Back to home page

Rugi Lagi?

16 November 2005 • 3 Komen Cetak Chenta!
Kenapa syarikat-syarikat Malaysia asyik rugi? Sekarang ni MAS pula. Saya tidak ikut sangat perkembangan jatuh bangun syarikat MAS ini. Tetapi selalu yang ditempiakkan di media massa adalah rugi memanjang.

Bila membaca berita ini, saya memandang poster MAS yang terlekat di bilik saya. Saya dapat poster tersebut dari majalah TIMES. Besar poster tu. Mesti banyak MAS bayar untuk iklan tersebut. Pada poster tersebut tertulis:
Complemented by an in-flight service that has been voted as the World's best for 4 consecutive years.*

Tertanya-tanya saya. Bagaimana 'The World's Best' boleh rugi besar?

Dalam kedua-dua kes ini, ada satu idea penyelesaian sama yang saya dengar: Kerugian akan 'dipindahkan' kepada para pekerja.

Ish, ish...mana patut. Gaji para pekerja bukanlah besar sangat. Harga barang makin naik. Patutlah para pekerja pun tak setuju. Saya yang bukan ahli pekerja di Bank Islam dan MAS pun terasa idea itu sangat 'terdesak'.

Para pekerja jawab: "Sepatutnya pihak pengurusanlah yang perlu bertanggungjawab." Betul juga. Apa kena-mengena pekerja MAS yang jaga kaunter check-in dengan kerugian syarikat? Ada terbaca komentar Jeff Ooi. Katanya, lukisan bernilai RM1 juta, boleh dijumpai terpampang di dinding pejabat pengerusi syarikat yang sedang tenat itu! Betul atau tidak, tanyalah Jeff Ooi. Mungkin ini satu khabar angin sahaja.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Hilmi Yahya dalam The STAR:
It was public knowledge that FOOD was being supplied to MAS at a high cost. They should look into this. I have asked MAS to take a re look at the contract to ensure they are being reasonably charged.
Bila terbaca kenyataan ini, teringat pula apa yang saya baca dalam Ensiklopedia Ripley's Believe It or Not:
American Airlines saved an estimated $40,000 (RM152,000) in 1987 by removing one olive from each salad served with first-class meals.
Mungkin MAS memang patut menyemak semula menu makanan yang dihidangkan di dalam pesawat. Apa pun, rugi tetap rugi. Nasi sudah menjadi bubur.
---

*Skytrak Global Survey UK 2001, 2002, 2003, and 2004

3 Komen Tambah Komen↴

Pelik tapi benar....musykil gak.

Tanpa Nama

ape yg musykilnya feti?

musykil...mcm yg tawel ckp...diorang ni sy tak nmpk boleh byk rugi sedangkan sentiasa dengar company ni yg the best...sy sendiri tertanya2 mcm tawel...mcm mana diorang boleh kategorikan dan atasi masalah diorang sampai hampir setiap masa dengar rugi ja...wallahwa'lam apa yg berlaku dlm institusi tu...diorang shj yg sedia maklum...=)

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.