Saya petik beberapa komen dari ahli-ahli forum di sana:
1- Saya tidak meyakini hadis tetapi saya tetap yakin Nabi Muhamad saw itu seorang rasul Allah. Saya sentiasa cuba memahami sunnah baginda saw dan saya tidak ada masalah menerimanya. Bagi saya hadis dan sunnah adalah dua perkara yang berbeza, walaupun ASWJ telah memudahkan kedua-dua menjadi satu.Saya ingin menulis panjang tentang hal ini. Malangnya masa tidak mengizinkan. Cukuplah buat masa ini bagi saya menyatakan bahawa golongan Islam Liberal (seperti Pakcik Astora Jabat) dan anti-hadith wajib kita tentang. Tolak apa-apa sahaja yang datang dari mereka. Tapi kalau apa yang mereka utarakan adalah sama seperti yang disepakati oleh para ulama ahlus sunnah wal-jamaah, maka kita harus terima. Kita mesti tolak yang batil dari mereka.
2- Hi poyang, quran terpelihara, hadis tidak. so jika anybody quote from quran, tentulah boleh dipercayai. kalau from hadis susahlah sebab yang mengumpulnya bukan maksum. if human is not perfect, tentu kesilapan boleh berlaku. yg pentingnya ialah ensure that hadis itu selari dgn quran, jangan menyeleweng dari the spirit of quran.
3- sori bro neutral, saya bukan anti hadis. kalau saya anti hadis, Imam Bukhari pun anti hadis jugak lah. sebab dia pun banyak menapis hadis-hadis yang tak betul sebelum memuatkan dalam bukunya. Saya percaya Nabi Muhamad's role as an example. dan hadis yang sahih. tapi yang tak sahih tu banyak! jgn cepat melabelkan orang. hadis tentang melabelkan orang pun ada. tak baca?
Kita selaku ahlus sunnah wal jamaah wajib percaya pada Al-Quran dan hadith (bukan sekadar terima Al-Quran dan tolak hadith). Kita tidak memerlukan penilaian semula hadith, seperti mana yang dikokokkan oleh Kassim Ahmad, iaitu Bapa Anti-Hadith Malaya. Para ulama yang mengumpulkan hadith, dan kemudian membahagikan pula hadith-hadith tersebut kepada sahih, hasan, maudhuk, daif dan sebagainya, tidaklah melakukan satu kerja main-main. Mereka telah mencipta satu disiplin ilmu hadith yang sangat tinggi, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa pun sebelum itu.
Sejak kurun ke-7 Islam lagi, para ulama ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat bahawa sesahih-sahih kitab selepas Al-Quran ialah kitab hadith sahih yang ditulis oleh Imam Bukhari dan Muslim. Ini adalah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnus Sholah dalam kitabnya Muqaddimah fi 'Ulumil Hadith. Ijmak ulama dalam hal ini juga tidak dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga. Tolonglah yakin dengan ijmak ulama. Siapalah kita ini kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah tentu lebih alim, warak, dan bertaqwa kepada Allah.
Janganlah kita hendak menentang ijmak ulama dengan menyatakan: "Mereka juga manusia biasa. Boleh buat silap". Ya, mereka memang boleh buat silap. Tapi jangan lupa juga yang kita ini pun manusia yang boleh buat silap. Tapi ilmu kita tidak setinggi dan sehebat mereka. Dan ijmak itu pula dibuat melalui perbincangan dan muzakarah sesama mereka - ia bukan kesimpulan dari seorang ulama sahaja. Kita ini yang baca Al-Quran pun masih merangkak-rangkak, hadith pula sekadar baca versi terjemahan, kalau tahu bahasa Arab pula jenis Arab rojak dan bukan pula Arab fuhshah, maka janganlah nak jadi hero buat ijtihad untuk menentang pendapat majoriti. Jadi, janganlah kita menolak hadith. Hadith itu salah satu sumber perundangan Islam.
Mengapa Ia Berlaku?
Bagi saya, hal ini berlaku kerana semakin berleluasanya slogan yang menganjurkan umat Islam membuka semula pintu ijtihad. Mereka dakwa umat Islam makin jumud dan mundur kerana menutup pintu ijtihad.
Inilah fitnah akhir zaman. Terlalu ramai sangat nak jadi imam mujtahid. Mujurlah tiada rancangan televisyen seperti Akademi Mujtahid atau pun Mujtahid Idol. Kalau tidak makin parah jadinya. Ketahuilah bahawa para ulama ahlus sunnah wal jamaah tidak pernah pun menutup pintu ijtihad. Pintu ijtihad dibuka setiap masa sehinggalah hari kiamat. Yang menjadi persoalan adalah siapa yang layak memasuki pintu tersebut. Bukan semua budak lepasan sekolah menengah boleh buat bidang perubatan. Hanya yang benar-benar layak sahaja boleh memasukinya. Kalau pun ada budak lepasan SPM yang buka klinik perubatan (iaitu menjadi doktor tidak bertauliah dan tanpa lesen), anda berani nak pergi jumpa dia?
Begitu juga dengan ijtihad. Slogan yang menganjurkan keterbukaan ijtihad tidak boleh kita sebar-sebarkan kepada orang awam. Jadi saya minta tolong pada anda yang baca artikel ini supaya menerima pendapat ulama yang mewajibkan orang awam untuk bertaqlid. Jangan nak kata bertaqlid ini haram. Kita bertaqlid kepada mazhab maksudnya kita bertaqlid kepada ulama yang mahir dan berkebolehan untuk mengeluarkan fatwa.
Kalau nak kata haram juga, maka anda janganlah marah pula kepada pakcik Astora Jabat kalau dia tak mahu bertaqlid kepada ijmak ulama yang mengatakan bahawa azab kubur itu wujud dan wajib diyakini oleh semua umat Islam. Dan janganlah pula nak melenting bila Astora Jabat berijtihad bahawa rambut wanita bukan aurat. Dan janganlah pula nak melatah bila Zainudin Idris menulis dalam majalah Al-Islam (iaitu majalah yang dikepalai oleh Astora Jabat), yang mana beliau berijtihad bahawa anggota yang wajib ditutup (aurat) hanyalah dua kemaluan sahaja (qubul dan dubur) sama ada lelaki atau perempuan.
Jadi anda telah dapat lihat betapa bahayanya kalau kita menyeru orang awam dan juga orang yang cetek ilmu supaya tidak bertaqlid kepada mazhab, sebaliknya membuat ijtihad sendiri. Kesimpulan: Mari kita tentang fahaman Islam Liberal yang cuba diresapkan oleh Astora Jabat dan konco-konconya ke dalam masyarakat Malaysia khususnya.
---
JALAN-JALAN:
- Majalah Q-News. Laman web ini memang best sebab pelawat boleh baca back issue majalah Q-News (tapi tak semua ada). Majalah ini ada dijual di Malaysia. Tapi kena pandai-pandai cari. Saya pun tak pasti di mana ada jual. Ada sesiapa yang tahu? ¶ Teruskan membaca entri ini »