Back to home page

Ke Arah Mana Halanya...

26 April 2006 • 22 Komen Cetak Chenta!

Debu-Debu Dosa oleh Hijjaz. Saya suka banget lagu ni. Lirik awal lagu ni: 'Ke arah mana halanya' adalah sama dengan tajuk entri kali ni.


Blog ini sudah berusia setahun lebih. Kalaulah blog ini adalah seorang bayi, memang dah pandai bayi tu berlari main kejar-kejar. Selama menulis blog ni, sudah bermacam-macam pengalaman yang ditimba. Yang paling jelas sekali adalah kemahiran saya tentang asas-asas membuat sebuah laman web. Kadang-kadang rasa kelakar pula bila ingat balik template blog yang lama - bercelaru. Pelawat setia blog ini sejak pos saya yang pertama, pasti tahu bagaimana blog ini telah berevolusi, baik dari segi template mahu pun gaya penulisan saya.

Tentang ilmu lain pula, memang ada juga yang bertambah. Syukur.. Terutama tentang kefahaman saya tentang Islam. Tetapi kadang-kadang saya masih takut. Apakah saya ini benar-benar sudah mendapat ilmu dari segala apa yang saya tulis ni selama ini. Ibnu Mas'ud r.a. bilang, 'Ilmu itu bukan semata-mata pada apa yang digarap pada tulisan. Tetapi ilmu itu adalah taqwa kepada Allah'. Bila saya semak semula, macam tak bertambah pula taqwa saya ini. Sama sahaja. Kekadang tu rasa makin menurun pula. Betapa lemahnya saya ini.

Jadi bila saya terkenangkan perkara ini, saya jadi takut untuk menjadi seorang penulis blog - sama ada bergaji atau tidak bergaji. Bercakap dan bertindak adalah dua perkara yang berbeza. Melalui blog, kita bercakap. Ini sistem komunikasi zaman IT. Dan zaman inilah yang menyaksikan lebih ramai umat yang banyak cakap, tetapi kurang bertindak kerana tangannya selalu melekat pada papan kekunci komputer.

Sebelum saya terjerumus ke dalam lembah tersebut, saya akhirnya membuat satu keputusan. Saya hanya akan menulis blog tiga kali sebulan - ini adalah angka maksimum. Mungkin juga saya menulis sekadar sebulan sekali. Selain dari tidak mahu menjadi individu yang cakap-banyak-tapi-buat-kurang, angka tiga kali sebulan ini juga membolehkan saya menulis secara istiqamah sepanjang hayat. Apa guna menulis tiap-tiap hari selama setahun, dan kemudian apabila masuk tahun kedua, terus give-up. Jika Allah mengizinkan, maka InsyaAllah blog ini akan terus hidup sehinggalah nafas saya terhenti. Doakan saya.

Di samping itu, keputusan ini juga mesti dibuat memandangkan tuntutan dunia yang ada pada diri saya. Orang Putih kata World. Mawi pun kata World juga walaupun beliau orang Jawa. Untuk memastikan dakwah berjalan lancar, saya dan juga anda, tidak boleh sama sekali membuang world jauh-jauh. Dunia ini adalah jambatan. Manusia tidak membina apa-apa bangunan di atas sebuah jambatan.

Pernah ke anda nampak orang buka kedai emas di atas jambatan Pulau Pinang? Jambatan sifatnya adalah untuk orang lalu - dari satu destinasi ke satu destinasi. Begitu jugalah dengan dunia ini. Dunia ini tempat lalu kita sahaja. Akhirat adalah destinasi terakhir kita. Maka, janganlah terlalu asyik untuk membina begitu banyak bangunan di atas jambatan yang sedang kita lalui ini.

Tapi seperti yang saya kata tadi, jangan buang world atau dunia ini. Dunia dan Keduniaan adalah dua entiti yang berbeza. Imam Ibnu 'Ata'illah kata, 'Keduniaan itu adalah sesuatu yang membuatkan kamu jauh dari Allah'. Tetapi sebagai insan yang lemah lagi hina, biasanya kita tidak akan dapat lari dari segala tarikan keduniaan. Bagi saya, kalau sekali-sekala itu tak mengapalah. Mustahil kalau kita ini sebagai orang awam, yang iman sering terumbang-ambing, ingin lari dari keduniaan 100 peratus.

Bak kata Sidi Ahmad al-Zarruq, seorang ulama terbilang dari tanah Morocco: 'Berhati-hatilah apabila bersifat keras kepada jiwamu sebelum kamu dapat mengawalnya dengan sempurna. Akan tetapi, berhati-hatilah juga supaya jangan bersifat terlalu mudah kepadanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam. Ini kerana (jiwa itu) sering menjauhi sifat kesederhanaan dalam apa jua perkara, dan ia cenderung ke arah taksub, baik dalam perkara yang batil mahu pun yang hak.' [1]

Apa pun, saya tegaskan sekali lagi bahawa blog ini akan di update tiga kali sebulan sahaja. Mungkin pada setiap 10, 20 dan 30 haribulan. Oleh itu, pada 30hb April ini, nantikan artikel saya "Proses Mensahihkan Hadith". Dan artikel yang berikutnya akan menyusul pada 10 Mei. InsyaAllah. Walaupun blog ini hanya akan dikemaskini setiap sepuluh hari, janganlah lupa untuk melawat blog ini selalu. Blog ini menjadi bermakna dengan kehadiran anda semua :)

Tulisan saya sekadar setitis air di lautan - ia tidak mampu membasuh segala fitnah yang bertebaran. Tetapi gabungan titis-titis air yang kecil itulah terhasilnya lautan. Moga-moga lebih banyak titis-titis air yang akan muncul di masa hadapan.

Mudah-mudahan, bayi yang sudah tahu berlari itu akan dapat mendapat PhD. Doakan usia bayi itu panjang. Kalau tak faham kata-kata terakhir saya ini, sila baca dari mula. ;)

Nota Kaki

[1] Oleh kerana kata-kata ini saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris, saya telah menterjemahkan soul kepada jiwa. Soul boleh juga merujuk kepada rohani, ruh, dan sebagainya. Kalau ada sesiapa yang tahu kata-kata Sidi Ahmad al-Zarruq dalam bahasa Arab, silalah beritahu saya terjemahan perkataan soul yang sepatutnya.

22 Komen Tambah Komen↴

Salam...

Tahniah dan syabas atas kejayaan menghidupkan blog ni...tak sangka ek...selama setahun jugaklah sy melawat blog ni...start dari History of 'da Sepanyol' and the journey, etc:-...
Alhamdulillah..so skang Tawel lebih matang dan more organize dlm dunia cyber...so imbangkanlah segala hal...duniawi, akhirat dan segalanya...alhamdulillah..semoga berterusan usaha ini..dan semoga bayi ini akan terus berjalan, berlari dan mencapai apa yg dihajati..aamiiin..

Tanpa Nama

ana rasa kagum dgn kehandalan bro tawel menggarap blog dia jd blog yg menarik... ana pun pelik jg camne lah dia ni explore web dia sampai jd menarik begini... blog ana asyik prob aje... sampai ana nak post new topik pun tak dapat... tak tahu sebab ape? terlebih berat ke ape? dah puas ana adjust, x berjaya juga. bila dah post new topik, blog ana x dapat dibuka dah automatik kena block... tak paham sungguh ana..
inilah yg selalu tertera

You have been protected from inappropriate content by DansGuardian
URL: http://yamieabas.blogspot.com/
Weighted phrase limit of 150 : 180

Your username, IP address, the date and time have been logged

Something on the page you were seeking triggered a block.
If you feel that this web page should not have been blocked, please contact your Network administrator

Alhamdulillah. Tahniah buat Tawel. Lama juga Tawel berkecimpung dlm dunia blog ni. Saya pun lupa2 ingat macam mana bleh sesat kat blog Tawel kendian lekat trus kat blog ni. Seingat saya, ketika tu saya masih menggunakan alamat lama i-home or i-note mula berkenalan dgn Tawel.

Tanpa Nama

Habib Ali speaking at the Radical Middle Way event, which I attended last December:

"In conclusion, we would like all those present to pick up their pens and write. We need our youth to take to the road of knowledge, to understand our religion as it should be understood, connected to a sound chain of transmission in knowledge and upbringing, in self purification, transmission, and understanding. We must understand our deen."

"To finish, do not be afraid in this country. You are a part of it. Feel that you have a responsibility towards improving it and remedying its ailments. Be open about your attendance at masjid and take an active part in the Muslim community. If you see good, follow it through, and if you see wrong, be the first to reject it. If someone wants to do harm to the country in the name of Islam, we are the first to reject him."

"If you find a shortcoming in yourself, then stand in the middle of the night, offering two rakaahs, weeping before Allah. Then you shall see the outpouring of His Divine Aid, empowering you to overcome yourself. By this, you will truly see wonders."

Tanpa Nama

TQ kekanda Anak Alam, Halim, Yamina dan Fetihanum. Btw Yamina, akses komputer tu dari kolej ke? Rasanya kolej Yamina tu dah pasang internet filter. DansGuardian tu sebenarnya satu software yang boleh block beberapa website dari dilawati.

Biasanya digunakan untuk melindungi kanak-kanak dari elemen pornografi di dunia internet. Ataupun untuk blok website yang ada unsur-unsur politik, perkauman, perjudian dan sebagainya. Kadang-kadang tu, satu domain pun dia boleh block. Tapi dalam kes yamina ni, mungkin dia tak block domain blogspot.com. Sebab yamina masih boleh lagi melawat blog saya yang menggunakan teknologi blogspot juga.

Mungkin kolej/pejabat yamina dah filter beberapa keyword berunsur l*cah seperti naf*u, s*x dan sebagainya. Masalah tentang keyword filtering ni adalah, tak semua perkataan tu digunakan dalam konteks yang l*cah. Contohnya, s*x boleh digunakan dalam s*x education. Saya guna tanda * sebab takut-takut blog ni jadi mangsa DansGuardian jugak. Hehe..camtu le..

Sebenarnya benda ni menyusahkan pengguna aje. Tapi mungkin pejabat/kolej yamina buat macam tu setelah diorang dapat mengesan penyalahgunaan internet di tempat kerja/kampus. Mungkin link ini dapat lebih membantu.

menuntut ilmu wajib hukumnya, tapi klo tak ada yg menyampaikan apalah jadinya kemana kita cari. saya pribadi banyak dapat ilmu agama dari blog ini. hendaklah diupdate seminggu dua kali, seperti kita ta'lim kepada guru, tiap malam senin dan kamis.waktu saya banyak dikomputer 1 hari 8 jam.

Tanpa Nama

Assalammualaikum..

Tahniah tawel.tak sedar sudah mencecah setahun umur blog ni dan banyak perubahan dilihat sejak dari mula blog ini lahir..sampailah sekarang.banyak ilmu yang saya dapat dari blog tawel ni.teruskan usaha menulis..

"demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman (mempercayai)dan mereka beramal, serta mereka yang wasiat-mewasiati dengan yang haq(kebenaran) dan wasiat-mewasiati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr.

semoga tercapai ape yang tawel cita-citakan..

Tanpa Nama

InsyaAllah :) Ingatkan tadi azwa kawan saya. Blog ni bukan genap setahun, tapi dah setahun 6 bulan. Anonymous, tak larat le nak update seminggu dua kali. Hehe..

k tawel, thanks... ana surf kat ofis.. prob blog ana adalah bila ana nak post new topik, dia jd begitu, bila ana dah delete topik tu, dia boleh buka balik, berapa kali ana cuba post, dgn pelbagai topik or subject, ttp macam tu... bila send tak boleh buka, bila delete posting boleh buka balik... adakah ia berat... ana rasa tak berat sgt sbb blog ana pun tak banyak posting... baru lg, blog tawel lg byk content, tapi leh pulak buka.... ermmmmm..
dia start jd gitu sbb ada sekali tu ana terclick post 2 kali, dia error... pastu terus jd gitu :(

Weight kat sini bukan bermaksud banyak posting. Ana suspek, frasa Weighted phrase limit of 150 : 180 yang keluar tu bermaksud nisbah non-censored word:censored word.

Kan yamina ada cerita banyak pasal penyakit naf*u syah*at. Jadi bila banyak sangat perkataan 'naf*u' dan 'syah*at' dalam page yang sama, DansGuardian sangka blog Yamina tu blog porno.

Cuba buang semua posting yang ada words tu. Lepas tu cuba buat posting lain yang takde words cam tu. InsyaAllah boleh..hehe

assalamualaikum,
Alhamdulillah, dpt tahu psl video klip hijaz ni..MasyaAllah-sedap lagunya..satu je yg saya tak mengerti 'mengapa mesti ada wanita juga' di akhir paparan? ish2..kalau tiada, lagi beradab rasanya.wallahua'lam

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam..
Soalan tu jangan tanya saya :). Rasanya klip video nasyid yang paling hampeh adalah Nur Kasih oleh In-Team. Lirik sikit punya baik, tapi dalam video klip tu, ada ke patut guna model wanita tak pakai tudung. Tak faham sungguh. Boleh tengok kat sini.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama

ok... thx bro... pas ni ana cuba... gitu rupanya yerk.... hmmmm he he....
klip video... nasyid zaman sekarang ni camne.... sesetengah tu dah banyak sgt berunsur cinta... takut tak jd dakwah, tapi sebaliknya....
dari pengalaman ana sikit sebanyak terlibat dengan industri ni, kekadang tu, sesetengan org yg nasyid nih (bukan semua), meka nasyid sekadar nak jdkan tempat bertapak dalam sektor hiburan... or kerna duit... kadang2 lagu yg disampaikan punya baik, liriknya leh dakwah kat org lain, tapi diri sendiri tak dapat apa pun... sedihkan...

dah tgk video klip tu... mungkin dia guna model x pakai tudung tu sbb nak timbulkan realiti keluarga kat rumah.... apapun tetap tidak patut sbb yg di highlightkan isteri dan zuriat yg soleh, tapi model yg tak pakai tudung tu gambarkan sebaliknya. bagi dosa kat penonton lelaki aje sbb tgk aurat org...
a ah betullah tawel, baru ana ingat, dulu blog ana pernah kena block sekali sebab ana kuarkan topik pasal n*fs* yg tujuh dalam tasauf, mungkin sebab perkataan tu... itu terus kena block, sampai nak buka site utk delete pun tak boleh.. begitu rupanya... baru ana faham... ana ingat berat tu pasal apa....

salam...

Hehehe....mmg hampeh plak bila tengok video klip tu....sy rasa ini adalah satu tambahan screen shot yg dibuat dalam video klip tu...dan mungkin kumpulan ini tidak mengetahui..atau bila sudah mengetahui sudah terlambat penerbitan dah pun dibuat (kos tinggi, tak bleh tarik balik dah), sebab sudah pasti segala bentuk teknologi dalam penghasilan cd/vcd/dvd tambah2 lagi dlm bentuk karaoke...bukan artis itu sendiri yg menghasilkan tetapi ada designer dari syarikat lain...rasanya kumpulan ni dah terlepas pandang salah satu video klip dorang dah tak menepati dgn apa yg diperjuangkan...

Tanpa Nama

sebenarnya menanti-nanti saat kegemilangan dahulu yg wanita itu dihormati kerna hijabnya..

videoklip takde prmpuan pun takpa..kalau ada apa salahnya berhijab penuh tanpa tabaaruj..golongan perempuan baru rasa selamat..

Tanpa Nama

Cik anonymous, link Qasida tu saya buat yang baru ye. Sebab panjang sgt. So ini dia.

Terima kasih untuk pandangan tu. Hmm..bila nasyid ni terlalu dikomersilkan, macam ni la jadinya. Rasanya pihak yang menerbitkan video klip nasyid, dan juga penulis lirik nasyid perlu diberi pendidikan Islam sepanjang hayat. Nanti kalau asyik keluar wanita tak pakai tudung dalam video klip nasyid, bertepuk tangan pula Sisters in Islam.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allahumma Solli wa sallim 'ala Nuril Anwar

1. TQ tn.empunya blog sbb dapat pendekkan link Qasida penuh barakah. benar, itula yg selalu terjadi bila 'matlamat menghalalkan cara'- bila niat tak dijaga, susut nilai2 beradab,ilmu pun tergadai. wal 'iyazubillah

2. Saya berpandangan-video klip or ape2 yg melibatkn tontonan ramai-sebaiknya tak payah masukkan paparan wanita-bayangan atau pun secara fizikal-walaupun mungkin bahagian tabarruj boleh diminimakan, tapi krew2 yg terlibat dgn shooting mesti lelaki juga kan..la haw lawala quwwata illa billah

wallahu taala a'lam

Tanpa Nama

wah, dah lebih setahun rupanya blog ko. Masih ingat lagi dgn cerita Sepanyol yang memakan masa beberapa bulan utk menanti penghujungnya ;)

Daripada cerita pengembaraan di Sepanyol, kau beralih pula kepada hal2 agama. Anyway, teruskan usaha dlm blogging :)

Trimas.. Tapi penat oo tulis pasal Spain tu. Tu pun banyak lompat-lompat sebenarnya.

alhamdulillah, pertama kali sesat ke sini sbb nak cari petunjuk.. :D

Firman Allah: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."[Al-Qhasas 28:77]

wallahu'alam

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.