Back to home page

Lepak - Mukadimah

06 Mac 2006 • 34 Komen Cetak Chenta!

Menyingkap kebenaran Wahhabi.


Blog ini jadi 'panas' apabila saya memutuskan untuk menulis artikel berkaitan Wahhabi. Pada bahagian Index: Wahabbi, saya membahagikan topik ini kepada 2 sahaja - tentang fitnah Wahhabi dan juga tentang kefahaman Islam Tradisional [1] yang kita warisi selama lebih 1000 tahun lamanya.

Tetapi saya fikir 2 pembahagian itu tidak cukup untuk menyampaikan kepada orang ramai tentang aliran Wahhabi. Maka saya wujudkan satu lagi kolum yang dinamakan Lepak. Lepak akan memfokuskan kepada perbincangan Wahhabi dari aspek yang lebih santai dan lepak. Ini kerana saya tahu tidak semua pelawat blog ini mampu memahami penulisan saya jika ia ditulis dari sudut yang agak ilmiah. Lepak ingin membawa para pembaca berfikir sejenak tanpa menyakitkan kepala mahu pun otak.

Menyentuh tentang dakwaan saya menyebarkan fitnah tentang Wahhabi, saya serahkan segalanya kepada Allah. Segala apa yang saya tulis tentang Wahhabi, tidak lain tidak bukan adalah dari kesimpulan dan kefahaman para ulama empat mazhab itu sendiri. Jika saya menyebarkan fitnah, maka tulisan para ulama itu juga adalah fitnah.

Namun demikian, jangan kita lupa bahawa tulisan/kajian/risalah/kitab yang dihasilkan oleh para ulama agung lagi terbilang, baik dari Arab Saudi, Mesir, Syria, Yaman, Jordan, Morocco, India, Pakistan, Malaysia, Brunei, Indonesia, dan banyak lagi tempat, bagi membendung fahaman Wahhabi ini sudah ada begitu banyak. Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran sahaja akan faham betapa teruknya fahaman Wahhabi ini - satu fahaman yang memecah-belah umat.

Ingin saya tegaskan bahawa saya juga pernah terpengaruh dengan fahaman Wahhabi. Tetapi sekarang saya adalah Wahhabi yang insaf. Oleh itu, ada baiknya jika saya berkongsi kepada kawan-kawan, mahu pun pelawat yang datang ke blog saya ini, tentang fitnah Wahhabi yang harus kita bendung kalau mahu melihat umat ini lebih bersatu-padu.

Oh ya, jika anda merupakan Wahhabi tegar, saya nasihatkan agar anda tidak mengunjungi lagi blog ini, takut-takut anda tersinggung. Blog ini hanya dikhususkan kepada mereka yang ingin mencari kebenaran, dan juga untuk mengelakkan dari lebih ramai orang terjebak dalam fahaman Wahhabi. Saya tidak ingin berdebat kerana para ulama sudah pun berdebat dan berbahas tentang isu ini selumat-lumatnya. Saya hanya ingin menyampaikan kesimpulan perdebatan tersebut.

Kepada sahabat-sahabatku seperti Anak Alam, Al Joofree, Shafiq Ayman, Nailofar dan lain-lain, yang sentiasa memberikan pendapat yang bernas lagi bermanfaat tentang isu ini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan blog ini akan dapat mempertemukan lebih ramai individu yang sentiasa mempertahankan warisan keilmuan kita yang berusia beratusan tahun.

Jika anda bertanya kepada saya mengapa diwujudkan topik berkaitan Wahhabi dan tak ada topik lain kah untuk diperbincangkan, saya jawab: "Sebab saya tidak mahu umat Islam berpecah-belah."

Nota Kaki

[1] Ada orang kata zaman Nabi dulu mana ada istilah 'Islam Tradisional'. Ya memang betul tiada istilah tu. Istilah tersebut digunapakai oleh sesetengah ulama hari ini untuk membezakan Islam yang kita warisi selama beratus-ratus tahun, dengan fahaman Islam seperti Wahhabi dan La Mazhab.

34 Komen Tambah Komen↴

Anonymous datang lagi... :)

Bila baca post ni, rasanya nak tergelak. Bahkan dah tergelak pon sorang2.. Lawak terbaik punya hari ni.. hmm, tawel tawel.. tak abis2 nak fitnah 'wahabi'..

Jika anda bertanya kepada saya mengapa diwujudkan topik berkaitan Wahhabi dan tak ada topik lain kah untuk diperbincangkan, saya jawab: "Sebab saya tidak mahu umat Islam berpecah-belah."
- petikan kata2 tawel

Anda sebenarnya juga dalam memecah belahkan umat Islam dengan membincangkan hal ini & hanya menyebut2 keburukan 'wahabi'.. mana yg baiknya? Nak sorok kat mana? Kalau dah berat sebelah..

[1] Ada orang kata zaman Nabi dulu mana ada istilah 'Islam Tradisional'. Ya memang betul tiada istilah tu. Istilah tersebut digunapakai oleh para ulama hari ini untuk membezakan Islam yang kita warisi selama beratus-ratus tahun, dengan fahaman Islam seperti Wahhabi dan La Mazhab.
>> boleh ana tahu, ulama mana yg guna istilah tu? Kalau tak menyusahkan lah. Nyatakan kitab mana sekali.. :) Kalau boleh juga, dari ulama2 yg dikenali & diiktiraf ramai lah..

Saya ni bukanlah pendukung wahabi, malah tak taksub kepada mana2 mazhab pun.. Sekali lagi, tak taksub, bukan tak bermazhab.. Cuma yg tak setujunya, cara ulasan Sdr Tawel yg berat sebelah. Dok sebut salah2 'wahabi' jer.. Ishh, wahab tu kan ayah kepada syeikh muhammad. naper tak sebut muhammadi? Naper si ayah yg kena?

Anta Tawel pernah terlibat dengan wahabi? Mungkin time tu anta bergaul dgn org2 yg masih muda darahnya dalam memahami erti 'wahabi'. So, maybe begitu ekstrem dalam sesuatu hal. Ya lah, dapat ilmu sikit2, tak sepenuhnya.. Mudah menghukum itu ini.. Dan, anta jadi mangsa lantas dipengaruhi oleh kawan2 yg lain yg tak suka wahabi.. Ketahuilah, nama wahabi tu diberikan oleh musuh syeikh muhammad abdul wahab.

Oh ya, ada info untuk antum semua. Berita baik punyer.. Baik punyalah. SEMINAR ANTARABANGSA SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB. Akan diadakan di Perlis, dan akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja.. YAB Menteri Besar pon datang.. Mula 16 Mac 2006 hingga 17 Mac 2006.. Yang pasti, isinya banyak mempertahankan perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul wahab.. Ramai tokoh2 dan juga ulama' akan hadir membentangkan tajuk masing2.. Kalau saper ada masa tu, pergilah.. Cuba dengan orang 'wahabi' lak bercerita. Ni dok dengar orang Tradisional jer dok citer.. Mana tak beku otak.. ;)

Hmm, makin bersemaraklah dakwah wahabi yer.. Ana amat gembira dgn perkembangan ini. Yer lah, demi membetulkan fitnah2 orang tradisional terhadap wahabi.. Syukur.. Para pemimpin kat Malaysia pun semakin boleh terima 'wahabi' ni.. ;) Teringat sorang ustaz kita dok kata wahabi salah itu ini, muka depan paper lagi tu.. Nak tahu apa jadi?? ustaz tu dikomen pula oleh ustaz2 lain.. Huhu.. Cari padah jer.. Permainan yg tak menjadi. Alhamdulillah..

Semoga Allah merahmati perjuangan Syeikh Muhammad Abdul Wahab selama ini. Amin..

Dan ana juga salah seorang yg akan TERUS memperjuangkan dakwah beliau sehingga ke titisan terakhir darah ana. Antum? Nak perjuangkan Islam tradisional? Teruskan... Kami akan menyusuli..

Moga dakwah 'wahabi' terus bersemarak!!

* Antum pembaca semua, hati2 di atas fitnah ini. Bertindak adil-lah di dalam berilmu.. YAKINKAH anda yg Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab itu bersalah? Sekali lagi ana tanya. YAKINKAH ANTUM SEMUA??!! Lebih baik diam kalau tak tahu nak berkata..

Wallahu 'alam.

Tanpa Nama

Teruskan perang anta di sini.

Assalamu'alaikum,

Saudara Anonymous,

Saya nak bagi tutorial bahasa Arab skit.Anta cakap,
"Cuma yg tak setujunya, cara ulasan Sdr Tawel yg berat sebelah. Dok sebut salah2 'wahabi' jer.. Ishh, wahab tu kan ayah kepada syeikh muhammad. naper tak sebut muhammadi? Naper si ayah yg kena?"

Dlm masyarakat Arab, 'laqab' atau gelaran seseorang kadangkala tidak dinisbahkan kepada nama betulnya.Tapi kadang2 'kunyah' nya.Tahukah sauadara anynomous, apakah maksud 'kunyah'?Sudah tentu tidak, bukan?Meh sini saya habaq baik-baik.Contoh 'kunyah' ialah apabila saya ada anak yg bernama Saiful Islam.Maka, saya menggelarkan diri saya, 'Abu Saiful Islam' yg bermakna 'Ayah kepada Saiful Islam'.Memang tradisi orang Arab, mereka jarang sekali menggunakan nama betul mereka.Lihat sahaja para sahabat seperti Ibn Abbas, Ibn Masud.Nama sebenar mereka bukanlah Abbas ataupun Masud.
Sama seperti masalah gelaran 'Wahabi'.Kita bukannya menisbahkan gelaran tersebut pada bapa Muhammad bin Abdul Wahab.Tapi pada anaknya.Samalah kesnya dengan saudara menamakan pengikut2 Imam Syafi'i dengan pengikut mazhab Syafi'i.Syafi'i bukan nama sebenar bagi Imam Syafi'i.Nama betul beliau ialah Muhammad bin Idris.The same applies to Imam2 mazhab mulia yg lain seperti Hanafi, Hanbali.Nama Imam2 tersebut bukannya Hanafi atau Hanbal pun.Tapi kenapa kita panggil mazhab mereka Syafi'iyya?Hanafiyya?Hanbaliyya?Kenapa tak panggil mazhab Muhammadi(nama betul Imam Syafi'i) atau mazhab Ahmadi? (nama betul Imam Ahmad bin Hanbal).Tidakkah ini salah kerana semua nama ini nama datuk2/moyang mereka?Tentulah tidak salah.Ini masalah bahasa atau istilah.

Tak timbul soal saudara Tawel silap 'membantai' bapa Muhammad bin Abdul Wahab.Penggunaan gelaran tersebut mmg lazim.Bukanlah gelaran yg diberikan oleh musuh2 Muhammad bin Abdul Wahab.Nampaknya, anta 'tersangatlah alim' sehingga dlm bab2 bahasa yg kecil sebegini pun boleh terlepas pandang.Al maklumlah...anta tidak 'ta'asub' terhadap mazhab.
Bersabar, duhai saudara!Saya dahulu adalah Wahabi yg paling tegar.Tak habis2 membid'ahkan orang dan mengkritik amalan2 mulia yg dibuat oleh masyarakat.Mudah-mudahan Allah SWT akan lembutkan hati saudara dan diberi taufiqNya utk melihat kebenaran.Jangan lupa, ramai sekali sahabat2 Arab saya yg berasal dari Arab Saudi pun meninggalkan doktrin Wahabi ini.Aneh sekali, kita yg jauh dari mereka pula terhegeh-hegeh dengan fahaman yg ditolak sendiri oleh ramai ulama/orang awam Arab Saudi.

Siapa yg ikut wahabi ni? Saya tak kata pun saya ikut.. Anta jgn nak tuduh2 ekk..

Ok, saya tahu saya ni bahasa arab bukanlah pandai sangat.. ;) Tapi kan, baik ke guna gelaran yg baik tu Wahab, untuk ceritakan keburukan?? Tak gitu?

Ingatkan penagih dadah jer yg tegar, rupanya wahabi pun ada tegar jugak yer.. Lawak nya.. hehe..

Ana ni bukanlah budak lulusan agama nak bercakap, setakat yg ana tahu jer yg ana cakap. Dalam buku2 Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, ana tak ada jumpa pun apa2 pun yg bertentangan. Bahkan ikut hadits shahih lagi. Kalau ada salah pun, biasalah manusia. Tapi antum semua kat sini dok ngata yg tak elok2 jer.. Nak sorok mana yg baiknya? Soalan yg dah byk kali ana tanya, tapi tak jawab2.. Janganlah berat sebelah..

Ya! Perjuangan Rasulullah.. Maksud ana utk teruskan perjuangan Syeikh tu, adalah perjuangan Rasulullah. Bukankah perjuangan Syeikh tu adalah apa yg diperjuangkan oleh Rasulullah?? Hanya orang yg buta mata sebelah je yg tak nampak. Asyik nampak yg salah jer.. Itu pun entah betul atau tidak. YG dicakap bahaya, bahaya, bahaya.. Apa yg bahaya tu Tawel? Habaq sikit..

Oklah, ana rasa buang masa jer dok masuk kat sini. Dok bercakap dengan orang Islam Tradisional yg tegar.. Hmm, kalau dah tegar, nak wat camner.. ;)

Oklah, teruskan usaha antum semua yer.. Ana tetap dengan perjuangan ana untuk memelihara Agama yg suci bersih, yg bebas dari syirik, bid'ah dan khurafat.

Jumpa di puncak kejayaan ekk..

Ini last post ana.. Sebab malas nak berdebat. Buang masa. Ana belajar Agama pun bukan nak berdebat, banyak lagi benda bermanfaat nak dibuat..

Akhir sekali, maaf dipinta atas serangan bertalu-talu ana 2 hari yg lepas.. Anggaplah ia satu cabaran untuk antum semua di dalam memperjuangkan Islam Tradisional tu..

Akhir kata, hati-hati di dalam berkata-kata, terutama bercakap mengenai orang lain lebih2 lagi para ulama. Dan, adil-lah di dalam menulis. Jangan berpihak di sebelah pihak sahaja, jangan dok sorok kebaikan orang lain. Kalau ada kebaikan yg dilakukan oleh syeikh tu, rajin2lah taip yer.. Tak baik sorok2.. :)

Apa lagi yer.. Tak der dah.. Malas nak buang masa.. Yang pasti, ana akan mempertahankan nama syeikh muhammad yg telah difitnah bukan2 terutama oleh pengikut agama tradisional.. ;) Hanya yg buta saja tak nampak perjuangan beliau untuk tegakkan Agama yg suci ini.

Kepada Syafiq Ayman. Petikan kata2 saudara: "Mudah-mudahan Allah SWT akan lembutkan hati saudara dan diberi taufiqNya utk melihat kebenaran".
>> Amboi2, macam lah ana ni ada buat dosa besar jer?? Nak tanya anta.. Anta yakin dengan apa yg anta cakap tu?? Dan anta yakin anta berada di atas kebenaran?? Moga Allah juga menunjukkan kebenaran kepada anta.. Jangan anggap bukan2 ekk.. Tak baik salah sangka. Salah sangka tu sebahagian dari dosa tau. Baik balik rumah, masak nasik, bagi makan kat orang yg lebih memerlukan. Lebih bermanfaat dari dok kata yg bukan kat orang lain, dari dok kata orang lain ni takder hidayah. Anta tak layak nak kata ana ni tak diberi hidayah oleh Allah. Itu hak Allah. Anta belajar rajin2, dan sampaikan benda yg elok2 kat orang lain. Jangan dok fitnah2 ekk.. Dosa..

Sekian sahaja dari ana yg serba daif ni. Maaf dipinta..

Wassalam.

p/s: Siapa ana? Anggaplah 'musuh' ketat pejuang Islam Tradisional. ;)

Psst, jom pi seminar kat perlis tu nanti yer.. Jangan takut, takder orang wahabi kat sana.. ;)

Tanpa Nama

Assalamualaykum...
ana Luky dari jakarta, baru 2 hari kunjungi blog ini SubhanAllah, banyak anak muda yg alim disini yg care terhadap agamanya.Teruskan perjuangan nte Tawel,anak alam,Aljoofree semua yang ada dimalaysia.
Tidak ada yang lebih menggembirakan hati Nabi saw daripada melihat usaha untuk menyampaikan, mengamalkan dan menyebarkan ilmu.[Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi]

Tanpa Nama

Assalamualaikum

...fuh....mmg hot lepak kat sini...alhamdulillah..semuanya, tapi jgn kita sampai melebihi dari batas agama kita yang asas dan yang patut diikuti, seperti yang nailofar komenkan...mmg benar dan patut kita ikuti...sememangnya Islam itu serba serbinya dalam kesederhanaan (sungguh indah)...praktikkan hidup dan amalan kita dalam beragama supaya kita tak terlalu ta'asub dlm sesuatu pendapat atau perkara...apa yg sy baca...sy faham apa yg anonymous maksudkan dan cuba sampaikan di ruangan tawel ni,dan perlula diingatkan kpd anonymous atau mana2 pengomen dlm topik ini.... bahawa ruangan ini adalah untuk luahan dan pendapat masing2, klu tidak puas hati, ingin menjelaskan serta ingin mengajukan sebarang kemusykilan pendapat anda... biarlah dlm bentuk berkongsi ilmu yg ada yakini itu, secara bersama dan tidak menggunakan ayat atau tuduhan yg keras, ini boleh buat kita jadi marah dan gaduh sesama kita...walhal we r all are brotherhood...so, anda semua bebas untuk menyatakan apa yg anda fikir itu samada benar atau tidak dan perlulah dikongsi, tetapi jgnlah menggunakan ayat yg agak kasar...sepertinya berbau unsur anda menyalahkan sesuatu itu 100%, kan ini sekali lagi sy tekankan ruangan ini untuk bekongsi pendapat dan ilmu...so jgn lah anonymous atau pihak yg lain terlalu emosional dalam hal cenggini...its up to the individu itself, they have their own right, what they want to beleive..if both of your side cannot accept others opinion or idea..please let it be...and if you still not satisfied please suarakan pendapat dan luahan hati itu dengan cara yang lebih baik...supaya no one will be hurt and totally wrong understanding...wallahwa'lam...hanya Allah yg satu sahaja yang benar2 tahu disebalik semua ini...maka kita semua juga ada hak untuk tidak percaya atau percaya...as long as we tidak keluar dari landasan yg telah diberi berlandaskan sunnah dan al-quran, wallahwa'lam...hati2 berbicara topik sebegini rupa...either for tawel side or anonymous side..biar kita gaduh dgn kaum kafir dari gaduh within our among beloved muslims..supaya dipenghujung jalan nanti kita tetap bersatu hati dan teguh bersama...tidak berpecah belah atau hancur sama sekali, biar Islam itu nanti menjadi kuat, indah dan teguh seteguh keharmonian sesama kita, let others admire our Islam and see the beauty inside Islam...although we have our own way in beleive...but please don't make people have wrong judgement in Islam,lastly sorry if i'm wrong here...but for me our brotherhood should be strong rather than blaming each other. Just beleive your own way and both side have own reason.....so be peace among us...:)...salam

Tanpa Nama

Assalamualaikum.. sy sekadar mahu mencelah...bukan berniat apa-apa...ikhlas kerana Allah...cuma sedih apabila ada saudara sesama Islam kita, mendoakan sesuatu yg baik kepada kita, ada pula yg buruk sangka..
Moga-moga Allah S.W.T sentiasa memberikan Taufiq dan HidayahNya serta melembutkan hati dan menambahkan iman kita semua sama ada yg di blog ni mahupun umat Islam lain yg di seluruh dunia. Berlapanglah dada, sentiasa tenang dan berdoa supaya kita diberi petunjuk oleh Allah.


Petikan kata-kata Syafiq Ayman dan Anonymous:

Kata Syafiq Ayman: "Mudah-mudahan Allah SWT akan lembutkan hati saudara dan diberi taufiqNya utk melihat kebenaran".

Kata Anonymous: Amboi2, macam lah ana ni ada buat dosa besar jer?? Nak tanya anta.. Anta yakin dengan apa yg anta cakap tu?? Dan anta yakin anta berada di atas kebenaran?? Moga Allah juga menunjukkan kebenaran kepada anta.. Jangan anggap bukan2 ekk.. Tak baik salah sangka. Salah sangka tu sebahagian dari dosa tau. Baik balik rumah, masak nasik, bagi makan kat orang yg lebih memerlukan. Lebih bermanfaat dari dok kata yg bukan kat orang lain, dari dok kata orang lain ni takder hidayah. Anta tak layak nak kata ana ni tak diberi hidayah oleh Allah. Itu hak Allah. Anta belajar rajin2, dan sampaikan benda yg elok2 kat orang lain. Jangan dok fitnah2 ekk.. Dosa.

Terima kasih kepada semua pemberi komen dan pandangan sama ada yang attack atau nak defense blog ni.

Kadang-kadang tu, aku yakin yang diam tu lebih mulia dari membalas dan berdebat.

Never do I argue with a man with a desire to hear him say what is wrong, or to expose him and win victory over him. Whenever I face an opponent in debate I silently pray - "O Allah, help him so that truth may flow from his heart and on his tongue, and so that if truth is on my side, he may follow me; and if truth be on his side, I may follow him." [Imam as-Shafi'i]

Just remember one thing..'mereka' ni memang suka kalau diajak berdebat. Aku tak pernah lagi jumpa orang-orang seperti 'mereka' ni yang tak suka berdebat. Macam enjoy pulak aku tengok..

Kenapa Wahhabi digelar Wahhabi sedangkan pengasasnya bernama Muhd ? Mungkin sebab connection mereka dengan penaung mereka empayar agung British yang menjadi tradisinya mat saleh sebut nama bapa, i.e. Mr. Sensei, bukannya Mr. Tawel (contoh sahaja Tawel, ana pasti Sensei bukan nama ayah anda). So Mat Salleh panggil Muhd bin Abdul Wahhab ni, Mr. Wahhab, jadi mungkin di situ timbulnya Wahhabi.

Tanpa Nama

Shafiq Ayman ada menerangkan kenapa dipanggil Wahhabi, dan bukannya Muhammadi. Cuba check komen kat bahagian atas sikit.

Soal nak panggil Wahhabi atau tidak, bukanlah isu besar. Zaini Dahlan pun tulis kitab Fitnatul Wahhabiyyah dan bukan Fitnatul Salafiyyah.

Dear sir Anonymous and respected host and readers,

Minta kebenaran untuk post reply kami yang #1 supaya tuduhan Anonymous kita bercakap kosong atas fitnah wahabbi ini boleh dijawab seadanya:

Fitnahnya Wahabi ini terletak pada tiga pecahan utama:

1. Pada Aqidah
Pegangan tajsim (ini didapati dengan mudah jika anda mencari). Cth lain pada pegangan Ibn Taimiyyah pada bab 'illa' dalam kalam dimana ia membawa konsep 'illa aristiyya' yang membawa kepada dahriyya (perennialism). Lihat perbahasan Dr. Said al-Buti dalam kitab Kubra al-Yaqiniyyat, dan oleh tuan guru besar wahabi-salafi sendiri, al-Albani dalam muqaddimahnya pada kitab Subulus Salam karangan Amir al-San'ani, yang orang2 Wahabi memanggil2 sebagai Amir Mukminin fil Hadis. Pada muqaddimah ini al-Albani sendiri mengatakan Ibn Taimiyyah telah salah dan menuduh Ibn Taimiyyah mendapatnya daripada Ibn Arabi. Subhanallah, mata siapakah yang buta? Subhana muqallaibi al-Qulubi wal Absar wa Mubassirihim!

2. Pada Feqah
Menolak jumhur ulama bermazhab menyebabkan fatwa2 mereka ada yang menyeleweng daripada apa yang disepakati ulama. Contoh2 yang relevan untuk masyarakat Islam bermazhab Syafii di malaysia ialah a. membid'ahkan talaffuz niyyah (membaca niat sebelum solat). Kata Imam an-Nawawi, kalau seorang 'ajam mendapati dirinya memelrukan talaffuz supaya menolong mendatangkan lintasan niyyat pada hatinya dan mendapati sukar datangnya niat tanpa dibuatnya talaffuz itu, maka talaffuz itu menjadi wajib.
b. solat berjemaah tidak dibolehkan makmun berdiri kebelakang sedikit drpd imam jika ada dua orang. c. menghukumkan boleh menyapu air wudhuk keatas stokin biasa. Ini kalau ikut Syafi'i dan mazhab2 lain, menyebabkan tidak sempurna wudhu' dan tidak sah solat.

(Rujuk Bahrus Shofa dan Aljoofree kerana beliau2 ada sentuh bab2 di atas ini)

Cth mudah dan famous buat zaman sekarang ini ialah kepeningan umat dalam menentukan tarikh Hari Raya, tarikh Muharram etc. Sudah berapa kali terjadi? Atau anda tidak menyambut Eid?

3. Pada Tasawuf
Menolak amalan tariqah2 mu'tabarah (membid'ahkan pembacaan awrad tariqat, dan menidakkan silsilah Uwaysiyyah etc.) dan melihat pujian2 kepada Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai bentuknya (qasidah, nazam, ghazal, rajaz, naat dll) sebagai perlakuan melampau yang membawa kepada kufur.

Daripada tiga ini, menyebabkan membudaya di kalangan mereka tradisi takfir dan membid'ah orang.

Lain2:
4. Pada Hadis

Mendhaifkan dan mengatakan palsu hadis2 sahih termasuk hadis di dalam Bukhari. Rujuk Fatawa al-Albani.

5. Pada Politik

Melakukan pemberontakan bersenjata terhadap khalifah Uthmaniyyah dan menumpahkan darah sesama Muslim.

6. Pada Budaya

Meratakan perkuburan Baqi', membina tandas atas rumah Sayyidatina Khadijah r.a., menuangkan minyak gas dan menyalakan api di atas perkuburan Sayyidatina Aminah r.a., meruntuhkan tinggalan sejarah umat Islam di Makkah, Madinah, taif dllnya. Rujuk http://www.islamicamagazine.com/content/view/161/59/ dan http://www.islamicamagazine.com/content/view/163/59/. Jenayah budaya yang sama telah dan sedang berlaku di Balkan, terutamanya pada masjid2 di Bosnia dan Kosovo.

7. Pada Lughat

Menyeleweng penggunaan istilah seperti Salafi, seolah2 Imam al-Akbar dan para pemuka Sunni yang menyusun mazhab2 aqidah, dan tariqah2 mu'tabarah tidak datang dari zaman Salaf. etc etc

8. Pada disiplin ilmu qira'at.

Yang ini sedang dalam susunan ulama untuk disusun, kerana pencabulan ini baru sekarang hendak kelihatan melalui cetakan secara mass edisi2 al-Qur'an keluaran Sa'udi.

Tanpa Nama

Dear sir Anonymous, beloved host, and respected readers,

#2

Fitnah Wahabbi dalam disiplin ilmu adalah sangat bahaya kerana mereka membongkar semula ide-ide yang sudah lama di'censure' oleh para ulama'. Didaksi dan perbahasan yang dikarang oleh golongan khawarij, kemudian golongan Mujassimah (ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawzi) dibawa keluar semula oleh gerakan Wahabbi hinggalah apa yang sejak sekian lamanya tersimpan dan berlegar dalam ruangan diskusi dilontar keluar ke ruangan praktis dan amalan.

yang menariknya, percanggahan dan kacau bilau ini tidak ribut2 ke atas ulama Sunni, tetapi atas ulama mereka sendiri pun golongan Wahabi-Salafi ini tidak henti hendak menghentam.

Kita sudah lihat penolakan al-Albani dan tuduhan dahriyyah ke atas Ibn Taimiyyah dalam rujukan saya sebelum ini. Penolakan al-Albani ke atas Muhammad ibn Abdul Wahab boleh dilihat dalam kitab al-Albani berjudul Hawi al-Albani, dimana beliau secara terang mengatakan Muhammad ibn Abdul Wahab sebagai seorang yang bagus jika disorong dari sejarah tugasnya sebagai da'i salafiyyah, tetapi dari ilmu hadits, ia seorang yang tiada pengetahuan apa yang sahih dan apa yang tidak.

Mereka sendiri mengagung2kan dua imam mereka ini, tetapi kemudian menikam mati pula tokoh2 mereka. Apakah yang boleh dua Imam mereka ini katakan, kerana mereka kedua2nya telah meninggalkan dunia ini, lalu tidak boleh membidas kembali al-Albani. Akibatnya dan yang sebenarnya, tuan2, al-Albani dan bin Bazlah pemimpin sebenarnya gerakan Wahabi hari ini. Anak2 muridnyalah yang hari ini meWahabikan Mufti Perlis, dan MB Perlis dan Raja Perlis. Thank you very much.

Gerakan Wahabi ini menikam juga pemimpin mereka Syeikh al-Qardhawi yang makin hari makin banyak kembali kepada fatwa2 kaum Sunni.

Orang-orang yang terlibat dalam harakah, bukan sebenar2nya orang harakah kalau tidak mengetahui sejarah 'hijacking' yang dilakukan oleh Syed Qutb yang membawa aliran ekstrim Wahabi ke atas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Fakta sejarah yang ditutup oleh dalang2 Salafi yang bergiat di dalam harakah2 Islam termasuklah PAS ialah:
1. Hasan al-Banna adalah pengikut tariqah Hasafiyyah. Kalau ente betul2 darah hijau PAS dan Ikhwan, hari ini juga, jangan tunggu esok, gi bai'ah dgn tuan2 guru tariqah mana yang dekat dekat ente.
2. al-Ma'thurat Hasan al-Banna, yang patutnya dipanggil Wadhifah Hasan al-Banna, tidak kurang lain dengan awrad2 tariqah mu'tabarah lainnya. Kalau mmbaca Wadhifah Hasan al-Banna pada waktu2 tertentu (pagi hari dan petang hari) mengikut aturan hasan al-Banna tidak jatuh bid'ah, maka jangan membid'ah tariqah2 lain.
3. nanti bila sudah terbit, boleh kita refer ente orang kepada catitan sejarah tentang bagaimana perlakuan2 biadap Syed Qutb terhadap Syeikh Hasan al-Banna sendiri.
4. gerakan harakah Islam yang tertua mungkin bukan Ikhwanul Muslimin Mesir, tetapi Gerakan Nur di Turki yang dipimpin oleh Sa'id al-Nursi, juga seorang mursyid tariqah Naqshabandiyyah 'Aliyyah Nuriyyah.

Adakah orang2 Harakah selepas ini akan tetap mengambil agenda dan rujukan Wahabbi di dalam menjalankan tarbiyyah mereka? Sudikah anda berterima kasih kepada gerakan Wahabi yang membelakangkan aspirasi asy-Syahid Hasan al-Banna, penyusun gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditikam oleh orang Wahabbi dimukanya sendiri?

Bagaimana pula dengan sifatnya orang Wahabi di Malaysia? Mungkin anda tidak tahu, tetapi Syeikh Nik Abdul Aziz sendiri mengajar kitab al-Ghazali dlm tasawwuf dan sifat 20 pada aqidah. Bila beliau keluar negeri, timbalan pesuruh jaya negeri yang beraliran wahabi itu mengambil tempat beliau, lalu habis dihancur lunyai olehnya pengajian2 TG Nik Aziz. Inilah sifat dan muka golongan ini.

Jangan di belakang2, di depan pun mereka tikam, mengambil kesempatan atas kelembutan hati, tutur kata dan kemuliaan peribadi para guru.

Hari ini, dalam suasana politik dunia dan tanahair, elok isu Wahabi ini dibongkar. Golongan muda di tanahair mahupun di luar negara yang menganggotai gerakan2 Islam, sudak terlalu puas disuguh dan dipaksa menelan idea-idea wahabi melalui manhaj2 tarbiyyah yang caca-merba.

Browselah internet, anda akan dapati betapa banyak blog2 dan website2 anak bangsa kita yang kebanyakannya jenis 'copy-and-paste' ini, yang pemiliknya menginginkan supaya dilihat Islamik, yang memapar2kan tulisan2 Wahabi.

Inibukan bukti melatanya Wahabism, tetapi inilah bukti hancur luluhnya tradisi ilmu Islam. Orang kita sudah tidak tahu memilih mana yang intan dan mana yang kaca. Asal sahaja ada tulis Islam, sudah cukup. Ini juga zaman tersebarnya penyakit 'if you are not political, you are not a strong Muslim'. Ini juga zaman Yahoo, MSN, Google, masing2 sudah mendapat 'ijazah' lalu menjadi Syaikh, Mawlana, Mullah hadith, fiqh dsbnya. Persis seperti al-Albani.

Mr Anonymous,
Saya amat sorry kerana Anak Alam tiada pengalaman menjadi Wahabi. Tetapi Anak Alam bercampur gaul dengan mereka. Kitab mereka Anak Alam baca dan hadiri kuliyahnya. Kelas lughah, circle politik di masjid, semua Anak Alam pergi. Anak Alam bermusafir di negeri2 Barat dan Islam, ke Afrika Utara, ke Tanah Sham, ke Balkan, ke Turki, hatta ke Sau'di. Kalau anda mengatakan kami ini tidak tahu tentang Wahabi dan hanya dengar sebelah pihak sampai jadi beku kepala kami, tuduhan anda itu sangat tidak benar.

Kami melihat idea Wahabi, bukan setakat apa yang tertulis pada kitab, atau apa yang diucap oleh guru mereka, tetapi apa yang menjadi amalan mereka.

Anak Alam ini sendiri menjadi mangsa tuduhan 'kafir' kerana menganjurkan kelas aqidah dan majlis ratib. Diragui Islamnya kerana kaki seluarnya tidak pendek. Dicop pembuat bid'ah kerana memiliki tasbih, memiliki sebuah kamera, dsbnya. Ini atas Anak Alam yang merasakan dirinya yg kalau dikira meter keSunniannya, sangat rendah. Apakah agaknya pandangan Wahabi ke atas para ulama kami? Tidak hairanlah Wahabbi boleh menghalalkan darah muhajji, dan darah mu'allim dan darah muslimin...

Inilah fitnah Wahabi wahai saudara2ku. Sekalipun kamu melihat kami sebagai musuh dan rival, kami akan tetap melihat kamu sebagai saudara kami. Yang kami benci adalah fikrah Wahabi, bukan peribadi.

Tanpa Nama

#3,

yang ini tentang kebaikan yang di bawa oleh Wahabi.

Para 'alim, dan para penuntut ilmu yang serius disini,

Kita boleh katakan, bahawa telah terjadi dalah sejarah intelektual kaum Sunni satu period dimana periwayatn sesuatu hadis tanpa menyebut riwayat secara lengkap dan memeriksa stautsnya sudah menjadi budaya normal dikalangan kaum Sunni (dan masih lagi demikian di dalam kelompok2 Sufi dan bukan Sufi hari ini). Golongan Salafi-Wahabi, untuk kita berlaku adil, dengan fitnah yang dibawa oleh mereka telah memarakkan semula keperluan kepada disiplin takhrij hadis. Hari ini para ulama' kita sendiri sudah tidak betah lagi untuk quote hadis tanpa memberikan butiran yang lengkap.

Suatu perkembangan baru di UK sjak isu Moonsighting baru-baru ini, melihat kembalinya para pemuka Wahabi UK seperti Abu Muntasir, dan Syeikh Usama Hasan ke lingkungan Sunni. Mereka ini diakui oleh guru kami sendiri sebagai muhaddith, dan mereka sekarang sedang mengarang buku tentang penyelewengan wahabi. Alhamdulillah sudah hampir siap dan insya-Allah akan berada dalam pasaran soon.

Insya-Allah kita akan melihat kebangkitan semula mazhab Hanbaliyya (dalam Feqah) dan mazhab Athariyyah (dlm Aqidah) melalui muhaddith2 ex-Wahabbi ini. Kerana apa? Kerana hanbaliyyah dan Athariyyah inilah mengikut pandangan hamba yang hina ini, yang dekat kepada Wahabi dalam erti kata tradisi intelektualnya dan oleh itu mudah digunakan untuk membidas Wahabbi dan mudah diterima oleh para Wahabbiyyun.

Syeikh ahmad Zaini Dahlan sangat tepat sekali menggunakan istilah 'Fitnah' atas isu ini kerana 'fitnah' adalah berakar dari kata dsar yang membawa kepada erti 'mengeluarkan emas jati'.Wahabbi sebagai satu fitnah zaman ini berfungsi untuk mngeluarkan geenrasi emas umat Islam masa depan. Mungkin sebagai persiapan menanti kedatangan al-Imam al-Mahdi? Wallahu ta'ala a'lam.

Tanpa Nama

Thank you Anak Alam atas 3 komen yang sangat bernas dan membuka mata. InsyaAllah akan aku jadikan 3 komen ni sebagai pos aku pada Fitnah Wahhabi :)

Macam yang kau kata, kita selaku pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, tak pernah memandang mereka ini sebagai musuh. Apa yang kita benci adalah fikrah mereka. Mereka boleh bagi hujah itu dan ini bagi membidas hujah-hujah kita.

Tapi sebenarnya mereka tak tahu (ataupun tak tahu sebab tak mahu nak cari kebenaran) sejarah kebangkitan Wahhabi itu sendiri. Membunuh saudara seIslam adalah jenayah paling dahsyat yang mereka lakukan ketika berlakunya kebangkitan Wahhabi.

Sekadar memetik kata2 Anonymous :
"Saya ni bukanlah pendukung wahabi, malah tak taksub kepada mana2 mazhab pun.. Sekali lagi, tak taksub, bukan tak bermazhab.."

Seterusnya dipenghujung,
"Dan ana juga salah seorang yg akan TERUS memperjuangkan dakwah beliau sehingga ke titisan terakhir darah ana. Antum? Nak perjuangkan Islam tradisional? Teruskan... Kami akan menyusuli.."


Mana satu yg betul ni..?

Aku tidak bisa untuk memberi ulasan yg terbaik. Tp aku suka membaca komen pembaca blog Tawel ni yg punya persepsi t'sendiri.

Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah.

------------

Firman ALLAH S.W.T :
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu : Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Ash-Shura(42), ayat 13].

Dan Sabda RASULULLAH S.A.W :
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: "Hadis ini hasan sahih". Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: "Hadith ini sahih". Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288).

Tanpa Nama

salam..

sekadar bertanya.. kenapa forum wahabi tu buat kt perlis? kenapa tidak di kedah, kelantan, terengganu, perak, selangor, melaka, n. sembilan, p. pinang, sabah, sarawak, johor, pahang?

kenapa perlis? PERLIS?

i lived in perlis, and i know the situation there. no qunut.

thanks Anak Alam, adinda Tawel n Br.SA Rosland. Barakallahu feekum

Tanpa Nama

Alhamdulillah....

Anak alam..ur explanation is the best...and no one misunderstood, alhamdulillah...semoga kita yang berkongsi ilmu sebegini sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t...insyaAllah aamiiin...:)...

Tanpa Nama

Amar_kun tak teringin ke nak baca qunut ?

Tanpa Nama

Laa..kau orang Perlis ke Amar?? Hehe.. Aku tak tahulah macam mana nak jawab soalan kau tu sebab aku pergi Perlis pun sekali aje sepanjang hidup aku. Tapi apa yang aku tahu, Perlis adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang tidak mengikut mazhab Shafi'i.

It's ok kalau tak nak ikut mazhab Shafi'i, tapi yang jadi masalahnya, Perlis ni tak ikut langsung apa-apa mazhab sama ada Hanafi, Hanbali, ataupun Maliki. Perlis ni ikut Arab Saudi. Tak bermazhab. So, reason ni dah boleh bagi kita idea kenapa forum tu dibuat di Perlis dan tidak di negeri2 lain.

Perlis mazhab caca marba. Mujtahid mutlaknya sekarang Syahidan Kasim yang baru lulus sahaja bahasa Arab PMR, Imamul Akbarnya pula Rasul Dahri, Dr. Asri Zainal Abidin dan Dr. Juanda Jaya, semuanya baru diberi pingat atas "jasa" mereka oleh Perlis.

Tanpa Nama

Dear gentle host,
I was exhausted last time, so I seek to ask your permission to write just one more post before I too take leave.

#4

One may wonder why did I write such a harsh statement on PAS?

Dear scholars and seekers of sacred knowledge,

Sufis are the best examples of Sunni Islam, and Sufis are not apathethic. Sufis are not averse at going to see rulers and advicing them. Sufis are not allergic to leadership and politics.

Islamic jurisprudence, fiqh, can be broken down into a few rubu', categories, one of which is siyasah. Translate that as you wish as politics, governance, leadership etc.

It is wrong to say that traditionalists and the Sufis among them (for Sufis are traditionalist, but traditionalist need not be Sufis) are politics' arch-enemies.

What is there is difference of opinions. And this difference in opinions is diffrence in opinions in the rubu' of siyasah.

Hence, a traditionalist can get involve in any of the following parties, PAS, UMNO, Keadilan etc without that affecting him being a traditionalist, for the term traditionalist embodies three basic quotients: that in Aqidah, he professes either being a Maturidi or Ash'ari, in fiqh, any of the four accepted schools, and in tasawwuf, at least not in opposition to any of the Ways (tariqah) or its Folks.

My mentioning and use of PAS remains as an example. In my personal view, PAS remains the most orthodox (orthodox being another alternative to traditionalist) of Malaysian political parties, having enshrined in their party's constituent an oath to follow Qur'an, Sunnah, Ijma' and Qiyas. This special mention is lacking in other parties, namely UMNO, or Keadilan, to name but two of Malaysian-Muslim dominated parties.

Of the non-political organisations, ABIM was, and is still orthodox. In direct contrast is JIM, which is a years-long hotbed of pseudo-Salafism, having courted, and wed people like Hafiz Firdaus and THTL. There is tendencies within JIM, esp. amongst its intellectuals, to now turn to classical (yet another acceptable alternative to 'traditional') Islamic views. But it will take many years and many struggles and many compromises.

In the UK, Majlis Syura Muslimun/MSM, is definitely a carbon-copy of its sister JIM organisation in both political and religious currencies. Its members are almost synonymous with the sickening phenomenon of qunut-less Fajr prayer - an almost singular example among Malaysian students in the UK.

The traditinalists, apart from taking side with political parties, could also being political by being a royalist, a definitely viable option given the fact that the royal institutions are still alive back home. And it is acceptable none-the-less to give support to monarchial system given the precedence of Muawiyah r.a. and the support of ulama' including Syeikh Ahmad Zaini Dahlan.

If a traditionalist chooses to remain outside of these partisan parties, then that is also possible and acceptable. The rise of political parties in a democratic system is infantly, and in the case of Malaysia in the process of maturity. It is in this view, and especially true for our ulama, there is oftentimes need for certain people (i.e. not the 'awwam) to be seen totally apolitical.

I was using PAS as an example because it is the one closest to me, and the one I know most, and endear, and I intend to give warning to the traditionalists in the party against the rise of Wahabbism within it.

With respect to Wahabbism in Malaysia, you should be OK as long as you are aware of the discreet, contagious role played by JIM, and Universiti Islam Antarabangsa.

I know I am opening the Pandora box, but the Masters and PhD thesis has been locked behind doors for years for nothing.

Afwan minkum.

Tanpa Nama

"direct contrast is JIM, which is a years-long hotbed of pseudo-Salafism, having courted, and wed people like Hafiz Firdaus and THTL. There is tendencies within JIM, esp. amongst its intellectuals, to now turn to classical (yet another acceptable alternative to 'traditional') Islamic views. But it will take many years and many struggles and many compromises."


anak alam= kurang faham, may guve some exolanation in Malays? jzkllh

Tanpa Nama

setuju dgn anak alam..

teringat pengalaman bersembang dengan sahabat syiah..

situasi sekarang:
wahabi: promote intolerance..

sunni: nak bersaudara dengan dua kumpulan..

syiah: mangsa kezaliman wahabi.. tanya orang syiah di saudi (atau baca blog aku)

mari jadi rakyat johor; sebab kerajaan johor telah secara rasmi mengharamkan wahabi. huhu..

hidup johor

Allah peliharakan sultan,
anugerahkannya segala kehormatan,
sihat dan ria, kekal dan makmur,
luaskan kuasa, menaungkan kami
rakyat dipimpini, berzaman lagi,
dengan mereka bersatu hati,
Allah berkati johor,
Allah selamatkan sultan.

Ingatkan boleh pencen dah... Ok saya tulis semua semula dalam BM supaya tiada cicir dan supaya dapat tambah lain.

Orang-orang Sufi, berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh kebanyakan orang dan sesetengah orang yang mengakui dirinya Sufi, bukanlah golongan yang apathy terhadap alam sekitarnya. Antara yang menjadi teras dalam kehidupan seorang Sufi adalah adab, dan adab bukan setakat bercakap lemah lembut dan jalan sopan santun, tetapi adab membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya atau mengikut peraturannya. Makna yang sama dikongsi oleh 'adil'. dengan itu, kita lihat orang2 Sufi tidak takut berhadapan dengan pemerintah, tidak takut mencampuri urusan politik dan pemerintahan kerana mereka mengetahui dunia tanpa adab adalah dunia yang menantikan datangnya azab.

Perbezaaan pendapat diakalangan golongan Sunni dalam bab siasah menjadikan mereka itu, jika di Malaysia, menganggotai pertubuhan2 politik spt PAS, UMNO, Keadilan dsbnya, sesuai mengikut neraca ilmu yang mereka miliki. Ini tidak mengoyahkan nilaian kita terhadap keSunnian mereka, kerana istilah Sunni itu merujuk kepada dasar agama ini yang tiga: pada aqidah, ia bermazhab Ash'ari atau Maturidi, pada fiqhm salah satu drpd mazhab yang empat, dan pada tasawwuf, tidak menolak amalan2 tariqat.

Siasah hanyalah merupakan satu pecahan kecil daripada ilmu feqah. Maka perbezaan pandangan politik ini jangan menyebabkan berlakunya pergeseran sampai satu parti menjadi zalim ke atas parti yang zalim, dan saling tuduh menuduh 'kafir'.

saya kelihatan menggunakan PAS dalam contoh2 saya sebelum ini, tidak bermakna saya hendak memangkah PAS seorang sahaja. PAS hanya menjadi contoh. Pada pendapat peribadi, PAS adalah parti politik paling ortodok (paling Sunni) di Malaysia, kerana meltakkan dalam perlembagaannya janji untuk mengikuti 'al-Qur'an, hadith, Ijma dan Qiyas', janji yang tiada disbut dalam dua parti utama orang Islam malaysia yang lain, UMNO dan Keadilan.

Orang-orang Sunni boleh juga tidak menjadi anggota mana-mana parti. Antara alternatif ialah dengan menjadi royalist, atau penyokong kepada pengembalian institusi beraja sebagai sistem dasar Malaysia. Ini boleh kerana raja-raja kita masih ada, dan sistem monarki ini sendiri dibenarkan, mengikut tradisi yang dimulakan oleh sahabat baginda s.a.w yang mulia, Sayyidina Muawiyah radiyallahu anhu, dan mengikut kalam ulama yang membenarkannya.

Bahkan kalau tidak mahu kelihatan memihak kepada mana2 parti pun tidak mengapa. Ini paling selalu terjadi kepada golongan ulama, yang kadangkala dalam situasi politik demokrasi Malaysia yang belum mencapai umur dan fikiran matang, memerlukan kepada orang-orang yang kelihatan neutral untuk menjadi arbitrator - orang tengah.

Di kalangan NGO pula, ABIM sedari dulu mengkuti jalan ortodok. Berlainan dengan Jemaah Islam Malaysia, JIM. Sejak dulu dan sekkarang setelah berjinak2 dengan Hafiz Firdaus dan Tuan Hasan Tuan Lah (THTL), sekarang sudah terus mengikut kedua-dua figure Wahabi ini.

MSM, anak kecil JIm di UK, adalah acuan langsung JIM. Di UK, anggota JIM, terutamanya yang berpusat di Southampton, inilah yang terkenal sebagai golongan yang tidak mahu membaca qunut semasa solat Fajr sejak berzaman-zaman.

Hati-hatilah kawan2ku dengan anasir-anasir Wahabi yang menunggangi JIM, Universiti Islam Antarabangsa, Pertubuhan al-Nida, Pertubuhan al-Khadeem, Institut Ibn Qayyim di Penang dll.

Bukan Johor sahaja yang menetapkan fatwa begitu. Syeikh Abdullah Fahim Penang, (rujuk Bharus Shofa) pun dah tulis berkenaan Wahabi ini, malahan fatwanya lagi syadid (keras) lagi, persis seperti Almarhum Musnid al-Asr al-Fadani, semoga Allah menguatkan ruh kami dan merahmati ulama-ulama kami yang hidup mahupun yang mati.

[Perajurit-perajurit Jedi! May the Force be with you!]

Tanpa Nama

Macam kenal aje si Zacharias ni..hehe. Selamat datang ke blog ni.. Btw, thanks untuk info tu. Aku tak pernah tahu pun Wahabi dah diharamkan secara rasmi di Johor.

Hati-hatilah kawan2ku dengan anasir-anasir Wahabi yang menunggangi JIM, Universiti Islam Antarabangsa, Pertubuhan al-Nida, Pertubuhan al-Khadeem, Institut Ibn Qayyim di Penang dll. Dari komen Anak Alam....

Anasir Wahabi ni memang sedang hidup dalam diam tanpa kita sedari, hatta dalam parti PAS. Tapi ramai ahli PAS yang tak sedar sebab masing-masing fikir asalkan parti itu parti Islam, maka ia dah cukup. Ditambah lagi dengan ilmu mereka yang tak berapa dalam tentang isu Wahabbi ini sendiri.

Tapi aku tak berapa pasti sekuat mana pengaruh Wahhabi dalam PAS. PAS adalah sebuah parti politik yang berjuang melalui jalan demokrasi, i.e. pilihanraya. Wahhabi pula memang menentang demokrasi dan pilihanraya. Pernah terjadi di UIA apabila seorang ustaz beraliran Wahhabi yang melarang anak muridnya dari menyertai dan mengundi dalam pilihanraya kampus.

Ada juga ustaz beraliran Wahhabi yang agak bertolak-ansur dalam sistem politik demokrasi. Yang ni jenis yang agak moderate sikit fahaman Wahhabinya.

Sebenarnya orang Pas kena tolak Wahhabi, sebab Mahaguru Wahhabi Malaysia, Rasul Dahri (ini bukan rasul umat melayu) telah keluarkan fatwa haram dan jadi khawarij menentang kerajaan yang sah. Ustaz Rasul kita ni sebenarnya orang upahan Syahidan Kasim untuk kempen lawan Pas. Ingat tu, jangan terpengaruh dengan Rasul bin Dahri al-Wahhabi.

Tanpa Nama

Aku pun tak faham la dgn anak2 muda yg tpengaruh dgn Rasul Dahri..majoriti ramai yg sokong perjuangan Islam, sokong PAS,tapi terpengaruh jgk dgn Rasul Dahri!! Fatwa negeri johor ada mengharamkn 2 buku oleh Rasul Dahri:

Setiap Bid'ah menyesatkan (1)
Rasul Dahri
Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru

Persoalan Bid'ah dan Percanggahannya
Rasul Dahri
Perniagaan Jahabersa, No.15, Jalan Dataran3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru
Percetakan IWC Sdn. Bhd. No.78, Jln. 10/11 8B Desa Tun Razak
(Industrial Park) 56000 Cheras, Kuala Lumpur

ni url dia:
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=327

Tanpa Nama

Teringat kata2 Syaikh Fuad Arrembawi Almaliki..

Yang terlebih bahaya adalah ramai di kalangan ummat Islam yang diserap pemikiran Wahabi tanpa disedari.. Serta para ustaz yg sebenarnya berfahaman Wahabi tetapi menyembunyikan kewahabiannya utk mencari pengaruh, kemudiannya baru mendedahkan identitinya.. Mengajar kitab2 Minhajul Abidini dan lainnya, tetapi menyelitkan ajaran Wahabi..

Semoga Allah mensucikan hati kita dan melindungi kita dari ajaran-ajaran sesat ini..

Tanpa Nama

Antaranya Dr. Juanda Haji Jaya, yang banyak terjemah buku Qardhawi

Tanpa Nama

adakah wahhabi diindonesie/jakarta

Tanpa Nama

Apa plak tak dak, itu Muhammadiah kat neo wahhabi kalau ngak wahhabi totok. Sama jugak itu Irsyad, Persatuan Islam Bandung - jamaahnya Hasan Bandung.

Tanpa Nama

Fahaman wahhabi ini wujud di Indonesia/Jakarta mahu pun tempat-tempat lain. Berhati-hatilah saudaraku. Jangan sampai keliru.

assalamualaikum brother, ana ini orang s'pura...cara yg paling nak relex kan minda ana ni,ana order kan jemari ana ni ke laya maya cari blog2 agama yg adil apa bila berhujah secara ilmiah berlandaskan al quran&al sunah..ana ada terbaca diblog pertama yg megatakan:lagi2 nak fitnah wahabi,ana rasa si tawel tu tulis ada benar juga oppsss! jgn emosi ya bro..sebenarnya ana ni bukan dari kelompok mana2 cakap mudah ana mengikuti apa yg di ajarkan oleh nabi kita menhormati ulil amri tak kira dari kelompok mana tapi yg dalam koridor ahlul sunah wal jamah begitu lah kira2 ok lah bro harap tenang bro bila nak komen apa2 selidik dulu yg betul2 sahih sebab terkadang words yg anta gunakan terkandung emosi itu tak benar bro cuba lapangkan dada buka minda sorry bro ana tak bermaksud anta tak buat gitu..semak secara ilmiah ambil yg baik yg keliru tu keep aside dulu jadi tak bengang,yg penting salat kita diterima oleh ALLAH..lakukan yg terbaik sewaktu masih hidup,macam ye..ye aje ana ni ye bro hormati ibubapa jaga tangung jawap kita dari segi apa pun hormati ulil amri doa yg baik2 inshallah hidup kita tak keruan,ok bro sampai jumpa lgi..wassalam..

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.