Eid Mubarak!
Tapi, saya tiba-tiba rasa tak puas hati dengan dia. Waktu itu tangan saya sedang memegang kamera. Dia bertanya, "What's this?". Saya cakap dalam hati, "Aik? Takkan tak tahu ni apa."
Saya jawab, "This is camera." Kawan saya itu tidak berkata apa-apa selepas itu. Dia kemudian bersalaman dengan rakan-rakan saya yang lain. Sesudah itu, dia berkata dengan saya lagi, "This is haraam", sambil jarinya menunjuk kepada kamera saya.
Saya berkata, "What haraam?" Dan dia tidak menjawab apa-apa selepas itu.
Kes Lain
Ada seorang Brother yang lain pula. Dia cakap pada saya, dia tak suka tengok orang berdoa sambil menadah tangan. Dia kata bidaah. Saya tak membalas kata-katanya. Malas nak bertelagah perkara-perkara kecil.Dalam hati saya, "Ada hadith yang membuktikan Nabi SAW menadah tangan ketika berdoa."
Wahhabisma
Ini topik berat kalau nak tulis. Dan saya bukannya pakar dalam hal-hal ini. InsyaAllah akan saya tulis sesuatu tentang hal ini dengan merujuk tulisan Sheikh Nuh Ha Mim Keller. Tapi kes-kes yang saya ketengahkan dalam entri ini berakar umbi dari pengaruh Wahabbisma.Maaf kalau anda yang membaca ini cenderung kepada fahaman Wahabbi. Maaf Zahir Batin.
Perbanyakkan juga membaca dan memahami isi Al-Quran walaupun Ramadhan sudah berlalu. Gambar diambil ketika Majlis Tadaruus Al-Quran di Malaysia Hall Dublin.
---
NB
1) Golongan Wahabbi (yang kini dipanggil Salafi) memandang seni fotografi dan gambar adalah haram, berdasarkan fatwa Allahyarham Sheikh al-Albani yang juga merupakan sahabat Sheikh Yusuf Qardawi. Sheikh Yusuf Qardawi pula mengatakan fotografi dan gambar tidak haram.Sebenarnya banyak lagi isu yang menyebabkan golongan Wahabbi tidak berpuas hati dengan Sheikh Yusuf Qardawi kerana fatwa-fatwanya yang nampak kurang tegas. Ada yang memang benci dengan beliau, tetapi ramai juga yang masih hormat kepadanya.
2) Kes berdoa tak tadah tangan pula. Bagi saya, kawan saya itu mungkin terlepas satu hadith:
Dari Ibnu Abbas ra katanya: "Rasulullah saw bersabda: ...mintalah kepada Allah dengan (menadah) tapak tangan kamu dan jangan kamu meminta kepadaNya dengan belakang (tangan kamu). Apabila selesai hendaklah sapu muka kamu dengannya (tangan)." (Hadith Riwayat Abu Daud)
Sejak duduk sini, dah macam-maca isu saya jumpa yang ditimbulkan oleh golongan Wahabbi. Dari sebesar-besar isu (seperti tawassul) sampailah sekecil-kecil isu (seperti cara-cara solat).
Bila diterangkan mengapa kami buat begitu, mereka menjawab (antara jawapan-jawapan lazim):
1) Just follow the Quran and Sahih Bukhari and Muslim.
2) We don't follow mazhab. We are Salafi.
3) Imam Shafi'i is a normal human. He is not entirely correct. Quran and sahih hadiths are definitely correct.
4) No, no..you are wrong. You must follow our way.
5) There is no democracy in religion.
Saya ingin menulis tentang ini. Kadang-kadang orang kita pun ada juga yang seperti ini. Ada jiran saya kata: Saya kalau sentuh suami, tak batal wudhuk.
Ya, memang betul. Itu mazhab lain. Tak salah. Tapi kenapa kita nak pening-pening kepala ikut mazhab lain. Apakah kamu fikir Imam Shafi'i salah? Apakah kamu bilang kita ini hanya bertaklid buta dengan mengikut sahaja segala apa yang diperkatakan oleh ulama-ulama dari mazhab Shafi'i. Apakah kamu fikir bermazhab itu tidak penting?
Saya rasa adalah tanggungjawab yang besar bagi saya dan kita semua bagi menerangkan ini semua. Saya rasa hal ini bertambah-tambah penting bila kakak saya bertanya kepada ibu saya:
Kenapa diorang buat lain-lain ye mak masa solat? Habis tu diorang tu umat Nabi Muhammad ke tak mak?
Apakah kalian nampak betapa besarnya isu dalam soalan yang agak ringkas itu?
8 Komen • Tambah Komen↴
Wallah wa'lam..
Memang betul apa yg diisukan dlm topik kali ni..memang byk kekeliruan, terutama bab mazhab..sbb tu sy pun kadang2 tertanya2 seperti soalan kakak saudara tawel tu, tp apa2 pun bg sy yang peling utama kita berpegang pada 6 rukun iman kita dan mazhab kita.
Personally pasal batal wuduk tu I prefer to use the mazhab lain punya ruling. Muslim di Malaysia bukan ikut Shafie 100%. Juga some inheritence laws dalam Shafie can be improved
Tak kisah nak ikut mazhab mana. Tapi ketika nak melakukan proses 'peminjaman' mazhab ini, ada juga kaedahnya.
Secara mudah, kalau kita nak ikut mazhab Hanafi dalam pembatalan wuduk, cara wuduk yang diambil, dan semua perkara yang berkaitan tentang wuduk dari awal hingga akhir, mestilah ikut mazhab Hanafi juga.
Tak boleh kalau kita ambil wudhuk ikut mazhab Shafi'e, tapi dalam perkara membatalkan wudhuk ikut mazhab Hanafi pula.
Begitulah secara ringkasnya..
Assalamualaikum
Mazhab ni wujud kerana Allah suka dengan ap saja yng nabi amalkan, jadi seluruh dunia dok amal sunnah sebab mereka ada hadith masing2
www.keretamayat.blogspot.com
Terima kasih Nailofar :)
Tentang bergambar ni, memang ada 2 pandangan. Ada yang kata harus. Dan ada ulama kata haram. Ulama dari Arab Saudi seperi Sheikh Al-Albani memang terang-terang kata haram.
Tapi apa yang peliknya, sebagai contoh di Malaysia, selalu juga saya jumpa golongan-golongan Wahabbi yang suka tangkap gambar. Tak nak pula ikut pandangan Sheikh Al-Albani. Padahal, dalam bab-bab lain, selalu sangat petik kata-kata dan pandangan Sheikh Al-Albani..
Pelik2..
salamualaikum...ermmm syeikh albani dari mesir ke..setahu saya dia berasal dari albania kemudian besar di syiria dan menetap dan meninggal di jordan...
bagi saya kekhilafan yang wujud di antara imam2 mazhab adalah mereka berbeza dalam memahami nas. mereka juga berbeza dari segi usul qawaa'idul fiqhiyyah. bila berbeza method maka berbeza la hukum..sebagai contoh imam hanafi tidak menerima kaedah mukhalafah mafhum manakala imam syafie menerima pakai kaedah tersebut..jadi bila metodologi berbeza maka hukum pun turut berbeza.... sana terdapat aspek lain yang menyebabkan kenapa berlakunya percanggahan pendapat dikalangan fuqaha'..di antaranya berbeza dari segi qiraat, tidak sampai nass..khilaf dari segi i'rab nas dan lain2 lagi...
bagi saya kehilafan yang berlaku di antara salafi dan khlafi berasal dari permasalahan akidah dan akhirnya membawa kepada persoalan furu' fiqh. maka berlakunya tuduh menuduh di antara pengikut mazhab masing2. hal ini berlaku disebabkan oleh kejahilan dan ketaksuban kedua2 belah pihak dalam menegakkan hujjah..
bagi saya..untuk mengamalkan ajaran islam baik dari sudut akidah, fiqh dan akhlak mestilah berpandukan al-quran dan sunnah yang difahami oleh para imam2 mazhab....kita bebas mengamalkan mana2 mazhab yang 4 itu kerana semua mazhab 4 itu adalah benar dan berdalil....cuma menjadi tugas kita sebagai penuntut ilmu menyaring segala ilmu dan pendapat yang dikeluarkan oleh para imam mengikut kaedah pemahaman mereka tehadap nas dengan mencari sesuatu hukum yang paling hampir dengan nas. kita bukan mengikut ajaran para imam mazhab..kita beramal mengikut al-quran dan al-sunnah. tapi mengikut hukum dan cara pemahaman para imam.
kita tak mampu mengeluarkan hukum sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu nas baik dari al-quran mahu pun hadith. jadi gunalah method yang digunakan oleh para imam untuk memahami nas agar segala ibadat kita sama seperti yang di ajar oleh rasulullah s.a.w. Secara mudah saya katakan bahawa kita masih lagi bertaqlid kepada para ulama tetapi taqlid kita mestilah berdalil dan memilih hukum yang paling hampir dengan nas. wallahua'lam
Mazhab tak ada sama Nabi SAW. Ikut apa dalil yg kuat untuk ibadah. Kalau semua nak ikut kepala masing2, haru biru. Itu yg ada majlis baca doa awal-akhir tahun, yassin malam jumaat...semua ni tidak pernah dibuat oleh Nabi, para sahabat dan imam yg empat.
Di zaman Salaf, kalau nak menyatakan kebenaran kita mesti kenal orang tu. Hamba tak layan anonymous. Tidakkah kita mahu belajar sesuatu dari ilmu mustalah hadith?
http://hembusan.blogspot.com/2007/03/blog-macam-macam-ada.html
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.