Back to home page

Pembunuh Bersiri

23 November 2005 • 3 Komen Cetak Chenta!
Saya gemar membaca komentar oleh Hishamuddin Rais. Ia selalunya bersahaja, disulami humor dan amat kena pada batang hidung. Mungkin anda akan gemar juga. Saya sertakan sedikit cerapan dari artikel beliau - Pembunuh Bersiri.

Tahun ini statistik kematian semasa menyambut hari perayaan Deepavali dan Hari Raya bertambah. Dari laporan media yang saya baca, sepanjang 11 hari di minggu perayaan tahun ini berlaku 9,976 kemalangan dan 189 telah menemui maut.

Untuk saya, angka statistik ini amat menggerunkan. Apa yang berlaku dua minggu dulu di jalan-jalan raya dalam negara kita lebih hebat dari pertempuran di Fallujah. Di Iraq statistik rasmi hingga ke minggu ini telah menunjukkan 2,058 soldadu Amerika telah tewas, 20,000 lebih telah cedera. Tetapi semua ini berlaku dalam masa lebih dari dua tahun. Justeru, secara nisbah kelihatan dua minggu serangan kereta di jalan raya di Malaysia lebih hebat dari letupan IED - improvised explosive device - yang digunakan oleh gerila pembebasan di Iraq.

Saya tidak memandu dan saya tidak suka kepada kereta. Saya menganggap kereta adalah 'serial killer' (pembunuh bersiri) yang sedang mengamuk di negara kita. Saya akui, pandangan saya tidak dikongsi ramai, malah mungkin ada yang akan ketawa apabila berhadapan dengan apa yang saya ajukan ini.
Klik sini untuk baca seterusnya...

3 Komen Tambah Komen↴

Thanx...for the article mmg inresting komentar from this guys... tapi sy tak berapa sokong sangat 100% tentang keburukan mempunyai kereta sendiri yg dianggap serial killer, dan komen membesarkan jln tu...I've my point of view.

Tanpa Nama

haha..itulah yg buat artikel dia interesting..

You'll be surprise to know that here it is zero(0) accident in a day of 180 km road...

Come to see where it is....

salam perkenalan..

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.