Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzab:56)
FLASH INFO:
TRACK 1 dari The Burda of al-Busiri.
TRACK 2 dari Midsummer Mini Mawlid oleh Shaykh Diya'.
(Links will open in the same window)
---
Di dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan bahawa Rasulullah sallahu 'alayhi wassalam telah bersabda:
Sesungguhnya yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Betapa mudahnya bagi kita untuk mendapat rahmat dari Allah. Oleh itu, marilah kita sama-sama berselawat. Sehari sekali pun jadilah. Tapi janganlah sampai dah tua pun masih juga berselawat sehari sekali macam zaman muda-muda! Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad....dan seterusnya.
Apa kata juga kita mendengar Diya' al-Mawalid yang diadakan di rumah Sheikh Faraz Rabbani [read bio] di Kharabsheh (Amman, Jordan). Dengarkan secara streaming di Sunni Path. Kalau nak simpan dalam komputer, iPod, mp3 player dan sebagainya, saya sudah pun record keseluruhan Diya' al-Mawalid tersebut ke dalam format mp3. Dapatkan keseluruhan 16 track di bahagian ini.
TRACK 13 dari Diya' al-Mawalid menampilkan Du'a Nasiri - doa yang dibaca bagi mendapatkan pertolongan dan bantuan dari Allah. Insya-Allah dikabulkan permintaan kita jika dibaca dan meminta dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang penuh keyakinan kepada Allah. Boleh baca versi PDF doa tersebut DI SINI. Jangan lupa bagi mendapatkan kesemua 16 TRACK tersebut! Siapa cepat dia dapat. Yang lambat pun akan dapat juga :)
Apa-apa pun, sebut dengan lidah, tanamkan dalam hati, kalimah Daku Chenta Kamu Ya Rasulullah! Tapi bukan sekadar cakap sahaja. Amalkan sebanyak mungkin sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita, dan ikutilah segala apa yang Baginda perintah dan larang. Mudah-mudahan kita bakal mendapat syafaat dari Baginda sewaktu kita berada di Padang Masyar kelak - saat di mana kita benar-benar berada dalam kesempitan. Insya-Allah.
14 Komen • Tambah Komen↴
saya suka blog anda...cuma saya confius anda ni dari malaysia atau indonesia..apapun keep up a good work!!
Orang Malaysia. Mak orang Jawa. Ayah orang Banjar. Mungkin saya ni orang Indonesia juga kot.
Salam kepada amirah..dan selamat Hari Guru kalau masih tak terlambat :)
Bro Tawel..
Alangkah halus dan indahnya alunan burdah, menggambarkan sesuatu yang halus dan bermakna buat seorang insan yang kita paling cinta. Rasulullah s.a.w..
Bagaimanakah kita tidak terfikir di dalam menyatakan cinta pd Baginda penuh dengan cara dan jalan yang berlainan namun tetap dengan satu matlamat..
Begitulah, moga-moga tidak henti-henti jiwa kita bertadabbur, hati berzikir dan lidah basah berselawat..
Ya, kami hamba yg hina ini memang menyintaimu ya Rasulullah s.a.w
Zaman Nabi, zaman sahabat dan zaman tabii'n, cinta mereka begitu kuat pada Rasulullah. Tapi di zaman hari ini yang mana cinta kita pada Nabi pun kadang-kadang macam acuh tak acuh, maka kita perlu pelbagaikan cara agar tak hilang terus kecintaan umat Islam kepada Rasulullah saw.
Kisah seorang wanita Ansar yang masih lagi cool apabila mendapat tahu ayahnya, abangnya, dan juga suaminya yang syahid dalam Perang Uhud, tetapi menjadi tak tentu hala apabila mendengar khabar angin bahawa Rasulullah telah terkorban, mungkin boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai cinta kita kepada Rasulullah saw....
insyaAllah, aamiiin
assalamualaikum Tawel, boleh tlg updatekan link to Blog Mugharrib..salah title, bukan Miftahul Jannah. excerpt fr Mugharrib's blog.."miscommunication about the material that will be covered during Sidi Abdul Aziz's visit to Dublin.He'll be covering a section of Hidiyatul Siddiq on The Heart ( a poem by Abdullah bin Hussain binTahir as yet untranslated)." harap maklum.
Baiklah :)
Tawel-sensei, i thot you said you are not going to layan anonymous comment(s) or message(s)?
And anonymous, jangan ingatlah orang tak tahu siapa awak. Kalau saya pun boleh tahu, inikan pulak tuan punya blog. A quick check of your IP address will reveal your id.
by the way, last time i visit nailofar (posting a message on the msgboard as anonymous too) asked tawel for permission to cut-and-paste an article, originally written by me.
ni nak bagi kelulusan to tawel, kalau next time orang mintak, you have my permission to give.
tapi kalau next time yang mintak tu anonymous, dan tak bagi link ke mana dan untuk apa nak digunakan, itu tak boleh.
Hanya musang bersembunyi di balik bulu ayam.
Thank you for you reminder..sometimes I just forget. Kena pasang perangkap musang yang selalu berkeliaran dalam blog ni :)
masyaAllah..anak alam..awk dah hafal IP saya ye..good! tau lama dah pasal IP, takpela, siapa yg tahu teruskan tahu, yg tak tahu-kekal tak tahu..takde masalah.
baik2 pasang perangkap, takut terjerat diri sendiri.
maklumla, musang sekarang ada yg 'educated'..mcm rimau dlm cerita Allahyarham P.Ramle...maaf ye.
n no worries, InsyaAllah, 'musang' or anoni ni, tak pernah mintak nak cut n paste- not my norm by the grace of Allah. walaubagaimanapun sekiranya ada, InsyaAllah takkan disalahgunakan, takut dipersoal di akhirat nnti.try to minimize ape2 yg takde prioriti.make du'a for me ya Anak Alam.
Saya tak setuju dgn pendapat penulis.... mengikut kata penulis gambar 2 ngeri tiada faedah nya dan sama seperti gambar lucah... dan penulis berkata kalau kita mati dilanggar gambar kita dirakam apa perasaan kita? . jawapan saya kalau mati dilanggar kita tak akan rasa apa2, ambil lah gambar pun mmg tak perasan apa2 sb kita dah tak bernyawa....
tentang gambar ngeri tak boleh di sama kan dgn gambar lucah sebab gambar lucah kalau tgk ada hukum nya menurut islam... tapi gambar ngeri ada lah untuk keinsafan, kesedaran, dan pengajaran kpd manusia supaya sentiasa berhati2 di jalan raya dan di mana jua, beringat sentiasa...yang penting niat seseorang yang foward gambar sperti itu sama ada untuk kebaikan dan sebaliknya...dan terpulang pada individu yang melihatnya....
tetapi kalau gambar lucah... mmg jelas tak ada niat baik... so fikir2 kan lah sebulum menulis sesuatu.... thanks
Kamu komen pada entri yang salah ni. Patutnya di sini. Encik Neo, baca balik apa yang saya tulis tu:
Gambar-gambar ngeri begini jika mahu diukur dari perspektif Barat, ia sama sahaja tarafnya seperti gambar-gambar lucah yang banyak terdapat di internet - yang mana secara undang-undang hanya boleh dipertontonkan kepada individu berumur 18 tahun ke atas. Tak boleh suka-suka nak forward gambar macam ini.
Saya tak bercakap dari aspek dan perspektif Islam. Saya harap saudara juga memahami serba sedikit tentang konsep sadisme. Dan saya juga tak paksa untuk semua orang bersetuju dengan apa yang saya tulis. Kalau saudara rasa tak kisah jikalau gambar saudara mati kemalangan disebar-sebarkan pada umum, saya tak boleh nak kata apa. Tapi saya kisah, dan ramai orang juga kisah sebenarnya. Saya sendiri belajar adab-adab menghormati mayat, baik dari perspektif Barat mahupun Islam. Gambar-gambar sedemikian tidak patut main sebar-sebar. Itu tanda hormat kita kepada mereka. Kalau saudara pernah terlibat dengan autopsi, maka saudara sendiri akan faham apakah prosedur-prosedur penting yang perlu ada. Antaranya, jika orang luar (contohnya para pelajar medic) mahu mengambil gambar mayat, gambar wajah tidak boleh dirakamkan sama sekali.
Tak semua orang teringin untuk melihat gambar2 sedemikian. Saya boleh melihat, tetapi saya rasa tidak sedap hati apabila melihat gambar2 mereka yang mati kemalangan disebarkan sewenang2nya. Saya ulangi sekali lagi bahawa perbandingan gambar lucah dan gambar ngeri adalah dilakukan dengan melihat perspektif Barat. Saudara sendiri yang salah faham dalam hal ini. So, fikir2 kan lah sebelum mengomen sesuatu...thanks.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.