Back to home page

Lepak 2 - Nabi Isa Nanti Mazhab Apa?

08 April 2006 • 14 Komen Cetak Chenta!
Ada seorang memberikan komen dalam pos yang lepas. Bagus la saya fikir kalau ada yang tak setuju dengan blog saya ini. Nanti kalau semuanya komen yang mengiyakan, nanti dikata pula para pelawat di sini jenis kaki ampu dan pak angguk. Buat pengetahuan, saya tidak pernah men'delete' apa jua komen dari pelawat setakat ini - melainkan komen berulang dan juga komen yang bersifat dengki, ada bahasa kesat dan lucah, dan sebagainya.

Saya petik sikit komen saudara kita yang menggelarkan dirinya Orang Islam: "nabi isa turun akhir zaman bawa syariat muhammad..apekah dia syafie ke hanafi ke maliki ke hanbali?"

Saya tersenyum lebar membaca komentar ini. Kali pertama saya membaca soalan ini kalau tak silap pada The Haba'ib. Rasa menyesal pula sebab tak baca betul-betul jawapan bagi soalan ini. Akhirnya saya membuat satu janji yang bila saya dah jumpa jawapan dan huraian bagi soalan itu, saya akan memberitahunya.

Saya sendiri sebenarnya masih tergamam dalam senyum tentang soalan tersebut. Bagi saya, "Some Muslim must have extraordinary imagination!" Macam inilah ya jawapan peribadi saya (kalau nak jawapan ilmiah kena tunggu dan bersabar):
Saudara, masa Nabi Isa turun nanti, kita semua dah tak ada pening-pening nak fikir mana satu mazhab yang Baginda akan ikut. Saudara janganlah fikir sangat apabila Nabi Isa mengimamkan solat Subuh nanti, Baginda akan baca doa qunut atau tidak. Tu semua tak relevan langsung nak difikirkan sekarang. Entah kita ini sempat atau tidak untuk bertemu dengan Nabi Isa.

Kita sebenarnya mesti fikir tentang zaman kita ini - bukan fikir terlalu jauh tentang masa depan. Zaman yang mana macam-macam fitnah berlaku dalam dunia Islam. Pergi fikir macam mana umat Islam boleh mententeramkan perang di antara pihak Sunni dan pihak Syiah di Iraq sekarang ini. Cuba juga fikir bagaimana seorang Sunni Muslim tergamak mengebom masjid kepunyaan Syiah di sana? Fikir di mana silapnya sehingga berlaku semua ini. Fikir juga dari mana datangnya fahaman "kalau kau tak sehaluan dengan aku, maka kau adalah Kafir!

Inilah yang paling penting untuk kita buat. Bila umat Islam dah bersatu, barulah senang kerja Nabi Isa a.s. untuk memerangi dan seterusnya memusnahkan Dajjal. Dajjal tak dapat dibunuh dengan senang kalau umat Islam sendiri saling berbunuhan. Yang kamu pergi fikir Nabi Isa nanti mazhab apa bila turun apa halnya?

14 Komen Tambah Komen↴

Rasanya baiklah kita sibukkan amal ibadat, betulkan niat etc dari nak fikir apa mazhab Nabi Isa a.s. nanti. :) Bersediakah kita andaikata dia turun ke dunia esok hari?

Begitulah yang sepatutnya... Sekadar memetik kata-kata kenakelayan: "Bersediakah kita andaikata dia turun ke dunia esok hari?"

saudara ni nampaknya pandai memutar belit soalan dgn perlian..selama ni saya mengangap saudara cukup aalim dgn bidang agama,kesufian dan tarekat..agak musykil jugak bile saudara tak tau kisah org bertanya khidir bawak mazhab ape,nnti nabi isa turun mazhab ape..ini bukan satu soalan tapi sebagai jawapan terhadap org yg sgt berfanatik dgn mazhab dan sgt anti ngan org mazhab ahlul hadith atau yg saudara gelar la mazhab..takperla..mengenangkan jawapan saudara yg sebelum ni,tu yg saya terus mengelakkan jidal dgn saudara..tak perlu rasernya saya nak menjawab pun..rasa2 nya kalau jawab pun buang masa..yela nabi isa dah dekat nak turun..kita sibuk lagi isu2 kecil..diulangi soalan nabi isa mazhab apa bukannya satu pertanyaan..cuma satu perlian menggunakan manhaj saudara sendiri yg gemar perli org lain yg tidak seangkatan dgn saudara..yg ini satu pertanyaan..kalo kita tak beribadat cara nabi ajar,sape dapat bagi jaminan ia diterima,dan tak perlulah bagi jawapan kalo beribadat mcmmana nabi suruh terserah kepada allah utk terima ke tak..beribadat sbagaimana nabi suruh adalah anjuran syariaat..sila jawab soalan saya..terima kasih

orang islam

sebagai tambahan, saya ni bermazhab syafie =)

orang islam

Saya perli supaya saudara tak terjerumus dalam kancah perdebatan tetek-bengek. Maafkan saya kalau saudara tak dapat menerima. Saya akan lebih berhati-hati dalam menjawab soalan saudara selepas ini. Ok :)

Tapi kamu ni dah silap besar le saudara. Yang kamu pergi anggap saya ni cukup alim dalam bidang agama, kesufian, dan tariqat kenapa?? Saya tak pernah pun kata macam tu. Mana-mana perkara yang saya tak tahu, saya cakap le tak tahu. Takkan nak memandai jawab tahu. Lagi satu, tariqat pun saya tak ikut, jadi macam mana la saudara ni boleh cakap saya ni banyak ilmu dalam bab tariqat?

Alhamdulillah sebab saudara ni bermazhab Shafi'i. Kalau nak bermazhab Maliki pun hamba tak kisah, asalkan jangan tak bermazhab. Bagi saya, saya tetap memegang pendapat ASWJ yang mengatakan bahawa La-Mazhab itu adalah satu fitnah kepada dunia Islam. Kalau nak tau apa fitnahnya, saya cadangkan saudara membaca kitab karangan Sheikh Ramadhan al-Buti bertajuk "La-Mazhab: Bida'ah Terbesar yang Mengancam Syariah Islam."

Lepas ni, saya harap saudara tak bagi lagi hujah: "Zaman Nabi dulu mana ada mazhab." Bagi saya hujah tu tersangat dangkal. Takkan la ribuan ulama besar dari empat mazhab itu jahil tentang fakta ni. Yang jahil ni sebenarnya kita. Kita ni yang tak tahu sejarah mengapa wujud empat mazhab dan kepentingannya dalam dunia Islam.

Soalan-soalan mu yang lain tu, saya tangguh. Sebab saya tak berapa gemar nak jawab panjang-panjang dalam komen. Dan seperti yang saya kata sejak dulu lagi, isu ni saya tulis sedikit demi sedikit. Bersabar aje la ye.

Kalau tak tahan nak tunggu, pergi cari mana-mana guru dan sheikh yang boleh menerangkan apa-apa yang menjadi keraguan di hati. Dan bukannya dengan berguru semata-mata kepada Imam Yahoo, Sheikh Google, mahupun Ustaz Blogger.

PS: Saya sebenarnya memang nak sangat jawab soalan saudara yang ni: yg ini satu pertanyaan..kalo kita tak beribadat cara nabi ajar,sape dapat bagi jaminan ia diterima,dan tak perlulah bagi jawapan kalo beribadat mcmmana nabi suruh terserah kepada allah utk terima ke tak..beribadat sbagaimana nabi suruh adalah anjuran syariaat..sila jawab soalan saya. Malangnya saya tak mahu jawab lagi buat masa ini. Sebabnya??

Seorang cikgu tak mengajar anak muridnya menulis bait puisi sebelum mereka diajar ABC. Allah knows best.

saudara tawel tulis:

(Lepas ni, saya harap saudara tak bagi lagi hujah: "Zaman Nabi dulu mana ada mazhab)

saya tulis:
mintak maaf..saya mungkin terlupa tapi kalo boleh cari kan balik utk saya masabile saya ckp "zaman nabi mana ada mazhab".mungkin saya tak sedar bila saya tulisbenda tu..seingat2 saya tulisan saya cuma nk kata apsal ade masalah ngan org yg memegang mazhab(la -mazhab)ahlul hadith kan satu mazhab jugak..mazhab ahlulhadith..dan ingin ditegaskan,saya mazhab syafie, dan tak pernah saya ade masalah ngan org bermazhab..eheh..saya menghargai sumbangan saudara dalam menyebarkan islam ngan pena saudara =)

orang islam

Memang saudara tak kata secara eksplisit, tapi kenyataan itu adalah inferens daripada komen-komen saudara yang lepas. Cuba semak balik ye. Tapi walau apapun perbezaan fikrah di antara saya dan saudara, saya tetap cintakan saudara sebagai saudara seIslam saya.

Amacam, terharu tak? ;). Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah saudara.

huh..pantas saudara hukum saya berdasar "takwilan" saudara..manhaj mana yg saudara ikut ni..menggunakan istilah yg saudara pakai,saudara ni wahabi atau sunni?ehehe..jgn marah ye..saya cintakan saudara jugak sbg saudara seagama saya..eheh..bunyi mesra..sambungla tafsiran ayat tu."maka damaikanlah dua saudara kamu yg bertelagah"mungkin fikrah saya jelas kot...saya tak suka ulama' dikutuk dan tak suka memanaskan isu kutuk mengutuk ulama'..takder yg maksum melainkan uswatun hasanah kita,nabi muhammad SAW..seboleh bolehnya kita damaikan saudara kita drp terus bertelingkah..akidah kita satu..yg sebut pendapat2 berbeza yg menjadi isu pun ulama' sunni yg muktabar..bukan stok ulama' internet ke ulama blogspot ke..ramadhan buti tu syeikh besar..ada yg menyebut dia mencapai tahap mujtahid..qardhawi pun syeikh besar..dua2 berjuang mnegakkan agama..lainla kalo saudara amik pendapat syiah..secara jujur saya ada masalah dgn kaum tu..eheh..tak munghukum dorg kafir..tapi berani menyebut dorg sebagai perosak agama dan pelaku bidaah..terima kasih atas penulisan2 saudara..semoga tuhan merahmati kita..

Tanpa Nama

anynomous diatas tu saya =)

orang islam

Kutuk dan tegur adalah dua entiti yang berbeza. Saudara rasa, mengapa terjadinya debat di antara Sheikh Ramadhan al-Buti dan Sheikh Albani? Dan mengapa begitu ramai ulama yang radd Sheikh Albani? Para ulama yang tegur Sheikh Albani, Sheikh Bin Baz dan yang lain-lain, bukan disebabkan mereka cemburu atau dengki. Tapi disebabkan mereka ini nak memperbetulkan kesilapan saudara seIslam mereka.

lawak siot! kenape ye melayu mesti bersindiran n tumbangkan satu sama lain dgn ayat2 suci?? takleh nak straight fwd ke? tahu sikit je dah nak menggelabah... takyahler nak rase sape lagi bagus / betul...

Tanpa Nama

Dan saya lebih pelik dengan sikap manusia yang 'baling batu sembunyi tangan'. :)

saya tak kenalkan diri sbb takda blog lah encik, pada saya tak perlu tahu siapa yg bercakap, tapi apa yg dicakapkan.... intipati mesej lagi penting.. takke gitu

Sanaa'

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.