin. Mereka akan menerima berbagai pertanyaan dan memberikan fatwa-fatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan."

Di dalam pengajian tradisi, al-Ustaz merujuk kepada seseorang yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Sekiranya dia memang pakar dalam pelbagai bidang, tidak perlu panggil protaz, kerana panggilan Ustaz itu sudah tinggi pangkatnya.

Malakian

You're right Yamina (but I would'nt agree if you say this is about Wahhabism) ;).

Isu ni memang spesifik ditujukan kepada Protaz yang suka nak buat kacau dalam sistem yang telah para ulama gariskan. Bagi yang tahu dan kenal Protaz jenis ini, pasti akan benar-benar faham apa yang ana maksudkan.

Tapi bagi yang terkapai-kapai dan teraba-raba tentang isu ini, mungkin mereka ingat ana ini nak halang orang yang tak buat pengkhususan pengajian Islam, untuk mendalaminya dengan lebih lagi. Dalam kes ini, mereka perlu khatam keseluruhan episod.

Ana sebenarnya sangatlah suka apabila SEMUA orang mendalami ilmu agama - surirumah, penoreh getah, nelayan, penjual pisang goreng, tukang kayu, dan juga golongan yang lebih profesional seperti doktor, peguam, jurutera, ahli ADUN, sehinggalah kepada Perdana MEnteri sekalipun! Dan tak ketinggalan juga para pelajar yang mengkhususkan dirinya dalam bidang pengajian Islam - hanya kerana kamu belajar ilmu Islam, tak bermakna kamu akan benar-benar dapat ruh ilmu itu.

Yang tiada, kita wujudkan. Yang masih kurang, kita tambahkan. Sebab itu ana begitu kagum dengan Sheikh Ridwaan Saleem. Boleh baca biografi beliau DI SINI.

ana faham...
oh ye ke? nampaknya ana tersilap lagi...
hmmm... sebab mungkin pada awal ana mengikuti blog ini, article nta banyak menjurus kpd wahabi dan islam tradtional (ust syed yg kenalkan ana dengan blog ini, atas tajuk taqlid mazhab.).....
apepun teruskan usaha anta...
sama2 kita doakan agar2 protaz2 yang telah melakukan yang tak sepatutnya itu mendapat hidayah dr Allah dan kembali kepadaNYA dan kepada kita semua. moga dikurniakan hidayahNYA juga, dan terus berpegang pada jalan yang benar hingga akhir hayat.

aku pun kalo bole nak jd protaz...tapi biarlah 'pro' aku berjuang meningkatkan kekuatan umat bg membenteng umat dari serangan musuh dari segi pelbagai bidang, dan biarlah aku jd 'taz' yg mengurniakan ilmu sesudah mengamalkannya dgn sifat rendah diri dan sentiasa menambah lg ilmu didada dari para ulama,kemudiannya aku berdakwah dgn hikmah dan berjuang mencari redha Allah..tidak senang-senang aku ingin perkatakan mungkin ulama silam tersilap dan tidak pula aku merasakan diri ku betul semua malah Allah jua lah yang Maha Mengetahui...sesudah itu aku berharap anak-anak aku akan jadi uspro sebelum protaz...dan alangkah indahnya dunia ini andai generasi islam nnt kan muncul dgn kekuatan seimbang sbg propro...

selamat berjaya muhammad fakhrul razi! ana pun ada cita-cita begitu.
ana dah jmpa contoh yang begitu, mereka suami isteri protaz, merekalah yang banyak bantu ana untuk islah diri dan beri galakan dan semangt yang sungguh2 pada ana untuk jd dekat dengan Allah, dan bawa ana sekali ikut kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah.
masyaAllah, mmg hebat dan kagum dengan mereka...
kerana mereka protaz, anak-anak mereka semua terdidik secara islamic dari sekecil-kecil usia untuk cenderung menjadi uspro propro (istilah baru pula)insyaAllah...

lor.. mule bace x paham jugak citer ni.. lame2 baru paham ape yg nak cube disampaikan..
hehe.. x saba nak bace smbngn episod seterusnya... :P

Yes...!

Saya setuju, molek sungguh pendapat Yamina dan Muhammad fakhrul razi, alhamdulillah harap semua umat nampak dan fikir apa yang sepatutnya..:)..
Tawel, boleh tak kita relatekan sejarah semua ahli bijak pandai dalam dunia Islam..seperti doktor Islam yang terulung Ibn Sina (Abu Ali al-Hussin) atau Ibn Bajjah, Ibn Rusyd, Al-Biruni, Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan lain2, adakah mereka ini sebagai ProTaz atau UsPro, here I'm just asking your personal opinion or the rest of my beloved friends here, regarding to this scenario, just to share knowledge..minta maaf kalau2 ada tersilap buat perbandingan..:)..salam.

One of the link into article 'Tokoh-Tokoh Islam' - http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

fetihanum

schistosoma_malayi said...
kesian betul "sulaiman" tue, belajar pharma (hadith) jer kot. tapi clinical medicine (usul feqh) tak belajor. tue sbb reti action n S.E (shohih, dhoif)jer dah pandai2 prescribe drug utk treatment(fatwa). ubat(dalil) tue betul dah.

(**... Rasanya usul hadith, bukan usul Fiqh dok?... )


Bismillah...

Nice entry and nice approach. Cukup simbolik.. encik Tawel ni memang lah seorang yang pandai bermain dengan kata2..heheh...

Bagi saya, tak salah rasanya nak jadi Protaz....tapi kalau jadi Uspro lagi hebat rasanya berbanding Protaz...

Sebab, bila jadi Protaz, ilmu agamanya MUNGKIN lah tak setanding dengan mereka yang mendalami secara khusus bidang agama tu. Jadinya.... kalau mereka nak ambil ilmu tu sebagai rujukan dan amalan sendiri amatlah bagus, tapi kalau kita yang nak cari ustaz sebagai rujukan, kena lah cari yang selayaknya. emm.. itu pada pendapat saya lah.


cumanya... masalah bila protaz tu berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w "Sampaikanlah daripadaku walau pun satu ayat..." ...ajarannya boleh mengelirukan sebab bila diajukan soalan, mungkin dia tidak dapat memberikan jawapan yang sebenarnya atau yang setepatnya....hmm...

wallahu a'lam..

dan ada Protaz (yang bukan semua) yang telah merasakan dirinya cukup setanding dgn imam mujtahid dan tidak segan untuk menjawab apa jua soalan permaslahan hukum walaupun ada imam mujtahid yang apabila mereka tidak tahu mereka diam.

salam..
mungkin akh x baca lagi buku2 tulisan protaz ni lalu hentam x tentu pasal..
at one side u've got a point(meaning u're right)
but at another point regarding fatwa n stuff..u've got it wrongly..
sbb ape yg sy tgk die x kuarkn fatwa sendiri tetapi hasil drp fatwa ulama salafsoleh...
memudahkn org ramai yg x tau arab bace kitab2 ulama2 tu juga..
let's justify before acting!
allahu a'lam!

ada protaz (bukan semua..diulangi bukan semua) telah menulis dengan memetik sana sikit sini sikit,akhirnya si protaz itu telah menyebut "jika imam syafie hidup sekarang,mungkin imam syafie akan perbetulkan ijtihad hukumnya"...mungkin protaz ini telah rasa ilmu agama yang dituntut tak sampai 20 tahun itu sudah memadai untuk dia berijtihad lebih tepat dari imam syafie yang menuntut ilmu agama lebih lama lagi (malah berguru dgn imam mujtahid yg lain pula). bukan salah untuk berijtihad,tetapi jangan terlalu mudah merasakan diri sendiri lebih tepat.diulangi jgn terlalu mudah.khilaf itu mmg berlaku tp sikap si protaz itu yg perlu diingatkan jgn terlalu ghairah merasa diri sudah cukup berilmu malah lebih hebat dari imam mujtahid.diulangi bukan semua protaz.

Terima kasih kepada semua pemberi komen :). Kakashi sensei, sebab itulah dikatakan BUKAN SEMUA.

Siapa makan cili, dia akan terasa pedas :)

Kakashi sensei. Mungkin sesetengah orang begitu teruja dengan golongan professional yang menceburi bidang agama sebagai profession kedua mereka. Dan golongan pelajar yang bukan dari pengkhususan agama menjadikan mereka ikon dan ikutan, dan memandang remeh golongan 'agamawan' dan 'tok lebai' yang jumud lagi kaku. Tetapi masalahnya, mereka berkata mereka mengikuti manhaj Salaf al-Soleh, tetapi dalam cara menuntut ilmu agama, mereka tidak mengikuti Salaf al-Soleh. Para Salaf al-Soleh menuntut ilmu agama melalui guru dan sesetengah mereka berguru dengan guru yang ramai. Contohnya Imam Syafi'i dan imam-imam mazhab yang lain. Begitu juga tokoh-tokoh Islam yang lain, seperti Ibn Sina, semasa kecil telah menghafaz al-Quran, mereka semua mempelajari agama melalui berguru. Ada sesetengah golongan ini mengecilkan fatwa-fatwa ulama' Syafi'iyah seperti kata-kata "Mereka ini ingat hanya mengikut fatwa Imam al-Ramli, Imam Nawawi, Imam Khatib Syarbini,Imam Qastalani, mereka telah mengikut Sunnah." Inilah singkap angkuh yang ditunjukkan oleh mereka.

Berkata al-Imamul Muhaqqiq Ibnu Arafah al-Maliki:

�Bahawa Ijma� telah menyimpulkan bahawa ilmu agama itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan sengaja mengambil ajaran guru.�

Malaki

camner dengan prola? professional, kemudian masuk ujibakat dan sekarang dah jadi pemain bola? adakah sama seperti prostaz, di mana mereka mampu menggugat team malaysia yang sedia ada?

zacharias

astaghfirullah al adzim...lawak sungguh analogi mu itu

Malaki, terima kasih untuk komenmu itu. Banyak input yang dapat diberikan.

Zacharias, lawak sungguh qiyas yang diberikan itu. Haha.. Entah le, tak minat myteam la. Tak tahu pun siapa yang join myteam tu. No comment..

hairan..
protaz mengundang fitnah...uspro pula okey..

saya tak mahu komen banyak...cuma saya rasa amat bagus, orang yg ada kedudukan, jawatan dn dihormati..menceburkan diri ke dlm bidang agama..wlpn ada sebilangan yg tersalah mengeluarkan kenyataan sampai menjadi fatwa, tp bukan semua begitu.. waahsinuu..innallahayuhibbul muhsinin.. perbaikilah diri kamu ke arah yg baik... itu satu seruan. dari yg kurang baik..kepada lebih baik..kepada lebih suka kaji agama dan mula dekati agama.. bila dh faham mantap tntang agama..sampaikan pula kpd yg lain..alhamdulillah..itu satu langkah ke arah yg disukai Allah. Yg membezakan skang ialah sikap mereka itu sendiri. Sikap dlm hati tak elok, niat nak menarik orang dan membangga diri.. Ego dengan khutbah sendiri. Cth yg baik adalah Akhil Hayy..dr bidang nyanyian..menjadi pendakwah bebas..dan alhamdulillah..masyarakat menerima baik dakwah beliau wlpn latar belakang lama beliau spt yg telah dimaklumi semua. Dan byk lagi cth2 lain.. Uspro pula bknnya majoriti ok. Walaupun punyai asas, tetapi hanyalah asas sampai akhirnya asas. Tak perlu tgk kepada takrif USPRO itu, tengok sahaja pada diri sendiri.. ada agama..tetapi sejauh mana kita memanipulasi dan mengaplikasikan dlm kehidupan seharian..?tidaklah sehebat dan segah mana. cumalah biasa yg biasa2 sahaja. Malahan, lebih dahsyat lagi..ramai yg dalam ilmu agama, tetapi terpesong dari landasan keimanan mereka sendiri. Ada ilmu,tetapi menjengkelkan Islam sampai kepada murtad nauzubillah..Berapa ramai ustaz2 yg banyak ilmu, tetapi riak dengan ilmu sendiri? Sentiasa rasa sendirilah yg betul. Bila kuarkan pendapat, hujah dan bahas, mereka rasa mereka sudah betul. Ramai pengikut, menjadikan mereka rasa mereka bertambah betul, popular menjadikan mereka makin takbur dan sombong dgn hujah sendiri. Bila orang lain bercakap mengenai agama, dia akan kata dlm hati.."ini aku dah tahu ni...takyah diperjelaskan lagi lah.aku lebih tau dari kamu..dia ni..salah ni..kenyataan salah kat situ..kat sini.." Kritikan ada yang membina. Tetapi kritikan juga meruntuhkan.

Wallhua'lam. ( out of topic )

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.